BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, November 3, 2011

Allah Lebih Sayangkan Dia...

Ingat adik Siti Nor Hajar yang saya upload pic nya beberapa hari lalu? Adik yang hilang di Kampung Baru, Bintulu, Sarawak. Kampung halaman saya. Hari ni tadi, dapat berita terbaru. Adik Siti Nor Hajar dah kembali kepada Penciptanya. Allah da jemput dia dulu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...


Persoalan mengenai kehilangan pelajar pra sekolah di SK Bintulu – Siti Nor Hajar akhirnya terungkai apabila mayatnya di temui di tepi pantai Kuala Tatau oleh penduduk kampung Kuala Tatau kira- kira 1.30 petang tadi.

Penemuan mayat kanak- kanak malang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat.

Ditanya samada ramalan bomoh yang mengatakan mangsa jatuh ke dalam sungai berkemungkinan benar, Madang, bagaimanapun, enggan memberi sebarang komen maupun menjawab spekulasi terbabit.

Mayat kanak- kanak malang itu, katanya, masih berada di rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Penemuan mayat Siti Nor Hajar turut disahkan sendiri oleh ibunya, Suriana Yunus yang turut berada di rumah mayat hospital berkenaan bersama- sama kaum keluarga dan sanak saudaranya. Baca selanjutnya di Sarawak Update.

Yang julung-julung kali seumpamanya berlaku di tempat sendiri. Para ibu bapa, jagalah anak-anak sebaiknya ye. Kita tak tahu ape yang ada dalam hati orang sekeliling. Sebab macam-macam jugak cerita tentang cara kehilangan adik Siti Nor Hajar ni sebelum mayatnya ditemui.

Wallahua'lam.


Seksualiti Merdeka Hanya Sesi Luahan Rasa, Bukan Promosi

http://www.seksualitimerdeka.org/

Mereka kata mahu merdeka
Mahu kebebasan untuk bersuara
Bukan promosi semata-mata
Tapi sesi luahan rasa
Benarkah seperti yang dikata
Kalau sudah kecoh 1 Malaysia?

Dalam saat-saat Pak Najib tengah mengejar haji mabrur bersama isteri tercinta, Datin Rosmah, tiba-tiba la pulak 1 Malaysia ni dikejutkan dengan isu Seksualiti Merdeka yang berlangsung dari 1 sampai 13 November 2011. Saya pun dengar pagi tadi kat IKIM. Terkejut. Oh, rupanya sebelum-sebelum ni da pernah buat beberapa kali. Macam mana boleh lepas lagi festival ni kali ni???

Bila baca co-founder dia (Pang Khee Teik) punya statement kat theSundaily, diorang bukan nak promote homoseksualiti ni kat rakyat Malaysia, tapi sekadar nak buat luahan perasaan dan jadikan festival ni sebagai medium untuk berkongsi rasa sesama diorang. Dengan tu, nanti 1 Malaysia boleh sama-sama menilai dari sudut pandang diorang pulak. Kan selama ni diorang asyik kene hentam aje-aje, tak berpeluang langsung nak pertahankan diri, asyik-asyik kene kondem, bla bla bla...

Heyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Ape kejadahnye nak nilai-nilai lagi? Dah terang nyata lagi bersuluh hubungan sesama jenis tu HARAMMMMMMMMM. Bahkan semua agama pun memang tak bagi penganut dia buat benda terlarang macam tu. Sedangkan kaum Nabi Luth dulu pun da dapat balasan dari Allah atas perilaku mereka yang homoseksual tu. Nak tunggu Malaysia pulak dilanda tsunami?


Antara komen-komen diorang ni tentang Seksualiti Merdeka.

"We are aware that a lot of people in this country are unable to accept the fact of homosexuality or transsexuality due to misconception and ignorance, and this time we want to address it and talk about it." - Pang Khee Teik

"I don’t know why they (organisers) are doing this, maybe there is a political motive, but this (festival) is inappropriate." - Muhyiddin Yassin

"If those of different faiths feel there is nothing wrong with that in their religion, that is up to them. But such open campaigns aimed at promoting sin must be rejected." - Dr. MAZA

"Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan." - Nasruddin Hassan

Mungkin kat dunia ni kamu rasa merdeka, tapi kat sana nanti kita pun tak tahu apa yang akan datang untuk kita semua. Saya sokong sangat-sangat cadangan Dr. MAZA supaya daripada buat festival yang takde faedahnye ni, baik buat bengkel psikologi untuk sedarkan golongan lesbian, gay, biseksual dengan transeksual ni. Tapi tapi tapi...kalo buat yang tu, diorang-diorang yang datang festival ni nak pi ke bengkel tu? Hurmmm...apepun, moga Allah bagi hidayah kat diorang ni untuk kembali kepada fitrah.


He said, "we are not trying to make people unhappy, we just want to be happy"...

My lecturer said, "you will enjoy it, but it won't make you happy..."

and she was talking about research...(tapi boleh aje kan guna kat sini?)


Yang Ni Spontan Juga #11



Saya suka baca blog Red Tea...
Entri yang ringkas dan padat!



SPONTANEOUS THURSDAY #10





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.