BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, January 31, 2012

Mama, Mata Mama Cantik...

Ma, kite nak mata macam mama! ~picture by ohsopictures on tumblr

Bila pandang wajah ibu kita kala tiada perkara lain dilakukan, hati tentu rasa sesuatu. Biarpun wajah itu sudah berkedut dimamah usia, pada kita yang sudah semakin dewasa kala wajah itu nampak semakin tua, pasti akan timbul satu rasa dalam hati yang sukar digambarkan.

Tenang, sebak, terharu, sayang, berkumpul menjadi satu.

Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda yang meletakkan tempat ibu tinggi sedikit dari tempat ayah sebanyak tiga kali. Namun tetap keduanya wajib dihormati dan dihargai selayaknya. Kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, kemudian menyusukan dan membesarkan kita dengan pelbagai didikan hingga jadinya kita yang sekarang, begitu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ibu. Subhanallah.

Bila melihat ibu sendiri (yang berjaya menjadi ibu mithali), tentu dalam hati anak-anak gadis terdetik satu perasaan ingin menjadi seperti ibu. Malah terdetik juga persoalan sama ada mampu atau tidak menjadi seperti ibu yang begitu kuat dan tabah. Kalau sekarang ini masih belum nampak akan jadi seperti ibu, tetap juga ditanam dalam hati mahu jadi seperti ibu satu hari nanti.

Memandang wajah ibu bapa sahaja sudah menambah pahala, apatah lagi jika berbuat baik dengan mereka. Seboleh-bolehnya tidak mahu sekalipun hati dan rasa mereka terguris dengan apa-apa sahaja tindakan luar kawalan akibat jiwa yang dikuasai nafsu mahupun amarah. Jika itu berlaku, tanpa ada rasa untuk memohon keampunan, tunggulah balasan dari Yang Maha Berkuasa.

Moga kita semua dijauhkan dari label anak derhaka oleh penghuni langit.


P/S: Kadang-kadang membaca kisah orang lain menghadirkan keinsafan dan mendidik diri muhasabah. Terima kasih "Noorah"...


Monday, January 30, 2012

Kenapa Timah Contact Lelaki Tu Lagi?

Saya tak tahu kenapa Timah try contact lelaki tu lagi.

Tapi saya bersyukur sebab semuanya berhenti sampai situ aje. Moga Timah boleh lupakan lelaki tu. Harapnya lelaki tu pun melupakan Timah, tak cuba mencari Timah lagi sampai ke rumah. Risau kalau ada dendam dalam hati dia yang buat dia kejar Timah sampai lubang cacing. Naudzubillah.

Sama-sama kita doakan supaya dari kisah tu ada yang amek iktibar dan pengajaran, tak kira lah yang membaca dan mentafsir mahupun diri Timah sendiri. Moga Allah lindungi dia dalam perjalanan hidup dia lepas ni. Doa yang sama juga untuk diri kita semua.

Kita pun ada perjalanan hidup kita. Yang masih terlalu panjang. Eh, betul ke panjang? Itu kita sama-sama tak pasti. Mungkin esok lusa atau bila-bila masa dari sekarang, kita dijemput kembali. Hingga masa tu tiba, teruskan berdoa agar Allah selalu menjaga kita.

Jiji kata...

Sebab kadang-kadang kita malas berdoa...


Sunday, January 29, 2012

Hati-hati Wanita Malaysia

Kenapa perlu hati-hati?

Sebab mungkin saja kamu yang jenis mudah dipengaruhi akan cepat-cepat meletakkan kepercayaan kepada lelaki dari luar negara. Yang mungkin hensem *yeke?* dan akan menampakkan kamu glemer kalo bersama mereka *hoh???*.

Contoh plot perkenalan:

Timah menunggu di perhentian bas macam selalu. Tiba-tiba seorang lelaki Yaman datang menegurnya.

"Can you please translate this for me?" pinta lelaki tu sambil menunjukkan henfonnya.

Timah menengok henfon lelaki Yaman tu. Ada mesej dalam bahasa Melayu.

"I'm not so good in English, but I'll try," kata Timah.

Dan bibit-bibit perkenalan pun bermula apabila sebelum berpisah, lelaki itu berkata, "You know what, if I didn't do this, nobody will accept me as friend."

Nah, ape motif dia sebenar-benarnya? Belum nampak lagi. Tapi kemudian, Timah dan lelaki Yaman yang tak tahu namanya sape tu bertukar-tukar nombor telefon. Esoknya, lelaki itu mengajak Timah keluar makan. Timah pun on aje...*alahai, mudahnya terima*

Kat kedai makan:

Lelaki Yaman tu tengok aje Timah makan.

"You have beautiful eyes, beautiful lips...and sexy body."

Eh, kenapa lelaki ni??? Tak pernah-pernah lak selama Timah hidup ni, lelaki lain cakap kat dia macam tu. OMG. Mungkin mata lelaki Yaman ni berbeza sikit dengan lelaki Malaysia *ya, mungkin juga*.

Esoknya, lelaki Yaman tu ajak keluar lagi.

Kat shopping complex:

"I don't have friends here. It's so hard for me to find one."

Ermm...dia cerita macam tu la. Dah tiga kali jumpa, dan maksudnya dah tiga hari kenal.

"Do you believe that love feeling can grow?" tanya lelaki tu masa diorang jumpa untuk kali ketiga.

"Yahh..." Timah jawab ringkas.

"So, can you accept me as your boyfriend? Because I love you."

Hoh??? Baru tiga hari kenal. =.=

"Sorry, but I can't just accept you like that. We just met and I don't even know you. We can be friends and let the feeling naturally flows."

"Why don't you just accept the concept? That the love can grow in your heart once you be my girlfriend? Just accept that!"

Ok, da nampak kedegilan masyarakat Yaman. Timah tetap berkeras takmo. Lelaki tu pun berkeras gak nak Timah jadi awek dia. Ohoi! Pelik! Perbualan tu buat Timah naik angin, lalu dia nak balik. Lelaki tu nak hantar dia. Tapi...

Kat parking motor:

"Sorry, the back tyre of my bike is punctured. I can't send you home."

"What? I'm dissapointed." Timah mengeluh.

"And you blame me because of my bike???"

Eh, lelaki ni kenapa? Timah pun cakap, takpelerrr. Then tinggalkan lelaki tu, dia nak naik bas. Tapi lelaki Yaman tu mengekori je dari belakang sambil menunggang motor dia yang kunun da pancit tu.

"Hey, you can sleep at my house. Here's the key. I have three rooms there. You go and sleep there, I'll sleep anywhere outside."

