BLOG ENCIK SUAMI

Friday, December 28, 2012

Antibiotik Hati???

Sumber: Aina Punye Belog



Wednesday, December 26, 2012

Cari Dengan Mata, Bukan Dengan Mulut!

Senario time nak lunch untuk renungan bersama.

Anak: Mak, nak masak asam pedas la.
Mak: Masak la...
(Anak menuju ke dapur untuk mula memasak)

Beberapa minit kemudian...
Anak: Mak, garam mana?
Mak: Ada kat atas para tuuu... (tanpa perlu ke dapur)
Anak: OK...eh, mak, asam jawa mana?
Mak: Cuba tengok sebelah botol minyak tu...
Anak: Manaaa...botol minyak mana, mak?
(Mak menuju ke dapur...)

Mak: Ni, depan mata ni je haaa...tu la kalau da jarang masuk dapur~
Anak: Ala mak niii...tak nampak la tadi...
Mak: Lenkali cari guna mata, bukan guna mulut~

Sesetengah orang bertanya details, tapi tak mencari details...

Bak kata seorang ibu kepada kawan, cari dengan mata, bukan dengan mulut...!


Tuesday, December 25, 2012

Cari Tudung Labuh Bidang 60"?


Sebelum ni da pernah jual tudung labuh dari Mesir saiz 60" tu. Cepat betul habis!

Kali ni, tudung labuh bidang 60" datang lagi dengan lebih banyak pilihan warna yang cukup menarik bagi saya.

Fabrik tudung ni agak lembut, tetapi berat dan jatuh bila dipakai (tak mudah terbang, jadi tak senang tersingkap, insya'Allah aurat akan terpelihara). Corak petak-petak tudung ni ringkas dan sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana busana atau baju yang kamu pakai~ Serius, saya sendiri cukup berpuas hati dengan tudung ni! Alhamdulillah~ ^_^

Tudung Mesir bidang 60" untuk dijual

Kamu-kamu yang tengah baca ni, ada nak cari tudung labuh macam ni? Atau ada kawan-kawan yang nak tudung labuh? Mungkin ada yang nak hadiahkan kat kawan-kawan jugak? Meh jenguk kat Facebook saya untuk tengok sendiri betapa cantiknya tudung Mesir ni~ ;)

Klik SINI untuk pilih warna kegemaran kamu kayyy~


Monday, December 24, 2012

Dan Akhirnya Along Sayang Juga...


Alhamdulillah.

Akhirnya, along kesayangan juga telah selamat mendirikan masjid pada 23 Disember 2012. Semalam je.

Macam mimpi. Plan dari awal dulu nak ke Pahang dengan salah seorang Irdinians, akhirnya terlaksana juga dan bertambah passengers dalam Sakura Ungu. Ya, rasanya itu tempat paling jauh pernah Sakura Ungu pergi setakat ni, Kampung Cherok Paloh, Pekan, Pahang (rasanya kampung ni kat sempadan Kuantan dan Pekan).

Kampung yang aman, damai, tenang dan cantik. Suka Pantai Sepat yang mendamaikan. Seronoknya dan beruntungnya along sayang ada kampung yang dekat dengan pantai. Dan, bertambah-tambah lagi gembira bila ada gerombolan lembu yang nak mengajar kita erti sabar menunggu diorang melintas jalan. Hikhik. Bebiri kat sini pun bulusss diorang da kaler ceklat da, sebab selalu main lumpur kot. Comel~ Haha~

Eh! Ni cakap pasal lembu n bebiri ke cakap pasal walimah along ni? =.="

Ok ok.

Alhamdulillah. Tahniah buat along dan suami yang da melengkapkan separuh agama. Terharu dan tersentuh hati bila menyaksikan saat-saat kalian menyarung cincin di jari. Mungkin inilah hikmah yang Allah berikan kepada mereka yang menjaga diri dengan sebaik-baiknya dalam batas pergaulan seharian. Melihat along takut-takut menghulurkan jari manis untuk disarung cincin oleh akhi Firdaus, hingga dua tiga kali menarik balik huluran jari, membuat seisi masjid tergelak bahagia. Dan nampak dengan jelas sekali bagaimana ketarnya tangan suami along apabila along pula hendak menyarung cincin di jarinya, buat kami semua tersenyum manis.


Manis.

Ya, kerana manisnya cinta selepas nikah itu turut terpindah rasanya ke dalam hati kami. Subhanallah~

Along sayang,

Selama kita menjadi along dan angah, terima kasih untuk segalanya yang angah terima dari along. Dari segala kata-kata nasihat, pandangan hidup, ingatan peribadi dan tidak terkira lagi mutiara bernilai yang along hulurkan, alhamdulillah. Terima kasih kerana along banyak meluangkan masa mendengar rintihan hati dan turut bersama-sama merungkaikan segala kekusutan yang pernah angah alami. Dari itu, mohon ampun dan maaf atas serba sedikit kesusahan angah yang terpindah ke pundak along. Moga nanti Allah balas kebaikan along dengan segala kebaikan di dunia serta akhirat. Insya'Allah.

Along sayang dan suami,

Tiada kata yang mampu angah titipkan buat along dan suami untuk menjalani kehidupan baru setelah bergelar suami isteri. Kerna kalian adalah antara sahabat-sahabat terhebat yang pernah angah kenal. Yang insya'Allah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan kalian, tidak pernah kalian tinggalkan Allah di belakang. Dengan itu, doa angah, moga dalam hidup kalian yang akan datang, Allah akan terus berada di hadapan dan membimbing kalian menuju ke syurgaNya. Insya'Allah.

Di akhirnya, terima kasih untuk semuanya semasa kami berada di kampung along. Moga Allah limpahi keberkatan ke atas keluarga along dan semuanya atas penghargaan yang diberi. Ameen.


Semoga mutiara bernilai yang tersimpan rapi akan terus berkilau setelah ada teman baru di sisi.


Friday, December 21, 2012

Jangan Dikejar Bayang-bayang...


“Jangan dikejar bayang – bayang, kerana bayang – bayang boleh hilang dalam malam. Jangan dipuji pelangi di awan, kerana serinya akan hilang tanpa sebarang pamitan. Dan jangan dikejar cinta yang telah dibuang, kerana ianya tak akan pulang seperti yang kita mahukan..” - Kathy Tuah.

Mula-mula nampak dia post kat satu group e-novel kat Facebook.

Nice sangat ayat kat atas ni. Ayat yang ada dalam cerpen terbarunya di blog. Terus tergerak hati nak baca cerpen yang dimaksudkan.

Apa yang boleh saya katakan, penuh dengan kejutan, ada banyak benda tersirat, ada macam-macam mesej yang dia nak sampaikan...pendek kata, sesuatuuu sangat!

Nak try masuk dalam plot cerita? Jom baca kat SANA.


Facebook Bakal Upgrade Lagi Dengan Antara Muka Baru

Tu dia tajuk.

Macam blog teknologi la pulak rasanya. Hehe.

Sebenarnya nak kongsikan interface baru Facebook yang sedang diupgrade sikit-sikit secara berperingkat. Berperingkat sebab bila saya update status pasal Facebook da bertukar, yang lain duk tanya, bertukar macam mana? 

Err...bila tengok dari Facebook housemate, "owhhhhh, aku je ke yang bertukar?" Mungkin sebab saya antara pengguna awal Facebook, atau Mark pilih yang konon-konon aktif kat Facebook dulu (yeke?).

