BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, October 23, 2011

Setitis Aje... Patutlah Cepat Kering Kan?

Ilmu kita baru setitis dari ilmu Allah... ~ Gambar dari SINI

Pernahkah kamu rasa kering idea untuk menulis?

Saya percaya semuanya pernah rasa buntu untuk mengupdate entri ape pulak bila menghadap blog kali ni. Tambah-tambah lagi blog jenis peribadi dan tak bergantung kepada SEO, sudah tentu idea semakin lama semakin kering dan tandus. Kadang-kadang entri pun ditaip dengan idea yang dipaksa-paksa lalu terhasillah entri yang cukup makan aje, takde feeeeeel bak kata otai-otai blogger.

Sebenarnya kannn, tu lah bukti bahawa ilmu yang kita ada ni hanya sedikit aje berbanding ilmu Allah. Macam setitis air aje yang menitik atas lautan dunia yang teramatlah luas. Bahkan, kalau nak dihitung dengan ilmu Allah, tak cukup satu lautan tu untuk digunakan menulis kalimah-kalimahNya.


Selama kita hidup dari kecik sampai la kita besar sekarang ni, agak-agak da berapa banyak ilmu yang kita kutip? Bandingkan diri kita yang dulu dengan yang sekarang ni. Adakah ilmu kita semakin bertambah atau semakin berkurang? Ehhhhh, ade ke ilmu yang berkurang? Rasanya takde ilmu yang berkurang. Semakin hari, ilmu kita semakin bertambah sebab setiap hari kita akan jumpa benda baru. Cumanya ilmu yang banyak tu, macam pedang adik samurai champlo, akan jadi tumpul kalau tak diasah.

Maksudnya?

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Takde hasil dari ilmu yang kita kutip dari merata tempat tu. Sebab takde beza diri kita yang dulu dengan yang sekarang ni. Sepatutnya dengan segala ilmu yang kita dapat, kita jadi insan yang lebih baik. Beruntunglah orang-orang zaman sekarang ni bila mana ilmu tu boleh dapat kat ujung jejari runcing aje. Klik sana-sini boleh dapat ilmu. Cuma kena pandai pilih aje takut salah ilmu, tersilap amal, terpesong akidah. Naudzubillah.

Maka, renunglah ke dalam diri, cuba nilaikan ilmu yang Allah da kongsikan pada kita, dan beramallah dengannya...

Dan Allah Maha Mengetahui...


Warna-warni Kawan Saya...

Many Colors, One Love by ~Lord-Angelus on deviantART

Alhamdulillah...

Bestnye ada ramai kawan. Tak kira la kawan rapat ke kawan baik ke kawan biasa-biasa aje ke, atau kawan yang kenal camtu je tak pernah tegur pun ke, bila ramai kawan, kita rasa seronok kan? Bila sorang-sorang tanpa kawan, tentu la rasa sunyi sepi.

Bagi yang da lama berkawan, tentu perasan akan sikap, perangai dan tindak-tanduk kawan-kawan kita. Ada macam-macam warna yang kita nampak. Ada sikap yang kita gemari, ada jugak sikap yang kita kurang senangi. Suka benar kita dengan kawan-kawan yang baik budi pekerti dan selalu bagi nasihat untuk bantu kita perbaiki diri. Kurang senang hati kita bila ada segelintir kawan-kawan yang suka terburu-buru dalam semua perkara.

Tapi semua tu kan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap orang Allah bagi kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. Tak semua orang ada perangai yang sama, tak semua orang boleh buat hati kita gembira, kadang-kadang kita terluka tanpa sengaja. Disebabkan semuanya berbeza-beza, dan kita sendiri pun berbeza dengan kawan-kawan kita, sebab tu lah Allah bagi kita kenal antara satu sama lain.


Moga dengan perbezaan itu kita saling lengkap-melengkapi.


P/S: Saya sayang kawan-kawan saya.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.