BLOG ENCIK SUAMI

Monday, September 19, 2011

Terima Kasih Sayang...

Alhamdulillah...

Sangat bersyukur dapat jumpa mereka semua untuk kesekian kalinya. Ada jugak yang baru first time jumpa. Ada yang da 2-3 kali jumpa, ada yang da banyak kali jumpa...tak kisah yang mana satu, sangat-sangat berterima kasih kepada semua sebab sudi bersama-sama sepanjang dua hari lepas.

Walaupun ada beberapa perubahan dalam rancangan perjalanan, namun semuanya tetap 'tabah' sampai ke hujung jalan. Hehehe... Bak kata mereka...

Cikgu Arif yang bersama-sama di Sedenak

CA Nadh yang ikot sama-sama ke Kajang

Kakakecik Shida yang sanggup bawak kete dari utagha turun ke selatan

Iffah yang sanggup tunggu sampai lewat malam...

Terima kasih...

Terima kasih kakakecik Shida, dak mucuk Ina, CA Nadh, kembaq Aimaa, along Usop, kak Ila, sarjan Keroro yang sabar menempuh perjalanan dari Sedenak ke Kajang... Terima kasih cikgu Arif yang bersama-sama mengunjungi rumah Atok Gebu kat Sedenak. Terima kasih retiss fofular yang sudi menerima kunjungan kami di tempat shooting (dan juga untuk 'kata-kata semangat' sepanjang perjalanan...:p). Terima kasih 'gegurl' Kirin yang sama-sama ke rumah kak Elly dan resakse Kyerull.

Terima kasih kepada Atok Gebu, Iffah Afeefah, Kak Elly, resakse Kyerull, dan kak Shida Anwar kerana sudi menerima kunjungan kami ke teratak kalian. Terima kasih atas layanan yang baik dan kedatangan yang diraikan. Insya'Allah jika umur panjang, lain kali kita jumpa lagi dan cipta kenangan yang lain pulak ye~ :)

Terima kasih jugak untuk dua cenderahati berharga ni...

Dan sabda baginda Rasulullah s.a.w, untuk mengenali sifat sebenar sahabat kamu, bermusafirlah bersamanya, tidur dan makanlah bersamanya, lihatlah cara dia mengendalikan marahnya...*tak jumpa perawi...kalau ada yang tau, sila tinggalkan pada ruangan komen kat bawah...terima kasih!*

Terima kasih semua... :)

P/S: Adakah kak Ila bakal bukak blog? Lalala~


Akhirnya Terserempak Resakse Berjanggut...!

Hua hua hua~~~

Semalam kannn kannn kannn... Gi open house rumah blogger kak Suhaili Sarif. Kat Menara Sri Mahang, Setiawangsa. Seronok jumpa family kak Elly, ibunya macam kak Elly jugakkkkkkkkkkkkkk! Suara macam suara kak Elly jugakkkkkkkkkkkkk! Bila diorang bercakap, kita tak tengok, boleh konfius...ni kak Elly ke ibu kak Elly yang bercakap ni??? Hahahah~ Kat umah kak Elly makan nasi lemak yang sangat sedapppppppppppp! Rempeyek yang dijamu pun sangat sedappppp sampai rasa nak bawak balik ajeee. Kannn Ina kannn... Hahaha~

Juadah di rumah kak Elly selain dari nasi lemak sedappppp

Tapi, tapi, tapiiii! Mana resaksenye yang jadi tajuk entri ni??? Sapekahhh resakse berjanggut??? Ade yang kenal? Kawan-kawan blogger lama tentu kenal sape resakse berjanggut yang pernah dicanang-canang dalam blog ni. Yang baru-baru baca, mesti tak tau sape resakse berjanggut. Sebab dia da menyamar jadi manusia biasa. Erkk! Okehhh...semalam, dari rumah kak Elly, kami gi rumah resakse berjanggut pulak~ Wahhh...di luar perancangan lagi! Kirin kata, rumah dah dekat, so ape lagi. Singgah aje lah kan... Bila lagi nak tengok resakse yang menghuru-harakan dunia ultraman. Hahaha~

