BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, December 15, 2011

Antara Blog, Facebook, dan Bahasa Melayu

Keratan akhbar 4 November 2009, klik untuk besarkan ~gambar dari SINI

Masa makan-makan tadi...

Bukak topik tentang laman sosial bersama-sama para supervisor dan geng-geng lab. Best jugak dapat borak benda-benda gini dengan diorang. Jadi isu menarik pulak kat meja makan.

Bermula dengan bab blogging sebab supervisor tanya pasal resepi kat blog dan pasal roti. Then bila cakap pasal blog, co-supervisor pun kongsi jugak pasal kata-kata Ustaz Zaharuddin tentang dunia maya. Tentang status-status FB, entri-entri blog, kata-kata kat twitter.

Macam biasalah, isu menulis tentang orang lain, bukak aib orang dan perihal blog bila bloggernya dah meninggal nanti, benda ni memang tak boleh tak, kena gitau jugak. Geng lab cakap, kena wariskan blog tu, buat wasiat sebelum meninggal. Bila da meninggal, boleh la waris tolong apa yang patut.

Persoalannya, kena tunggu meninggal ke?

Then bila masuk bab Facebook, benda yang dibincang bertambah-tambah menarik bila co-supervisor yang balik dari Jepun beberapa minggu lepas berkongsi pengalaman dia kat sana. Kat sana dia ada kawan dari Malaysia jugak. Bila berjumpa, mesti la berborak panjang kannnnnn. Dalam berborak-borak tu, tetiba ada prof kat sana tegur.

"Both of you are Malaysians, why do you speak English?"

Pelepukkkk satu tumbukan padu ke muka masing-masing. Ya, dua-dua dari negara yang sama, tapi kenapa tak cakap Melayu? Then, kalau kita tengok senario orang akademik atau golongan bisnes di meja mesyuarat zaman sekarang ni, semua Melayu, tapi perbualan mesti nak dalam English jugak. Kadang-kadang kat Facebook pun, status nak bahasa Inggeris.

Tak, bukan lah tak boleh guna English. Kadang-kadang campur juga jadi Manglish. Tapi mana budaya yang kita bangga-banggakan tu? Kita macam lebih memartabatkan budaya asing berbanding budaya negara sendiri. Supervisor bagi pandangan, mungkin sebab Jepun tak pernah dijajah, so diorang takde rasa rendah diri dengan budaya diorang. Kita Malaysia ni, pernah dijajah sampai budaya kita tu dipandang lebih rendah dari budaya penjajah. Sampaikan bahasa Inggeris lebih dipandang tinggi dari bahasa Melayu. Sape tak tau cakap English, orang sekarang pandang macam kuman je.

Tapi kita dijajah dulu je kan? Sekarang kita da merdeka. Atau adakah kita hanya merdeka dalam buku sejarah sekolah semata-mata? Realitinya, budaya dan jati diri kita, mungkin masih lagi dijajah. Kadang-kadang sampai malu bila berbahasa Melayu di dalam mesyuarat yang kesemua ahli mesyuarat orang Melayunya berbahasa Inggeris.

Tulis panjang-panjang ni pun, mungkin ada yang tersedar, tapi still kita tak boleh nak buat apa sangat pun. Nyatanya, zaman ni, kat negara kita, semua nak English. Global language katanyeeeee kannnnn. Sedangkan pengkaji budaya kat luar tengok Malaysia (baca: rakyat Malaysia) adalah antara negara yang paling lemah (baca: teruk) dari segi menjaga jati diri bangsanya.

Ni ada yang kata saya bawak semangat ketuanan Melayu ni kang.

Eh, ada kaitan ke???


P/S: Saya rasa entri ni tak bersifat racist. Ini tentang bahasa budaya bangsa.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.