BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, September 6, 2011

Nape Takde Data Dalam GPS?

Taip, taip, taip...

Tak keluar.

Taip nama jalan pulak.

Tak keluar jugak. Aik? Pelik...

Okehhhh, cer try letak nama stesen LRT dia.

Alhamdulillah... Ade pun. Dari situ boleh lah masuk destinasi yang nak dituju pulak.

Bila sampai kat stesen LRT, terus nampak signboard ke destinasi yang nak dituju. Pusing, pusing, pusing lagi... Alhamdulillah sampai jugak ke rumah yang dicari.

Tapiii, tapiiiiiii, tapiiiiiiiiii... Nape takde dalam data GPS ye??? Pelik bebenor...

Masa berbual pasal ni dengan sedara, tiba-tiba adik cakap, kan kem tentera... Memang dirahsiakan kot...

Aha la kan...

Mungkin jugak...

Nak try search Kem Terendak pulak lah... Errr... Leh ke kak Ros???

P/S: Terima kasih awak... Keje leklok ye...


Cherry Oh Cherry... Cherry Blossoms?

Cherry duk atas beg...muka cam sedih ajeee...

Pagi-pagi adik bukak pintu depan, diorang sume berkejar-kejar masuk dalam rumah. Kalo dulu mak diorang si Mitchi tu duk tunggu tepi beg masa saya tengah siapkan segala barang nak bawak balik, kali ni Cherry dengan Suteh lak yang duk tunggu tepi beg saya dengan adik. Saya letak dia atas beg, dia tak lari pi mana-mana cam selalu. Cam tau-tau aje tuan kesayangan dia nak gi jauh hari ni.

Cherry duk atas riba pulak...aiyakkk...awat la nkoo niii...

Anak Mitchi kan ade 4 ekor yang hidup lagi ni. So kitorang adik-beradik dapat la sorang sekor. Cherry ni kira bawah 'seliaan' saya lahhh, Suteh pulak bawah 'seliaan' adik yang nak ikut balik hari ni. Sutehhhh yang cabut huruf J kat netbook ni hari tu la Aimaa oi... Cecuteh = Si Suteh. Cecuteh tu kucenggg... Takde kaitan ape-ape dah dengan kuceng sebab Cecuteh memang kucenggg... Errr... Mende la saya merapu ni.

Dari kiri: Cherry, Suteh, Bibi & Jompot

Ok... Bubyee Cecherry, Jejompot, Bibi ngan Cecuteh~~~ Jaga diri leklok yeee mucukkk!

P/S: Doakan perjalanan saya lancar ye kawan-kawan~ :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.