BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 25, 2011

Ada Orang Rindu Pada Papa Bennn...


Amek kat entri NI

Dia kata dia rindu pipi telur dan lesung pipit Papa Bennn...

So, kite letak gambo kat sini ye Papa Bennn... :p


Cemburu vs Dengki


jealous by *kanikey on deviantART

Ya, ada yang komen mengenai dengki yang positif.

Dengki yang positif? Ade ke? Menurut yang saya fahami dan merujuk kepada PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), yang positif yang kamu maksudkan itu adalah cemburu atau iri hati.

Cemburu menurut Kamus Dewan Edisi Empat, maksud yang pertama membawa kepada "iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll)." Ya, yang ini ada positif dan negatifnya. Cemburu bila melihat orang lain lebih berjaya, menyebabkan dia berusaha untuk berjaya juga macam orang tu. Cemburu melihat orang lain dapat nombor 1 dalam kelas, menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk dapat nombor 1 jugak. Cemburu berbeza dengan dengki.

Dengki pulak menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua membawa maksud "tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati", manakala hasad dengki dalam Kamus Dewan Edisi Empat pulak bermaksud "dengki, cemburu (disertai niat jahat)."

Nampak kan bezanya? Cemburu tu bila da jadi terlalu-lalu berat akan menyebabkan lahirnya perasaan dengki. Bila da dengki, muncul rasa nak jatuhkan orang lain. Itu yang dinamakan niat jahat.

Jadi, takde dengki positif. Yang positif itu cemburu.


Cuka Dengki


Jealousy... by ~achewlim on deviantART

Malam tadi tengok Kias Ramadhan kat TV3 lepas drama Ramadhan Terakhir.

Menarik gak Kias Ramadhan ni. Suka macam mana Zainal Ariffin buat kesimpulan kat hujung-hujung setiap babak. Ayat yang dia guna tuuu, buat semua orang berfikir. Ayat power mengalahkan Karam Singh Walia sudahhhh~ :p

Macam malam tadi, ade satu babak tentang dengki. Kisah dengki-mendengki peniaga murtabak kat Bazar Ramadhan. Sampai siap jumpa bomoh nak jatuhkan orang lain. Medium yang digunakan sebagai pengantara? Cuka.

Cuka rasanya masam. Cuka banyak gunanya dalam makanan. Cuka kalau guna dengan betul akan menyedapkan makanan. Tapi cuka...kalau terlebih campur dalam makanan, rosaklah makanan tu.

Kalau dengki???

Dengki kalau campur sedikit pun dah merosakkan kehidupan manusia. Takde istilah guna dengki dengan betul dalam hidup manusia ni. Dengki memang sah-sah perbuatan yang tak disukai oleh Allah. Sebab dengan dengki lah manusia berpecah-belah dan saling menjatuhkan. Bertambah buruk bila perbuatan dengki-mendengki ni adalah bila mereka yang mendengki mengajak orang lain turut sama mendengki. Macam mana tu?

Fikir-fikir sendiri ye~~~

Kamu yang membaca ni, hati-hati lah ye... Takut terikut orang-orang yang mendengki...kang tak pasal-pasal kaki kamu tertarik ke dalam neraka sekali!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.