BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, December 4, 2011

Eh, Terlupa Letak Tajuk Tadi!

sengkuang by ~didiehubbe on deviantART

Lokasi: Di depan longgokan segala jenis ubi di pasar tani.
Masa: Pagi hari Ahad.


Risha: Akak, ape nama benda tu? Mengkuang? Sengkuas? Lengkuang? Eh...?

Akak: Mende? Ko nak ape? Sengkuang ke lengkuas?

Risha: Yang kat sana tadi tu lengkuas ke sengkuang?

Akak: Yang tu mengkuas...eh! Lengkuas!

Ajan: Ehhh, nkoo nak ape sebenarnya ni???

Risha: Yang orang letak dalam rojak tu ape eh nama dia?

Akak: Yang tu sengkuang.

Ajan: Haaaa...yang tu sengkuas...eh! Sengkuang! Ko ni aku pun da tersasul!

Pakcik: Yang ni keledek, dik!

Kami: Ehhhhhhhhhh?


Kah kah kah! Tu la... Sape suh berbincang kat tempat yang tak sepatutnya! Wakaka~


Makan Makan Makan...

Good Morning by *WoW-Sky on deviantART

Allahumma barik lana...

Makan makan makan...

"Sedap tak?"

"Boleh lah... Nak rasa?" Dia menolak pinggan nasi goreng ke depan sikit. Saya menceduk sedikit sekadar untuk merasa. Sedap.

"Nak rasa kite punya?"

"Nak ayam tu je..."

Saya mengangkat sudu dan garpu. Tangan hendak mula memotong bahagian sebelah sana ayam yang masih belum tersentuh.

"Tak nak. Nak yang belah sana..."

Dia mengambil bahagian ayam yang telah disentuh. Terkesima sebentar. Dia makan dan diam.

Sambung makan.

Makan makan makan...


#Motif entri ni? Hahaha... Saja nak suruh otak kamu bersenam pagi-pagi~ Selamat berhari Ahad!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.