BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 27, 2011

Siapa Dia... Masih Misteri...

Mistery man by ~thechaotico on deviantART

Terlihat yang itu menyebabkan cerita lama menerpa.

Lalu dibelek-belek email lama, untuk meneliti kembali salah satu khazanah yang menjadi bukti cerita lama itu pernah berlaku. Khazanah itu yang masih disimpan kerana memikirkan satu hari nanti, mungkin ia akan membongkar sesuatu yang lain.

Hari ini, khazanah itu dibuka kembali dan diteliti bait-bait yang tertulis. Walau bahasa yang digunakan agak pekat dan tidak biasa dilihat, tapi serba sedikit maksudnya sampai juga ke kepala. Lalu akal mencerna dan menggerakkan hati untuk mencari lagi.

Bila kata hati sudah tergerak untuk menganalisa, sifat suka mencari hingga ke lubang cacing seakan-akan dicas semula setelah sekian lama ia berehat. Dunia maya, banyak maklumat yang akan diperolehi jika bijak menggunakan hujung jari-jemari untuk mencari apa saja.

Namun salah satu sumber yang paling kuat untuk diterokai menemui Index of /cgi-bin/. Buntu. Berhenti seketika. Yang ini baru nama-nama yang berkaitan dengan penulis. Sedangkan si penulisnya...

Siapa dia sebenarnya?


Untuk Para Penanam Anggur

Grapes by ~sanlotsaints on deviantART

Anggur hijau, anggur merah, anggur purple, anggur cekelat, anggur gelap sikit...

Tak kisah lah kaler ape, besar ke kecik ke sedang-sedang ke, buat semua penanam anggur atau dalam bahasa mudah dan ringkasnya, PENGANGGUR, kalo rasa-rasa macam nak bertukar profession tu boleh la jenguk-jenguk feed Jobberies kat atas post blog saya tu ye~

Atas tuuuuuuuuuu, atas tuuuuuuuu!

Jumpe tak???

Kot la da bosan tanam anggur kat rumah tapi tak berhasil-hasil anggurnya, then ada pulak bidang kerja yang menarik hati kamu-kamu yang selama ni bergantung pada anggur semata-mata, boleh la klik-klik feed dia kat atas tu ye. Kalo ada rezeki Allah bagi, insya'Allah ada la profession lain yang lebih sesuai untuk kamu.


Jangan pernah berubah...eh, jangan pernah putus asa dengan janji Allah... :)


Sekitar Bicara Buku Nisa' GP

Cantik kan banner tu? Sape nak tempah banner, contact saya. Nanti kita runding harga. Hahaha~ :p

Alhamdulillah.

Selesai sudah salah satu program besar Nisa' GP semalam. Ops, Nisa' GP tu ape? Bukan Grand Prix ye, tapi singkatan untuk cawangan Nisa' kat Johor ni, Gelang Patah. Kelab Nisa' ni salah satu NGO kat Malaysia khas untuk para wanita berumur 15-40 tahun, yang mana NGO pusat dia adalah Pertubuhan Nisa' Malaysia.

Peserta yang hadir, bapak-bapak pun hadooo...

Untuk program Bicara Buku yang semalam, Ustaz Fauwaz Fadzil datang bagi pencerahan tentang buku yang beliau terjemahkan, Fikh Kerahsiaan Wanita. Buku ni pasal ape? Ok saya copy paste sinopsis kat kulit depan buku ni ye untuk bagi nampak sikit talk semalam pasal ape. Eh, snap aje la gambarnye!

Kulit depan buku

Eh, nampak ke?

"Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati."

Ok, tu yang tertulis kat kulit depan buku tu. Banyak juga yang ustaz terangkan bagi faham, memang bagus la buku ni sebenarnya.

Sesi otograf...

Kebanyakan peserta yang datang tentulah wanita kan? Hahaha~ Dan yang bagusnya, para suami pun adeeee~ Ade gak sesi soal jawab, keluar jugak isu beli susu ibu online tu... Last sekali sesi amek otograf ustaz dan amek gambo sikit-sikit. Kalo ade yang tak tau, Ustaz Fauwaz ni sebenarnya anak kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Kat belakang buku tu pun, nama Ustaz Fadzil Noor adalah nama pertama dalam list guru-guru ustaz. :)

Saya pun nak otograf gak! :p Eh, bookmarks tu ade banyak lebih, sape nak???

So, kepada yang nak tau lebih pasal buku ni, boleh la cari kat kedai buku ye. Atau pun cuba cari kat kedai buku online, insya'Allah ade.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.