Bertukar macam mana tu? Meh tengok dua gambar ni.


Mohon klik untuk bagi jelas.

Kalau tengok kat bahagian Timeline (gambar kiri):

  1. Nama Facebook user da naik kat Facebook Cover.
  2. Sedikit info kita terletak sebelah Facebook Default Picture dan betul-betul bawah Facebook Cover.
  3. Aha, yang ni yang paling saya suka. Tabs untuk Timeline, About, Friends, Photos, dan lain-lain da jadi lebih kemas dan menarik.
  4. Activity Log masih ada, dan kat bawah tu ade tunjuk berapa Followers Facebook user tu. Da tak guna perkataan Subscribers da.
  5. Segala Facebook update dari status, link, gambar terletak dalam column sebelah kiri. Tak lagi 2 column macam sebelum ni.
  6. Column sebelah kanan pulak penuh dengan Recent Activity, Friends, Photos, Likes, Maps, Events dan lain-lain.

Dan bila kita klik kat tab atas tu, contohnya tab About (gambar kanan), rupanya akan jadi macam tu lerr. Lebih luas ruang yang diambil.

Nampak lebih kemas dan tak serabut kan?

Mohon jeles.

Tunggu la korang punya bertukar pulak!


Thursday, December 20, 2012

Dah Mengandung Ke?


Selalu je konfius kalo kucing da mengandung ke tak.

Macam Cici dulu, kita ingat da bunting, rupanya sampai sekarang tak menjadi pun dia. Ntah nape tak tau. Chiko je dulu yang betul-betul nampak perot dia boyot. Mulan lak sekarang tengah on heat. Asyik keluar bersenyawa dengan jantan kat luar nun sampai naik geram kita dibuatnya. Si Tinny lak tuan dia gitau, macam da mengandung. Hurm. Nak tau jugak betul da jadi ke tak hasil persenyawaan diorang tu. Kuikuikui.

Kat sini ada beberapa tanda kucing mengandung yang saya amek dari page Dunia Kucing. Best gak info ni untuk para pemelihara kucing kat luar nun~ Hehehe... Meh tengok meh~

Tanda-tanda kucing mengandung:

1. Kucing anda terlebih mesra
Sikap kucing memang manja. Namun, kucing bunting mahukan perhatian yang lebih dari biasa. Kucing bunting akan minta diurut, didukung, digosok badan dan tengkuknya, dimain hidungnya dan sebagainya. Kucing juga akan lebih kerap menggesel-gesel badannya ke arah anda.

2. Kucing lebih banyak berada di rumah
Kucing bunting tidak suka berlegar-legar di luar rumah. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur atau berehat di dalam rumah. Kucing juga tidak berminat lagi untuk 'mencari' kucing jantan.

3. Putingnya bertukar warna dan bengkak
Puting kucing bunting akan berubah warna dari merah jambu ke warna kemerahan. Putingnya juga akan sedikit membengkak dan lebih besar dari biasa.

4. Berat badan kucing bertambah
Kucing anda nampak gemuk dari biasa. Ini adalah kerana kucing bunting bertambah berat badan dari hari ke hari. Perutnya mungkin makin membonyot dalam satu malam!

5. Kucing sentiasa lapar
Kucing bunting akan sentiasa berselera untuk makan. Kucing akan meminta makanan dengan lebih kerap. Anda perlu menambah makanan kucing lebih dari biasa bagi menampung peningkatan selera makan kucing bunting anda dan memastikannya cukup vitamin. Selera makannya akan berkurangan seiring pertambahan tempoh mengandung.

Tapi perlu diingatkan bukan semua tanda-tanda ini mengesahkan kucing anda bunting kerana adakalanya kucing anda tidak mengandung walaupun mempunyai beberapa tanda kucing bunting. Kucing mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menampakkan tanda yang jelas bahawa ia sedang mengandung.

Kucing bunting berapa lama? Berapa bulan? Berapa minggu?
Purata tempoh bunting kucing adalah adalah selama 9 minggu atau sekitar 63-65 hari.


Wednesday, December 19, 2012

Rabu Bergambar: Penghadang Semasa Solat

Sumber: Kolum Imam Makmum oleh Dr. Mohd Sukki Othman dalam Majalah Fardu Ain edisi 17



Tuesday, December 18, 2012

Tak Sama Rupanya...

Alhamdulillah.

Da kembali dari sana. Ade banyak benda baru yang saya dapat tahu. Ye la, sebelum ni duk Sarawak kan budaya tak berapa nak sama walaupun ada yang iras-iras macam nak sama.

Kalau kat sana, kenduri jarang-jarang orang buat dua kali (belah perempuan dan belah lelaki). Walaupun Sarawak tu besar, kenduri tetap sekali aje kat belah perempuan. So, bila Kiera'Sakura buat sekali je belah perempuan hari tu, tak rasa hairan sangat kalau saya masih baru-baru lagi datang ke Semenanjung. Tapi sebab da hampir 6 tahun saya duk sini, jadi heran la jugak sebab kat sini la saya baru kenal budaya walimah tu diraikan kat kedua-dua belah rumah perempuan dan lelaki.

Kalau kat Sarawak, disebabkan budaya dia walimah hanya diraikan kat rumah sebelah pengantin perempuan, maka suami akan duduk rumah isteri. Kan takde majlis umah lelaki? Hewhewhew. So bila semalam kat Kedah keluarga pengantin perempuan balik, Wany cakap, "ehhh mana ada, isteri kena stay umah suami~" Erk! Saya jadi pelik. Ooo~ Tak sama ek~?? Hehehe.

Tu la, orang cakap, jauh berjalan, luas pemandangan. Tengok budaya dan cara hidup orang.

Kan da belajar banyak benda baru!

Alhamdulillah.

Moga musafir kali ini ada manfaatnya.


P/S: Terima kasih kepada semua-semua kesayangan saya yang hantar saya balik malam tadi~ Rinduuuuu sudah! :')


Monday, December 17, 2012

Antara Yang Mudah dan Yang Payah...

"jangan dituruti rasa marah yang sementara,
dengan lafaz kata-kata yang mengguris jiwa...
jangan kerana amarah yang sementara dan sekejap cuma,
kita meninggalkan kesan luka yang dalam dan lama di hati orang lain...
sabar itu memang tak mudah,
tapi percayalah bahawa,
mengubat hati yang telah terluka itu jauh lebih payah..."

[tersenyum-melihat-langit.tumblr.com]


P/S: Masih di Bumi Jelapang Padi... Tunggu aku jejak kamu kembali...


Friday, December 14, 2012

For this Poem... Thank You...

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.

- Anonymous -


Thanks, Dr...


Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Err...

Tetiba je nak join contest ni... :p

Banner contest untuk di'Klik'.

Masa mula-mula baca kat blog Cikgu Areef hari tu da mula terdetik kat hati nak join. Tapi masa tu belum ada masa lagi nak godek-godek gambar. Hari ni, godek blog Kakakecik, nampak dia pun join jugak, so terus teringat pasal contest ni.

Terus godek-godek gambar.

Terus jumpa satu gambar tu.

Terus tertarik hati nak edit sikit buh watermark.

Terus upload dalam entri ni.

Wajah-wajah ceria setelah berjaya menawan kaki Gunung Jerai. Dalam penat-penat, masih mampu tersenyum lebar. Rasa tak manisnya?

Gambar oleh: Adik Nadzli Azlan yang rambut afro tu
Best tak gambar kami?

