BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, November 27, 2011

Hidup Ini Dalam Tangan DIA

Life is in Allah's hand ~gambar dari link dalam gambar

Hujan lagi.

Kat luar nun. Hujung-hujung tahun macam ni, mesti hujan kan. Dah namanya musim tengkujuh da datang. So, aktiviti-aktiviti dekat dengan air terpaksa dikurangkan. Mana yang nak ke pantai, ke sungai, ke laut - kena la berhati-hati sikit, sebab air cepat naik bila musim-musim macam ni.

Bila time hujung tahun macam ni, mesti aktiviti pakcik-pakcik nelayan pun turut terkesan. Ye lah, musim air naik sangat berbahaya untuk turun ke laut. Dalam berita pun, pemberita akan siap bagi amaran bahaya kepada bot-bot kecil. Tapi kalau terdesak jugak nak cari rezeki halal untuk keluarga, terpaksa jugak diorang bersabung nyawa.

Dengan berpegang pada kata-kata...

Ajal dan maut itu dalam tangan Allah

Ya, hidup kita sepenuhnya dalam susunan Allah. Ajal, maut, jodoh, kerjaya, akademik, dunia dan akhirat kita, semuanya dalam tangan Allah. Telah tertulis di Loh Mahfuz segalanya yang akan berlaku pada kita sekarang dan pada masa akan datang. Orang kata, takdir Allah menentukan segalanya.

Takdir Allah bila-bila pun nyawa kita akan diambil semula, tak kira la atas bot ke, tengah-tengah laut ke, dalam sungai ke...yang duk kat rumah saja pun, kalau Allah nak, Dia akan cabut nyawa kita time tu jugak. Cumanya...

CUMANYA!

Allah bagi kita pilihan untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi menjauhkan diri kita dari bahaya yang boleh meragut nyawa. Sama macam orang sakit, Allah nak kita berusaha untuk sembuh, kan? Dalam hidup kita pun ada begitu banyak pilihan. Siapa yang tentukan? Kita sendiri! Orang lain hanya mampu melihat dan memberi pandangan, tapi kita lah yang akan mencorakkannya macam mana.

Jadi, gunakan akal kurniaan Allah tu untuk pilih mana yang terbaik dalam hidup kita!


Hadith Palsu Tentang Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

New DAY by =Azozinho on deviantART

Mohon baca dengan teliti dari awal sampai akhir, kerana saya takut kamu terlepas pandang bila baca terlalu cepat.

***

Beberapa minggu yang lalu...

Adik Syafiq Ahadin ada meminta pendapat saya tentang doa akhir dan awal tahun, sebagai respon untuk entrinya yang bertajuk Hadith Palsu Popular #6. Adik ni buat ulasan dari buku kumpulan 40 Hadis Palsu Popular tulisan Abdul Razak Muthalib. Salah satu hadith palsu dalam buku tersebut adalah...

Hadis 10 - Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Ni tiada hadis, tapi kena ulas seja. O yeah!

Dalam buku kecik Majmuk Syarif yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat kita, disebutkan pasal kelebihan membaca doa awal dan akhir tahun untuk tahun hijrah. Malang tidak berbau sekali, amalan dan kelebihan tidak bersumberkan hadis sahih dan palsu.

Dinyatakan dalam buku tersebut.
"Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pad akhir waktu Asar 29 atau 30 Zulhijjah. Siapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata: "Susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu saat akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya." Sambung baca di SINI

***

Berapa ramai da baca doa semalam? Berapa ramai juga yang share tentang doa akhir dan awal tahun? Ramai kannnn? Merata-rata di dunia blog berkongsi tentang doa akhir dan awal tahun Hijrah. Alhamdulillah...

Maka, ramai jugak ke yang buat amalan sia-sia sebab hadithnya palsu?

Hurmmm... Pandangan saya sendiri, dan berdasarkan dari pengetahuan yang diperolehi dari kuliah-kuliah ilmu, membaca doa tu tak salah, jika dengannya kita berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Yang salahnya adalah bila kita berpegang pada fadhilat doa tersebut, yang mana dengan doa tersebut terjamin sudah dosa kita untuk tahun lepas telah diampunkan kesemuanya oleh Allah. Dan untuk tahun yang mendatang, sudah tersedia pula dua malaikat yang sentiasa memelihara dari fitnah syaitan kerana membaca doa ini.

Hati manusia ini milik Allah selamanya, dan Dia lah yang memegang hati kita serta membolak-balikkannya mengikut kehendakNya. Hati dan iman manusia mudah goyah, hanya yang kuat berusaha untuk mendekatkan hatinya kepada Allah saja yang mampu bertahan dengan godaan nafsu dan hasutan syaitan. Jadi kita tak boleh nak bergantung kepada doa semata-mata tanpa berusaha untuk menjauhkan diri dari bisikan syaitan yang durjana.

Senjata mukmin - berdoa tu amalan sunat, buatlah setiap hari, bukan sekadar di akhir dan awal tahun Hijrah sahaja. Dan berdoalah ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah, tanpa berpegang kepada fadhilat doa tersebut yang tidak kita pasti asal-usul sanadnya.

Boleh juga rujuk tulisan Dr. MAZA kat Soalan Sempena Sambutan Tahun Hijrah : Minda Tajdid – Himpunan Fatwa untuk tengok pandangannya pula.

Wallahua'lam.

Betulkan saya kalau saya tersilap di sini. Mungkin ada pendapat lain yang lebih kuat. Silakan berkongsi di ruangan komen supaya yang lain boleh turut membacanya.

Salam Maal Hijrah buat semua... Moga tahun baru Hijrah membuka lembaran baru yang lebih baik buat kita semua... Insya'Allah.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.