BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, August 28, 2011

Iffah Dah Jadi Putih...

Petang tadi, nak dekat waktu berbuka, Iffah mesej lagi.

Dia kata dia da putih. Doktor da siat semua kulit yang terbakar kat muka Iffah. Nguuu. Mesti pedih, Iffah pun kata pedih. T_T

Saya mintak gambar, sebab jeles dia da putih. Dia cakap hendset dia takde mms. Huhuhu. Boleh pulak saya suh dia mintak doktor yang siatkan kulit muka dia tu tolong mms kan gambo. Leh la dapat nombor tepon doktor tu sekali untuk Iffah. Erkkk! Tak sesuai eh gurau camni? Nak bagi dia gelak... T_T

Then dia cakap ade gambar, tunggu kejap dia nak send.

Dia send guna nombor kakak dia. Berdebar tunggu gambar Iffah. Bila da dapat gambar tu, betul la bak kata Iffah. Mata dia bengkak. Sebab tu dia banyak taip typo dalam mesej. Takleh nak buka mata sangat. Taip dan baca mesej banyak-banyak buat mata dia rasa sakit. Doktor bubuh eye more dalam mata, mata jadi berair-air.

Iffah suh letak gambar dia. Tanya dia, betul ke nak letak. Sebab sebelum ni Iffah takmo tunjuk muka dia kat blog. Dia cakap kali ni je, nak bagi tunjuk beza muka sebelum dan selepas eksiden semalam. SEMALAM...baru lagi rupanya semua ni berlaku... Allah, Allah...

Ni gambar Iffah...


Bila tengok gambar Iffah dengan tiffinbiru Atok Gebu, saya rasa sangat sedih. Iffah sangat ceria orangnya. Dalam keadaan sekarang, Iffah sangat lemah dan perlukan sokongan semua...doakan dia ye kawan-kawan...

Untuk yang ringan tangan mahu membantu Iffah dan keluarga, sumbangan boleh dibuat melalui "Sumbangan Kilat Untuk Blogger Iffah Afeefah".

Rindu sangat dengan Iffah...!

P/S: Jom geng Mini Gath, kita raya umah Iffah nanti! Jiji nak ikot kan?


Iffah Raya kat Seremban

Malam tadi dalam 11.30 Iffah ada mesej, mintak tolong bacakan al-Quran untuk dia sebab dia takleh tido. Tapi masa tu, saya da tido, sahur pagi tadi baru baca mesej dia. Kesian Iffah, katanya dapat tido, tapi mimpi eksiden.

Tadi bercakap dengan Iffah lagi.

Dia kata doktor baru lepas siat kulit yang terbakar kat muka dia. Baru siat satu. Rasa pedih. Doktor akan siat lagi dan lagi nanti. Adik Iffah kata mungkin kena buat plastic surgery, tapi yang tu tak confirm lagi. Masa bercakap dengan dia tadi, Iffah tengah tunggu doktor nak cuci lutut dia pulak.

Tangan kanan dengan kaki kiri Iffah luka terbakar tapi tak teruk sangat. Cuma, tangan kanan Iffah melecur sampai doktor cakap kena selalu gerak-gerakkan. Takut nanti sel tangan mati kalau tak gerak-gerak. Iffah cakap da banyak kali kena suntik kat tangan dia. Sakit. Iffah kata lagi empat hari baru doktor bagi keluar wad. Jadi raya ni Iffah beraya kat Seremban. Sebagai pesakit kat hospital.

Kita semua doakan Iffah kuat ye. Masa ni la dia sangat-sangat perlukan kata-kata semangat dari kawan-kawan semua. Walaupun mungkin hanya kenal di alam maya, ikatan yang terbina sesama kita semua la yang boleh membantu agar Iffah jadi lebih kuat untuk teruskan perjuangan dia melawan rasa sakit dan lemah.

Untuk yang nak bagi sumbangan dan kata-kata semangat buat Iffah, boleh ke SINI.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu semua...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.