Jangan jeles nooo tengok keceriaan kami~~~

Untuk tau lebih lanjut macam mana nak join, boleh klik SINI. ^_^

Thursday, December 13, 2012

Kamu Rasa, Kamu Ingin, Tapi...

cherry flower by ~julkusiowa on deviantART

Manusia memang punya macam-macam perasaan.

Perasaan yang melahirkan macam-macam keinginan. Kadang-kadang keinginan dicapai dengan usaha, kadang-kadang juga keinginan dibiarkan berlalu sepi.

Yang mampu mencapai kerana dia punya keyakinan, yang tidak mampu mencapai juga kerana dia punya keyakinan. Cuma yakinnya dalam konteks berbeza.

Yang berjaya itu yakin sepenuh hati bahawa impian boleh direalisasikan jika bersungguh. Yang tidak mampu itu pula yakin bahawa keinginan itu memang tidak akan berjaya digapai walau berusaha sekuat mana pun.

Tapi benarkah?

Atau kata-kata itu hanya filosofi ilusi.

Hakikatnya semua terletak pada diri. Jika mahu sampai ke seberang sungai, harus ditongkah arusnya, bukan hanya berdiri di gigi air melihat pada sungai yang mengalir.

Angkat kaki, cecahlah dasar sungai, teruskan menongkah arus sambil yakin bahawa janji Allah itu pasti benar.


P/S: Kalau tak pandai berenang, pergi belajar berenang.


Monday, December 10, 2012

Nikmat Allah Semua Indah

Benarkah?

Berfikir lagi. Mencari-cari lagi di mana lompang. Menerobos segenap ruang masa yang pernah dilalui. Menghitung-hitung kalau-kalau ada yang menyakitkan.

Nikmat hidup, nikmat rasa, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat berjalan, nikmat berfikir, nikmat ilmu, nikmat kebijaksanaan, nikmat kerjaya, nikmat harta.

Mengorek-ngorek lagi.

Nikmat kawan, nikmat sahabat, nikmat cinta, nikmat keluarga, nikmat anak-anak, nikmat masa, nikmat lapang, nikmat usia, nikmat sihat.

Mustahil tidak ada yang tidak indah.

Mustahil!

Mungkin...

Nikmat yang ditarik balik.

Ya, nikmat itu yang tidak indah.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [ar-Rahman]


P/S: Jadilah kita hamba yang bersyukur, sebelum Dia menarik nikmat terbesar dalam hidup seorang Muslim, nikmat iman dan Islam.


Saturday, December 8, 2012

Memang Susah, Tapi Kalau Tak Cuba, Tak Tahu!

Saya setuju.

Bak kata Haris Khairuddin, memang susah nak tinggalkan maksiat kalau da terbiasa buat apatah lagi kalau yang baru-baru nak ketagih bermaksiat.

Tapi sebenarnya semua benda tu dengan izin Allah insya'Allah boleh kita handle.

Satu benda je yang paling penting bila nak jauhkan diri dari maksiat ni. Kena cari apa punca kita buat maksiat tu. Kenapa kita boleh 'terbuat' maksiat tu? Bahkan bagi yang tahu maksiat tu maksiat (maksudnya dah tahu, buat maksiat tu Allah marah, beb! Bila Allah marah, dapat apa?), kenapa terus jugak buat maksiat yang dimaksudkan? Apa sebabnya sampai kita 'ketagih' nak buat maksiat lagi pada masa akan datang?

Bila da tau punca, jauhkan punca tu dulu. Memang susah. Tapi kena berusaha kalau betul-betul nak Allah redha kita hidup kat dunia (kan ke memang tujuan hidup kita adalah untuk dapat redha Allah kat dunia?). Awal-awal memang rasa macam keberatan dan cuba nak cipta macam-macam alasan, tapi try la tahan diri tu. Tau tak, orang yang paling baik adalah yang paling mampu menahan dirinya dari nafsu yang membuak-buak?

Paksa la diri jauhi punca maksiat untuk menjauhi maksiat.

Tak kisah la maksiat apa pun yang korang buat.

Dan jangan buat hangat-hangat tahi ayam lak, usaha untuk kekal berterusan.

Tak cuba, tak usaha, tak tahu kan?


P/S: Maksiat itu adalah segala perbuatan yang melanggar suruhan Allah s.w.t.


Friday, December 7, 2012

Sunyi. Sepi. Sendiri.


Rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa sendiri.

Bila kawan da pergi, kawan yang kita rasa senang dengannya, yang tak sama dengan kawan-kawan lain. Walau ada kawan-kawan lain di sekeliling, tetap tak rasa terisi dengan kehadiran mereka.

Bukan tak pernah ditinggalkan sendiri, malah pengalaman-pengalaman lalu banyak berlaku secara bersendirian. Mungkin kerana sejak kawan itu hadir, baru rasa ada yang satu kepala, rasa ada yang boleh masuk serasi dengan kita.

Hingga dia pergi, lalu rasa sunyi datang menyapa.

Rasa pelik bila rasa sepi itu hadir. Tertanya-tanya kenapa rasa kehilangan dan rasa tak ada sesiapa. Tercari-cari tempat untuk meluah rasa. Tiada. Tercari-cari punca. Hingga bila mengagak-agak sebabnya, hati rasa sakit dan kepala rasa berdenyut.

Tiba-tiba dalam keharuan ditegur pula satu suara lain.

"Kau rasa sepi sebab manusia? Dan kau cari selain Tuhan untuk meluahkan rasa? Kenapa kau ni? Kau lebih bergantung harap pada benda lain!!!"

Tersentak dan menangis.

Muhasabah diri.

Allah selalu ada.

Aku hanya ada DIA. 

Astaghfirullahal'azim.


Thursday, December 6, 2012

Pembeli Makanan dan Kakak Cashier

Situasi: Sedang membayar harga makanan.
Tempat: Arked Kolej 9, UTM JB.
Masa: Lunch hour.


Kakak cashier: Awak amek master keee...?

Pembeli makanan: (Mengangkat muka sedikit terkejut) Aha... (senyum) Ingat eh?

Kakak cashier: Ingaaat... Da sem ke berapa ni?

Pembeli makanan: Sem last dah ni, insya'Allah...

Kakak cashier: Ooo... Sem ni da tak ramai da yang pakai tudung labuh.

Pembeli makanan: (Terkedu sebentar) Owh... Ye ke?

Kakak cashier: Aha, zaman-zaman awak dulu yang ramai pakai tudung labuh macam ni... (sambil menunjuk ke arah tudung si pembeli makanan)

Pembeli makanan: Haa.. Tu la... (senyum dan minta diri kerana speechless)


Wednesday, December 5, 2012

Apa Nak Takut? Mati Sekali Jewwww~!

Memang mati sekali je.
Sampai kau rasa lebih elok kau tamatkan riwayat hidup kau.
Sebab kau rasa kau da bosan dengan hidup.
Sebab kau dah tak ada kawan.
Semua sebab kau kemurungan.

Kalau kau rasa kau tak ada kawan,
Kenapa kau terus bermurung?
Kenapa kau tak tolak jauh-jauh semua kemurungan kau?
Kenapa kau tak cari kawan untuk kau hilangkan bosan?
Kenapa kau nak amek jalan singkat dengan bunuh diri?

