 |
| Final Year Gift - SET Gala Nite |
Pagi ni bukak Facebook macam selalu.
Tiba-tiba teringat kawan-kawan masa degree. Bukak group coursemate. Tengok profile diorang satu persatu. Nak tengok macam mana rupa diorang sekarang. Ada yang makin jelita, ada yang makin comel, ada yang stay macam dulu-dulu jugak *yang perempuan saje, ok*, ada yang da berdua bersatu, ada yang bakal berdua tak lama lagi, ada yang mungkin da nak bertiga...ekeke.
Rindu.
Ya, saya rindu sangat pada kawan-kawan masa degree dulu. 4 tahun bersama, sejak dari tahun pertama sampai tahun keempat, ada yang duduk sebilik, ada yang duduk seblok, ada yang duduk sekolej, yang pasti semuanya sekampus. Yang paling ingat mestilah orang yang pernah jadi housemate, lepas tu yang sama-sama join program kolej.
Saya ingat lagi. Tahun pertama tu lah kami semua sangat rapat. Kalau gi kelas, mesti nak sama-sama. Dah satu hostel tu, satu aras tu ada lapan orang, kalo sorang lambat, yang lain pun lambat sekali. Sebab nak tunggu yang sorang tu. Kadang-kadang ada jugak yang pergi dulu sebab da tak sanggup nak tunggu dan dicop sebagai orang yang selalu datang lewat ke kelas. Hahaha~
Tahun kedua. Macam dah mula ada jarak sikit. Sebab ada yang da mula aktif dengan program kolej. Yang sama-sama aktif ni masih lagi rapat macam dulu-dulu. Sebab ke sana sini, sama-sama aje. Pindah blok hostel pun, pindah sama-sama. So, kalo nak gi makan, still jugak dengan kawan-kawan satu kelas yang sama-sama join program kolej.
Tahun ketiga. Semua makin bersepah. Ye lah, susah nak stay kat kolej tu kalo tak aktif dengan program kolej. Semua kolej pun macam tu kot. Tapi ada jugak yang still duk sama-sama kat situ. So, walopun blok da lain-lain, tapi still sebelah-sebelah jugak, masih boleh nak pi kelas sama-sama. Cuma, masa bersama tu da makin kurang sebab masing-masing da semakin sibuk dengan rancangan projek tahun akhir.
Tahun keempat. Semua dah ikot haluan masing-masing. Ada geng satu kepala, lagi seronok. Tak kisahlah kalau kawan-kawan tu da tak sekelas. Yang penting boleh masuk. Kawan sekelas pulak? Masih lagi kawan, tapi tak macam tahun satu dulu dah. Cuma tinggal beberapa kerat yang masih rapat. Kalo berjumpa, kadang-kadang diam seribu bahasa. Rasa kekok tak tahu nak cakap ape. Sangat pelik.
Ok, itu mungkin berlaku pada saya (yang kononnya begitu sibuk ini) sahaja... =.=
Walopun macam-macam dah berlaku sepanjang empat tahun tu, semua pun still keep in touch dan update status masing-masing kat FB. Dan hari ni, bila tengok balik gambar-gambar lama masa degree dulu, tengok gambar-gambar kengkawan yang terkini, rasa rindu tu sangat membuak-buak.
Bila agaknya boleh jumpa semua dan hang out macam dulu-dulu... T_T
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~