BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, September 13, 2011

Mampukah Kita Mengubahnya?

Brooklyn Bridge by ~treeleaf on deviantART

Kita naik bas...dengan kawan-kawan.

Then bas kita lalu jambatan...kita yang tengah tido tiba-tiba terbangun bila bas macam slow semacam. Kita nampak ada construction. Sibuknya jambatan tu dengan pekerja-pekerja yang tengah buat pembinaan. Ada yang dah rosak, perlu dibaiki mungkin. Kita dengar bunyi generator. Bunyi macam-macam mesin.

Tiba-tiba kan...ada benda pelik berlaku. Kita nampak macam ada benda yang tak berapa betul. Terus kita bangun dari tempat duduk. Kita rasa gegaran. Turun dari bas. Tengok-tengok kat depan kita jambatan da mula bergoyang. Yang retak sikit-sikit jadi retak besar-besar. Makin lama makin besar. Kita lari.

Orang lain pun ikut lari. Semua nak selamatkan diri. Tapi dalam masa lari-lari tu macam-macam boleh jadi. Dengan keadaan jambatan yang bergoyang, dan kedudukan jambatan pulak atas lautan luas terbentang. Tiang-tiang besar mula jatuh menghempap segala benda yang ada atas jambatan, mesin-mesin berminyak panas yang tengah berfungsi, semuanya boleh mendatangkan bahaya pada kita dan orang lain.

Kalau kita tak hati-hati, bila-bila masa nyawa kita diambil. Bila-bila masa jugak kita jadi mangsa hempap tiang dan mangsa minyak panas. Atau mungkin kita yang terperosok antara celah retakan jambatan dan jatuh masuk ke dalam laut. Mana-mana yang ditentukan untuk kita, akan kena pada kita.

Kalau dah ditakdirkan ajal dan maut kita, mampukah kita mengubahnya?

Ramai orang kata tak...

Tapi Allah menyarankan supaya hamba-hambaNya berusaha untuk hidup!

Macam mana tu?

Kamu pilih...

P/S: Inspirasi dari Final Destination 5


Bila Saya Pun Bukak Twitter... Err...

Erkk!

Bukan baru guna, tapi baru bukak akaun baru semula.

Sebelum ni da pernah ada akaun twitter... Lama dulu sebelum berblog dengan aktif. Masa tu twitter masih baru lagi diperkenalkan. Masih sikit je yang guna. Kawan-kawan pun tak ramai yang aktif. Tapi yang bestnya masa tu, siap design background twitter tu letak muka dengan nama sendiri. Bayangkannnnn kalo masih pakai akaun tu. Erkkk!

Tapi tapi tapi...akaun tu da takdeeee. Da deactivate da. Ni baru nak start balik. Entahhh...kena rasuk ke ape tiba-tiba nak bukak jugak. Lepas tu tengok kawan-kawan blogger ramai gak duk bertweet dengan aktifnya. Contohnya Papa Ben. Hahaha~ :p

Baru tau cane dia promote entry-entry blogger... Haaa...sape kata dia tak blogwalking, tak baca dan promote entry blogger tu, meh nak babap! Gggrrr... Ok ok...moh le kita sambung edit jurnal... T__T



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.