BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 13, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #9

October cherry blossoms (Picnic version) by tanakawho on Flickr

Apabila dalam sehari, kita langsung tidak rasa berdosa kepada Allah, sesungguhnya kita telah berdosa kerana membiarkan diri kita lupa pada Allah biarpun dalam jangka masa sesaat.

Kita bukan nabi yang maksum!


Dah Tengah Bulan Dah... Baru Nak Skodeng...?

Maap, maap, maap...

Baru sekarang saya buat entri ni. Bukan sengaja... Tapi sebab awal-awal bulan Oktober hari tu, bila saya cek kat Histats asyik 0 ajeee kat referrer url, tu yang jadi pelik bin ajaib sangat-sangat. Jadi saya fikir tunggu lama sikit lah baru buat. So, lama-lama jadi lupa, sekarang baru ingat balik. Huhuhu... Meh kita tengok ye 10 referrals tertinggi bulan September lepas~~~

Gambar dari Histats.com

  1. Macam biasa lerr... www.tiffinbiru.com masih kat situ gak~ Terima kasih PCM~
  2. Then www.blogger.com sendiri~
  3. Facebook pun memainkan peranan...
  4. Papa Ben pun still lagi ade dalam top 10... Terima kasih Papa Ben~
  5. Aha... yang ni terbaru, ! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- ! naik ke tangga ke 5 bulan lepas. Terima kasih Angah sebab pernah letak blog saya dalam bloglist Angah... :)
  6. Yang ni kalo takde, nanges lah dia...jenuh nak carik lengan baju.
  7. Networkedblogs ni untuk bulan Oktober mungkin akan makin menurun sebab da buang application tu. Takmo guna dah!
  8. Owhhhhh... Ostad Geli-geli pun adooo? Ni nak kene belanja cendol ke?
  9. Mek Rebit pun masih dalam senarai top 10 referrals... Terima kasih Mek Rebit!
  10. Gengblogger??? Tanjat Jeneral tengok... Dah lama kot tak ping sana. Mungkin datang dari gadget pelawat dia kat blog-blog eks~ Terima kasih Gengblogger~

Terima kasih ye... :)


Sedarkah Kamu Sudah Menjadi Tunangan Orang?

Nak kongsikan gak entri yang blogger Amal kongsikan kat blog dia, ditambah dengan video sesi soal jawab dengan Ustaz Azhar Idrus. Moga bermanfaat.




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

Sumber: ILuvIslam


Saya Tak Minat Politik!

I Hate Politics by ~Gallade100 on deviantART

Makan lewat malam...

Tak baik untuk kesihatan, tapi sebiji burger dah selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah.

Ops, bukan nak cakap pasal burger yang sedap tu, tapi terfikir sesuatu. Beberapa hari lepas berborak dengan housemate pasal satu page kat FB ni. Bagus orang yang buat page ni. Itu pun saya tau daripada entri blogger Solihin Zubir.

Page 50 Ahli Politik Malaysia Paling Berpengaruh. Kat dalam tu, kamu-kamu boleh Like ahli politik mana yang kamu-kamu rasa paling berpengaruh kat Malaysia. Ada ramai ahli politik dalam tu termasuklah Najib, Mahathir, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Pak Lah, Karpal Singh, Nurul Izzah, dan ramai lagiiii. Yang lama-lama pun ade. Kalo nak tau lebih lanjut pasal kajian ni boleh baca entri Solihin ye.

Ok, ok...ape yang jadi bualan kami masa tu adalah betapa ramainya orang menge'Like' gambar-gambar kat page tu. Dari gaya komen dan pandangan yang diberikan kat mana-mana pemimpin 'yang bertanding' kat dalam tu, bolehlah dilihat bahawa diorang ni adalah dari golongan-golongan muda dan para belia. Amat mengagumkan sekali bila ramai golongan muda yang da mula berfikir tentang politik. Maksudnya diorang tak melepaskan salah satu cabang yang memang perlu difikirkan sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Yesss, saya salute!

Cumanya...kalau golongan muda ni, maksudnya da boleh mengundi la kan bila umur da cukup. Masalahnya, dari kalangan yang begitu kencang sekali bercakap ni, bila ditanya, "da daftar ke?" Dengan selambanya menjawab, "belum...nanti-nantilah..." Mungkin kerana mereka memikirkan satu undi dari mereka tidak akan membawa apa-apa makna kepada masa depan negara. Dan kadang-kadang alasan yang diberikan adalah, "saya tak minat politik!"

Part ni yang agak mengecewakan saya.

Come on lah, tak minat politik tak bermakna kamu boleh sambil lewa melepaskan amanah untuk memilih pemimpin!


P/S: Saya cakap sal politik kali ni, ade yang marah tak?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.