BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 20, 2011

Malas, Malas, Malas!!!

Lazy cat by ~ninereeds-DA on deviantART

Huwaaaaaaaaaaaaaa~

Sekali lagi bumi Sunah Suka Sakura dot com dilanda badai. Lalu menenggelamkan segala rasa untuk berjalan-jalan di taman, malah menghanyutkan juga keinginan untuk bercucuk-tanam sambil bergeli-geli bersama para petani seperjuangan yang lain.

Erk! Itu simbolik semata-mata!

Badai apakah yang melanda hingga menyebabkan Jeneral SSS dot com semakin kurang berblogwalking dan mengupdate blog sambil beramah-mesraan dengan rakan blogger lain? Huhuhu. Rasa macam dah makin malas pulak nak berblog. Kemalasan itu semakin bertambah-tambah sejak beberapa hari lepas, bila mana Jeneral SSS dot com begitu sibuk merancang masa depan, dalam masa yang sama nak jugak berfoya-foya di alam maya, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (cinta bukan milik kita~~~) internet sangatttttttttttt lembab sekali~ dua kali~ tiga kali~ empat kali~

Gggrrrr~

Bila tenet lembab, jadi berat tulang nak berblogwalking dan membalas jejak kengkawan blogger yang begitu rajin mengupdate blog. Wuwuwu... Bila da dua tiga hari pun lembab lagi, jadi berat tulang pulak nak menjenguk blog sendirikkkk. Bila da lama-lama lembab dan lembab dan lembab lagi, jadi berat seberat-beratnya jugaklah nak menjenguk FB dan Twitter. T_T

Sila kembali wahai semangat!!!


Twitter's New Features: Lebih Mudah atau Semakin Kompleks?

Beberapa hari lepas, saya nampak perubahan pada twitter, yang bagi saya nampak agak menarik dan canggih dari sebelum ni. Hari esoknya, tiba-tiba twitter kembali kepada features yang asal. Dan semalam, twitter da berubah balik kepada features yang baru. Bila saya tanya yang lain, nampak macam saya sorang aje yang da bertukar. Mungkin ada gak yang da bertukar, tapi sikit aje.

Bagi yang nak tengok features yang baru, jom kita tengok sama-sama ye~


Nampak tak beza dia dengan twitter yang lama? Ada button ... in reply to @Nama kat setiap twit tu. Dan kalo kita move mouse ke arah mana-mana twit, saya amek twit dari luqeem ye; macam gambar kat bawah... Akan moncol lah button Favorite, Retweet, Reply dan Open kat twit tu.


Bila kita klik button Open, atau klik aje kat twit tu, terbongkarlah rahsia besar kerajaan...erk! Maksud saya, beberapa twit yang sebelum dan selepas twit tu, akan terpapar kat situ gak, tak lagi kat sidebar cam dulu. So, lagi mudah la nak tengok full conversation para twitter sume. Macam kat bawah ni~


So, adakah lebih mudah atau lebih kompleks?

Sape lagi yang twitter dia da berubah jadi cenggini?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.