BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, November 12, 2011

Saya Paranoid Ke???



Beberapa minggu yang lepas, saya tengok movie ni yang da sedia ada dalam external beberapa kurun yang lalu. Mula-mula tengok, ingatkan boring, tapi lama-lama melekat sampai habis. Movie ni da lama. Tahun 2008. Saya baru nak tengok 3 tahun kemudian. Lambatnya saya ni. =.=

Taken (2008) - Kisah seorang ayah yang bekerja untuk kerajaan sebagai perisik. Tapi da lama tinggal keje tu. Dia ada anak perempuan yang bawah 18 tahun. Anak perempuan dengan bekas isteri. Maksudnya da cerai la. Tapi dia sayang sangat anak dia tu. Disebabkan dia ni dulu keje perisik, dia seorang yang agak berwaspada dalam segala hal yang melibatkan anak dia ni.

Satu hari tu, anak dia nak gi Paris dengan kawan dia. Anak yang bawah 18 tahun, kena mintak izin ayah diorang (secara bertulis) dulu, baru boleh keluar negara. Mula-mula dia cam tak nak bagi, risau nanti jadi ape-ape. Dia da nampak dunia ni macam mana, pengalaman dari jadi perisik tu mengajar dia.

Anak dia merajuk. Lepas si ayah ni fikir-fikir, dia pun bagi la anak dia pergi. Siap bagi telefon lagi supaya nanti anak dia sentiasa kol dia bila kat Paris tu. Masa antar anak dia ke airport, dia ternampak satu peta dalam beg anak dia. Ops, terbongkar lak yang anak dia bukan takat gi Paris je, tapi ikot tour satu band ni ke merata pelosok donia, nkoo~

Isteri dia cakap, biarlah...dari situ anak dia akan kenal dunia. Dia pun diam je la. Pasrah sambil terus ingatkan anak dia untuk kol dia bila da sampai Paris. Tapi anak dia tak kol. Dia risau la, dia kol banyak kali gak, tak angkat. Lepas tu kol isteri dia, isteri dia cakap budak tu da besar, pandai la dia jaga diri. Dia suh si ayah tu makan ubat tido. Macam tuuuu aje???

Dia kol lagi, then baru anak perempuan tu angkat. Tengah-tengah borak tu, tetiba kannnnn...anak dia nampak satu kejadian yang mengerikan kat depan mata dia. Betul-betul dalam rumah tempat diorang duduk tu. Kawan dia kena culik...lepas tu...arghhh...tengok sendirik!!!

Seriously lepas tengok cerita tu, saya asyik berfikir. Movie ni memang la da lama. Tahun 2008 kan? Tapi human trafficking, tahun ni da jadi isu global. Betapa bahayanya bila ibu bapa mengabaikan keselamatan anak-anak. Sekali terlepas pandang, boleh jadi mangsa pemerdagangan manusia.

Kadang-kadang bila duk sorang kat rumah, ada jugak rasa takut. Takut kalau-kalau ada mata-mata yang memerhati sambil berniat jahat dalam hati. PCM selalu pesan, jangan lupa kunci semua pintu *sebab selalu ingat da kunci*. Mak pun boleh kata setiap hari kol, tanya malam ni tido sorang ke? *sampai da penat nak explain*. Kadang-kadang rasa seram sejuk juga balik malam dari meeting ke program ke, tutup pagar sambil melilau-lilau tengok sekeliling. Uhuhu...

Saya paranoid ke???

Saya rasa tak salah kot nak rasa macam tu.

Sebab ape?

Ni ha...

Baca dari blog Cik Bambam

Oh, kejamnya kawan dia. Sedangkan kawan pun sanggup buat macam tu, apatah lagi orang luar yang kita tak kenal kan? Sekarang ni pun, human trafficking tak mengira kamu tu lelaki ke perempuan ke, muda ke tua ke, pandai la diorang nak letak kamu-kamu kat mana. Tak jadi pelacur, jadi pembantu rumah, jadi buruh paksa, jadi pemungut sedekah tepi jalan pun boleh.

So, sila berhati-hati.

Fi amanillah...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.