BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 29, 2011

Diserang Virus Satu Belas


11th Hour from Farooq Ali Khan on Vimeo.

“A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th.”


Virus ape kejadahnye ni sampai satu belas soklan kene jawab?

Virus kenali aku, camtu lah tajuknya kat blog Ratu Pecut, Iffah Afeefah. Rajin you tag I eks~ Nasib bek soklan cam boleh tahan lah~ :p So, boleh la ni nak jawab...insya'Allah I jawab semua. Tapi I rasa tak mampu nak pikir soklan untuk orang lain pulak. Hahaha~ So, I langgar rules, just jawab soklan you aje, boleh? Err...

Satu belas perkara tentang saya:
1. Saya seorang Muslim
2. Saya seorang Muslimah
3. Saya seorang anak perempuan sulung
4. Saya seorang pelajar
5. Saya seorang kawan
6. Saya seorang blogger
7. Saya suka sakura
8. Saya suka kucing
9. Saya suka masak
10. Saya suka makanan
11. Saya sedang lapar sekarang...err

Satu belas soklan dari Iffah yang saya kene jawab:

1. Sayang diri sendiri tak?
Insya'Allah sayang... :)

2. Blog atau MukaBuku?
Ape maksud soklan ni?

3. Ada buah hati?
Insya'Allah ada...

4. Dah kahwin ke belum?
Belum...

5. Suka baca buku apa?
Macam-macam buku saya suka baca...err

6. Ada twitter?

7. Suka baca blog ni tak?
Mesti la suka baca blog Buta+Pekak+Bisu=CINTA

8. Tengah buat apa sejam dari sekarang?
Pulun 2 movie lama sampai habis... "Taken" dengan "The Proposal"...err

9. Dah khatam Al Quran belum?
Alhamdulillah dah...

10. Kalau ada sejuta nak buat apa?
Kalau ada sejuta kucing, saya nak namakan diorang Iffah, Afeefah, Ratu, Pecut, bla bla bla...

11. Ada anak buah tak?
Anak buah sedara ade la...

Err...saya langgar rules lagi, malas nak tag sape-sape...takpe kan?


P/S: Kalo rajin, tengoklah video atas tu sampai habis.


Semua Pun Tak Boleh!!!

Where I Can Reach The Sky by ~xetobyte on deviantART

Tak boleh.

Tak boleh gak.

Yang ni pun tak boleh.

Tak boleh lagi.

Still tak boleh.

Semua pun tak boleh.

Macam mana nak buat ni?

Rasa nak menjerit.

Tension kepala hotak.

Okbai.

Movie time.


P/S: Sape reti guna Network Simulator 2 dan buat programming guna C++???


Cici: Meh Jenguk Page Kuceng-kuceng


Cehhh...

Konon-konon nak ajak orang lain jenguk page kuceng, dia pulak tido memanjang aje kerjanya.

Semalam ada borak-borak dengan sorang bakal veterinar ni. Perghhh! Blogger veterinar tuuu~ Selain daripada bakal menjadi veterinar, adik ni pun bakal menggantikan Pak Cik Mat Gebu satu hari nanti! Hahaha~ Sebab ape saya cakap gitu, cer bukak Dapur Bujang beliau~ :p Terima kasih Zamir~

Ok ok...

Sebenarnya, semalam adik ni ada suggest satu blog khas sorang veterinar ni. Vet ni ada kongsi tentang penjagaan kucing kat dalam tu. Gambar-gambar dia pun lawa semacam aje saya tengok. Gggrrrr. Selain dari lawa, turut menyebabkan saya asyik menyebut perkataan "kesian kuceng tu" ajeeeee semalaman. Err... Kalo nak tau nape saya asyik sebut gitu, pi la jenguk blog HishamMarmin.com: veterinar ye~ Sangat bermanfaat untuk mama-mama dan papa-papa kuceng. ;)

Oh, ada lagi satu page kuceng yang macam best ajeeee~ Ni saya jumpa lepas abgchepika twit-twit page ni kat twitter. Betul kata dia, blog yang baik tu buat kita nak klik Older Post lagi dan lagi (blog saya, ada macam tu tak eh? =.=) Bila saya bukak blog tu, memang saya nak baca post-post sebelum tu. Kakak tu rajinnnnn's sangat upload gambar kuceng-kuceng dia, lepas tu buat skrip dialog bagai. Buat gelak aje. Hahaha~ Pi jenguk blog Kuceng Pandai Bercakap tu eks~

Akhir sekali, jangan lupa jenguk page kuceng yang NI gak. :p


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.