BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 1, 2011

5 Entri Blog Yang Saya Suka Hari Ini ~♥

Klik imej kalo nak join

Ok, disebabkan entri yang nak kena letak adalah entri yang dibaca PADA HARI INI SAJA, maka yang saya baca hari ni la ye saya promote...


Kak Limah cite pasal lelaki yang reti memasak, ape kelebihan dia... Suka entri ni sebab ada Jamie kat dalam tu, nampak begitu macho sekali okeh... Sebenarnya, suka pada passion seorang cook, so entri cenggini memang disukai lah~


Entri Mama Maszull yang ni walopun simple, tapi sangat berguna ye untuk mereka-mereka yang ada hati-hati untuk dijaga. Suka yang no 9, 10 dan 11. :)


Entri ni, sangat dekat dengan kita semua yang hidup kat dunia ni. Apa yang berlaku pada tiga golongan tu, saya rasa turut berlaku di sekeliling kamu. Ringkas dan padat peringatan yang CA Nadh kongsikan, jemput baca dan muhasabah bersama!


"ingat senang ke jadi pemes..hati tu kena kuat..kalo tak ke longkang jugak la niat kita berblog pada awalnya..pemes tak pemes ke sama je..yang penting hati tu kena jaga.."


Cer baca gak yang last ni... Lepas tu jangan lupa meriahkan hashtag #kalaulahakubuku kat twitter. :p


Terima kasih sudi baca bersama-sama... :)


Kalaulah Manusia Itu Macam Buku

books by ~carolinexpaige on deviantART

Buku...

Ada macam-macam jenis kat dunia ni. Ada yang kita kena beli, ada yang kita dapat dengan percuma sebagai hadiah, ada gak yang kita pinjam dari kawan kita. Untunglah yang dapat hadiah buku pada hari lahir, tambah pulak kalau minatnya membaca, buku yang dapat pulak kena dengan jiwa. Kalau yang jenis tak berapa nak mengumpul buku lak, pinjam aje dengan kawan-kawan. Asalkan dapat baca, ye dak?

Kalau jenis mengumpul pulak, boleh la cari kat kedai buku. Pernah gi MPH? Popular? Harris? Kinokuniya? Err...BADAN Cemerlang? Ada berrrrrrrrrrrrrrjuta-juta buku kat kedai-kedai buku besar ni kan? Dalam berjuta-juta tu, ada macam-macam genre pulak. Ada genre seram, romantik, komedi, agama, ensiklopedia, sains, dan banyak lagi lerr.

Kalo yang jenis komedi tu, banyak yang senang kita nak faham. Elok aje gelak guling-guling kita baca lawak jenaka dalam buku jenis camni. Kalau yang suka cite seram, siap boleh bayangkan lagi jalan cite dalam buku genre seram kan? Genre romantik tu kadang-kadang jalan cite dia cepat kita faham, kadang-kadang tu pening kepala jugak kita nak jangka apa yang berlaku seterusnya. Kalau jenis agama lak, makin berat bab agama dia, makin berat jugak kepala kita nak terima benda-benda baru yang kita baca tu.

Kalau ada mana-mana antara genre tu yang kita suka, berjaya menarik hati kita untuk memilikinya, terus kita beli dan hadam kasi faham. Bila dah faham, kalau bukan jenis yang "boleh menjadi rujukan di masa depan", maka tersimpanlah buku-buku tu kat rak buku sampai berhabuk. Tak pun, masuk kotak dan simpan bawah katil. Ada tu sampai da jadi pekasam, tak kurang jugak yang da tiba masa untuk dibakar.

Manusia...pun ada macam-macam sifat, perangai dan ragamnya. Antara makhluk Allah yang kadang-kadang sangat sukar difahami dari segala segi...

Alhamdulillah, manusia bukan buku...

Terima kasih Papa Bennn.