Kau cakap kau tak takut.
Sebab mati sekali aje.
Kau tahu tak kau mati sekali aje tu kat dunia semata?
Sedangkan kat akhirat kau akan mati berkali-kali?
Sebab dosa kau membunuh diri tu hukumnya kau akan dimatikan berkali-kali!
Kau tak tahu atau mungkin kau lupa.
Kau hanya fikir dunia.
Kau lupa fikir tentang akhirat.

Cara kau bercakap macam kau tak takut Tuhan.
Sedangkan Tuhan tu dekat.
Dekat sangat dari urat kat batang leher kau!
Kalau kau dah tak ada kawan sangat.
Kenapa kau tak berkawan dengan Tuhan?
Aku yakin, bosan kau akan hilang!

Rabu Dengan Sedikit Kata-kata: Rindu

Original Picture: Blossom Fire by *sabinefischer on deviantART
Original Quote: Tia Setiawati Priatna by matahary on tumblr



Sunday, December 2, 2012

Kepada Enti Yang Ana Sayang...


Kepada enti yang ana sayang,

Tahniah atas baitul muslim yang telah dibina. Seronok ana tengok senyuman enti pada hari bahagia enti. Rasa gembira, rasa terharu, rasa sebak, dan segala rasa bercampur-campur dalam jiwa melihat enti telah pun selamat menjadi seorang isteri. Bahagia yang enti rasa turut berpindah ke dalam hati ana bila melihat enti sudah punya tangan untuk dipeluk dan sepasang kaki lain yang mengiringi dalam kehidupan akan datang... :')

Enti yang ana sayang,

Tak menipu kalau ana bagitau, tak dapat ana menahan air mata yang mengalir bila abang ipar enti amek turn untuk menepung tawar. Melihat dia menyampaikan pesan pada suami enti, untuk menjaga enti sebaik-baiknya, dan memeluk suami enti lepas tu, buat ana rasa terlalu sebak. Abang ipar enti yang menjaga enti sekeluarga setelah pemergian ayah, tentunya sangat besar rasa berat untuk dia melepaskan enti kepada seorang lelaki yang baru dalam keluarga. Ana nampak enti juga menitiskan air mata setelah dia menepuk bahu enti sebagai tanda sokongan kepada enti untuk melaksanakan tanggungjawab dalam dunia baru enti. Subhanallah.

Enti yang ana kasihi,

Sungguh ana bersyukur mengenali enti dan keluarga enti. Sungguh ana rasa dihargai apabila mereka mengenali ana dan menyambut baik kedatangan ana sebaik nampak kelibat ana di majlis enti. Biarpun hanya beberapa kali ana datang berkunjung berkongsi bantal dan melihat bumbung yang sama bersama mereka, alhamdulillah sepertinya enti banyak bercerita yang baik-baik tentang ana kepada mereka. Semoga ahli keluarga ana juga akan menghargai enti sebagaimana mereka menghargai ana. Insya'Allah.

Enti ni,

Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas rasa sayang, kasih dan cinta enti kepada ana selama ana bergelar sahabat kepada enti. Enti yang selalu ada bila ana rasa perlu. Enti yang ada di situ bila ana mahu meluahkan rasa dalam hati. Yang sentiasa sedia menerima kunjungan ana dari jauh dalam kesibukan hari enti sebagai seorang yang berkerjaya. Tidak terhitung kemaafan atas 1001 kesusahan yang ana timbulkan.

Enti yang ana cintai,

Akhir kata dari ana, terima kasih atas doa yang enti titipkan buat semua sahabat terutamanya Irdinians pada detik-detik perpisahan semalam. Doa dari ana juga buat enti, semoga dipermudahkan urusan enti selepas ini, diberkati masjid yang dibina, dilimpahi rahmat dan kesejahteraan olehNya hingga ke syurga.

Insya'Allah.


Friday, November 23, 2012

The Last Blossom

The Last Blossom of Spring by *polarpoisson on deviantART

Satu hari nanti...

Aku juga mahu kembali...

Mohon tunggu aku...

Till then...

Fi amanillah!


Wednesday, November 21, 2012

Wordless Palestine












Friday, November 16, 2012

Do I Have To Kill It Too?

I have this kind of feeling since I read Abang Eq's entry on his blog that day.

It keeps rolling in my mind.

Should I?

Do I have to?

He decided to kill his facebook (in that entry) until next year. What a long time to keep yourself away from all those things to focus on your PhD research. But I saw him on it a few days back. And he just updated his facebook an hour ago. =.="

And...did you know that the entry is gone?

No where to be found on his blog anymore.

Never mind! Hahaha~ XD

I just wanna share his thoughts back then.

He makes me think.

As for me, should I kill my facebook for -- may be until the end of this month? Or until I complete my research thesis? And same question goes to my tumblr, blogdrive and twitter accounts.

Ermmm...

But my younger sister said, "Actually, it's the thing that you can control without killing it. If there's a will, there's a way..."

Oh, I should think deeply!

Eh, maybe just forget it!

Leave it, I have other things with higher priority to be thought of... =.="


Thursday, November 15, 2012

Save Palestin Konon!


Entah lah.

Mungkin tak ramai yang tahu apa sebenarnya sedang berlaku kepada rakyat Palestin sekarang ni. Rakyat? Kalau puak perampas, Yahudi Zionis, mendengar (baca: membaca) perkataan ni, mungkin mereka akan mengejek-ejek artikel ni (kalau mereka faham dan tahu guna google translator). Ye lah, kan mereka bermati-matian menghalau penduduk asal Palestin untuk dapatkan tanah negara tu, lalu dijadikan negara mereka. Konon-konon mereka lah rakyat yang memiliki tanah rebutan tu.

Yang itu mungkin ramai sedia tahu, tak banyak pun, sikit-sikit je la. Boleh dilambangkan macam satu tasik terbiar yang dalam, ada seekor serangga yang boleh berdiri atas air tasik tu (biasa tengok kan?), sejauh mana yang kita 'tahu' tu ibarat sejumlah air yang kaki serangga tu sentuh kat permukaan air tasik tu ler gamaknye kan???

Hurm.

Entah-entah serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza semalam pun kita tak tahu. Tak sedar. Tak peka. Malah tak peduli.

Tak ada kat sana, tak kena kat kita, so what???


Monday, November 12, 2012

Fi Amanillah...


Ameen... ^_^


Sunday, November 11, 2012

Hampir Ke Situ...

Cherry blossom by =Lileya on deviantART

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh

Hampir Ke Situ - Mendua

--- kerana kamu mendengarkan Biar Sampai Ke Bintang, telah lama ingin aku kongsikan ---


Saturday, November 10, 2012

Barakallahulakum!

Alhamdulillah.

Bulan November ni ramai sahabat yang mendirikan masjid. Banyak undangan walimah dari utara ke selatan (dari timur ke barat takde sebab takde undangan event kat FB dari Sabah & Sarawak). Terutama dalam beberapa hari ni. Ada juga yang baru selesai bernikah semalam.

Buat rakan blogger Bro Framestone dan pasangan, Iera Kan.


Buat rakan seperjuangan Siti Hadjar Mohd Arshad dan pasangan, Mohd Taufik Rizal.


Buat sahabat baik blogger Nadzri Azlan dan pasangan, Syakira Yaakub.


Buat rakan penyelidikan UTM, Syafiq Affandi dan pasangan, Marini Aisyah.


Buat rakan UTM, Siti Fadilah Abd Latip dan pasangan, Mohamed Izzuddin Abu Bakar.


