BLOG ENCIK SUAMI

Friday, October 21, 2011

Bila Penat Sangat...

tired by *gekkoen2 on deviantART

Bila penat sangat...

Kita akan rasa lenguh satu badan. Nak melangkah kaki sikit pun jadi berat, kalau yang sampai jari jemari pun tak larat nak gerakkan tu, memang penat melampau-lampau dah tu.

Bila penat sangat...

Kita akan rasa kosong dalam kepala. Nak buat keje ape pun jadi tak fokus. Kalo tengah-tengah penat tu la nak membaca kononnya, kejap-kejap faham dan ikut jalan cite, kejap-kejap nanti masih jugak ulang muka surat yang sama.

Bila penat sangat...

Kita akan rasa bengang tanpa sebab. Nak marah aje kat semua orang. Muka takyah nak cakap lah, memang ketat seketat-ketatnya. Nak longgarkan pun da tak dapat da. Entah ape-ape aje tindak-tanduk masa tu, sampaikan orang gurau ngan kita pun kita takmo gelak.

Bila penat sangat...

Kita akan rasa nak rehat. Kalo takde tilam kat tepi-tepi kita, rasa nak cepat-cepat balik umah carik tilam. Bolehlah rehatkan badan yang terlebih bekerja. Tapi kadang-kadang kita abaikan jugak hak tubuh badan tu berbanding hak kita terhadap dunia.

Bila penat sangat...

Kita akan jadi orang lain. Ada beberapa perubahan kecil yang menunjukkan tanda-tanda kita penat. Contohnya, kalo sebelum ni boleh tido lewat sampai 2-3 pagi, time penat melampau tu lah asyik tido awal dari selalu. Then kalo sebelum ni mudah terjaga biarpun bunyi jarum jatuh sekalipun, time penat melampau tu lah tido mati tak sedar-sedar orang masuk rumah kul 2-3 pagi.

Bila penat sangat...

Terlahirlah entri ni hasil dari pemerhatian kepenatan beberapa hari yang lepas.


P/S: Terlampau penat agaknya menyebabkan saya tak fokus pada perkongsian ilmu beberapa hari lepas hinggakan takde idea untuk Eh, Ustazah! hari ni. Minta maaf banyak-banyak.


Pssssttt! Rahsia Wanita...

Bicara Buku "Fikh Kerahsiaan Wanita" di Masjid Taman Universiti, Skudai, Johor

Buku ni ade yang dah baca belom? Saya ada buku ni kat rumah, tapi tak habis baca lagi... =.=

So, kalo gi bicara buku ni, insya'Allah boleh la khatam terus! Erk~ Jumpa kat sana Deepavali ni ye~ :p


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.