BLOG ENCIK SUAMI

Monday, October 10, 2011

Antara Uniform dan Nyawa Manusia...

Baywatch by ~davila on deviantART

Ada soalan yang menyebabkan entri ini keluar hari ini.

Kerana saya teringat akan perbincangan yang isinya hampir serupa dengan soalan yang diutarakan. Saya olah semula apa yang dibincangkan, biar lebih mudah untuk difahami semua.

Petang itu, seperti biasa kami ke kuliah tafaqquh di masjid kampus, ustaz yang akan memberi kuliah petang itu nyata amat disenangi semua. Setiap kali turn dia untuk berkongsi ilmu, bilik kuliah mesti penuh hingga ke belakang.

Sewaktu kami sampai, kuliah telah berjalan selama lebih 15 minit. Ketika itu, bilik kuliah sepertinya lebih hangat dari biasa dengan isu yang dibawa. Oh, ustaz berbicara tentang isu tabarruj dan penampilan muslimah masa kini rupanya.

"Ustaz, salah ke bermekap?" antara soalan yang keluar dari mulut sahabat.

Ustaz menjawab, tak salah untuk bermekap. Wahhh! Gembira semua gadis di luar sana! Tunggu dulu...bermekap katanya tidak salah, asalkan tidak berlebih-lebihan. Bermekap atau touch up lah sedikit wajah kamu sekadar bagi nampak kemas dan bersih dari 'jelaga'. Muslimah pun kena jaga ketrampilan. Satu perkara yang menarik hati saya, bila ustaz memberitahu pada zaman macam ni, perlu mekap sedikit, kalau tak nanti lambat dapat jodoh. Erk! Faham-fahamkan sendiri lah ye.

"Ustaz, apa hukumnya kalau bekerja dengan pakaian ketat?" lagi soalan menarik dari sahabat.

"Ustaz nak kongsi satu kisah. Ustaz ada seorang kenalan perempuan yang kerjanya seperti baywatch. Tahu kan baywatch kerjanya macam mana? Duduk tepi pantai jaga orang ramai. Dia pun pernah menyuarakan pandangan rakan-rakan tentang cara kerjanya. Tidak sedikit yang mengutuk dan mengeji. Kerana melihat uniformnya yang ketat dan menampakkan susuh tubuh.

Ustaz bertanya dia kembali, tentang pandangannya pula. Memang dia pernah berfikir tentang itu sedalam-dalamnya. Namun dia tidak berganjak, tetap di situ kerana kalau bukan dia yang berada di situ untuk menjadi penjaga pantai, siapa yang akan menyelamatkan golongan wanita jika berlaku apa-apa. Hanya dia seorang dari kaum Hawa yang datang mengisi pekerjaan itu kerana hanya dia yang punya kemahiran lebih dari orang lain."

Kerana itu, ambil aspek ikut kepentingan di sini. Nyawa itu daruriyyat, dan pakaian yang dipakainya pula adalah untuk memudahkan dia membuat kerjanya. Dari segi kelebihan pula, sekarang ini ada banyak pakaian renang muslimah yang lebih menutup.

Jika kamu berupaya untuk memilih yang lebih baik dari itu, maka putuskanlah...




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.