Juga buat rakan JKM KTC, UTM, Noorazmi Ab Rahman dan pasangan, Aisyah Yusof.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa' baina kuma fee khair.

Terima kasih atas ingatan dan undangan ke majlis perkahwinan kalian. Mohon kemaafan atas ketidakmampuan untuk turut hadir meraikan. Hanya doa dari jauh yang ku kirimkan, moga Allah memberkati masjid yang dibina, insya'Allah. Ameen. :')


Friday, November 9, 2012

Kerana Pernah...

Blossom in pink by ~Strawberry-Mood on deviantART

Pernah.

Pernah saya berikan setinggi kepercayaan. Dan dengan rasa percaya itu saya diberi sebesar kekuatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari, bahawa rasa percaya itu hakikatnya menguatkan. Lalu hari-hari yang mendatang ditempuh tanpa peduli apa pun rintangan.

Pernah.

Pernah saya diberi sedalam kelukaan. Apabila rasa percaya dipulangkan dengan pengkhianatan. Hingga saya tertanya-tanya di manakah erti kejujuran? Sedangkan itulah yang paling diinginkan dalam persahabatan. Malah dalam setiap perhubungan dengan sekalian manusia seluruh alam.

Pernah.

Kerana pernah itu membuatkan saya lebih berhati-hati. Malah kadang-kadang terlebih waspada. Terlalu curiga dan penuh syak wasangka. Bimbang terjebak dalam kisah-kisah dongeng dan rekaan. Hingga saya sendiri disedarkan bahawa prasangka itu dosa.

Allah... Allah...

Siapa saya hendak menilai jujurnya manusia?

Orang kata, teruskan memberi. Jangan diingat keburukan orang lain pada kita, tapi ingatlah keburukan kita pada orang lain. Jangan dilupa kebaikan orang pada kita, tapi lupakan kebaikan kita pada orang lain.

Maka, lepaskan semua rasa, teruskan menjadi tangan yang di atas.


P/S:
Bila terdetik saja rasa itu, beristighfarlah dengan sebanyak-banyaknya kerana Allah sedang menguji hati kamu sendiri. Biar syaitan jatuh terduduk.


Tuesday, November 6, 2012

Jangan Tanya Saya Okay!

Malam ni tadi jaga exam.

Sampai awal. Pukul 7.45 malam. Sebab Dr da pesan datang awal sikit, nak tolong edar paper soklan. Tapi masa da sampai tu, Dr-Dr yang lain da siap edar da. Ade dua orang je Dr masa tu, saya student wakil Dr yang pertama sampai.

Jadi, saya pun belek-belek la paper exam diorang tu. Subjek Principle of Communications.

Oh! Soklan sama macam time saya amek exam ni dulu. Fuh!

Tapi sayang sekali...

Jangan angkat tangan dan panggil saya bila ada soklan yang takleh jawab, sebab saya dah tak ingat langsung macam mana nak solve soklan tu!

T_T

Ni la yang orang duk kata, student kita ni belajar sebab nak amek exam je, bukan belajar untuk ilmu dunia akhirat. Gulppp!

Insaf kejap.

Sedihnya tak dapat nak bantu.


P/S: Subhanallah, pensyarah Isyarat dan Rangkaian saya dulu masih ingat lagi saya sebagai student dia.


Maaf, Saya Tak Tahu!


Surat rayuan pengurangan saman da siap.

Maaf, saya memang tak tahu tu tempat khas untuk staff. Sejak dari semester lepas lagi, sejak guna kereta pergi kampus dan fakulti, tak pernah tahu tu adalah tempat khas untuk staff. 

Sebab takde papan tanda yang bagitahu tu kawasan khas untuk staff dan pelawat universiti.

Serius saya terkejut dan bingung bila labmate bagitahu kereta saya kena saman.

Mohon lepas ni, pihak universiti buat usaha untuk menaiktaraf tempat letak kereta di dalam kampus dengan label yang sesuai. Duit banyak kan boss~~~ Huhuhu.


*Mohon juga selenggara lif fakulti yang asyik rosak.


Friday, November 2, 2012

Haruskah Terus Ditanggung Rasa Ini...


Memang pedih.

Apatah lagi kalau dibiarkan lama-lama.

Entah siapa saja yang boleh bertahan, tanpa berbuat apa-apa. Sakit dan perit yang ditanggung hingga kadang-kadang menitiskan air mata. Hanya dia yang merasa, kerana hanya dia yang memikul, sedangkan yang lain hanya melihat tanpa duduk di dalam jalan cerita.

Walau beberapa kali berusaha untuk keluar dari belenggu yang menjerut rasa, akhirnya tetap juga terpaksa kembali. Sakit dan pedih ditanggung sendiri. Terus bertahan dari hari ke hari, tidak langsung meminta untuk simpati.

Bukan tidak ada yang sudi memberi dan menawarkan diri untuk berkongsi. Boleh saja dihitung dengan jari berapa banyak yang cuba mendekati, tapi terus bertemu titik henti. Maaf, kerana diri tidak mahu bergantung harap pada yang tidak pasti.

Namun sampai bila harus menanggung semua rasa sakit ini?


Rasa pedih.


Perit.


Kering.


Kontang.


Penat dan lesu.


Sebelum menjadi lebih teruk, apa kata kita pakai Eye Mo dulu?


Bagi lembap sikit mata tu sebelum meneruskan kerja-kerja depan laptop dalam lab yang ber'air-cond'.

Ok?


P/S: Ini iklan Eye Mo semata-mata. =.="


Thursday, November 1, 2012

Hari Yang... Erm... Penat


Hari yang agak memenatkan.

Semalam dapat tempahan daripada pensyarah kat kampus. 100 biji apam polkadot dengan 2 biji kek karamel. Maka pagi-pagi tadi da start buat kek. Siap 2 biji, keluar beli barang untuk apam polkadot pulak. Sekaligus beli barang untuk sebiji kek karamel dan kek lapis tempahan kawan pulak. Balik dari beli barang terus mengapam.

Mengapam ni kekadang stress jugak. Bila apam mula masuk angin dan berlubang, pepandai la kontrol emosi. Kalo tak, bole basi kot apam tu sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...eh! =.="

Petang tadi hampir Maghrib, baru apam siap (maaf atas panggilan-panggilan yang tak dijawab semasa sibuk mengapam). Erm...lepas Maghrib gi hantar dulu tempahan pensyarah tu, leh tengok gambar yang dia ambil kat SINI pulak~ Cantikkkk gambar dia amek!!! Alhamdulillah, selesai urusan jual beli yang pertama hari ni. :)

Lepas hantar apam, bergegas pulak ke usrah. Jojet-jojet kejap ngan kengkawan usrah, then balik, kul 9 sampai umah. Sambung buat kek karamel tempahan kawan lak. Perisa yam dan coklat. First time kot buat perisa ni, cantik jugak kejadiannya. Alhamdulillah. Dan kek ni la yang masih duk dalam oven tu, lagi 10 minit api atas dan bawah. Err...

Maka, hari ini masih belum habis lagi la maknanya kan? =.="


P/S: Kepala pun sudah terlalu penat untuk semuanya. Diam lebih baik.


Thursday, October 25, 2012

Aku Yang Berdosa...

cherry blossoms. by ~pixelstitched on deviantART

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan-Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

- Shahir - Aku Yang Berdosa -


Pengorbanan dalam Islam adalah memberikan segala sesuatu yang paling kita sayang demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Semoga apa sahaja yang kita korbankan untuk agamaNya, dengan niat atas namaNya, diterima olehNya dan ada nilainya walau hanya sebesar zarah pada pandanganNya...

