BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, November 8, 2011

Tanpa Disedari, Rupanya Dah Lain...

the way things are by ~princesssfi on deviantART

Manusia berubah.

Seiring dengan keadaan dan suasana sekeliling. Kadang-kadang rakan-rakan turut mempengaruhi perubahan sikap dan perilaku. Sebab tu orang kata bijaklah memilih sahabat, sebab sahabat tu cerminan diri kita.

Berubah tak salah. Kalau berubah menjadi lebih baik.

Tapi berubah jadi lebih buruk tu jauh-jauhkanlah.

Cuma kadang-kadang kita berubah dan jadi berlainan dari diri kita yang dulu tanpa kita sedar entah bila semuanya mula berlaku. Ya, kerana suasana dan keadaan sekeliling menyebabkan kita berubah secara perlahan-lahan, macam dalam perenggan pertama tadi. Jadinya, bila diri da lain, kita pun tak perasan.

Tapi... Jeneral kata, jadilah macam sakura, biarpun angin kuat menderu, sakura tetap kuat bertahan di hujung dahan. Maksudnya, pandai-pandailah membawa diri bila perubahan tu berlaku. Kalau tak kuat, sakura akan jatuh berguguran.

Kerana lebih banyak mata-mata memandang daripada mulut-mulut yang menyebut.


Maafkan Jika Cinta Ini...

Via Lactea by *jyoujo on deviantART

Cinta sesama makhluk.

Bisa saja membuatkan makhluk Allah hanyut kerana asyiknya percintaan. Lalu diduga dengan pelbagai ujian dari Allah bagi melihat sejauh mana hati-hati itu kuat menghadapi rasa indah dan bahagia. Yang kadang-kadang bertukar menjadi duka dan terluka.

Cinta kadang-kadang menyebabkan para pencinta hanyut tanpa sedar. Hingga begitu jauh dibawa arus tanpa melihat akan bahaya yang mendatang kerana hanya nampak mahligai batu yang berkilauan di dalam air yang mengalir. Kerana terlalu asyik menikmati keindahan mahligai, tidak teringat akan satu masa di mana aliran deras itu akan bertemu cerun yang curam.


Lalu bila tiba saat itu, para pencinta mula jatuh bersama jatuhnya air dari puncak tinggi ke dasar sungai. Andai hebat berenang sekalipun, jika tanpa izin dari Allah yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu, boleh saja para pencinta lemas dalam air yang menerobos jatuh. Ibarat jatuh ditimpa air terjun, masalah lain datang bertimpa-timpa pula.

Setelah jatuh, tidak pula dapat dipastikan adakah para pencinta yang asyik bersama tadi akan bertemu semula. Mungkin saja akan terpisah jauh kerana sudah ketentuan Allah begitu. Jika ada jodoh antara para pencinta, mungkin di muara sungai akan ketemu kembali. Dan pada masa itu, harapnya para pencinta sudah belajar dari kejatuhan dan kelalaian.

Dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu melainkan ada hikmah yang wajar direnungkan di sebalik setiap kejadian. Kerana selamatnya para pencinta daripada jatuh ditimpa air terjun adalah atas kehendak Allah. Kerana kuatnya para pencinta melawan arus yang deras juga adalah atas keizinan Allah. Kerana teguhnya rasa dan hati para pencinta hingga bertemu kembali di muara sungai juga adalah atas kuasa Allah.

Maka selayaknya CINTA Allah itu lebih dikejar daripada cinta sesama makhluk!


Maafkan, jika cinta ini hanya membawa kelalaian dan menghanyutkan...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.