Alamak, siap nak suh duk umah lagi nkoo! Hurmmm... Nampak tak, nampak tak??? Belum lagi eh. Ok, sambung cite. Timah tak peduli. Mana la dia nak duk umah lelaki tu. Nanti ape kata jiran-jiran dia kalo dia duk umah lelaki tu. Dan dia taknak amek risiko untuk kene ambush dengan pegawai pejabat agama. Sampai perhentian bas, dia duduk. Lelaki tu menghampiri dia. Timah buat tak peduli. Dia kol kawan dia. Bercakap-cakap sebentar. Tiba-tiba Timah rasa tangan dia kene pegang, badan dia dipeluk dan pipi dia kene cium. Terkejut Timah.

"Hey, what are you doing to me???" Tengah-tengah orang ramai tunggu bas sekali tu, Timah meninggikan suara.

"I want to break that wall between us."

"By holding my hand and do such things married people do?"

"I want to hold your hand... I do this so that you will fall in love with me."

"No, you don't respect me."

Last-last, Timah pergi tinggalkan lelaki Yaman yang nampak sungguh desperate tu. Dan sampai hari ni, bila Timah try mesej lelaki tu, nombor tak dapat dihubungi. Sah la dia da tukar nombor lain, cari pompuan lain pulak kan?

Aha...nampak dah? Sebab tu kena hati-hati. Ye, kita tak boleh la berprasangka buruk, tapi kita jugak tak boleh la nak cepat sangat percaya dengan orang yang baru kita kenal. Tambah-tambah kalo orang bukan negara kita. Kita tak tahu niat sebenar dia ape. Kot dia saja nak kawen ngan kita sebab nak dapat kerakyatan tetap, atau dia nak permainkan kita untuk puaskan nafsu dia, hanya Allah yang tahu semua tu. Si Timah tu kira Allah jaga jugak dia, sebab terus melenting bila lelaki tu buat macam tu kat dia. Tapi dari awal lagi Timah patutnya jangan berlebih-lebih sangat masa perjumpaan pertama sampai tukar-tukar nombor telefon. Tu mengundang bahaya namanya.

So, hati-hatilah. Bukan setakat wanita Malaysia, wanita-wanita seluruh dunia pun. Dan semua orang pun, tak kira lelaki ke wanita ke, semua kena berwaspada. Moga Allah lindungi kita semua.


P/S: Ini berdasarkan kisah benar seorang teman yang diolah sikit dan dikurangkan details untuk menjimatkan masa membaca.


Saturday, January 28, 2012

Tumblr Itu Bukan Botol Air... Eh!

Dalam entri semalam, ramai gak yang dah pernah ade tumblr.

Tapi ramai jugak yang tak tau ape itu tumblr. Yang pasti tumblr itu bukan botol air macam gambar kat bawah ni.

Gambar: Google

Dan tumblr bukan jugak kereta batman macam kat bawah ni.

Gambar: Google

Tapi tumblr itu adalah salah satu laman sosial macam blog, Facebook dan Twitter. Kamu boleh share macam-macam kat situ ikut kategori macam kat bawah ni.


Tumblr ade dashboard. Sama macam blogspot. Dekat dashboard tu akan keluar post-post dari tumblr yang kamu-kamu follow. Dari dashboard jugak la kamu boleh klik button bentuk Love kat post diorang yang bermaksud kamu suka post tu (pendek kata, Like button lerr). Kamu boleh gak reblog post (macam Retweet gak) yang dia da publish tu dengan klik button "reblog" kat sebelah bentuk love tadi. Dan kamu boleh tengok da berapa ramai yang Like dan Reblog post tu kat bilangan notes sebelah button "reblog" tu pulak.

Hoh? Tak dapat bayangkan???

Ok ok... Cer jeling-jeling gambar bawah ni.


Tu kat dashboard tumblr kita. Then kalo kita tengok kat page tumblr kita pulak, pada post yang kita da reblog, akan ada link asal dia dari mana. Tu yang saya maksudkan malam tadi, automatik da backlink pada pemilik asal dia *kalo pemilik asal dia lak upload dari mana-mana, tu tak tau lahhh!* Contoh macam dalam gambar kat bawah ni.


Ape? Gambar-gambar je?

Tak lah... Macam-macam kamu boleh post kat tumblr. Nak buat entri panjang-panjang macam blog? Pun boleh juga. Ikut la kamu nak buat apa. Hee~ Kadang-kadang saya post ayat dari twitter dan Facebook kawan-kawan gak kat tumblr, letak la source dia dari mana. Leh jenguk kat tumblr saya ye --> http://sunahsakura.tumblr.com


P/S: Budak baru belajar... Kalau salah, tolong tunjukkan...


Friday, January 27, 2012

Minat Baru... Maafkan Saya Blog...

sunahsakura.tumblr.com

Erk!

Dah sehari lebih tak update blog. Err... Sebab takde idea? Ye kot. Tambah dengan kebizian di Twitter buat research yang semakin memeningkan. Huhuhu.

Hari ni, tetiba ada minat baru. Housemate saya da cucuk-cucuk saya buat tumblr. Dah lama sangat dia cucuk-cucuk tapi tak luka-luka pun. Hari ni baru luka. Dalam dan berdarah. Eh! Tu maksudnya da terjebak la tu dengan tumblr. =.=

Best jugak eh tumblr ni. Boleh share semua benda yang ada dalam tu dengan hanya berapa klik saje *ye, memang tumblr ni da lama sangat moncol kat dunia ni, saya je yang baru nak explore...=.=* Yang bestnye, tak payah nak backlink-backlink. Automatic dia backlink kan. So, takde la yang bising gambar kene curik melainkan yang memang 'rajin' nak upload balik. Hahaha~

Sape lagi ade tumblr? Bak sini url!

Jemput-jemput jenguk tumblr saya kat --> http://sunahsakura.tumblr.com


P/S: Berkongsi di alam maya pun kena hati-hati... Bimbang lebih banyak berkongsi dosa daripada berkongsi pahala...


Wednesday, January 25, 2012

Bila Terlalu Banyak Untuk Dipilih

Hidup adalah ujian untuk membuat pilihan.

Ya, itu kata seorang teman seperjuangan. Saya setuju dengan kata-kata tu. Mana-mana yang bijak memilih dalam hidupnya, adalah antara yang terhebat selepas matinya kelak. Lebih kurang macam tu la bunyinya.

Bila diuji dengan begitu banyak pilihan, sampai tak nampak jalan untuk dipilih, memang rasa sangat membingungkan. Dalam dilema untuk membuat keputusan. Risau kalau tersilap kata putus, tersalah pula tindakan yang akan diambil. Malah mungkin akan tercicir sesuatu yang lebih penting dari semuanya.