Ameen...

Salam Aidil Adha buat semua...


Kerna Tidak Sempurna

Cherry Blossom by ~Jez92 on deviantART

Menyorot kisah di sebalik kata-kata dia, membuatkan air mata menitis.

Kerna diri juga begitu. Kadang-kadang hadir rasa benci tanpa sebab. Benci hingga sosok tubuh yang melintas pun langsung tidak mahu dilihat, apatah lagi pada wajah yang langsung tidak mahu ditatap. Benci yang kadang-kadang menyebabkan kasih sayang terbahagi-bahagi tidak sama rata.

Mungkinkah kerana tingkah dan laku yang kurang disenangi, atau mungkinkah kerana laluan perjalanan yang tidak sama, atau mungkinkah tanpa sebab, benci itu hadir tanpa diminta.

Benci itu kadang-kadang membuatkan diri berfikir panjang. Kenapa sampai begini sekali rasa benci hadir? Kenapa hanya pada sesetengah manusia, benci ini meluap-luap hingga kadang-kadang rasa berat untuk melayan kata-kata?

Kala duduk berteleku sendiri, muhasabah menginsafi diri, terdetik rasa belas dan kasihan pada yang dibenci-benci. Teringat akan kisah hamba Allah yang ditanya di akhirat tentang saudaranya yang tidak sempat mendapat hidayah. Sedang dia yang faham dan sentiasa bersama saudaranya, tidak pula pernah berusaha untuk mendekati dan membawanya bersama-sama ke jalan yang benar. Membiarkan saudaranya terus terkontang-kanting dalam kegelapan, dan akhirnya menemui Tuhan tanpa sempat mendapat keampunan. 

Naudzubillah!

Tidak mahu lagi membenci, mohon jauhkan dan hapuskan terus segala perasaan itu.

Kerna diri ini tidak sempurna, dan sedang berusaha menjadi yang terbaik.

Maafkan... Maafkan...


Tuesday, October 23, 2012

Untuk Tiga Hari...

FKAB, versi lama... Sekarang da ada perkataan "DAN ALAM BINA" kat nama tu...

Dah tiga hari kat sini.

Dari hari Ahad hari tu. Ahad tu, sampai aje UKM Bangi, terus gi Dewan Gemilang, cari adik kecintaan yang sedang bertugas menjaga booth Occupational Therapy. Berpusing dua kali jugak sebab terlajak tempat nak parking. Tak biasa kat tempat tu kan, nak buat macam mana...=.="

Lepas jumpa adik, jumpa pulak adik blogger Along Usop. Dia la yang tolong sewakan bilik hostel kat Za'ba. Bersusah-payah tu dia dapatkan bayaran terendah. Maka, haruslah saya belanja dia makan malam tu bersama-sama adik saya. Kikiki. So, sesapa yang teringin nak cari bilik hostel kat UKM lenkali boleh berunding dengan Along Usop kayyy~

Lepas makan, kami pergi ke kolej, tengok bilik. Adik ikut sekali. Ok, saya ada roomate, dan dia adalah junior kepada blogger Azlini Mustofa a.k.a Cik Pulau. Hewhewhew. Dia ada kat sini sebab konvo. Oh ye, dia konvo hari ni! Tahniah Farah! Moga lebih sukses dan jadi cikgu berwibawa lepas ni! ^_^

Bila da dapat tengok bilik dan kenal roomate, masa untuk hantar adik balik ke Dewan Gemilang. Masa ni, Along Usop da takde, da menghilang tanpa jejak. Bhahaha. Ape lagi, redah aje laaaa jalan mencarik dewannye. Alhamdulillah, senang nak jumpa. Berpisah dengan adik, gerak pulak balik ke kolej. Haaa, salah jalan lagi nkoo! Tapi jumpa jugak lepas tu. Thanks GPS! :p

Hari kedua la saya da kena terus mendaftar untuk bengkel Network Simulator 2. Ke FKAB jam 8 pagi, sebab dalam poster tulis registration kul 8 pagi. Sampai depan Bilik Mesyuarat Fakulti, eik, takde sape punnn. Kat situ jugak la saya bukak netbook, carik contact number organizer bengkel tu. Mr. Ibrahim cakap, "you can come at 8.30 for registration."

Owhhh, ada rupanya. Ingatkan batal. =.="

Sementara menunggu jam 8.30 pagi, saya pun merayau-rayau kejap kat area berdekatan, survey surau wanita kat mana, lif kat mana, tempat leh duduk lepak kat mana, dan sebagainya. Then, saya gi Bilik Mesyuarat Fakulti balik, da ada orang punnn~ Alhamdulillah, dapat register dan bayar yuran RM50 dengan adanya keahlian IEEE.

Hari pertama banyak bercakap pasal introduction untuk Network Simulator 2. Dan sebenarnya, bengkel ni lebih kepada untuk beginner yang masih tak tau sama ada nak guna software mana untuk research diorang (so, untuk yang da guna Network Simulator 2 tu, bukan takleh datang, cuma jangan kecewa kalo tak sampai apa yang korang nak). Suka part Prof. Dr. Mahamod Ismail bercakap, dia kongsi pasal kes-kes student masa viva. Ramai guna Network Simulator 2, tapi hanya keluarkan graf. Dari mana dan macam mana graf tu keluar, diorang tak tahu. Itu la mashaalahnyeeeewww~ =.="

Student PhD beliau, Mr. Ghassan A. Abed pulak awal-awal da pesan, sebelum amek keputusan nak guna NS2, fikir masak-masak dulu dan cuba cari alternatif lain. Kalau betul-betul da terdesak nak guna, bersedialah untuk sentiasa berada dalam kekeliruan yang berpanjangan. Hambekk nkoo~ Down beb dengar dia cakap camtu! T_T

Tapi down tak lama, sebab lepas Zohor, jumpe kengkawan yang buat benda hampir sama ngan kita. Walaupun diorang tak guna NS2, (ada gak yang guna) diorang share la apa yang diorang buat, dan suggest ape yang patut kita buat. Kita rasa bersemangat la kan nak buat yang terbaik macam diorang, insya'Allah~ Hari kedua ni jugak lah saya belajar install NS2 dalam Windows 7. Sebelum ni tak pernah tahu pun boleh install NS2 directly, hanya pernah tahu buat dual boot OS atau pun guna virtual box untuk install benda alah tu. =.="

Hari ketiga, banyak buat exercise dengan tutorial. Yang ni da pernah explore sendiri dulu-dulu. Bila ulang balik ape yang pernah dibuat dulu, terdetik pulak ape yang patut saya buat lepas ni untuk master saya. Alhamdulillah Allah bagi ilham, cuma kena lebih berusaha kannn~ Da terlalu-lalu-lalu-lalu-laluuuuuu suntuk masa sekarang ni haaa! >_<

Hari ni jugak, saya dapat simpulkan, ada beza antara berbahas dengan penuh kelembutan dan berbahas dengan emosi. Kalau kita nak bagi pendapat kita kat orang, dan andai bercanggah sekali pun, kalau terlalu ikutkan emosi dan tertegang urat leher, orang lain susah nak faham apa kita nak. Tapi bila kita explain dengan lemah lembut dan berhemah, berdessuuupppp masuk ke dalam dada, terus fahammmm dan dapat ilmu baruuu! Fuhhh~ Tapi saya dengar je la diorang bertukar-tukar pendapat, nak menyampuk terkelu lidah, nkoo!

