BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, September 11, 2011

Batu Boleh Bercakap

Fantaghiro

Erk!

Semua duk bising pasal cite The Cave of the Golden Rose tu da start main semula kat TV9 setiap hari Ahad jam 10 malam. Aiyakkk...sangat rindu cite bersiri ni!

Dulu masa kecik-kecik, cite ni jadi cite feveret family. Mak sangat suka tengok. Saya boleh ingat sampai sekarang macam mana Fantaghiro mula-mula jumpa Ramualdo melalui 'tembakan' anak panah pada batang pokok. Wahhhhh, sangat detail sekali ingatan tu kat fkiran masa tengah taip ni~ Ekeke...

Tadi duk kecoh-kecoh kat KBU nama-nama watak yang ada dalam cite tu termasuklah watak batu boleh bercakap tu ha. Semua tak ingat ape nama dia. Entah lerrr...bukan takat nama batu tu, nama ikan dengan kuda yang boleh bercakap tu pun saya tak ingat! Mana nak ingat nama pelik-pelik...tapi nama watak manusia boleh pulak ingat kan. Tarabas, Esmeralda boleh pulak ingat. Hahaha~

Sangat-sangat suka jalan cerita dia. Tak sangka sampai sekarang pun masih dimainkan lagi kat tv cite ni. Dan dari generasi dulu sampai generasi sekarang pun ada banyak peminat dia. Konsep epik dan klasik tu kot yang jadi kegemaran. Hehehe...

Yang ada tv tu boleh la tengok ye... Kalo macam saya dengan Aimaa, download aje lahhh...

Download kat mana ek??? Err...


Misteri Sedenak

Sedenak...

Siapa yang tidak tahu kisah di sebalik tempat tinggal blogger chef yang ngetoppp di Malaysia (dan luar negara jugak) ni? Kalau datang berkunjung ke rumah beliau, tentunya akan disaji dengan pelbagai --bukan juadah makanan semata-mata-- cerita tentang Sedenak. Kisah-kisah lama tentang kuil yang wajib dilalui oleh para pengunjung jika mahu masuk ke kawasan kampungnya, kisah-kisah mengenai kesunyian dan keheningan malam Sedenak, kisah perempuan bergayut di pokok dengan kepala terbalik, dan macam-macam kisah lagi.

Jika duduk menjamu selera dalam rumah pun, kesunyian Sedenak tetap terasa, mungkin kerana tempatnya yang agak ke dalam dan jauh dari jalan besar. Kadang-kadang bekalan air turut terganggu menyebabkan para penghuni terpaksa keluar rumah jam 2-3 pagi untuk mengambil air dari tong air di luar rumah. Kala itulah tentunya ada macam-macam kisah lain pula, contohnya kisah Kak Limah menunggu di atas tong air, menemani penghuni Sedenak pagi-pagi buta.

Tong air tempat duduk Kak Limah jam 2-3 pagi. (Lokasi: belakang rumah blogger chef ngetoppp)

Mungkin inilah misteri Sedenak yang jarang dikisahkan kepada umum. Tambahan pula, tidak ramai yang tahu di mana lokasi Sedenak kerana jarang sekali disebut-sebut oleh orang-orang tua. Jika tidak dicari dalam Google, tentu saja sampai bila-bila tidak akan tahu di mana letaknya Sedenak. Dan misteri Sedenak ini tetap tersimpan dalam diari hidup penduduknya yang kian bertambah hari ke hari.

Mungkin juga inilah misteri Sedenak yang dicari-cari oleh orang luar...

Ok stop.

Sape yang cari misteri Sedenak ni???

Imej histats

Gggrrr...penat nkoo nak karang ayat! Sila jangan percaya segala cerita tentang Kak Limah kat atas. Tapi kisah kuil, kisah sunyi sepi dengan kisah perempuan tuuuu...jeng jeng jeng~

Jom gi Sedenak tanya sendiri kat Pak Cik Mat! Ekekeke...


Papa Ben Nak Memiliki Hati Riana...


Novelog Ben Ashaari: Akan Ku Miliki Hatimu Itu...
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]


Takde keje.

So buat benda ni. Hari tu ada komen kat salah satu episod entri novelog Papa Ben, cakap kat dia nak letak kat sidebar jugak macam novelog Iffah kat tepi tu. Maka disebabkan bosan hari ni, dan takde idea nak update ape kat blog, mulalah gentel-gentel kat photoshop. Jadik la macam ni. Ala simple aje...untuk rujukan sendiri, boleh la kan... Sape-sape nak baca, boleh la klik kat sidebar tu ye...kat atas ni pun boleh...

Pssst, papa Ben ada buat segmen raya... Sape ade gambar raya best boleh la join~ Klik sana, sana~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.