Istikharah dan musyawwarah adalah antara proses yang dituntut dalam Islam bila nak buat pilihan dan keputusan. Mohon petunjuk daripada Allah agar diberi kekuatan dan kecenderungan ke arah sesuatu antara semuanya, moga-moga ada keberkatan dalam apa yang dipilih. Sambil-sambil tu tanya pandangan pada yang berpengalaman dan kita boleh percaya, mungkin mereka ada pendapat yang boleh membantu kita memilih.

Dan sekarang saya punya begitu banyak perkara untuk diputuskan seberapa segera yang boleh. Terlalu...

Moga Allah berikan petunjuk...


P/S: Kadang-kadang kita kena korbankan sebahagian untuk dapatkan sebahagian...


Dah Biasa Buat, Sebab Tu Tak Rasa Apa!

Ye, memang mudah sangat macam dia cakap tu.

Entri Papa Ben yang bertajuk Sememangnya menulis blog amat mudah ! tadi buat saya nak kongsi sekali. Dah banyak sangat kot orang lain buat entri bawak isu yang sama. Kalau bukan kat blog, kat status-status FB para ustaz dan ilmuwan agama pun banyak sentuh bab-bab ni. Dah banyak kali ulang, tapi still susah masyarakat kita nak ubah benda yang dah biasa buat.

Benda apa? Harapnya yang membaca ni tak bosan dengan isu yang sama. Isu aurat. Isu tayang gambar yang mendedahkan aurat dekat blog dan dekat FB. Gambar perempuan seksi dan menggiurkan hati lelaki. Gambar lelaki pakai seluar pendek atas lutut dan nampak pusat. Bukan setakat gambar orang Melayu Islam, bahkan gambar orang bukan Muslim yang mendedahkan aurat, tetap haram.

Memang susah nak ubah secara mendadak. Daripada tayang banyak-banyak tanpa rasa apa-apa (eh, da biasa buat, tak rasa apa kalo tengok punnn~), kepada tak tayang langsung. Tapi boleh cuba ubah sikit-sikit. Kalau rasa-rasa sebelum ni ada banyak gambar kat blog atau FB yang tak berapa nak elok, cuba buang sikit-sikit. Bukan terus dibiarkan macam tu aje walaupun da sedia tahu benda tu haram. Sebelum ni memang orang tak pernah cakap, tapi sekarang da ramai kan yang sebut-sebut? Bukan ke sepatutnya bila kita dah tahu, kita akan usaha untuk tak buat lagi?


Guys~~~ Ketahuilah, bila hati tak rasa apa langsung kalo buat maksiat, tu tandanya hati tu dah jauh sangat dengan Allah. Naudzubillah. Sedangkan selemah-lemah iman pun bila hati kita rasa benci pada perbuatan maksiat depan mata kita. Bayangkan kalo hati kita tak rasa apa-apa. Tak kisah la maksiat yang orang lain buat atau maksiat yang kita sendiri buat, kita rasa biasa aje. Tu tandanya apa tu??? Fikir-fikirkan.

Alhamdulillah bila kita dah ada keinginan untuk berubah jadi lebih baik. Kita mula stop share gambar-gambar yang mendedahkan aurat, sebab kita faham dengan dosa dan murka Allah kalo kita buat macam tu. Kalo nampak orang lain buat, kita pun usaha nak tegur diorang. Sebab kita takmo diorang dapat dosa kan? Takkan kita nak dapat pahala sorang-sorang? Bila kita da ada niat tu, sebaiknya kita istiqamah dengan usaha kita. Bukan sekejap-sekejap kita patuh, jap lagi kita ingkar. Suke ke kalo Allah main-main dengan kita, jap bagi rezeki, jap lagi tak bagi??? Tak suke kan???


So, why not kita usaha untuk istiqamah? Buat sikit-sikit pun Allah dah suka...

Kalau saya pun ada buat silap, sila tegur saya sekali!


P/S I: Istiqamah untuk cegah maksiat dalam apa pun... Bukan setakat isu aurat, banyak lagi maksiat yang nampak biasa dalam masyarakat kita...

P/S II: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...


Tuesday, January 24, 2012

Dah Lama Tak Buat Macam Tu

Dah lama tak promote blog orang lain macam tu.

Macam entri malam tadi.

Dah lama sangat. Sejak da slow down blogging ni, da jarang sangat promote blog orang lain. Bukan setakat promote blog, blogwalking pun jarang. Nak tunggu blogwalking, kena tunggu time rajin tu datang. Masa tu, memang qada' blogwalking 2, 3, 4 entri sebelum-sebelum ni. Balas jejak pengomen yang datang bertandang. Maaf ye saya datang lambat. >_<

Semalam jugak la update sampai 3 entri dalam jarak masa yang dekat-dekat. Kesannya sendiri tau la. Takpe, macam tak kisah aje. Haha. Yang penting leh tolong orang lain. Bab tu je yang paling membahagiakan. ^_^

Hari ni pun bukak blog rakan-rakan blogger baca kisah masing-masing. Ada yang kongsi berita gembira. Alhamdulillah. Iffah da gitau secara rasminya yang dia da jadi penulis. Tahniah untuk dia, saya tumpang gembira sekali (tumpang free, takyah bayar kan Iffah?)

Nak tau dia jadi penulis ape? Pi la baca kat SANA~ ;)


P/S: Hati senang melihat impian orang-orang tersayang tercapai... :)


Monday, January 23, 2012

Blogger: Kat Twitter Bising, Kat Luar Bisu

Hah!

Ni blogger ke twitterian? Ala, blogger sekarang kan da banyak yang ada twitter. Dah tu, setiap masa nak update twitter dia. Bajet retis kunun. #Eh!

Tapi ok what blogger yang rajin balas twit follower dia kan. Macam salah sorang blogger hadik-hadik ni. Rajin bebenor dia update twit sampai cite masuk kelas awal pun dia twit gak. Ops~ Hahaha~

Tapi kan, tak semua blogger yang banyak cakap kat twitter tu banyak cakap kat luar. Buktinya? Saya dah jumpa sorang blogger hadik-hadik ni. Sangat aktif dan bising kat twitter, tapi sangat pemalu bila jumpa kat luar.

Nak tahu sape?

Meh klik SINI! Jangan lupa follow dia kat twitter!


Sahabat Selamanya

Hari itu, aku menghubungi Salwa. Perkara ni perlu diselesaikan seberapa segera yang boleh. Bimbang kalau-kalau terlewat nanti, semua jadi kelam-kabut.

"Salwa, hari Jumaat ni free tak?"

"Jumaat ni? Aku balik dari Melaka petang Jumaat."

"Owhhh... Malam tu free tak? Nak ajak temankan aku kat Shah Alam nanti."

"Malam tu ye... Erm, aku tanya mak aku dulu. Rasanya ok je, insya'Allah."

"Ok, ape-ape hal nanti mesej aku tau!"