Apepun, macam tu jugak la kan, dalam pergaulan kita seharian dengan orang lain di sekeliling kita. Bercakap dengan emosi dan bercakap dengan ilmu tu berbeza, k? ;)

Untuk tiga hari ni, tu la yang boleh saya kongsi. Panjang pulak kan entri saya akhir-akhir ni, tu sebab da jarang update, sekali update panjang berjelaaaa. Takmo baca, sudah!

Bila keluar dari tempurung, baru kita sedar, ada orang lain yang lagi tak tahu apa-apa dari kita...#Muhasabah


P/S: Hari ni saya dapat roomate baru pulak, kakak keja pejabat polis, dia amek master psikologi wooo~~~


Saturday, October 20, 2012

Dari Samurai Untuk Sakura

Cherry Blossom by ~glarbinator on deviantART

Memang bukan mudah untuk melihat sakura berkembang mekar.

Menjadi sebatang pokok yang betul-betul tegap berdiri pun mengambil masa yang begitu lama sebelum akhirnya berbunga setelah tiba musimnya. Bukan dalam sekelip mata.

Yang menanam pokok sakura di halaman rumahnya, tentu sentiasa menunggu saat ia berbunga. Ternampak sahaja kudupnya terbentuk di hujung-hujung musim sejuk, pasti hati empunya pokok rasa berbunga terlebih dahulu. Subhanallah, menjadi juga yang ditanam, bibir memuji-muji Illahi atas nikmatNya biarpun pokok sakura belum betul-betul berbunga mekar.

Kala ia masih dalam kudup-kudup itu, risau si empunya jika kudupnya tidak memekar indah. Kerna kadang-kadang kumbang perosak akan datang mengusik. Sedang sang burung dan rama-rama pun tidak mampu menjaga pokok sakura dengan baik, kerna Yang Menciptanya lebih kuat dari segalanya di dunia, maka empunya pokok tidak putus-putus meminta setiap ketika.

Tuhan, berikan sakura peluang untuk memekar indah. Titipkan walau setitis kasihmu pada kudup-kudup sakura itu. Dengan sebaiknya ia berusaha membentuk, memelihara, dan menjaga dirinya sehingga saat ini. Maka lindungilah dari kumbang perosak. Andai bergoyang ditiup angin lembut sekalipun, biar ia seketika cuma. Jangan ia goyah lalu gugur terus, kerna dunia di hadapan yang menanti lebih banyak ranjau dan duri.

Itu doaku untuk sakuraku sentiasa.

Ameen.

Dulu, aku selalu berada dalam diri sakura. Di sini biar aku bertukar tempat menjadi samurai.


P/S: Alhamdulillah. Sungguh saya bersyukur. Moga Allah tetapkan hati awak agar istiqamah menyusuri jalan yang awak pilih.


Friday, October 12, 2012

Akhirnya Taip Jugak...


Tak tahu nak pergi ke tak.

Tak dapat nak memilih. Ya, memang bagus bengkel ni untuk saya yang tak tahu apa-apa tentang NS2, tapi di penghujung-penghujung study macam ni terpaksa bergelumang dengan benda ni.

Kalau bukan kerana ada benda lain yang nak dibuat pada minggu tu, memang da terus klik daftar online tanpa berfikir panjang lagi. Tapi disebabkan minggu tu adalah minggu terakhir sebelum raya Aidil Adha, berfikir banyak kali juga sama ada nak pergi atau tak.

Kerana saya da merancang awal dan simpan tarikh 23-24hb untuk urusan tempahan kek, 25hb dah nak gerak ke KL untuk jumpa adik kat sana, jadi pertindihan jadual pulak kat situ. Tapi, tak salah juga kalau saya terus stay kat KL sampai hari raya Aidil Adha.

Cumanya...saya risaukan tempahan kek. Kalau pelanggan ok dengan tarikh yang lebih awal, dan terjamin kek diorang tak rosak (ada pelanggan yang takde peti ais) kalau dapat lebih awal dari yang dijanjikan, ok la kan?

Dan akhirnya saya lah yang akan kelam kabut kat situ nak siapkan segala benda, sebab da tentu la saya kena gerak 21hb. Hurmmm.

Kalau saya pergi bengkel tu pulak, nak duduk kat mana dua hari tu dan hari-hari seterusnya sebelum jumpa adik? Dengar katanya, UKM ni ketat sikit peraturan dia, tak bagi orang luar menumpang, apatah lagi kalo kereta tanpa sticker UKM masuk dalam. *Huk aloh, macam tak pernah buat sebelum ni!*

Ada jugak terdetik di fikiran, gi bengkel ni, then balik JB terus, jumpa adik kejap aje, tak payah nak balik raya ke ape. Tapi...

Mungkin saya perlu menambah lagi bicara dengan Allah, hingga dapat jawapan untuk dilema ni.


P/S: Dan kadang-kadang mungkin kita perlu masa untuk diri sendiri apabila semuanya semakin serabut, segera menyisih kerana bimbang akan ada yang tanpa sengaja dilukai tanpa sebab. Maaf, rasa nak marah membuak-buak.


Sunday, October 7, 2012

Ustaz Sharhan Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir, Saka dan Gangguan Jin

Ceramah Membongkar Rahsia Saka dan Jin

Tajuk macam berita pun ada kan?

Tak kisah lah. Yang penting, nak share banyak benda menarik yang Ustaz Sharhan dan Ustaz Rifki (ganti Ustaz Ismail) kongsi masa ceramah malam tadi.

Bermula dengan sedikit mukaddimah dari Ustaz Sharhan, semua hadirin yang dengar ceramah belajar cara-cara nak scan kalau-kalau ada gangguan. Ustaz kata, selalunya makhluk halus ni duduk antara tulang belikat kita. Tulang belikat tu dekat belakang kita ni ha. So, kalau nak tau orang tu ada gangguan atau tak, ustaz ajar genggam tangan kanan dan baca satu ayat yang sangat mudah ni.

"Bismillahirrahmannirrahim... Bismillahi Masya Allah..."

Tiup dalam genggaman tangan kanan tadi, then tepuk kat antara tulang belikat orang yang disyaki kena gangguan (jangan tiru aksi ini di rumah tanpa ilmu, kang sape nak tolong 'pegang' yang terkeluar].

Subhanallah. Ayat yang pendek dan ringkas tu, kalau kena dengan caranya dan dengan izin Allah, masa tu jugak Allah tunjukkan tanda-tandanya. Macam malam tadi, ada dua orang yang terus tunjuk tanda-tanda ada gangguan lepas kawan diorang tepuk belakang dengan ayat tu. Alhamdulillah, ustaz memang prepare krew dia awal-awal in case kalau jadi camni.