Bila sampai umah resakse berjanggut Kyerull Fresco, kuceng dia menyambut kedatangan kami. Ikan keli pun adeee. Dan banyak lagi ikan-ikan lain yang bersalam-salaman dengan kami. Erkk! Tipu saje. Sebenarnya masa sampai umah resakse, ada dia dan ayahnye saje. Dia tengah kemas-kemas nak balik Ipoh, ada exam jap lagi. Kul 2.30 petang ni ha...sempat jumpa dia kejap je la sebelum dia balik. Dia sangat sopan orangnye, sangat malu dengan perempuan, sangat lemah-lembut, sangat ape lagi ek nak tokok-tambah ni. Hahahah~ :p Sempat amek gambo ramai-ramai sebelum balik. Amek jugak gambo dengan resakse bajet tinggi sangat ni sebagai kenangan. Lepas ni tak tau lah bila lagi nak jumpa retiss ni kannn. Dia kata ada operate lagi untuk kaki resakse dia, so moga cepat-cepat sembuh ye resakse supaya boleh jadi manusia sepenuhnya. Hahaha~

Bergambar dengan reksase berjanggut...

Lepas gi rumah resakse, kitorang gerak ke Klang. Gi rumah blogger kakak comel Shida Anwar. Da berapa kali kot kakak ni ajak jumpa, kali ni alhamdulillah sampai jugak ke rumahnya. Dia kannn kannnnn kannnn...ada iras-iras kawan saya masa sekolah dulu. Tinggi dan kurus. Muka pun sama aje. Da la semalam pun adik bongsu saya mesej, cakap kawan tu kirim salam kat saya. Bila jumpa kakak comel ni, terus teringat dia. Hehehe. Kakak comel jamu bolognese pasta, nasi himpit, kuah kacang, rendang...semua sedappppppppp! Terima kasih ye kakak comel...~

Makanan sedap kat rumah kakak comel

Kembaq...kakakcomel dan kakakecik

Lepas tu...kami pun berpisah...

Balik ke Johor...

P/S: Takdak P/S, saja nak bubuh.


Terubat Juga Rindu Pada Iffah...

Alhamdulillah.

Alkisahnya, lepas berkunjung ke rumah Atok Gebu kat Sedenak hari Sabtu lepas, kami bergerak pula ke Kajang petang itu jugak. Dalam perjalanan ke Kajang, kami singgah dulu ke rumah Rosyan (bluekkkk...) di Gemas, Negeri Sembilan. Sampai rumah Rosyan tu jam 8.52 malam. Di luar perancangan, namun sempat juga beramah-mesra dengan bonda Rosyan yang sangat-sangat peramah. Dijamu dengan mi kari yang dimasak sendiri oleh bondanya, rasa berat hati nak beredar pergi bila ibu saudara Rosyan dan mak cik yang turut datang bertandang mengajak-ajak tidur di situ saja malam tu. Tambahan pulak, bonda Rosyan tengah mengadun kek pelangi semasa kami datang. Tak sempat nak join membaking, kami terpaksa meminta izin untuk mengundur diri.

Mi Kari bonda Rosyan

Bergerak ke Kajang, sempat menghubungi beberapa orang blogger yang nak join sekali ke rumah Iffah. Nak pastikan diorang akan join ke tak memandangkan masa sudah begitu lewat. Tak lupa jugak menghubungi Iffah sendiri, rasa bersalah menyebabkan dia menunggu begitu lama. Iffah kata, tak apa, bila lagi nak jumpa semua, tak kan nak kensel. Dengan dua buah kereta, kami memandu dengan berhati-hati sebab kereta yang saya naiki dengan housemate tak boleh laju sangat; temperature dia naik sangat cepat kalau bawak laju-laju. So, kak Ila memandu dengan berhemah sekali, sekejap-sekejap dia akan speed up, sekejap-sekejap dia akan slow down. Yang mengikut dari belakang, terima kasih kerana memberi kerjasama. Hehehe.

Sampai rumah Iffah dalam jam 11.58 malam. Iffah menyambut kami dengan wajah ceria dan tangan kanan berbalut bandage. Kat luar rumah tak nampak ape-ape beza pun pada muka Iffah. Bila da masuk rumah, baru nampak kulit muka Iffah yang kemerahan. Dia tunjuk luka pada kaki dan lutut kat kami (gigurls saje okehhh!) dan gambar-gambar selepas eksiden (lokasi kejadian dan masa kat hospital). Kesiannya tengok keadaan Iffah masa kat hospital tu. Huhuhu...kuatnya you Iffah...I bangga dengan you, alhamdulillah...mesti you pun sangat-sangat bersyukur kan sebab masih diberi peluang Allah untuk berjumpa dengan kami semua...

"Dua hari" di rumah Iffah, kami bergerak pula ke Damansara...jumpa retisss fofular!

Entri yang lain akan menyusul...

P/S: Menaip tanpa guna jari telunjuk tangan kanan ni Iffah...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.