BLOG ENCIK SUAMI

Monday, December 5, 2011

Twit Si Nin Pasal Diam...

step out of your shadow. by *C4M30 on deviantART

Diam.

Diam sekejap atau diam yang lama. Diam kat sini bermaksud diam dari kehidupan sosial tak kira la dunia maya atau dunia realiti. Dan diam di sini tak ada kaitan dengan sifat pendiam sejak dari azali. No no no! Tadi pagi baca twit si Nin. Pasal diam.

"Kalau aku diam bukan bermakna aku tengah marah tapi aku perlukan ruang untuk berfikir dengan lebih rasional."

Jap tadi pulak baca entri Fasihah. Pasal senyap bukan sebab bersedih.

Diam tak diam, semua orang ada sebab masing-masing kenapa diorang diam. Tak kiralah diam sejam dua ke, diam sepanjang hari ke, diam 2-3 hari ke atau diam seminggu ke, yang penting ada sebab tertentu bila seorang yang riang penuh tawa tiba-tiba membisu seribu bahasa.

1) Masalah

Diam sebab ada masalah. Mungkin masalah kerja, mungkin masalah akademik, mungkin masalah cinta, mungkin masalah keluarga, tak kisah lah. Asalkan namanya masalah. Bila ada masalah, dia jadi diam. Sebab hati dia dirundung sedih yang menyebabkan dia takde mood nak bercakap banyak.

2) Marah

Macam Nin cakap, dia diam bukan sebab marah. Ha...maksudnya memang wujudlah orang yang diam sebab marah. Bila marah, dia jadi diam sebab takmo orang lain kena marah sekali. Mungkin bila dia marah, dia akan jadi Hulk lalu menghancurkan segala benda yang ada di sekelilingnya termasuk orang tersayang. Maka lebih baik dia diam dari melukai hati banyak pihak.

3) Sibuk

Of course la bila sibuk, kita jadi diam sebab kita nak tumpukan pada kerja yang menyibukkan ituuuu. Maka tanpa dapat dibendung lagi, berdiam diri adalah lebih baik bila ada kerja bertimbun-timbun, menunjukkan betapa dia adalah seorang yang sedar diri akan masa dia yang tak lah banyak mana kalo asyik nak berfoya-foya memanjang.

4) Berfikir

Nin kata kat atas tadi, dia diam sebab berfikir. Aha...ramai kot yang diam sebab berfikir. Saya pun kadang-kadang macam tu. Diam beberapa hari sebab berfikir tentang banyak benda. Lepas da habis berfikir, jangan risau...dia akan datang semula menemui anda semua. Cumanya, orang yang diam sebab berfikir ni akan buat kita tertanya-tanya, apa la yang dia fikir tu sampai diam lama sangat.

5) Diam itu lebih baik

Dia diam sebab itu lebih baik. Eh!

So, tak kisah lah diam sebab apa pun, ada baik dan buruknya. Diam untuk masuk gua sebentar dan kembali dengan lebih bertenaga itu kan OK? Cuma bila rasa perlu akan suara lain untuk mendengar kisah yang terbuku, eloklah cari suara kedua, ketiga dan keempat. Kerana kadang-kadang terlalu memendam itu bisa menghadirkan rasa ngilu pada sekeping hati.

Namun jangan didesak orang yang diam itu untuk berkata-kata, biarkan dia dengan rela hatinya menutur bicara agar hati yang gundah itu akan rasa lebih selesa.


P/S: Mungkin juga saya bakal diam tak lama lagi...


Maafkan Aku Kerana Tidak Boleh Terima Kamu...

Send it back to you by *xXxLEARNTOFLYxXx on deviantART

Dalam ruang maya yang begitu luas, kita ditakdirkan untuk bertemu dan mengenali. Masa yang merangkak perlahan menyaksikan hati-hati kita semakin mendekat hingga setiap saat mulut aku menyebut namamu di depan teman-teman. Jarak hati yang begitu rapat kadang-kadang menghadirkan satu rasa yang tidak mampu aku gambarkan.

Kerana diri kamu yang begitu peduli dan mengambil berat akan aku, semakin lama aku rasa hidup ini semakin indah dengan adanya kamu. Kamu menjadikan hari-hari yang aku lalui lebih ceria dan bermakna. Dan setiap detik yang aku lalui, seakan-akan tidak boleh untuk aku lupa akan kamu. Bayanganmu sentiasa ada dalam fikiranku dengan setiap perkara yang pernah kita lalui bersama-sama.

Hingga tiba satu saat, aku lihat kamu melayan aku lebih dari teman-teman yang lain di sisimu. Kadang-kadang aku katakan pada diri, itu hanya perasaanku saja, kerana mana mungkin kamu cintai aku yang sudah lama menjadi temanmu. Lalu aku buat seperti biasa dan melayanmu seperti biasa juga sebagaimana teman-teman lain.

Tapi kamu sepertinya lebih kuat berusaha untuk menunjukkan rasa. Lewat malam itu kamu luahkan kisah hati yang telah lama kamu pendamkan. Ya, tentunya aku rasa bahagia kerana kamu menyayangiku. Aku rasa bahagia sekali kerana disayangi oleh kamu yang telah lama aku kenali. Terima kasih kamu kerana buat aku rasa dihargai.

Namun temanku...

Aku terlebih dahulu meminta maaf kepadamu. Hati aku ini telah dimiliki hingga aku tidak mampu lagi untuk menerima kamu. Nyatanya aku sedang belajar untuk setia dan percaya kepada Dia yang memiliki hatiku. Maafkan aku kerana terpaksa aku kembalikan cinta yang kau hulurkan kepadaku. Namun aku pinta kepada kamu agar tidak bersedih dan berputus harap, kerana aku percaya ada yang lebih baik dariku untukmu.

Kerana kamu teman terbaikku, akan aku sentiasa doakan kamu temui kebahagiaan itu...

***

Ok...Ini percubaan buat entri jiwa-jiwa. Takde kaitan dengan Jeneral SSS.com! Gulppp! Macam tak best aje. Sebab takde pengalaman sangattttt. Hahaha! Encik Angah! Jangan gelak ok!

P/S:
Haishh...susah jugak nak buat entri macam ni ye angah? Patutlah angah amek masa berhari-hari nak buat!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.