Then, ustaz share tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
  • Mimpi benda-benda tajam.
  • Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
  • Mimpi salib.
  • Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
  • Susah tidur malam.
  • Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
  • Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
  • Mimpi binatang.
  • Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga:-

  • Berdebar tanpa sebab.
  • Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
  • Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
  • Sakit belakang, rasa berat belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ustaz pesan, kalau ada tanda-tanda kat atas ni, cepat-cepat lah tangani. Dan untuk mimpi-mimpi tu, hendaklah berlaku dalam 3 tahun kebelakangan ni, kalau berlaku masa tadika, mimpi tu tak sah. =.="

Ustaz Rifki pulak berkongsi tentang orang yang hantar sihir melalui Facebook. Haa...ada jugak ke??? Maksud ustaz kat sini, ada kes sebelum ni, isteri orang tu terkena buatan orang, tetiba tersuka dengan duda yang dia kenal kat Facebook padahal dia da bersuami da pun dan ada tiga orang anak. Sampai dah nak tinggalkan keluarga dia untuk ikut duda tu, lalu suami dia ajak dia berubat. Kalau betul isteri dia rebah masa berubat, sah lah kena buatan orang. Dan masa berubat tu, isteri dia rebah. Ustaz buangkan, then isteri dia sedar lalu peluk suami dia. Dalam dia kena buatan duda tu, dia sampai tahap failkan mintak cerai dah pun. Tapi dia tak ingat langsung dia pernah buat! Hurmm...

Bila ditanya-tanya, sebab kat Facebook dia ada letak gambar diri dia, Ustaz Rifki bagi soklan kat Ustaz Sharhan, boleh ke sihir dihantar sebab letak gambar kat Facebook?

Ustaz Sharhan cakap, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Dengan gambar kat Facebook, orang yang nak hantar sihir tu boleh bagi gambar tu kat bomoh. Then jin belaan bomoh tu boleh bayangkan wajah orang yang nak disihir. Naudzubillah. Maka sebab itulah, ustaz pesan, berpada-padalah nak berFacebook, hati-hati bila letak gambar diri sendiri (housemate saya kongsi, kalau nak letak, jangan letak gambar penuh dari atas sampai bawah, then kalau nak letak jugak, kaki kiri biar depan dari kaki kanan. Hurmm?)

Ada jugak yang tanya macam mana saka boleh diwariskan? Ustaz kata, saka ni boleh diwariskan dalam 7 keturunan, berdasarkan MoU nenek moyang kita dengan iblis. Saka boleh diwariskan dengan mengambil barang-barang si mati, sebab tu kalau orang da meninggal dunia, barang-barang dia elok diasingkan (ustaz buat lawak pasal kedai bundle pulak lepas tu). Dan antara tanda orang tu ada saka, dia akan pilih antara ramai-ramai cucu yang ada, sorang je yang dia nak tinggal dengan dia. Haa...jaga-jaga lah ek kot-kot nenek nak pindahkan saka. Err...

Apepun, ilmu lain yang ustaz bagi, adalah ayat benteng untuk diri dan keluarga, elok untuk diamalkan setiap selepas solat. Ayat ke 57 surah Hud. Baca la untuk memohon perlindungan dari Allah. Untuk penyakit-penyakit hospital macam darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, amalkan baca surah al-Anbiya', ayat 83, bacakan dalam air dan minum.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang diperoleh malam tadi. Banyak sebenarnya hikmah Allah turunkan al-Quran ni, ayat-ayat Allah juga lah yang benar dan nyata. Insya'Allah.


Saturday, October 6, 2012

Apam Polkadot Last Minute


Semalam (masa menaip ni da 12.48 tengah malam), pagi-pagi dapat tempahan apam polkadot.

200 biji. Dan perlu deliver dalam jam 10 malam tadi. Teragak-agak juga nak menerima. Sebab tempahan last minute, dan saya pula bukan lah suri rumah sepenuh masa. Tambahan pula, pagi Jumaat semalam saya ada sedikit tugasan key in data dengan kawan-kawan research. Berpusing-pusing kepala fikir nak terima ke tak, dan kalau terima, nak start buat pukul berapa.

Last-last, saya terima juga. Cadangnya tengahari saya balik untuk mula mengapam.

Bila da tengahari, data masih banyak lagi nak key in. Alahai, hati da resah gelisah. Pukul berapa agaknya nak start mengapam ni? Huhuhu. Alhamdulillah, lepas solat Jumaat, dalam kul 2 macam tu saya da gerak ke Taman U untuk mengisi minyak kereta, dan membeli bahan-bahan yang kurang.

Sampai rumah dalam jam 3 lebih. Bukak laptop jap nak revise balik resepi apam polkadot. Haa, tengok! Saya pun tak ingat resepi, tiap kali mesti nak cek balik takut tersilap, apatah lagi kalau apam polkadot ni. Sebab tak selalu buat, yang selalu buat tu Kek Karamel. Kali ni saya terus salin senarai bahan dia masuk dalam buku tempahan kek. Senang nak rujuk bila perlu nanti.

Akhirnya, kul 4 jugak saya start mengapam. Baru 1 sesi mengukus, saya solat Asar dan kena keluar rumah semula. Ambil housemate yang praktikal ikut office hour. Setengah jam juga masa yang saya ambil sebab jalan jammed, kan orang balik kerja kul 5 tu. Balik rumah baru la start mengukus semula. Hampir Maghrib, saya start mix adunan kedua.

Biasanya, 1 adunan saya dapat dalam average 72 biji apam, cup saiz kecik tu. Jadi, untuk dapatkan 200 biji, saya kena buat 3 adunan. 1 adunan, kena 6 kali kukus, sebab saya guna acuan loyang cup cake yang ade 12 lubang. 6 x 12 = 72 kan? 1 kali kukus ambil masa 15 minit. Bayangkan, saya nak dapatkan 200 biji apam polkadot, berapa jam tu?

Risau jugak kalau terlambat siap, customer tunggu lama. Lagi-lagi kalau customer ni yang first sekali dapat capaian ke blog kita melalui google sebab nak carik penjual apam polkadot. Saya contact customer tu, takpe ke kalau tunggu? Sebab rumah dia dengan rumah saya, ambil masa dalam setengah jam juga kalau saya nak deliver apam tu. Alhamdulillah, adik tu cakap, boleh je.

Dalam pukul 10.05 malam, baru apam polkadot siap dikukus sebanyak 200 biji (tolak yang tak cukup dot dot). Terus bersiap dan start enjin kereta. Berpandukan GPS, gi la cari rumah adik tu kat Taman Johor Jaya. Alhamdulillah ada teman-teman housemates yang rajin berjalan malam, semuaaaaaaaaaaa nak ikut gi hantar apam polkadot. Hehehe. Riuh pulak Sakura Ungu memalam camni. ^_^

Apepun, alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi, dipermudahkan olehNya segala urusan pada hari semalam. Biarpun mulanya hati rasa susah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penjual, rasa macam tak mampu je nak penuhi permintaan pelanggan sebab kekangan masa, tapi dengan izin Allah, semua urusan jual beli selesai dengan baik.

Sebab kadang-kadang kita rasa da merancang semuanya dengan cukup baik, tapi hanya Allah yang tahu apa akan terjadi dengan rancangan-rancangan kita. Kadang-kadang Dia jadikan sesuatu dalam titian rancangan kita, yang mungkin menjadi halangan atau melambatkan kita mencapai apa yang kita nak. Namun pada akhirnya, Dia akan berikan juga kepada kita kalau kita sebagai hamba, tetap terus bergantung hanya kepada Dia.

Cuma cara laluannya saja yang mungkin sedikit berbeza dari apa yang kita bayangkan.

Kerna setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya, bukan saja sebagai ujian untuk  menguji kesabaran kita, malah sebagai anugerah kerana kita adalah yang terpilih untuk melaluinya.

Dah pukul 1.26 pagi. Selamat malam.


P/S: Saya percaya, awak kuat dengan kekuatan yang Allah bagi untuk menghadapi ujian tu.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.