TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Saturday, September 3, 2011

Jarak Antara Dua Hati...

Two little hearts by ~Aleksz22 on deviantART

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali.

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?"

Sambung SINI~~~

Nice entry!

Jauh Dari Manusia atau Jauh Dari Dia...?

.: Far Away :. by ~Angelicwhispers on deviantART

Jauh...

Makin lama makin jauh...

Pernah kah kamu rasa diri kamu dijauhi oleh sahabat-sahabat dan teman rapat, malah mungkin ada juga yang dijauhi oleh insan tersayang. Dengan tiba-tiba kamu dipinggirkan, tanpa kamu mengetahui apa sebabnya. Hendak ditanya kepada mereka kenapa diri kamu dijauhi, rasa tidak terdaya. Bila ditanya, mereka pula seolah-olah cuba mengelak.

Mungkin tidak semua antara kita yang pernah rasa macam tu. Ada yang diberi nikmat disayangi oleh insan-insan sekeliling hingga ke akhir hayat. Ada yang diberi nikmat menjadi kesayangan keluarga biarpun semakin lama adik-beradik semakin ramai. Kerana setiap orang berbeza laluan dalam kehidupannya, bukan?

Bagi yang rasa dijauhi, tentu rasa sedih dan terluka. Hingga setiap saatnya asyik memikirkan sebab-musabab kenapa dia dipinggirkan. Dalam kepalanya hanya bayangan teman-teman diselangi saat pahit manis bersama mereka. Kadang-kadang bertanya kepada Pencipta, kenapa jadi begini dan begitu ya Allah...?

Wahai kamu-kamu yang rasa dijauhi... Tidakkah lebih memeritkan apabila rasa diri sendiri semakin menjauhi Pencipta kasih sayang sesama insan berbanding rasa dijauhi oleh insan-insan tersayang di sekeliling kita...? Tidakkah kamu rasa perasaan itu atau kamu masih lagi dirundung rasa kecewa kerana dijauhi teman-teman?

Kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Peliharalah (hubungan dengan) Allah nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah (hubungan dengan) Allah nescaya engkau akan menemukan-Nya di mana saja." (HR Tirmidzi no 2516, HR Ahmad 1/294)

[surah Ali-Imran: 112] pun ada meletakkan perkaitan antara hubungan dengan Allah dengan hubungan sesama manusia... Maka, jika kamu rasa ada yang tidak betul dengan hubungan kamu dengan manusia lain, cuba renungkan semula hubungan kamu dengan Pencipta manusia... Pulihkan hubungan kamu dengan Allah, jika mahu Allah menjaga hubungan kamu dengan manusia...

P/S: Ditinggalkan al-Quran itu kepada kita untuk direnung segala intipati di dalamnya...

Kenapa Lagi Ni...?

Entah kenapa...

Rasa terganggu sikit hati ni sejak akhir-akhir ni. Rasa sebak, pilu dan hairan yang bercampur-campur.

Angkara air yang bercampur-campur di hari raya ke??? Atau lauk-pauk yang berbagai-bagai jenis masuk ke perut? Atau adakah kerana kek-kek lapis yang sangat berwarna-warni 1 Malaysia?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kannn... Setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ni pun memang semua ikut jalan yang Dia da tentukan. Tinggal kita je nak berfikir di sebalik semua yang berlaku tu. Bukannya Allah buat semua benda suka-suka lalu kita pun ikut semuanya secara suka-suka saje...

Bila hati da jadi haru macam ni, mulalah fikir-fikir nak wariskan blog kepada sape-sape... Erkkkkk, awat nehhh???

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram..." [ar-Ra'd: 28]

P/S: Jaga kesihatan di hari raya ye semua...

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.