BLOG ENCIK SUAMI

Friday, October 28, 2011

Those Magic Words...

M a g i c by ~FlabnBone on deviantART

"Aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh korang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab. Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia."
 [Yahya ibn Mu'adh]

- Contengan Jalanan - Hlovate -


Bila Pak Imam Turun Padang...

Apa motif letak gambar ni, saya pun tak pasti... ~gambar dari SINI

Tadi kami tengah makan tengahari kat arked kolej.

Satu pinggan nasi campur lauk tu RM 3.60. Mahal nkoo. Si Bieha pun mula bukak cite yang budak-budak UTM ade buat page kat Facebook. Nama dia 5000 mahasiswa Bantah Kenaikan Melampau Harga Makanan Dan Air Minuman UTM. Ehhhh, bila saya search kat Facebook, bukan page, tapi group. Hurmmm...cer buat page, kan lagi senang orang nak klik "Like". Tak perlu "Ask to join" group dan tak perlu approve. Owhhh, mungkin takut-takut kang bukan student UTM pun leh join gak kan? Err...ada logik kat situ.

Eh, kembali kepada cerita asal. Masa tengah makan-makan tu, kami sempat tengok sekeliling. Tengahari camni, pada hari Jumaat yang indah, tentulah yang akan menjadi tarikan mata tu bila golongan lelaki pun ada sekali makan-makan dengan santainya tanpa rasa apa-apa. Selamba dia aje nak makan tanpa tengok jam. Masa kami makan tu, rasanya azan da berkumandang. Boleh diorang buat tak tau ye? Siap merokok-merokok lagi dalam kampus yang pada peraturannya, adalah kawasan larangan merokok.

Si Thin pulak cakap, kalo dia jadi awek lelaki macam ni, mesti dia akan marah dan suh boyfriend dia pi solat Jumaat dulu baru boleh dating. Wahaha~ Mantap nkoo Thin! Aku salute sama nkoo. Tapi kan tu kalo ko jadi awek lelaki camni, kalo ko bukan awek diorang, takleh la nak wat gitu. So sape aje la yang boleh nak suh depa pi semayang Jumaat ni??? Masjid bukan jauh pun, dekat aje...dan rasanya takde ape-ape halangan pun untuk diorang pi solat Jumaat. Student, kalo time camni mana ada kelas maaa~~~

Tengah-tengah berdebat tuuuuu...tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi siren pembesar suara. Erk! Ada beberapa orang lelaki berjubah putih turun dari van UTM. Laju aje langkah diorang, menuju ke arah arked tempat kami makan. Meja kumpulan lelaki yang tengah bersantai-santai tadi dihampiri. Muka-muka para lelaki tadi da cuak semacam dah. Awat la tiba-tiba pak tua ni semua datang sini?

"Lelaki-lelaki Islam yang dah cukup umur dan berakal, sila ke masjid sekarang untuk solat Jumaat!"

Perghhhh! Pak-pak imam masjid rupanya yang turun padang nak mengajak semua pi solat Jumaat. Gerai air yang pekerja dia suma lelaki tu pun cepat-cepat mintak tolong kakak gerai sebelah tolong jagakan air-air diorang. Semua cepat-cepat bergerak. Ada mamat yang tengah makan dengan awek dia tu pun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kat awek dia. Mana taknya, pak-pak imam bawak sekali cemeti selain pembesar suara. Tu kat dunia baru cemeti, kat akhirat kang jadi ular sawa kot no? Dalam sekelip mata aje ruang arked kosong dari lelaki.

Bedebushhh!

Tu air tipu-tipu untuk menyedarkan kamu-kamu semua dari mimpi. Takdenye lagi kampus-kampus kat Malaysia ni buat macam tu. Kalo ada, saya salute banyak-banyak kali. Itu baru namanya rasa bertanggungjawab terhadap anak-anak harapan agama.


P/S: Sape baca lompat terus ke P/S ni memang rugi.


Malaikat Tak Masuk Rumah

his potrait by ~dep21 on deviantART

APAKAH jenis gambar atau objek yang dibolehkan untuk diletakkan di dalam rumah? Ini kerana saya difahamkan haram mempamerkan gambar atau patung di rumah selain malaikat rahmat juga tidak akan masuk ke dalam rumah. Mohon penjelasan lanjut daripada Dr.

HAFIS,
Selangor


ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)

Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: ‘Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai). (Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.

Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).

Sumber: Harian Metro


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.