BLOG ENCIK SUAMI

Monday, September 5, 2011

Ramai Yang Terasa...

the silence is broken by ~france-mute on deviantART

Mak aiii...

Maap, maap, maapppp...

Ramai yang terasa dengan entri tadi. Yesssss!!! Maksudnya memang ramai blogger yang mula hilang mood berblog dek tertelan terlalu banyak almond london, biskut suji dan batang buruk masa raya hari tu. Agaknya inilah dugaan yang paling hebat sepanjang berblog kalau ditanya pada mereka-mereka, ye dak???

Berblog secara aktif baru nak masuk setahun, tiba-tiba diduga dengan mood menghapdet yang hilang hanya kerana...kerana...keranaaaa...berayaaaaa sakannnnn! Hahahaha~ Sape-sape yang mampu bertahan sepanjang hari raya yang lepas tu memang hebakkkk ahhh (Hebakkk tak hebakkk nkooo orang berayaaa, nkooo pulak hapdet blog...! Eh, autopublish eh? Sorry, sorry...:p) Ade gak yang masa raya tu slow sikit...sikiiiiiiit jeee...then sekarang da laju balik berdesup-desup entri keluar. Yang tu pun syabas la eksss...

Psssttt, tadiiii ada sorang tu terasa jugakkk pasal dia tak update blog sejak lebih seminggu lepas... Teruuussss dia updateee! Sekali hambekkk nkoo panjang berjela-jela dia update... Haaa...kan da kata dahhh, idea banyak tuuu berlapis-lapis, tinggal nak masuk dalam blog ajeee. Cuma main antara rajin dengan malas ajeee... Hehehehe...

Sape agaknye yang update panjang berjela-jela tu??? Meh la jenguk blog beliau tu kat SANA...


Kenapa Awak Tak Nak Update Blog?

silent lake by ~arbebuk on deviant

Semacam satu virus pulak...

Yang semakin menjalar ke dalam segenap sel-sel darah anggota blogger semenjak berlalunya sambutan hari raya Aidilfitri. Mesti ramai yang perasan blog-blog sahabat blogger ada yang menyepi beberapa hari semasa hari raya hari tu, sebab ramai yang balik ke kampung halaman dan beraya sakan. Maka tentulah tak sempat nak jenguk blog langsung, tambah-tambah bila ada kekangan internet.

Tapi sambutan hari raya Aidilfitri telah beberapa hari berlalu, ramai jugak yang dah kembali dari kampung dan mula bekerja macam biasa. Hari ni pun hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri dalam Malaysia, selepas cuti hari raya. Mesti la rakan-rakan blogger da balik dari kampung lebih awal kannn...

Tapi tapi tapi...perasan tak ramai yang mood bloggingnya da entah ke mana. Blog masih juga menyepi tak berupdate, seakan-akan dah takde hati langsung nak berblog pun ada jugak. Mungkin juga rentak berblog da tenggelam dek ketupat, rendang dan lemang. Atau mungkin jugak idea-idea untuk entri da berlapis-lapis macam kek lapis tapi dibiarkan macam tu saje tanpa dimasukkan ke dalam blog.

Maka dibiarkanlah blog tu bersawang beribu-ribu sawang labah-labah sambil menangis merintih tengok pengunjung da hilang seorang demi seorang. Errr... Salah sape bila blog tak update tu???

Salah diri sendiri ok... Cari semula ape yang hilang tu... Saya pun macam da hilang mood nak update... Aiyakkk!!! Pulanglah... Pulanglah... (Aishah)

P/S: Dah start packing...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.