BLOG ENCIK SUAMI

Friday, December 2, 2011

Manusia... Ucaplah Syukur!

heaven on earth by ~jocosity on deviantART

"Tidakkah engkau memperhatikan bahawa Allah menurunkan air (hujan) dari langit, sehingga bumi menjadi hijau? Sungguh, Allah Maha Halus, Maha Mengetahui."

[al-Hajj: 63]

Aurora Borealis by ~denindra on deviantART

"MilikNya lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Allah benar-benar Maha Kaya, Maha Terpuji."

[al-Hajj: 64]

Earth's Dantooine by ~rawkysand on deviantART

"Tidakkah engkau memperhatikan bahawa Allah menundukkan bagimu (manusia) apa yang ada di bumi, dan kapal yang berlayar di lautan dengan perintahNya. Dan Dia menahan (benda-benda) di langit agar tidak jatuh ke bumi, melainkan dengan izinNya? Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia."

[al-Hajj: 65]

Usahawan kuburan dari blog toqreemaow

"Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan). Sungguh, manusia itu sangat kufur nikmat."

[al-Hajj: 66]

- Ucaplah syukur alhamdulillah... -


Eh, Ustazah! : Mencuri Dalam Solat

Ehem... Ehem... Uhuk-uhuk... Tekak ustazah sakit. Hurmm... Sebab cuaca kot. Pagi-pagi waktu rehat camni; macam biasa, mesti ada anak murid ustazah masuk bilik guru. Entah, tak gi kantin agaknya budak-budak ni. Duk melepak dengan ustazah je kerjanya.

Ustazah: Uhuk-uhuk...

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum... Batuk je dari tadi, tak sihat ke?

Ustazah: Eh, Nasri! Wa'alaikumussalam... Kurang sihat sikit. Cuaca tak menentu kan akhir-akhir ni. Ha, kamu ni tak makan ke?

Nasri: Alhamdulillah, tadi da makan dah, ustazah. Masa makan tadi Syafiq tanya saya pasal satu benda ni. Tu yang tak sabar nak jumpa ustazah ni.

Ustazah: Hurmmm? Pasal ape tu? Sampai cepat benar kamu makan...baru 5 minit waktu rehat.

Syafiq: Assalamualaikum, ustazah!

Ustazah: Eh, wa'alaikumussalam. Sampai pun orangnya. Baru je cakap pasal kamu.

Syafiq: Hah? Cakap pasal saya? Ooo.. Nasri! Nkoo kutuk aku eh???

Nasri: Ape pulak! Aku tak main la kutuk-kutuk orang ni... Lagipun aku ingat ape yang Ustaz Fakhrul cakap dulu!


Syafiq: Erkk! Maaf, maaf... Astaghfirullahal'azim... Aku ni ntah pape la kan... Aku gurau je, beb!

Ustazah: Hurmmm... Baguslah anak-anak murid ustazah ni. Da pandai guna hujah-hujah dalam al-Quran. Tak sia-sia baca al-Quran hari-hari kan?

Nasri: Alhamdulillah... Haa... Ustazah, ni Syafiq nak tanya pasal mencuri.

Syafiq: Aha... Mencuri, ustazah!

Ustazah: Ha? Hukum mencuri potong tangan ke ape?

Syafiq: Eh, bukan... Err...ade abang senior tu, masa kat surau waktu Zohor semalam, dia nampak sorang junior ni. Junior tu nak solat Zohor la kan, entah nak cepat ke ape, dia solat la cepat-cepat. Habis solat je terus blah!

Nasri: Lepas tu abang senior tu tiba-tiba gitau Syafiq...cane dia gitau tadi, beb?

Syafiq: Dia kata... "Nak tau tak? Dia mencuri dalam solat!"

Nasri: Haaaaaa...ape maksud dia, ustazah??? Pelik bebenor. Kami tengok takde pulak dia mencuri ape-ape. Elok aje solat sampai habis 4 rakaat. Kami yang tengah usrah kat situ tak nampak lak dia buat benda lain sampai dikata mencuri. Huhuhu...

Ustazah: Owh... Alhamdulillah. Bagusnya abang senior tu tinggalkan kamu dalam persoalan kan? Kalau tak, sunyilah bilik guru ni...takde anak murid datang nak tanya.

Nasri: Eh...err... Bukan taknak datang, ustazah. Bizi sikit. Uhuhu...

Ustazah: Hehe... Ustazah gurau aje. Tentang kata-kata abang senior tu tadi, sebenarnya ada makna yang tersirat di sebalik hadith Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan mencuri dalam solat.


Syafiq: Owhhh... Rasulullah s.a.w pernah sebut ye. Hurmmm... Macam mana yang dikatakan tak sempurna rukuk dengan sujud tu?

Ustazah: Cer bayangkan kalau rukuk dengan sujud tu kamu buat cepat-cepat, mungkin sebab kamu dah terlewat untuk urusan lain, atau kamu dah terlewat lalu solat di hujung waktu... Nak sujud pun kurang-kurang dah sentuh dahi kat sejadah tu, kira ok laaa~~~ Semua nak cepat, agak-agak, bacaan kamu sempurna tak?

Nasri: Err... Mestilah tak, ustazah. Tak sempat habis bacaan rukuk, da bangun iktidal, tak sempat habiskan thoma'ninah, da duduk antara dua sujud. Macam bersambung aje sekaligus. Huhuhu...

Ustazah: Haa... Tau pun! So, kalau thoma'ninah tak sempurna, ape hukum solat tu?

Syafiq: Thoma'ninah... Walaupun sekadar ucapan puji-pujian kepada Allah yang pendek-pendek aje, ia tetap salah satu dari rukun solat. Fuhhh, kalau tak sempurna, kira cam tinggal salah satu rukun lah!

Nasri: Erk! Tak sah la solat!

Ustazah: Yup... Sebab tu Rasulullah mencela orang yang solat macam tu. Perbuatan dia tu menunjukkan dia tak bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Allah...

Syafiq: Naudzubillah... Moga kita dijauhkan dari murka Allah...

Nasri: Ameen... Terima kasih, ustazah!

Ustazah: Alhamdulillah... Nanti bole share dengan kawan-kawan lain ye~

Nasri: Insya'Allah... Kami balik kelas dulu. Assalamualaikum, ustazah...

Ustazah: Wa'alaikumussalam.


Perhatikan sekeliling kita. Tidak sedikit yang sujud dan rukuknya bagai mematuk-matuk kerana mengejar hal dunia. Jangan biarkan mereka terus mencuri dalam solat, dan perbaiki diri kita sekali sebelum nanti kita ditanya di akhirat. Sempurnakan solatmu, kerana insya'Allah hanya solat sempurna yang mampu menjaga dirimu dari perkara maksiat. Moga tiada lagi kata-kata "solat, tapi tetap juga buat dosa!"


Setahun Yang Lalu... Pada 2 Disember 2010

Header untuk Qila


Pada tarikh itu la kali pertama saya join contest dalam dunia blog.

Dan dari situ la saya kenal blog-blog lain di dunia maya ni setelah dua tahun berblog.

Dari situ juga la saya kenal siapa Ben Ashaari.

Dari situ kemudiannya saya kenal blogger-blogger lain pula.

Bermula dari situ, saya kembali aktif berblog sampai la sekarang ni.

Terima kasih semuanya, terutama Cik Qila Razak.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.