BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, October 9, 2011

Di Sini Ada Banyak Kisah dan Cerita...

leaf on water and water drops by =rockmylife on deviantART

Bila meneroka kembali masa lalu...

Ada cerita yang gembira, buat hati senang dan bibir menguntum senyum. Lalu dipanjatkan doa agar segalanya dipermudahkan. Kerana masa depan itu masih belum pasti, semuanya dalam pengetahuan Dia juga.

Dalam penerokaan masa lalu...

Ada juga cerita yang meruntun jiwa, buat hati tersentuh dan air mata menitis. Lalu dipanjatkan juga doa agar segalanya dipermudahkan. Kerana ya, masa depan itu dalam tangan Tuhanmu, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segalanya.

Rentetan perjalanan ini penuh dengan kisah...

Setiap insan ada ceritanya yang tersendiri. Masing-masing punya detik waktu suka dan duka. Kadang-kadang terselit nota-nota bisu dan puisi-puisi syahdu. Ada kalanya hanya jiwa-jiwa yang mengerti memahami...


"jika masa melewati usia kita nanti...dan blog kita-kita ni masih wujud...mesti banyak kenangan kan...mungkin ada yang dah tiada..."


Dia Jual... Sape Nak Beli?

Tengah-tengah facebookgroupwalking tadi, terjumpa satu link ni.

Adik ni dengan kakak dia jual Loli Choco.

Amende Loli Choco tu?

Macam Lolipop ajeee bunyinye...

Haaa...lebih kurang le tuu!

Gambar kat bawah ni salah satu daripadanya.


Nampak sangat comel dan sedap!

Ade coklat-coklat "tanpa Loli" yang lain gak~

Boleh tempah kat dia kalo nak...

Maklumat lebih lanjut leh baca kat SANA.


P/S: Ade tak yang nak hadiahkan untuk saya? :p


Bila Jiran Saya Dah Jadi Retisss


Dan jadi pengganti Remy Ishak dalam video klip Kisah Hati - Alyah...

Maka saya rasa sangat rendah diri sekali untuk terus menjadi jiran beliau. Oh, tak layak sungguh rasanya diri ini...sroooooottttt-srooooottttt *bunyi tarik hingus camni ke?*

Ade sape-sape tengah carik rumah baru ke?


P/S: Sebenarnya, saya tak dapat tahan ketawa kalo tengok gambar ni, baik up entri lain cepat-cepat!


Bila Padi Dah Berbuah...

Paddy by ~ahmadsaiful on deviantART

Bila padi dah berbuah...
Lalang tidak berguna lagi...
[AB]

Cari bila perlu...
Buang bila tak nak...
[MG]

Bagai kacang lupakan kulit...
[BA]

Bila kita pandang sekeliling, bukan sedikit yang macam ni. Ramai yang bila sudah menggapai bintang tinggi, seolah-olah lupa di mana bumi yang dulu dipijak. Bila sudah berjaya berada di atas, lupa asal usulnya ketika di bawah satu ketika dulu.

Kalau dengan manusia, mungkin mereka tak rasa apa-apa. Ego dan sombong menggunung tinggi sama tingginya dengan bintang yang berjaya digapai. Bahkan lebih teruk lagi, kerana diri sudah di atas, yang berada di bawah dipandang rendah serendah-rendahnya.

Mungkin kerana memikirkan bahawa kejayaan itu miliknya saja, dan dia bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa (terlupa mungkin!), maka dia sering terlupa untuk memandang ke bawah. Malah dia juga terlupa satu perkara yang lebih penting dari semua yang di bawah dan bintang di atas.

Bahawa dia berjaya juga kerana Yang Lebih Atas dari bintang-bintang itu menjadikan dia berjaya...

Sesungguhnya kejayaan itu juga satu ujian!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.