***

Bas bergerak lambat dalam kesesakkan jalan raya pada musim cuti Tahun Baru Cina. Salwa sudah menunggu di terminal. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Pelik melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit.

"Hello, assalamualaikum..."

"Wa'alaikumussalam Aini! Kat mana tu?"

"Atas bas."

"Eh? Pi mana?"

"KL..."

"Lorhhh... Sama la kita, aku dari Johor gak ni nak ke KL."

"Eh, ye ke? So, nanti meh la jumpa kat terminal!"

"Haha... Insya'Allah kalo sampai awal leh la jumpa~"

***

"Salwa!"

"Aini!"

Jenuh mencari Salwa di terminal, akhirnya ketemu juga. Tangan kanan Salwa yang sudah hampir pulih dicapai untuk bersalaman. Salwa dipeluk lama-lama. Aku rindu dia. Lama betul tak jumpa. Kali terakhir pun bulan September tahun lepas. Dia nampak makin sihat. Kalimah syukur dilafazkan dalam hati.

"Haziq ada call tak?" tanyaku.

"Ada tadi. Dia kata jumpa kat Shah Alam je."

"Owh... Ok~ Jom lah. Kang terlewat pulak kita."

***

Penat semalam masih belum hilang. Namun hari ini hari yang terlalu istimewa untuk sekadar berehat di bilik. Aku dan Salwa sama-sama mengemas beg.

"Petang ni macam mana ek?" Suaraku. Asalnya hanya bertanya untuk diri sendiri. Tak mengharapkan jawapan dari sesiapa.

"Aha, nanti kau balik macam mana?" Salwa yang mendengar bertanya kembali.

"Kena balik sini semula gak petang ni rasanya." Otak ligat berfikir plan yang terbaik.

"Haziq macam mana? Jap, aku kol dia." Salwa mendail nombor Haziq. Berbual sebentar, kemudian telefon bimbit beralih tangan.

"Assalamualaikum Haziq..."

"Wa'alaikumussalam Aini..." Suara Haziq nyata suara orang baru bangun tidur.

***

Setelah Haziq sampai, kami berpisah dengan yang lain-lain. Aku tak mampu bercakap banyak. Mata pun tak mampu diangkat untuk melihat satu-satu wajah yang ditinggalkan. Salwa tahu aku sedih. Dalam kereta Haziq pun, Salwa asyik mengusik-usik aku yang kononnya kesedihan. Sampai Haziq pun ikut sekali mengusik.

"Meh aku pusing balik, kita balik sana semula, nak?" Haziq yang menjadi pemandu menjeling cermin pandang belakang.

"Dah... Tak payah..." balasku. Aku rasa aku tak apa-apa.

"Nak gi mana ni?" Salwa bertanya destinasi kami.

"Entah... Aku ikut korang je. Aku just tunaikan impian kawan-kawan aku je." Haziq menjawab selamba.

"Ayat ko boleh bagi lagi power sikit tak?"

"Eh, betullah! Aku bawak kawan-kawan rapat aku ni je. Tak kisah nak gi mana pun. Cepat fikir."

"Aduh... Sakit la..." Aku memotong perbualan mereka.

"Sakit ke??? Erm... Sakit macam mana tu???" tanya Salwa.

"Tak tahu nak describe..." Aku sudah mula bad mood.

"Erm... Nanti kita cari ubat kat stesen minyak mana-mana."

"Tak payah. Jom gi MPH Bookfair tu!"

"Betul ni???"

"Iye..."

***

Sepanjang perjalanan, aku diam. Sakit. Tak tertahan. Batuk aku pun jadi perlahan sebab aku paksa diri untuk tak batuk. Kalau aku batuk, nanti aku rasa makin sakit. Bila Salwa dan Haziq cuba mengajak aku berbual, aku jawab sepatah-sepatah. Dari MPH Bookfair tadi, kami menghantar Salwa pulang. Sebelum tu, kami singgah dulu Food Court Tesco area rumah Salwa.

"Nak ABC kan tadi? Aku order jap ye," Haziq beredar membeli ABC.

"Ok tak ni?" tanya Salwa.

"Hurm..." Itu yang mampu aku jawab.

"Nah..." Haziq kembali dengan semangkuk ABC. Dia pandang aku. "Aku gi beli balm jap. Makan ni."

Aku dan Salwa terdiam.

***

Selepas menghantar Salwa, aku dan Haziq kembali ke Shah Alam. Singgah sebentar di Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat fardhu Asar. Aku dah jamak. Jadi, aku beritahu Haziq yang aku nak tidur sekejap. Haziq menyuruh aku mengunci pintu kereta. Dia tinggalkan aku dalam kereta yang enjin dan aircondnya terpasang.

Aku berusaha untuk tidur. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Ada mesej dari Salwa. Dia nak tahu sama ada kami dah sampai atau belum. Aku beritahu Salwa kami di masjid. Salwa berhenti membalas mesej bila aku beritahu dia yang aku nak tidur sekejap.

Aku tak dapat tidur pun. Tapi Haziq tinggalkan aku lama dalam kereta. Aku tahu, dia mesti nak bagi aku rehat lama-lama. Jam 6 lebih baru dia datang. Dan dia beritahu aku macam apa yang aku fikir tu.

***

Kami ke Tesco area Shah Alam pula. Ada kawan Haziq meminta belikan sesuatu. Keluar dari kereta, aku batuk lagi. Tapi aku cuba tahan.

"Sakit lah tu..." ujar Haziq.

"Err..."

"Nanti kita cari klinik."

"Hah? Tak payah lah."

"Takde, takde. Kita cari klinik lepas ni. Mana tau doktor kat sini lagi bagus."

Aku akur.

***

"Kalau dua orang yang paling rapat dengan aku ni tak datang kenduri aku nanti, aku merajuk seumur hidup." Entah berapa kali agaknya Haziq mengulang ayat tu.

"Ye la, Haziq oi... Kalau ko merajuk, maksudnya kenduri aku pun ko tak datang la kan? Then, aku merajuk kat ko pulak lepas tu."

Kami gelak. Dan akhirnya sampai masa untuk berpisah.

***

"Thanks Haziq. Maaf menyusahkan kau. Doakan aku ye." Mesej dihantar kepada Haziq. Aku di dalam kereta, menuju ke Subang bersama kawan-kawan aku.

"Tak susah langsung, tapi tolong gi klinik ye? Risau..."

"Insya'Allah. Aku gi klinik kat Subang nanti."

"Thanks."

"Ape pulak, aku la yang kena ucap thanks. Huhu. Thanks ye Haziq."

"Kau nak pergi tu pun aku da rasa lega dah. Ape-ape gitau aku tau. Jaga diri. Aku doakan kau cepat sembuh."

"Insya'Allah. Thanks ye."

"Kang malam rehat la. Badan penat tu. Minum air masak banyak sikit. Pastikan ada sebotol air dalam beg."

