BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, September 7, 2011

Maaf, Bukan Saya Rasa Diganggu...

Bukan...

Tidak sama sekali saya rasa terganggu dengan mesej-mesej dalam inbox FB.

Maafkan saya kerana beberapa hari kebelakangan ini saya begitu sibuk dengan hal keluarga. Memang kamu nampak saya update blog dan kadang-kadang post di wall FB. Tapi setakat itu saje la yang kamu nampak. Saya update blog pun kala menunggu untuk masuk ke dalam lrt. Dan saya post ke wall FB pun sambil melayan anak-anak sepupu yang riuh-rendah gembira bila tetamu seperti kami datang ke rumah.

Dalam kesibukan tu, ada yang saya terlepas pandang biarpun saya telah pun membuka semua mesej-mesej yang saya dapat di FB. Terkadang semasa menunggu mesej dibuka, saya bangun dan memeriksa sama ada barang-barang adik lengkap atau tidak. Bila datang balik ke depan laptop, adik pulak tengah guna laptop. Bila saya nak guna balik, bateri pulak da nak habis dan perlu dicas semula. Dan ketika itu saya berada sangat-sangat jauh dari rumah sendiri.

Saya minta maaf. Namun jauh sekali untuk saya rasa terganggu. Insya'Allah saya akan balas mesej-mesej kamu, tapi bukan dalam masa yang begitu segera seperti yang kamu-kamu harapkan. Mungkin agak lambat sikit, tambah-tambah lagi jika ia melibatkan perkara serius yang memerlukan saya berfikir jauh tentangnya.

Saya minta maaf... Betul-betul minta maaf... Jika ada yang terasa dengan kelambatan saya membalas mesej-mesej tersebut.

Maafkan saya...


Alhamdulillah... Walaupun Lori Treler Mati Enjin Tiba-tiba...

Alhamdulillah...

Selesai sudah semuanya. Bukan selesai beraya, tapi selesai uruskan pendaftaran adik yang bakal jadi doktor (ameen...) kat kolej dia pagi tadi. Lama gak tunggu dia mendaftar. Masa tunggu-tunggu selama 2 jam lebih tu lah teringat kat bapak dulu yang tunggu saya mendaftar kat UTM. Mesti bapak pun rasa apa yang saya rasa. Penat, panas, haus, lapar... Tapi bapak kira untung la jugak, ada banyak gerai makanan kat tempat pendaftaran masa tu. Yang kat sini takdeeee... T___T

Banyak kali jugak kaco adik yang tengah bertungkus-lumus mendaftarkan diri kat dalam, tanya dia berapa kaunter lagi, lama lagi ke, then ulang lagi kaco 15 minit kemudian. Hahaha~ Melampau nkoooo... Serius resah gelisah menunggu. Bapak oh bapak... Kesian bapak dulu tunggu kite kannnn... Huhuhu... Thanks bapakkkkk...! Sayang bapak sangat-sangatttt~~~ Meh tiommm pipi sikit!

Aslann As kata "Jalan dalam UKM sangat sesak, jem, lumpuh sebab kat tengah2 jalan antara FST dgn UO ada lori treler sangkut tak lepas. makbapak freshie ni anta anak naik mende alah tu ke oii? =.=" Boleh pulak jiran saya cakap saya yang buat??? Nak bawak kete pun terkial-kial, apetah lagi nak bawak treler yang besar gedabak tuuuu... =.=

Jadi, saya menafikan di sini bahawa treler tu saya yang bawak dari Sarawak... Lagipun saya bukan daftarkan adik kat UKM Bangi~~~ Lalala~

P/S: Huk alohhh, da update sampai 3 entri pun kecoh...


Wordless Wednesday #23 : Jom Redah Ajeeee...



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.