BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, October 2, 2011

Sebelum Tidur...

Day Eighteen - Shapes by *Lady-Tori on deviantART

Tiada yang lebih melapangkan dada selain daripada memaafkan kesalahan semua orang terhadap kita sebelum tidur. Jadilah seperti calon ahli syurga yang disebut-sebut Rasulullah s.a.w kerana amalan sebelum tidurnya setiap hari, iaitu memaafkan segala kesalahan orang lain terhadapnya.

Moga apabila celiknya mata esok pagi, insya'Allah segalanya menjadi lebih baik dari hari ini. Ameen.

Selamat malam semua.

Assalamualaikum.


P/S: Simpan semuanya kemas-kemas dalam bekas...


Layakkah Aku Digelar Sahabat...?

Blues by *Lady-Tori on deviantART

Seringkali aku tertanya-tanya pada diri...

Setelah mengenali diriku, bagaimanakah orang-orang di sekelilingku? Adakah mereka menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya? Adakah dari pergaulan denganku, mereka menjadi hamba yang lebih taat pada Allah berbanding dulu? Adakah mereka lebih segera mendirikan solat lima waktu berbanding dulu? Adakah mereka lebih banyak mengingati Allah berbanding dulu? Adakah segala-galanya lebih mengutamakan akhirat berbanding dulu?

Bukanlah aku mahu mengatakan bahawa aku adalah insan yang baik untuk membawa kebaikan kepada semua. Jauh sekali dari merasakan bahawa aku mampu membawa semua ke arah jalan lurus yang dicari sekalian hamba. Tidak sama sekali itu yang aku fikirkan.

Cuma aku tertanya-tanya...

Adakah aku sahabat yang mengingatkan kalian kepada Allah?

Atau adakah kalian hanya menjadi semakin hanyut setelah mengenaliku. Tiada apa yang menjadi lebih baik, malah tiada kebaikan yang mampu diperolehi dari seorang sahabat seperti aku. Hari-hari kalian masih juga seperti dulu, malah mula berjinak-jinak pula dengan pelbagai lagi maksiat kecil yang lain. Dan kemudiannya lama-lama menjadi besar. Bukannya semakin menjauh dari perkara yang lagha dan tiada manfaat, tetapi semakin tiada rasa pula meletakkan Allah dan agama ke tepi.

Jika itu yang berlaku, aku meminta maaf kerana kurang peka... Apabila memerhati alam dan segala kejadian di dalamnya, aku nyata belum sempurna sebagai sahabat yang baik.

Aku sekadar tertanya-tanya pada diri sendiri, dan mengajak kalian juga untuk berfikir jauh...layakkah kita ini digelar sahabat?


Tidak aku minta jawapan di sini...


1 Hari 10 Baris

Writing on Windows by ~everRiviere on deviantART

1 hari 10 baris?

Apa tu???

Bukan barisan tentera dalam kawad kaki mahupun Barisan Nasional ye. Tapi baris ayat untuk thesis master. Perghhh! Dah bercakap pasal thesis la pulak!

Hari tu jumpa supervisor saya. Disebabkan tinggal berapa bulan aje lagi untuk saya berjuang kat sini, saya pun tanya la supervisor tentang penulisan thesis. Macam mana patut saya mulakan, da patut tulis dari sekarang ke tak, dan macam-macam lagi. Sebab saya tengok kakak senior yang sorang tu da sampai Chapter 3 dah. Tu sebab dia nak kena hantar kat orang yang sponsor dia sambung master kat sini. Saya ni, yang takde sponsor dari sape-sape jadi terkontang-kanting pulak tak tau nak buat apa.

Maka supervisor saya pun cakap le, saya boleh try setkan dan disiplinkan diri untuk menulis sekurang-kurangnya 10 baris setiap hari. Insya'Allah sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Sebab bila da start 10 baris tu, biasanya akan jadi berrrrrrrrrbaris-baris banyaknya. Lagipun...katanya, "saya rasa awak boleh aje ni, senang aje bagi awak nak menulis ni, macam kat blog awak tuuu..."

Ok, sekali lagi... =.=


P/S: Menulis kat sini lain lah Doc...


Cinta Itu Amanah Allah!

Love by ~vtoneva on deviantART

Hari tu...

Baca entri Kak Mas Saari. Tentang tafsiran CINTA oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah dalam Semanis Kurma.

Saya ingin sekali berkongsi tafsiran huruf terakhir, iaitu huruf A.

Amanah.

Jadikan percintaan kita sebagai amanah dari Allah s.w.t, insya'Allah kita akan bahagia dunia dan akhirat!

Bila kita sematkan dalam hati bahawa percintaan kita adalah amanah dari Allah untuk kita, tentu kita akan jaga betul-betul cinta kita. Jaga macam mana tu?

Bila kita cinta kerana Allah, kita akan jaga cinta-cinta kita dari jatuh ke lembah dosa dan maksiat. Kita akan bawa orang-orang yang kita cintai bersama-sama ke jalan Allah. Tidak akan kita tinggalkan orang-orang yang kita cintai di belakang sementara kita sendiri mengecap manisnya cinta pada Allah.

Samalah sebagaimana kita menjaga amanah kita dalam kehidupan seharian kita, macam mana kita jaga amanah kita dalam kerjaya, macam mana kita jaga amanah yang boss kita bagi kat kita, macam tu jugak seharusnya kita jaga amanah kita pada ibu ayah, pasangan, adik-beradik, sahabat-sahabat, saudara-saudara Islam, malah diri kita sendiri juga!

Mereka semua kan kecintaan kita!

Bayangkan bila kita tak jaga amanah Allah ni baik-baik. Tentu semua kecintaan kita akan hanyut jauh dari jalan yang lurus. Maka terkapai-kapailah mereka mengejar cinta kerana kita yang lalai dalam menjaga amanah! Dan akhirnya di penghujung destinasi cinta kelak, kita akan dihakimi di mahkamah Allah kerana telah pecah amanah!

Awas bila Hakim yang Maha Arif sudah menjatuhkan hukuman! Tiada peluang lagi untuk kita merayu dikurangkan bilangan sebatan atau jumlah tahun penjara!

Kalaulah semua orang memikirkan sedemkian rupa, subhanallah...!


P/S: Kerana orang-orang yang kita cintai itu juga berhak mendapat kemanisan iman...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.