"Semalam ade je sebotol, hari ni je takde."

"Aduh, maaf Aini. Aku tak prihatin. Macam mana la aku boleh terlupa tadi."

"Takpe lah Haziq. Aku pun malas nak masuk tandas banyak kali. Thanks tau!"

"Banyaknya thanks ko untuk aku hari ni. Jenuh aku nak pertimbangkan 'kasih' ko tu. Hahaha."

"Cehhh... Mengadanya. Tak payah pertimbangkan. Doa je sudah!"

"Hahaha... Selalu doakan..."

***

"Haziq, Aini macam mana? Ok tak dia?" Salwa menghubungi Haziq.

"Aku da hantar dia gi stesyen bas Seksyen 17 tadi."

"Alhamdulillah... Kesian dia sakit."

"Tu la... Risau aku."

"Mana pernah aku tengok Aini sakit macam tu."

"Kalau lah boleh, nak je aku ganti tempat dia. Biar aku je rasa sakit tu."

***

Baiknya sahabat-sahabat aku ni. Aku bersyukur dapat jumpa sahabat-sahabat macam ni. Sahabat masa senang memang senang dicari, tapi sahabat masa susah, sesusah tu juga nak cari. Dan sahabat-sahabat yang aku ada sekarang ni la sahabat masa susah senang aku. Sampai bila-bila pun, aku takkan lupa apa yang sahabat-sahabat ni dah buat untuk aku. Moga Allah sentiasa lindungi sahabat-sahabat aku ni sampai bila-bila.


P/S: Percubaan menulis cerpen yang tak berapa menjadi. Kan saya dah gitau, saya reti buat cerpen perang aje.


Lamanya Tak Bukak DeviantART

Cantik kan gambar ni? Bukan dari deviantART, tapi dari HAIRIEcerulean~

Lama kan takde gambar deviantART masuk entri blog ni?

Err... Bukan atas sebab-sebab yang tak bagus pasal deviantART. Tak, tak. Saya paling suka la masukkan gambar dari deviantART dalam entri. Gambar-gambar yang cantik lerr, takkan gambar tak cantik pun nak masukkan. Heee~

Akhir-akhir ni takde gambar dari sana. Jarang bukak dah.

Sebab pe? Sebab tak sempat nak belek satu-satu gambar yang sesuai dalam keadaan line broadband yang agak slow macam sipot sedut. Entri pun nak up cepat-cepat, kalo nak belek satu-satu kang entri yang da siap taip kul 2 pun terpublish kul 3 jadinye. Erk! (Tapi selalunya memang amek masa nak carik gambar... =.=)

Bila line dah ok sikit, ada la tu kang. Tak pun, ok je kan kalo takde gambar. Lama-lama dulu pun takde gambar. Saja nak serikan entri je dengan gambar-gambar tu. Hehehe...

Hurmmm... Hari ni dengan esok cuti. Bosannya. Takde ke yang kat Skudai ni nak ajak jenjalan??? =.=


P/S: Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada pembaca berbangsa Cina... Wehuuu~


Saturday, January 21, 2012

Entri 10.38 Malam Khas Untuk Awak

Awak...

Maafkan saya sebab publish entri yang sepatutnya saya publish jam 12 pagi tadi ni baru sekarang. Saat orang lain buat entri khas untuk awak pada jam 12 pagi, saja saya pilih waktu ni nak publish entri ni. Awak tak sedih kan saya publish lambat?

Sekarang... Pukul 10.38 malam. 21 Januari 2012.

Genap setahun saya kenal awak. Alhamdulillah. Kalau awak ingat lagi, macam mana saya kenal awak, mesti awak faham kenapa saya publish entri ni pada waktu ni. Awak cuba-cuba la jenguk balik entri awak pada 21 Januari 2011. Kat situ ada salam kenal saya yang pertama buat awak. :)

Awak, hari ni jugak genap 28 tahun awak hidup kat muka bumi Allah kan? Alhamdulillah. Walaupun da ucap tadi, saya nak ucap gak kat sini. Selamat hari lahir buat awak ye~ Bila da bertambah umur awak ni, jangan lupa tu maksudnya masa awak kat muka bumi Allah ni da makin berkurang. Jadi, eloklah kalau sama-sama kita perbaiki amal ibadah kita, moga Allah senang terima kita kat akhirat nanti, insya'Allah.

Awak, saya doakan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah dalam hidup awak di dunia dan dalam hidup awak di akhirat nanti. Semoga usia yang semakin bertambah, seiring dengan bertambahnya kedewasaan dan kematangan dalam membuat keputusan serta kebijaksanaan akal fikiran untuk memilih jalan dalam hidup. Ameen...

Alhamdulillah... Mengenali awak adalah satu anugerah terindah dalam hidup saya.


Dah Setahun

Alhamdulillah.

Dah setahun dah usia domain www.sunahsukasakura.com. Tak sangka tarikh dia sama dengan tarikh lahir orang tu. Masa mula-mula dapat email tentang renewal domain sebulan yang lepas, rasa terkejut gak. Hee...

Sempat gak renew seminggu lepas. Alhamdulillah... Kalo tak sempat renew mesti jadi not found blog ni hari ni kan. Hahaha~

Terima kasih kat semua yang support SSS.com sepanjang setahun ni. Dari mula-mula orang tak kenal sampai la orang tak kenal balik. Eh! Hahaha~

Terima kasih sekali lagi...


P/s: on the way ke kajang...
Published with Blogger-droid v1.7.4


Friday, January 20, 2012

Dilarang Batuk

Sejak tak berapa nak sihat ni, awal pagi adalah masa paling kritikal bagi saya.

Awal-awal pagi bangun dari tidur, tekak berada dalam kondisi paling kering. Bila kering, maksudnya kebarangkalian untuk batuk akan bertambah. Sedikit sahaja udara yang tak berapa nak selesa masuk ke dalam relung dada, mesti rasa nak batuk.

Alhamdulillah akhir-akhir ni, batuk da semakin kurang. Malam tadi pun ex-housemate datang bawak Pro-Polis. 5 titis Pro-Polis dicampurkan ke dalam air kosong untuk diminum bukanlah sesuatu yang enak bila sampai ke anak tekak. Kandungan minyak dalam Pro-Polis melebihi rasa manis madunya. Sangat tak sedap.

Ubat mana yang sedap Jeneral SSS oi? (Adaaaaa... Strepsils dan Vitamin C!)

Batuk-batuk tu boleh terima lagi. Tapi kesan batuk tu yang kalau boleh tak nak rasa langsung. Setiap kali batuk, akan timbul rasa sakit yang teramat sangat kat bahagian pinggang kiri dan kanan. Kalau tak batuk pun, masa rukuk dan sujud, memang akan rasa macam ada benda kat pinggang (da macam orang mengandung lak). Masa baring pun, akan rasa sakit yang perlu ditahan-tahan. Kalau tak tahan, kena ubah posisi baring. Sebab tu kalau boleh, taknak langsung batuk.

