BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, November 5, 2011

Da Sampai... Tapiiiiiiiiiiiiiii (Cinta Bukan Milik Kita~~~)

Alhamdulillah...

Da selamat sampai KL semalam lagi. Bertemu adik di KL Sentral dalam keadaan penuh tragis. Erk! Pasaipaaaaaaaaaaaa? Sebab sebab sebab...hahaha~ Dia kan kan kan...pestime pi KL Sentral. Kami janji nak jumpa kat surau. Masa saya da sampai KL Sentral tu, dia dulu yang kol saya. Dia cakap, takde surau perempuan kat situ. Surau lelaki jek. Eikkkkkkkkkkkk? Bila pulak KL Sentral robohkan surau perempuan??? Tipu lah nkoo ni. Dia cakap dia tunggu kat depan kedai-kedai. Saya tanya, kedai mana???

Dia kata dekat dengan Hong Leong Bank. Eikkk? Ada pulak Hong Leong Bank??? Cer la cite sikit keadaan sekeliling tu macam mana. Dia cakap dia ada depan kaunter tiket. Saya carik tak jumpa pun. Naik geram jugak. Surau ade je lagi, tak pulak kena roboh. Sah budak ni salah tempat. Tapi dia cakap jugak dia duk depan myNews. Ha! Sini ada myNews! Saya carik kat situ lak. Eikkkkkk? Takde jugak??? Budak ni kat manaaaaaaaa sebenarnya??? Takkan kena sembunyik bunian kot?

Nak je pi tanya penjaga kaunter yang tengah sibuk layan sume pelanggan yang beratur panjang tu, kot-kot ada cawangan myNews lain kat situ, tapi takmo la. Sibuk bebenor rupanya. Lepas tu try kol adik banyak-banyak kali. Alamak ai...tak dapat dihubungi pulakkkkkkkkkk. Nape lak ni??? Banyak kali try, siyes tak dapat. Asyik masuk mailbox ajeee. Nebes, nkoooo!! Kene culik ke ape budak ni??? Saya pun try la jalan sekeliling carik dia. Siap kol ayah lagi, gitau tak jumpa adik. Masa tu mood memang da ke laut!

Then tak lama lepas tu adik kol.

"Kak, ada dua stesen rupanya. Kat stesen monorel ni."

"So, ko carik la cara nak datang sini. Aku nak pi surau."

Mak ai...jahat kan saya? Hahaha... Geram kot. Ggggrrr... Lepas habis solat, tetiba ade orang panggil nama. Alhamdulillah. Bukan magic, tapi dia jalan kaki dari stesen monorel tu datang sini. Dekat je ponnnn!

Tu la kalo dua-dua pun tak tau. Hahaha~


P/S: Nak pengsan naik komuter dari UKM ke KL Sentral. Macam sardin!!! Lagi sempit dari tin sardin! Alhamdulillah tak sempat pengsan...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.