BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, December 3, 2011

Macam Dia... Kamu Pun Pernah Duduk Kat Situ...

Embrio ~gambar dari SINI

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik."

[al-Mukminuun: 12-14]


Jangan Kata Orang Lain Bodoh

Morning Lemon... by ~Timo-San on deviantART

Entahlah.

Mungkin kerana terlalu ikutkan perasaan sangat, maka keluar segala perkataan yang kurang sedap didengar dan kurang enak dibaca. Beruntunglah dia kerana mata ini yang nampak. Kalau mata lain yang nampak, mungkin sudah di'printscreen' dan menjadi entri meletup di kalangan blogger buat masa ini.

Ya, memilih pemimpin itu tugas kita sebagai rakyat. Rakyat yang terbuka mata dan fikirannya akan memilih pemimpin yang padanya layak untuk diangkat sebagai ketua. Yang kurang nampak, mungkin akan terpengaruh dengan berita semasa kerana hanya itu medium yang dia ada.

Namun kurang eloklah untuk melabelkan satu-satu kawasan itu sesedap mulut dan jemari menaip hanya kerana mereka memilih pemimpin yang tidak kamu sukai. Ada assobiyah kenegerian di situ. Bayangkan kalau anak-anak negeri tersebut membacanya, pasti terluka hati-hati mereka dengan kata-kata kamu.

Ya, stesyen-stesyen televisyen memang kebanyakannya memaparkan berita itu sekarang ini. Tak kiralah stesyen anak emas atau anak pungut. Kadang-kadang mereka hanya membuat kerja mereka, mengikut kata-kata orang yang lebih atas. Yang membuat kerja-kerja itu belum tentu lagi setuju dengan berita yang dimuntahkan di kaca televisyen.

Beruntung juga kamu adalah antara yang terbuka matanya. Maka kamu ada tugas di situ untuk menyampaikan kepada yang lain. Tak perlu melabelkan orang lain dengan gelaran yang kurang enak, tapi betulkanlah pemikiran mereka agar kembali kepada fitrah. Ya...kerana mereka itu jauhnya di bawah tempurung di dalam kotak yang letaknya di atas meja di hulu kampung.

Maafkan mereka. Tak perlu kamu bertemu, cukuplah mereka tahu.


P/S: Hari ini ada misi, doakan saya...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.