Nak batuk je tahan.

Nak batuk je tahan.

Kalau terbatuk jugak, bersedialah untuk menghadapi rasa nak tercabut pinggang. (Hahaha~)

Ini yang buat PCM membebel sebab saya masih boleh buat lawak dan ketawa lagi sebab rasa sakit ni.

Tapi, nak buat macam mana kan? Tak kan nak menangis sepanjang masa? Cukup-cukuplah menangis masa nak telan ubat tahan sakit dengan masa menahan sakit setiap malam bila nak tidur. Ubat tahan sakit pun da habis. So dengan itu, no more tears, ok?

Harapnya, batuk cepat-cepat sembuh. Supaya tak perlu lagi rasa sakit ni. Doakan saya ok?


P/S: Da takde lagi gambar dari DeviantART kan? Sebenarnya nak cakap pasal tu, tapi da terpanjang lak entri.


Thursday, January 19, 2012

Spontan Dari Sahabat #16


Mungkin atas sebab yang sama jugalah saya begitu banyak berfikir sebelum tidur akhir-akhir ini...


Wednesday, January 18, 2012

Kamu Ingat? Saya Lupa...

Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh,
Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak,
Ya’qub, Yusuf, Ayub, Syuaib,
Musa, Harun, Zulkifli, Daud,
Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’,
Yunus, Zakaria, Yahya, Isa,

Muhammad Al Mustafa...

Ape ni, ape ni?

Ni nama-nama 25 Rasul yang wajib kita ketahui sebagai umat Islam. Tadi housemate saya tanya, ape nama nabi selepas Musa? Saya tak dapat jawab, lagu ni pun saya tak hafal. Teruknya saya ni.

Lepas tu gi search kat google lirik lagu 25 Rasul yang Raihan nyanyi tu. Alhamdulillah jumpa. Jadi, bagi yang lupa macam saya tu, boleh la refresh balik ye. :)


P/S: Hinanya hambaMu ini ya Allah... 25 nama Rasul pun tak hadam lagi.

P/S: Beratnya amanah orang-orang yang terpilih guna nama antara 25 Rasul ni.


Saya Tak SeSWEET Dia...


Dari tumblr macam dalam url kat gambar tu...


Wordless Wednesday #46 : Kot Ye Pun Nak Ber'Facebook'...


Jangan la sampai berbantalkan laptop... Cici, Cici...


Monday, January 16, 2012

Saya Di Facebook Dengan Saya Di Blog, Sama Ke Tak?

Sakit perut.

Tu je yang mampu saya gitau.

Gggrrr... Takkan tu pun nak masuk dalam blog? Haiyaaa... Dah lah kat FB pun orang tak bagi letak status cikai cam tu, inikan pulak kat entri blog. Eh, sukatilah! Ni blog aku, ikut suka aku la nak letak entri ape pun! Ops! Merepek sudah.

Itu hanya intro yang tak bermakna apa-apa.

Hari tu ada baca status Hilal (tak panggil adik dah, kang Jiji jeles) kat FB. Banyak kali dia ulang benda ni. Kalau nak kenal dia, jangan nilai dari status FB dia. Status FB dia tak menggambarkan siapa dia. Kalau nak kenal dia, gi baca buku-buku dia.

Hooo~ Ada betulnya! Tak semua orang yang kita kenal kat FB tu, macam tu kat dunia realiti. Setuju? Saya pasti, ramai yang setuju. Saya ulang di sini, TAK SEMUA (maka, ada jugak yang sama di FB dan di dunia luar). So, kalau kita yang takde buku ni, nak kenal macam mana? Dari blog mungkin. Itu pun kalau ada blog. Kalau takde blog, mungkin boleh tengok twitter atau tumblr. Eh! Itu cadangan semata-mata. Hahaha~

Hari ni, saya banyak berjalan kat blog kawan-kawan blogger lama. Baca entri-entri lama diorang. Rasa rindu sangat-sangat dengan mereka yang dulu-dulu. Sekarang semua da slow kan? Saya suka baca entri-entri lama diorang, sebab entri-entri lama tu la yang banyak menggambarkan diri diorang. Yang saya rindu sangat.

Tapi ada jugak yang kat dalam blog berbeza sangat-sangat dengan kat dunia realiti. So, macam mana nak kenal orang ni sebenarnya? Hailaaaa~~~ Kenal je la macam tu, macam tu je. Kalau Allah izinkan kamu jumpa dengan mereka face to face, alhamdulillah. Dapat la kenal macam mana orangnye yang sebenar.

Eh, apa yang saya taip ni?

Saya rasa macam nak backspace je semua yang da ditaip kat atas ni. Tapi kamu semua da baca sampai habis kan?

So, biarkan je la.


Baru 4 Hari Lepas Saya Jumpa Dia...

Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah 4 hari lepas.

Khamis malam, ada kuliah tafsir surah Yaasiin. Masa tu sempat bersalaman dengan arwah. Arwah tak cakap banyak. Diam dan senyum saja. Saya pun masih belum sihat masa tu. Batuk masih teruk. Lepas tu terus balik.

Hari ni, jam 4.43 petang tadi, dapat mesej dari salah seorang sahabat. Minta buatkan berita tentang kemalangan guru-guru PASTI Gelang Patah, salah seorang meninggal dunia. Masa tu, tak tertanya-tanya lagi siapa yang meninggal sebab masih penat baru balik dari membeli tiket.

Selepas Maghrib, nampak satu gambar kat wall FB. Nampak satu nama yang familiar. Dalam hati menyebut, "Takkanlah? Nama dia kan lain sikit..." Kemudian tengok kat wall group dan tengok lagi sekali pada sumber gambar.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as, 44, (selalunya kami panggil Cikgu Ainon) dah meninggal dunia petang tadi dalam kemalangan jalan raya. Honda Wish yang diorang naiki berenam, dirempuh dari belakang. Arwah tercampak keluar dari bonet yang terbuka selepas dirempuh sebelum dilanggar pula kenderaan lain, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas berita dikemaskini, saya bersama sahabat ke rumah keluarga Allahyarhamah Cikgu Zainon di Felda Pasir Raja. Ramai sudah ahli keluarga menunggu jenazah dibawa pulang dari hospital. Adik arwah menangis hiba. Saya lihat ibunya tenang sahaja. Malah, ibunya yang menenangkan si adik.

4 hari lepas, kami bersama-sama menimba ilmu tentang surah Yaasiin. Malam ini, saya pula bacakan surah Yaasiin untuk arwah.

