BLOG ENCIK SUAMI

Monday, October 31, 2011

Cinta? Saya Sudah Tidak Perlukannya...

i hate loving you by ~Slgado on devianART

"Aku tak perlukan cinta. Aku mampu hidup sendiri. Aku tak perlu bergantung kepada sesiapa. Sendiri lebih baik. Selamanya aku mahu begini. Dan aku pasti akan terus kuat dengan pilihan ini."

Jika melihat di sekeliling kita, tidak sedikit di kalangan orang yang kita kenal punya rasa yang begini. Rasa tidak perlu akan kasih sayang. Rasa sudah cukup segalanya dalam hidup dengan apa yang ada sekarang tanpa perlu memikirkan masa depan yang tidaklah sejauh mana.

Benarkah manusia boleh hidup sendiri tanpa cinta dan kasih sayang?

Bermaknakah hidup seorang diri tanpa teman hingga akhir hayat?

Kadang-kadang manusia rasa begini kerana pernah kecewa dalam hidup. Kerana bimbang akan kecewa lagi, hati ditutup selama-lamanya untuk menerima kehadiran insan lain. Bahkan mana-mana yang cuba untuk menghampiri, ditolak awal-awal kerana lebih percaya kepada diri sendiri. Tiada istilah kawan baik dan sahabat rapat. Yang ada hanya kenalan biasa. Yang dipercayai hanya diri sendiri.

Hidup tanpa teman, bohonglah kalau tidak rasa kesunyian. Bukankah Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan dari pelbagai suku, bangsa, dan agama untuk saling kenal-mengenal?


Dan kerana manusia itu tidak bisa hidup sendiri, Allah perintahkan agar manusia membina silaturrahim bagi melancarkan kehidupan di muka bumi Allah. DIA Maha Mengetahui bahawa manusia itu saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing.


Maka siapa kita hendak menafikan peraturan alam susunan Allah? Kerana itu, hati mereka yang menolak untuk berteman akan rasa kosong dan kehilangan. Bukan hanya menolak untuk berkasih sayang sesama manusia, malah tidak pula berusaha membina cinta kepada Yang Memberikan Rasa Cinta. Terlupa sama sekali bahawa rasa itu pinjaman Allah. Tidak teringat juga bahawa hati yang kononnya kuat sendiri itu  sebenarnya sangat perlu akan rasa cinta Illahi.


Sedangkan seorang lelaki perlukan isteri bagi melengkapkan hidup dan menyempurnakan separuh agamanya, seorang anak perlukan ibu dan ayah bagi membimbing hingga cukup umurnya, seorang pelajar perlukan guru bagi mendidik tentang beza antara yang benar dengan yang salah, dan seorang teman perlukan teman yang lain bagi berkongsi tentang hidup yang sementara, sudah tentu sekeping hati itu perlukan Pemegangnya...

- kerana cinta itu begitu luas maknanya, hargailah setiap kecintaan di sekeliling kamu -


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.