BLOG ENCIK SUAMI

Monday, August 29, 2011

Eh, Ustazah! : Special RAYA Edition

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...

Hari ini 1 Syawal. Ustazah dan adik kesayangannya, Amalina tengah bersiap-siap nak ke masjid untuk solat sunat hari raya. Kawan Amalina, Nurin dan Iffah da sampai awal pagi tadi untuk bergerak sekali ke masjid yang letaknya tak berapa jauh dari rumah ustazah.

Ustazah: Ina, pakai baju yang mana tu?

Amalina: Tak tau lagi akak... Huhu. Susahnya nak pilihhh...

Iffah: Ape susah-susah sangat, Ina? Pakai aje la baju raya! Kan da tempah awal dulu tuuu...

Amalina: Ermmm...

Ustazah: Ha...kalau Ina susah nak pilih, meh dengar ni...


Nurin: Haaa...pilih pakaian yang terbaik yang Ina adeee~

Amalina: Alhamdulillah... Ok, ok... Ina nak pakai jubah ni. Hehe...

Iffah: Cantik, cantik! Cari-cari jubah ni...dah mandi ke Ina ni, ustazah?

Amalina: Eyyyyyyyy, dah lah! Ina siap mandi sunat hari raya tau!!!


Ustazah: Ehehe... Dah, dah... Cepat sikit! Kang tak dapat duk dalam, tak clear khutbah kang...

Nurin: Erkkk! Takmooo, nak duk dalam!

Ustazah: Ha...suh Ina tu cepat sikit. Lepas tu kita jamah makanan sikit sebelum gi masjid.

Iffah: Kene makan ke, ustazah?

Ustazah: Sunat makan sebelum ke masjid pada hari raya, untuk menutup sangkaan bahawa hari ni dibolehkan berpuasa. Kan hari ni hari haram puasa... Lagipun, Rasulullah pun buat, kita pulak ikut sunnah baginda~


Iffah: Oooo... Macam tuu... Patutlah ibu suruh makan tadi~

Setelah Ina siap, mereka menjamah sedikit makanan sebelum berjalan kaki ke masjid.


***

Dalam perjalanan...

Nurin: Ustazah! Saya lupaaaaaaaaaaa....

Ustazah: Haa? Lupa apa, Nurin? Sempat balik nak amek lagi ni.

Nurin: Errr... Lupa macam mana nak solat sunat hari raya. Huhuhu.

Ustazah: Owhhh... Saspen la kamu ni, Nurin. Hehehe... Macam ni...

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama: Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua: Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.

Iffah: Alhamdulillah... Saya pun ingat-ingat lupa tadi!

****

Selesai solat sunat hari raya, mereka bersalam-salaman dengan jemaah masjid sambil mengucapkan tahniah antara satu sama lain atas kemenangan di Aidilfitri.


Amalina: Taqabbalallahu minna wa minki akak... Ina minta maaf atas salah silap Ina kat akak...

Ustazah: Akak pun minta maaf jugak, Ina... Taqabbalallahu minna wa minki...

****

Nurin: Ina, jom datang rumah saya nanti! Mak Yam masak kuah kacang kesukaan Ina~

Amalina: Wahhhhh~ Mestilah saya datang! Ziarah menziarahi masa hari raya kan sunnah baginda juga~

Iffah: Lepas tu datang umah saya pulak!

Ustazah: Hehehe...jangan lupa datang rumah Ustaz Fakhrul, dia jemput semua datang petang nanti, kan?

Amalina: Ha'ah lah! Alhamdulillah akak ingatkan! Nanti petang kita gi umah Ustaz Fakhrul ye~ Esok gi umah Pak Cik Mat pulak~~~~


Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi mereka yang mengisi Ramadhan dengan amal ibadah kerana Allah. Biarpun Ramadhan telah berlalu pergi, teruskan amalan yang telah dibina sepanjang bulan keberkatan itu, biar kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Pada hari yang mulia ini juga, eloklah kita saling bermaafan dan melupakan segala kesilapan lalu... Semoga Aidilfitri kali ini membuka lembaran baru dalam hidup kita semua.

Salam Aidilfitri daripada Ustazah dan keluarga... Maaf zahir batin atas segala salah silap sepanjang berkongsi di dunia maya. Moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua... Ameen.


Ku Pohon Keampunan...




sayang di hari yang mulia ini
ku pohon keampunan
hanya satu yang ku pinta
pulanglah...

termenung ku sendiri
memendam rindu tidak menentu
kasih suci murni yang kita bina
hapus hancur oleh kata fitnah

di pagi hari raya
hati sayu mengenang dirimu
mudahnya kau menggantikan diriku
seolah cintaku tak berharga

apakah suratan
aidilfitri suatu titik akhir
sekian lama bercinta
kau tiada di hari mulia

keampunan ku pohon
sekiranya aku yang berdosa
pulanglah ku merindui mu sayang
ku menanti dengan hati rela

apakah suratan
aidilfitri suatu titik akhir
sekian lama bercinta
kau tiada di hari mulia

keampunan ku pohon
sekiranya aku yang berdosa
pulanglah ku merindui mu sayang
ku menanti dengan jiwa raga

pulanglah ke pangkuan ku oh sayang
ku menunggu mu di hari raya

- Aishah - Pulanglah -


Selamat menyambut 1 Syawal semua...

Ampun maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap diri sepanjang kita mengenali antara satu sama lain di dunia maya dan juga dunia realiti...

Taqaballahu minna wa minkum!


P/S:
Sedih kan lagu ni?
Mode jiwang menjelang raya...
Kalau ada Iffah, mesti dia komen laju-laju! T_T


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.