Ketika jenazah sampai, semua berduyun-duyun mahu melihat jenazah, tapi kain kapan tidak dibenarkan untuk dibuka. Semakin hiba adik arwah kerana tidak dapat menatap wajah jenazah buat kali terakhir. Jenazah disolatkan. Doa dibaca oleh imam, memohon keampunan daripada Allah buat jenazah. Ketika itulah air mata tidak dapat ditahan lagi.

Arwah seorang guru yang sangat berdedikasi. Arwah juga seorang yang lantang bersuara dalam hal-hal yang beliau rasa patut dibetulkan. Saya kagumi arwah untuk itu. Moga Allah tempatkan Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as (1 Januari 1968 - 15 Januari 2012) bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen.

Al-Fatihah.


Sunday, January 15, 2012

Puji Diri Sendiri... Bukan Syok Sendiri!

Kata-kata positif elok untuk air.

Eh?

Ala, mesti ramai da tengok kan gambar kristal air yang jadi bahan penyelidikan Dr. Emoto tu. Bila keluarkan kata-kata yang baik, kata-kata pujian kat air tu (contoh: terima kasih, cantiknya awak), kemudian bekukan dalam peti ais. Bila da beku, keluarkan dan amek gambar zarah air guna kamera khas. Nampak zarah-zarah air jadi cantik sangat.

Tapi bila kita tujukan kata-kata kesat, kata-kata yang negatif kat air tu (contoh: bangang, bodoh), kemudian buat macam yang kat atas tadi. Bila amek gambar guna kamera khas, nampak kristal air tu tak cantik, semacam aje rupa dia, buruk dan tak terbentuk indah.

Tu menunjukkan setiap kata-kata yang dituturkan akan ditukarkan dalam bentuk tenaga yang disimpan dalam air tu, tak kiralah kata-kata tu negatif ke positif.

Kita ni manusia, lebih separuh dari tubuh badan kita adalah air. Bayangkan macam mana tubuh badan kita ni menerima setiap kata-kata yang positif mahupun negatif dalam kehidupan seharian kita. Bila dipuji, dan bila dicemuh. Bayangkan sekarang!

Kata-kata positif akan membantu menyihatkan tubuh badan.

So, tak salah kalau puji diri sendiri setiap hari.

Sambil tak lupa puji Yang Menciptakan diri kamu.

Alhamdulillah...


Saturday, January 14, 2012

Dengan Kuasa MU



Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta 

- Nur One - Dengan Kuasa Mu -


Friday, January 13, 2012

Eh, Ustazah! : Dia Maha Pemurah

Ustazah baru je balik dari mengajar budak-budak mengaji kat madrasah hujung kampung. Cuti-cuti sekolah macam ni, ramai pulak mak ayah hantar anak-anak belajar mengaji. Alhamdulillah.

Amalina: Akak! Da habis mengajar? Ramai tak murid-murid hari ni?

Ustazah: Alhamdulillah baru je habis. Ramai jugak, ade dalam 15 orang. Bertambah 3 orang dari minggu lepas. Alhamdulillah ade Syakira tolong sekali.

Syakira: Tolong sikit-sikit je, ustazah. Sementara takde keje sangat nak buat cuti-cuti ni. Boleh carik duit sikit nak buat beli buku untuk semester depan.

Ustazah: Alhamdulillah. Bagus lah macam tu, mak ayah tak kisah ke Syakira mengajar budak-budak mengaji ni?

Amalina: Ha'ah lah kan. Tak kisah ke kak? Ye lah, berapa sangat la duit dapat kalau mengajar mengaji aje pun.

Syakira: Alhamdulillah, mak ayah tak kisah sangat. Saya pun ade jelaskan kat diorang sikit tentang rezeki Allah.

Ustazah: Rezeki Allah... Ape yang Syakira gitau mak ayah?

Syakira: Rezeki Allah tu ade kat mana-mana. Tak kisah la kerja ape pun, buat ape ke, yang penting kerja kerana Allah, kerja yang tak buat Allah marah, insya'Allah Dia akan bantu kita.

Ustazah: Alhamdulillah. Betul tu. Macam yang Allah sebut dalam al-Quran...


Amalina: Alhamdulillah. Allah tu Maha Pemurah kan. Kadang-kadang dari buat kerja biasa-biasa pun, pendapatan tu da cukup untuk sara keluarga.

Ustazah: Yup, sebab Allah da tentukan setiap satu tu cukup untuk hambaNya. Sebagaimana Dia sebut dalam surah al-Baqarah ayat yang terakhir...


Syakira: Sebab tu kita tengok, ada beberapa orang mak cik kat kampung ni, kerja dia jual hasil tanaman sayur kat pasar tu tiap pagi, tapi tak pernah dengar dia merungut walau sekali pun.

Amalina: Sebab Allah dah bagi dia rasa cukup, dan dia pun da redha dengan rezeki yang Allah bagi kat dia kan?

Ustazah: Alhamdulillah. Allah kan pesan, kalau kita bersyukur dengan nikmat yang Dia bagi kat kita, Dia akan bagi lebih lagi kat kita.

Amalina: Kadang-kadang ade jugak orang kaya yang tak pernah rasa cukup. Huhuhu.

Ustazah: Sebab diorang lupa nak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kat diorang.

Syakira: Naudzubillah... Takutnya kalau lupa nak bersyukur.

Ustazah: Dan ramai orang terlupa, segala yang diorang dapat tu sebenarnya Allah yang bagi, bukan majikan diorang, bukan bos diorang bahkan bukan tauke kedai runcit kat tepi jalan tu.

Amalina: Ermmm... Selalu dengar orang bercakap besar, diorang dapat duit sebab buat kerja itu ini. Seolah-olah kalau tak buat kerja-kerja tu nanti, tak dapat la duit lagi.

Ustazah: Itu la yang kita tak nak. Bila dia da rasa macam tu, seolah-olah dia bergantung sepenuhnya kepada manusia. Silap-silap boleh jatuh syirik pula. Kena ingat, Allah lah yang Maha Memberi Rezeki kepada semua hambaNya.

Syakira: Betul tu, kalau Allah tak berkehendak untuk memberi rezeki, kita tak akan dapat duit gaji tiap bulan, tak akan dapat makan cheesecake yang sedap macam dalam kelas tadi, tak dapat nak beli baju baru, dan macam-macam lagi.


Ustazah: Yang penting, biar apa yang kita buat tu, semuanya kita niatkan kerana Allah. Ya, tak salah kita berterima kasih kepada manusia, kita berbangga dengan apa yang kita dapat, tapi jangan lupa bersyukur kepada Allah.

Syakira: Insya'Allah, ustazah.

Amalina: Alhamdulillah, dah lama tak dengar akak membebel.

Ustazah: Eh, membebel ye???