Saya Tak Reti Nak Dapatkan Balik Semua Followers Yang Hilang

Tu diaa...

Tajuk bukan main kan?

Sebenarnya, pagi ni tadi seorang Mek Rebit menegur sapa saya kat YM. Katanya, semalam dia privatekan blog sekejap. Pagi ni bila bukak semula, tengok-tengok Followers dengan Recent Comments semua dah lesap. Erkkk! Macam mana tu???

Macam kat bawah ni rupa dia...


Hohhh? Macam mana boleh jadi gitu??? Saya pun blurr jugak. Dah try remove dan add semula ke dalam template, masih menghadapi masalah yang sama. Akhirnya saya copy ayat kat atas tu dan paste kat Google. Lalu terjawablah beberapa persoalan yang tadi bermain-main jugak kat fikiran. Ni nak kongsi ni...

Kalau kamu-kamu menghadapi masalah camni jugak, mungkin disebabkan kesilapan teknikal masa nak privatekan blog tu. Nak betulkan semula kesilapan tu, klik kat My Account kat Dashboard blogger macam kat bawah.


Then kat bahagian My Products, klik Google Friend Connect (GFC)


Kamu-kamu akan nampak list blog yang guna application GFC ni. Klik kat blog yang bermasalah tu. Contohnya dalam tutorial ni, blog Sunah Suka Sakura dot com.


Kat sini ada macam-macam benda yang kamu boleh tengok (rupanyaaa...!). Saya gerenti, tak ramai yang selalu godek benda ni sebab baru lagi kan Blogger.com gunakan GFC untuk gantikan Followers yang lama dulu. Klik kat Settings.


Okie...sini yang penting. Nampak kan tulisan kaler merah tu??? Ha...yang tu lerr yang menyebabkan masalah pada mana-mana gadget third-party dalam blog kamu. Kalau url blog kamu silap, gadget-gadget dari luar takkan dapat detect blog kamu tu. Contohnya kat bawah ni, url Sunah Suka Sakura dot com terlebih satu huruf "a".

Betulkan url dalam kotak Home URL tu

Betulkan url yang silap tu. Biar sama dengan url blog kamu. Kemudian, klik Save your Settings.


Lihat hasilnya dengan refresh blog kamu. Kamu akan dapat balik semua Followers kesayangan kamu yang hilang tu.


Alhamdulillah... Hilang debaran kan? Selamat mencuba ye~


Bahaya Facebook Kepada Lelaki Gatal

Gambar dari hMetro juga

LONDON: Seorang lelaki yang mengamalkan bigami ditangkap selepas isterinya melihat gambar perkahwinan keduanya di laman Facebook.

Diane Haynes masih berkahwin secara sah dengan pemandu bas, Paul Haynes apabila dia melihat gambar perkahwinan suaminya di rangkaian laman sosial itu. Pendakwa raya, Andrew Scott memberitahu Mahkamah Agung Lincoln ketika pasangan itu berpisah, Haynes menjalin hubungan baru bersama Sandra Jones sebelum mereka berkahwin secara sivil di Hotel George di Stamford, Lincolnshire pada 25 Jun tahun lalu.

Tiga bulan selepas itu, Diane menemui gambar berkenaan ketika melayari Facebook dan kemudian menghubungi polis.

Scott berkata, ketika Haynes mengatur perkahwinan keduanya, dia menipu timbalan pendaftar perkahwinan semasa mengisi borang mengatakan dia masih bujang dan tidak pernah berkahwin. - Baca lagi di hMetro.

Haa... Bahaya tak untuk lelaki yang gatal nak kawen dua ni? Bahaya kan, bahaya kan? Mula-mula nak sembunyik dari isteri pertama, last-last terkantoi jugak dalam Facebook bila nampak gambar-gambar kawen dia.

Bebelan bukan Mutiara:

  1. Facebook dah takde privacy dah...
  2. Cer fahami poligami dalam Islam macam mana...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.