BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, September 10, 2011

Tak Lewat Lagi Nak Skodeng... Err...


Terima kasih kepada....


yang jadi top 10 referrals bulan Ogos yang lepas...

Terrrrrlambat lagi nak keluarkan entri ni sebab beraya sampai terlupa nak update...

Terima kasih kepada kamu-kamu semua yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak best ni...

Jemput lah datang lagi ye...

Tapi kuih raya da habis...


Kak, Ada Namploh Sen Tak?

Syiling banyakkkk sangat ni boleh mintak kat SANA

Lokasi: Kedai aksesori henpon tepi jalan.


Katek: Dik, nak topup Selkom, ada tak?

Tomok: Ada kak... Nak berapa hengget?
Katek: Bagi seploh hengget. Nak beli tigaploh macam banyak sangat pulak, kang asyik bergayut dengan nkoo ajeee siang malam.

Tomok: Eheh...tak ape laaaa akak, kalo nak bergayut dengan saya siang malam. Hehehe...

Katek: Dah, dah... Tak payah nak loyar burok... Cepat bagi topup.

Tomok: Ok ok... Nah kak~ RM10.60.

Katek: Nah... (bagi not merah dengan not hijau yang plastik tu)

Tomok: Eh, akak...takde duit pecah ni, ada namploh sen tak???

Katek: Ape ke hey nye nkoo letak rega macam tu, kan ke da susah nak carik duit syiling???

Tomok: Err... =.=


****


Lokasi: Kedai aksesori henpon dalam Mid Valley pulokkkk.


Kirin: Dak gemok, nak topup Mexis seploh.

Ina: Nah abang gemok, Rm10.60 ye~~~

Kirin: Nah.... (sambil bagi not merah ngan not biru)

Ina: Nah duit bakinyeee... (sambil bagi syiling sebesar lima sen)

Kirin: Eh, dopleh sen, doploh sen takde ke???

Ina: Errr...takde abang gemok. Lima sen, lima sen aje yang ade sekarang ni...

Kirin: Aiyakkkk...taknak! Berat wallet aku! Cepat carik doploh sen!


****


Pengajaran: Belilah topup RM50 atau RM100....


Dan Ketika Diri Jatuh...

That Falling Moment by =Alexandru1988 on deviantART

Siapakah yang kita harapkan ada di sisi?

Untuk menemani kita menghadapi saat-saat paling genting dalam hidup buat kita pada masa itu. Apabila dunia sekeliling seolah-olah sudah kelam dan tidak nampak hala tuju. Seolah-olah sudah tiada cahaya yang menerangi kegelapan jiwa yang sedang lemah disapa ujian.

Tentunya kita inginkan sahabat rapat menjadi pemberi semangat dan menyalurkan segala kekuatan. Berharap agar ada walau secebis sinar bagi menerangi hati yang gundah-gulana. Sangat sakit apabila terjatuh kerana tersadung kaki, lebih sakit apabila tiada tangan yang menghulur untuk membantu kita bangun semula.

Namun, lebih perit dan pedih apabila kita jatuh dari jambatan lurus dan dibiarkan terasing terkapai-kapai di dalam lautan bergelora. Sahabat yang berjanji untuk menghulur tangan apabila kita terjatuh supaya kita tidak dihanyutkan ombak hingga semakin menjauh ke tengah lautan, dicari-cari kelibat bayangnya. Sahabat yang dahulunya kita tanya, "Kalau aku jatuh, adakah kau akan bangunkan aku semula?" dan dia menjawab "Insya'Allah, sahabatku! Takkan aku biarkan kau hanyut!"...di manakah dia?

"Kerana kita sahabat yang sudah berjanji untuk tidak menyebabkan satu sama lain rasa terasing..."

Sahabat...andai diri ini terjatuh, adakah kamu mahu menghulurkan tangan?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.