BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, December 7, 2011

Lelaki... Dan Perempuan Juga...

Gambar dari SINI

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.""

[an-Nur: 30]

muslimah v02 by ~yip87 on deviantART

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

[an-Nur: 31]

Lelaki dan perempuan YANG BERIMAN...

Ada batas auratnya masing-masing. Sudah sedia disebut dalam al-Quran agar aurat itu dipelihara dengan sebaik-baiknya dan tidak didedahkan sesuka hati. Dan diperingatkan kepada lelaki dan perempuan YANG BERIMAN agar menjaga pandangannya daripada melihat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Namun, dunia akhir zaman menyaksikan begitu banyak lelaki dan perempuan yang kurang menjaga auratnya hingga sukar sekali untuk perempuan dan lelaki menjaga pandangan mereka di mana-mana. Bak kata Solihin, takkan lah nak pejam mata setiap masa?

Kenapa tidak kita membantu antara satu sama lain, agar tidaklah kita berdosa kerana mendedahkan aurat sendiri, malah tidaklah kita juga jadi resah rasa berdosa kerana menambahkan dosa kepada orang lain...


P/S: Beruntungnya jadi manusia YANG BERIMAN, asyik disebut-sebut dalam al-Quran...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.