BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, November 10, 2011

Kalo Tak Kreatif, Tak Ke Mana...

Creativity by ~Ai-Shuu on deviantART

Ye, ye...

Sape-sape yang nak try tips kurus, eh! Tips carik idea nak update blog macam yang saya kongsi dalam entri sebelum ni tu, kamu-kamu kene lah jugak menyukat tahap kekreatifan diri kamu. Bukan tu aje, sukat jugak takat keinginan dan kemahuan kamu nak menulis tu.

Ye la, sama macam orang nak kuruskan badan. Macam-macam tips orang bagi kat majalah dengan TV kan? Tapi kalo ikot secara mendadak pun takkan jadi punya. Dan kalau buat secara acuh tak acuh pun tak jadi punya lah. Awal-awal aje ikot tips diet tu, lama-lama tinggal. Kalau ada banyak tips pun tapi masa untuk buat semua tu takde, pun tak jadi jugak kan?

Berblog pun macam tu. Orang yang kreatif kepala dia akan lebih berjaya berbanding yang kurang kreatif. Kalo da namanya bizi memanjang dengan kerja lain, idea mencanak-canak pun tak sempat jugak nak update kan? Dan kalo berblog pun acuh tak acuh, konon nak maintain tapi updatenya malas, banyaknya idea buang kat tempat lain macam Twitter dengan Facebook, tu yang lama-lama rasa nak berblog pun hilang sekali. Eh?

Ayat last tu macam perli diri sendiri aje. Uhuhu...


Cara-cara Nak Cari Idea Menulis

Reading the ideas of flowers by ~mechtaniya on deviantART

Asyik-asyik kering aje idea kan? Meh sini nak kongsi cara-cara nak isi balik idea dalam kepala supaya boleh terus mengupdate blog. Sebelum-sebelum ni pernah gak kongsi entri cam ni, tapi kali ni kita tambah lagi dan lagi cara-cara yang baru dijumpai ye~

1. Blogwalking

Konon-konon nanti tengah-tengah blogwalking tu terrrrbaca entri yang cambest untuk kamu-kamu balas balik. Kira cam nak ulas entri tu dari pandangan sendiri pulak lah. Tambah tolak sikit mana yang kurang dan lebih dari entri yang baru dibaca tu. Jangan lupa backlink pulak.

2. Baca wall Facebook

Mana la tau tiba-tiba ada status-status yang menarik perhatian. Tak pun, ada link-link menarik yang kawan-kawan Facebook kamu share kat wall. Dari status tu boleh buat huraian lebih sikit ke, atau copy paste aje ke dalam entri bulat-bulat. Senang! Jangan lupa backlink pulak. Kadang-kadang dari perbualan dengan kawan kat Facebook pun bole tercetus idea.

3. Jenguk timeline Twitter

Kot-kot la ada twit yang macam menarik hati dan bakal menarik hati semua orang lain jugak. Boleh la buat printscreen, touch up sikit-sikit, kalo malas copy paste aje twit dia; sudah. Lepas tu hurai la sikit-sikit kan. Jangan lupa tinggal link twitter pulak. Dari twit-twit dengan rerakan pun kadang-kadang boleh moncolnya idea nak update entri.

4. Dengar radio

Cer dengar radio jap. Kadang-kadang DJ kongsi isu semasa kat radio tu. Kalo bukan isu semasa, mesti ade punya cerita best yang diorang kongsi. Tak pun, dari iklan ke... Kamu-kamu kongsi la balik. Paling-paling pun buat review lagu. Ada lagu best ke, tak best ke, dari lirik dia tu boleh la buat entri hentam-hentam lagu Melayu. Ops~ Mana ade...mana ade...

5. Tengok TV

Macam radio jugak la keadaannya, ok?

6. Baca newspaper

Ni tahap kering tak kering sangat jugak lah. Da habis betul idea. Pi baca paper tak kisah la online ke hardcopy. Selalu nak senang, online aje. Boleh backlink terus, ye dak? Tapi kalo berita dari paper ni, jangan la copy paste bulat-bulat. Bagi pandangan kamu sendiri sikit.

7. Chatting

Sama macam bila berbual dengan kawan-kawan Facebook dan Twitter, bila kamu chatting dengan kawan-kawan kat Skype, YM, MSN, (ape lagi ek?) mungkin dari situ ada idea yang akan terilham. Perghhh! Paling-paling pun cer start perbualan macam ni, "aku takde idea lah nak update blog, nak tulis pasal ape ek?" Direct to the point kan? Hahaha~

8. Tutup laptop

Erk! Bukan nak suh benti berblog! Tapi...otak kamu tu tepu sangat dah duk ngadap blog. Apa kata rehat kejap, gi kuar jalan-jalan tengok dunia. Haaa...orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan? So, mana tau dari berjalan-jalan tu terpandang benda-benda eksotik yang macam menarik nak dikongsi kan? Alaaa...kadang-kadang gambar lampu jalan tu pun adik samurai champlo buat entri gak! Ops~~~


Ada lagi yang lain mungkin...kamu-kamu yang takde idea tu boleh la buat benda-benda kat atas ni ye~~~


Selamat Tinggal

http://selamattinggal.blogspot.com



Konon-konon Spontan #12



In member function ‘virtual TclObject* FlowClassifierClass::create(int, const char* const*)’: error: cannot convert ‘FlowClassifier*’ to ‘TclObject*’ in return

WHY???


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.