BLOG ENCIK SUAMI

Friday, September 30, 2011

Setiap Orang Punya Rasa...

Cup of Kittie by *Kameolynn on deviantART

Bila berjalan di alam maya...

Kadang-kadang kita akan terjumpa kisah-kisah yang menimbulkan keinsafan. Ada yang membuatkan kita tersenyum bahagia, ada juga yang menyebabkan kita tanpa sedar menitiskan air mata. Oleh kerana tersiratnya pengajaran dan iktibar di dalam setiap helaian cerita. Kalaupun tidak banyak, mungkin sedikit boleh kita ambil sebagai pedoman di hari muka.

Alhamdulillah...

Di sini kita melihat pelbagai ragam manusia, mengenal sifat makhluk ciptaan Allah yang tiada tara. Kerana manusia itu berbeza, maka tidak mustahillah terhasilnya pelbagai rasa. Lalu setiap saat sepertinya sangat elok untuk kita mengajak sekalian manusia bermuhasabah bersama.

Kita mungkin beruntung kerana lahir dengan segala kesempurnaan dan kelengkapan. Dipenuhi keperluan dan kehendak kerana Allah mengurniakan kita kesenangan. Namun jangan kita lupa, ada juga insan yang lebih memerlukan. Katakan pada diri, sedikit kebahagiaan yang kita kecapi itu, ada kebahagiaan orang lain di dalamnya.

Kerana kebahagiaan itu adalah salah satu daripada rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita...maka tidak salah untuk kita berkongsi dengan yang lain rasa bahagia itu.

Mahu berkongsi rasa bahagia? Hulurkan bantuan kepada MEREKA.


P/S: Sekalung rasa penghargaan untuk kamu-kamu yang menyumbang undi hingga semalam.


Eh, Ustazah! : Bila Allah Murka...

Hari ni, ustazah gi ziarah sorang kawan dia kat Taman Universiti. Ustazah gi dengan adik kesayangannya, tak lain tak bukan, Amalina. Masa diorang tengah borak-borak kat laman rumah sambil minum petang, terbukaklah satu topik yang tak kurang hangatnya ni.

Fazlynda: Eh, ustazah! Hari tu kan, masa usrah dengan Nisa', kak Rozita ada kongsi satu wasiat Rasulullah s.a.w kat Saidina Ali k.w.h ni.

Ustazah: Ha...ape dia wasiat tu?

Amalina: Mesti menarik sampai nak kongsikan dengan kitorang gak kan?

Fazlynda: Aha...memang menarik pun!


Ustazah: Naudzubillah... Allah murka pada manusia, tapi tak semua manusia sedar akan kemurkaan Allah tu.

Fazlynda: Yup, sukar untuk manusia menyedarinya bila segala urusan dunianya dipermudahkan, disangkanya Allah telah memberi bantuan kepadanya dalam segala urusan dunia. Padahal dalam urusan akhiratnya yang lebih utama tu, Allah tak bagi kemudahan.

Amalina: Eh, macam mana tu? Dipermudahkan urusan dunia, tapi disusahkan urusan akhirat??

Ustazah: Aha...ada satu masa di mana urusan kita mencari rezeki tu begitu mudah dan senang, tetapi bila ada jemputan untuk gi kuliah Maghrib, macam-macam kesusahan yang kita alami. Takde transport lah, bertindan dengan kerja lah, penatlah. Jangan kata kuliah Maghrib, mungkin jugak solat fardhu, solat Jumaat dan solat-solat sunat pun kita susah nak tunaikan.

Amalina: Erkkk! Kadang-kadang nak gi main bowling padang je pun lagi mudah dari nak gi majlis ilmu, camtu ye?

Fazlynda: Aha...banyak lagi contoh dalam hidup kita, yang boleh kita fikir jauh-jauh. Dan kita tak sedar, rezeki yang kita cari tu haram untuk kita, keberkatan Allah takde, tapi syaitan yang memberkati harta kita.

Ustazah: Naudzubillah... Bila segalanya begitu mudah untuk kita dan semuanya kita dapat dengan begitu senang, renungkan balik segala amalan kita. Mungkin ada kepincangan kat mana-mana. Mungkin ada amalan wajib yang tertinggal, mungkin ada larangan Allah yang kita terbuat, malah mungkin juga ada hati-hati yang terluka dengan kita tanpa kita sedar.

Amalina: Ustaz Fakhrul cakap, kalau kita buat salah dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia dulu, baru Allah ampunkan dosa kita...kan?

Ustazah: Betul tu...kita tak tahu, mungkin kemaafan yang belum kita dapat dari manusia lah yang menyekat segala urusan akhirat kita

Fazlynda: Aha, dan Rasulullah s.a.w turut berpesan, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat masih terbuka, kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak memohon keampunan Allah, kan?

Ustazah: Alhamdulillah...terima kasih Fazlynda sebab kongsikan inti usrah Nisa' hari tu. Lepas ni, kongsi la lagi~

Fazlynda: Insya'Allah...eh, minum lahh...

Amalina: Ye, ye...minum la ni...


Tidakkah kita rasa bimbang dan gusar jika rezeki yang kita cari rupanya haram untuk kita tanpa kita sedar? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kita hingga disibukkan olehNya kita dengan urusan duniawi berbanding urusan akhirat. Beleklah semula segala amalan kita, mungkin ada yang tercela tanpa kita sedar. Allah itu Maha Pengampun, mohonlah keampunan dariNya selagi belum terlambat.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.