BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, November 15, 2011

Anak Saya Ada PhD, Wang Hantaran Kena Berjuta-juta!

Gubahan wang hantaran ~gambar dari SINI

Kak Melah: Eh, Limah! Ko tau tak, anak si Munah tu yang baru je dapat diploma tu da nak kawen!

Kak Limah: Eh, ye ke? Kelasss Munah! Cepat aje anak dia kawen ye~~~ Berapa hantaran tu?

Kak Melah: Aku dengar ade la dalam RM 12 000.

Kak Limah: Mak aiiiiii...da macam taraf budak belajar degree pulak dah!

Kak Melah: Ape pulak! Anak Kak Jemah tu yang degree RM 20 000! Belum dengar lagi anak Hendon, yang da ade master tu...

Kak Limah: Berapaaaaaaaaaaaaaaaa???

Kak Melah: RM 28 000, nkoo!!!

Kak Limah: Mak aiiiiii...ni anak aku karang, habis PhD, aku nak letak RM 40 000 lah!

Kak Melah: Erk!

*****

Borak dengan Fasihah sekejap kat YM pagi tadi, keluar isu ni. Realiti masyarakat sekarang. Semakin tinggi taraf pembelajaran anak perempuan, semakin tinggi la nilai wang hantaran yang nak diletakkan. Tak nampak dah betapa keadaan tu bakal merumitkan urusan pernikahan anak-anak, malah bakal menyediakan tag nama "penghutang keliling pinggang" buat bakal suami anak.

Ape yang bestnya letak wang hantaran tinggi-tinggi kalau nanti lepas kawen rumahtangga anak-anak jadi terumbang-ambing. Sibuk mencari duit untuk bayar balik semua pinjaman sebab masa nak nikah dulu da pinjam duit merata tempat buat jadi wang hantaran bakal isteri.

Wang hantaran yang merupakan adat perkahwinan masyarakat Melayu zaman kini hanyalah sebagai pelengkap adat-adat perkahwinan.


Mungkin tak tahu bahawa wang hantaran bukanlah perkara wajib dalam urusan pernikahan, bahkan hanya sekadar adat turun-temurun. Yang wajib hanyalah mas kahwin mengikut negeri. Tapi kerana trend semasa, masyarakat jadi terikut-ikut nak letak nilai wang hantaran ikut status pengajian anak-anak.

Dan mungkin saja terlupa akan hadith Rasulullah s.a.w...

Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak). [Musnad Ahmad, no: 24478 dengan sanad hasan]


Sedangkan mas kahwin pun yang paling mudah tu lah yang paling baik, apatah lagi kalo wang hantaran yang memang takde pun dalam pernikahan Islam, biarlah ikut kemampuan si lelaki tu. Takut-takut nanti kalau terlalu membebankan dari segi wang hantaran, anak gadis bertukar jadi anak dara tua oleh kerana takde lelaki masuk meminang.

Fiu fiu fiu~~~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.