BLOG ENCIK SUAMI

Friday, September 16, 2011

Eh, Ustazah : Buatlah...!

Hari tu ustazah gi open house kat rumah Pak Cik Mat. Jumpa la murid-murid ustazah. Sambil-sambil makan lemang, ketupat, rendang, lontong, kuah kacang dan macam-macam lagi juadah yang ade, sempat jugak berborak-borak tentang kehidupan. Moh le kita review balik ape yang dibincangkan.

Nasri: Hurmmm...susahnya nak istiqamah baca al-Quran sekarang ni...

Haryati: Nak bangun qiamullail pun tak macam masa bulan-bulan puasa dulu. Huhuhu...

Ustazah: Kenapa pulak jadi macam tu?

Nasri: Entah lah ustazah...mungkin sebab bizi bila da start belajar balik.

Hisham: Ha'ah. Kadang-kadang tu kerja rumah berlambak ustazah. Kemain lagi cikgu-cikgu ni bagi kerja rumah banyak.

Haryati: Kannnnnnnnn... Huhuhu.

Ustazah: Haishhh... Jangan mengeluh. Hurmmm...memang susah nak jaga amalan tambah-tambah lagi syaitan da dilepaskan dari belenggu. Tapi cuba ingat balik dulu-dulu masa bulan Ramadhan, ape yang kamu semua cakap dalam kelas...

Nasri: Err...ape ek?

Haryati: Ermmmm...pasal istiqamah sampai bila-bila? Walaupun da habis Ramadhan?

Ustazah: Ha'ah... Yang tu lerr... Ingat?

Hisham: Haaa...ingat, ustazah! Tapi...macam mana nak istiqamah ni kalau macam ni. Huhuhu.

Ustazah: Kalau ingat, baguslah... Bila da cakap, kena la buat. Kalau kita just cakap macam tu aje, tak disertai dengan niat kerana Allah, memang la kita akan buat sambil lewa. Kita tak ingat yang Allah dengar ape yang kita cakap tu. Bukan aje manusia-manusia lain jadi saksi, tapi mulut kita yang berkata-kata, tangan kita yang menaip, dan Allah sendiri; melihat semuanya.

Nasri: Erkkk! Kalo Allah lihat, lepas tu kita pulak tak buat, ustazah?

Ustazah: Tentulah Allah marah...


Haryati: Astaghfirullahal'azim... Rasa berdosa pulak bila cakap banyak, tapi buat sikit aje.

Ustazah: Alhamdulillah bila ada rasa bersalah pada Allah. Yang Hisham tanya tadi pulak, macam mana nak istiqamah kalau macam tu sekali sibuknya...jangan lupa apa yang Allah paling suka...

Hisham: Buat benda sikit-sikit, tapi berterusan...

Ustazah: Alhamdulillah, masih ingat lagi anak murid ustazah ni...kalau ada sikit masa terluang, baca la al-Quran. Kalau rasa tak mampu nak buat qiamullail penuh dari tahajjud sampai witir, buat la paling kurang pun tahajjud.

Nasri: Ha'ah kan... Betul tu, ustazah...

Haryati: Alhamdulillah... Terima kasih ustazah!

Hisham: Lepas ni baca selembar al-Quran pun boleh kan? Lama-lama boleh perbanyakkan pulak sikit demi sedikit.

Ustazah: Alhamdulillah, macam tu lah...


Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk kita tidak terus mengamalkan tadabbur al-Quran dan bangun malam untuk beribadah kepada Allah setelah berakhirnya Ramadhan yang lalu. Malah dalam segenap aspek dalam kehidupan sekalipun, setiap apa yang kita perkatakan, akan dihitung satu per satu oleh Allah di akhirat kelak. Biar tindakan kita seiring dengan apa yang telah kita perkatakan, biar langkah kita melunaskan kata-kata kita. Jangan jadi tin kosong, yang hanya bising apabila diketuk, tetapi nyata tidak berisi di dalam.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.