Amalina: Hahaha~ Gurau aje~~~

Syakira: Gurauan tu kan gurauan yang benar-benar aje yang Rasulullah selalu buat?

Amalina: Err... Ye la, membebel la... Membebel bertazkirah!

Ustazah: Hahaha~ Dah, dah. Jom gi makan tengahari. Tu rezeki Allah bagi gak tu, takkan nak tolak? Jom~


Ingatlah, rezeki kita semua Allah yang bagi. Apa gunanya kita berbangga dan bercakap besar dengan apa yang kita peroleh dari apa yang telah kita perbuat, kalau kita terlupa untuk bersyukur kepada Allah yang Maha Pemurah. Luangkan sedikit masa kita hanya untuk mengucapkan alhamdulillah. Kita ini hanya hamba yang kerdil lagi hina. Usah dihinakan lagi dengan tindakan melupakan Allah.


Thursday, January 12, 2012

Spontan Petang Khamis #15

Al Quran Al Karim by ~Daliina on deviantART

"Perbanyakkanlah membaca al-Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tidak ada orang membaca al-Quran, akan sedikit sekali ditemui kebaikan di rumah itu dan akan banyak sekali kejahatan, serta penghuninya sentiasa merasa sempit dan susah."
[HR Daruqutni]

"Kahwin Sekarang! Siapa Takut?", Akhmad Muhaimin Azzet, m/s 56, 2011


Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #45 : Maka, Jangan Berhenti Berblog Lama


Kalau berhenti lama sangat tak update, takut tertutup balik fikiran tu...


Tuesday, January 10, 2012

Menyebarkan Virus Kat Lab

Cherry blossoms by ~OaTnAiKmUe on deviantART

Hari ni saya ada kat lab.

Sudah sihatkah? Belum lagi. Masih batuk-batuk. Tapi insya'Allah rasanya da boleh duduk kat lab daripada bosan terperap kat rumah. Cadangnya tadi pagi nak gi klinik, tapi da sampai fakulti baru teringat. So, takpe lah... Tengahari nanti baru gi lepas lunch.

Tentang entri semalam, tak perlulah meneka-neka lagi untuk siapa entri tu ye. Cukuplah setakat tu saje. Dan jangan risau, ia tak melibatkan perkara-perkara yang begitu besar. Sebenarnya tu hasil perasaan kecewa dari banyak perkara yang mengecewakan, antaranya ada disebut dalam ruangan "P/S". Lagipun, ia hanya perasaan kecewa pada tindakan, bukan pada yang bertindak. Tidak ada perasaan marah di situ. Dan tidak ada istilah putus silaturrahim.

Semalam jugak ada sorang rakan blogger meluahkan pada saya untuk kali ke berapa entah, dunia blog sudah pudar serinya. Blogger-blogger lama yang dulu ada entri-entri berkualiti da semakin kurang mengupdate entri dan semakin menyepi. Dia naik bosan dah dengan dunia blog katanya sebab da tak semeriah dulu.

Hurmmm...

Mungkin sampai satu masa, setiap manusia tu akan berubah, ikut pengaruh persekitaran dia. Mungkin sebab komitmen da semakin bertambah bila usia bertambah, maka lebih banyak benda lain yang perlu dia fokuskan berbanding blog. So, kita tak boleh buat apa la kan. Itu pilihan mereka. Kalau yang jenis memang idea da kering tu pun (macam saya la kan), kita tak boleh buat apa jugak. Boleh support dari jauh aje la.

Kepada yang masih berblog dari dulu sampai sekarang tu, tahniah la ye. Teruskan berblog sampai da takde hati da pada blog.


P/S: Dari blog, saya kenal kamu semua. Maka sebab itulah ada sentimental value tersendiri pada setiap blog yang saya baca. Dan kerana itu, itulah.


Monday, January 9, 2012

Kecewa Yang Membahagiakan

Cherry blossoms 2 by *MataHari7 on deviantART

Kecewa?

Mustahil kalau aku katakan aku tidak kecewa. Kalau di luar sana aku hanya diam seribu bahasa, tetapi jauh di lubuk hati, aku memendam rasa kecewa dan terkilan yang teramat sangat. Namun siapalah aku untuk menghalang apa-apa yang berlaku bukan di hadapan wajahku sendiri, terlalu jauh untuk aku sentuh hati-hati yang terabai kala diri aku sendiri sedang terabai.

Detik waktu yang telah berlalu itu biar aku simpan saja menjadi sejarah dalam lipatan memori. Dan mungkin ini kali terakhir aku meluahkan rasa tentangnya. Bak kata teman, kadang-kadang orang lain lupa untuk menghargai kita yang berada di sekeliling mereka. Biarlah, biarlah semuanya berlalu pergi. Kerana masing-masing yang punya hati sudah tentu punya akal untuk berfikir sendiri. Di sini aku hanya mampu berdoa agar segalanya dalam langkah kaki mereka, mengikut acuan Allah s.w.t.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak. Silap di situ. Sememangnya di sebalik setiap kejadian itu ada hikmah yang Allah sembunyikan. Tinggal kita untuk mengorek lebih dalam dan menilai sendiri makna di sebalik semuanya. Mungkin kecewa yang hadir itu hanya seketika cuma, kerana sebentar lagi bila telah kau temui hikmah yang aku maksudkan, kau pasti dan insya'Allah, akan rasa bahagia.

Kerana redha itu salah satu kunci bahagia...


P/S: Biarkan aku selesa menggunakan 'aku'... Kerana aku tetap 'saya' yang dulu. Maka, jangan kecewa.

P/S: Dan kalau kau membaca ini, aku tak pasti juga sama ada kau akan membaca kerana kau dah mula melangkah jauh dari sini, namun kalau kau membaca ini, jangan risau... Rasa kecewa dan terkilan aku berhenti di sini. Aku doakan kau berjaya walau apa pun yang kau pilih dalam hidup kau...

P/S: Anwar da bebas dari tuduhan dunia. Selebihnya urusan dia dengan Allah. Maka, berhentilah kecewa.

P/S: Ada hikmahnya tak jadi gi lab, dalam keadaan batuk yang masih tak surut tahap 'kenyaringan'nya, bimbang terganggu pula lab dengan bunyi batuk... Maka, tak perlu kecewa.


Sunday, January 8, 2012

Selamat Hari Lahir Atok Gebu


Alhamdulillah.

Tepat jam 12.00 tengah malam. Hari ni 8 Januari 2012. Hari lahir si pemilik Tiffin Biru dalam gambar tu~ Da 36 kan? Alhamdulillah. Da 36 tahun Atok Gebu duk kat muka bumi Allah ni, da banyak da set-set teko yang dikumpul, da banyak da resepi-resepi yang diderhaka, da banyak da tetamu-tetamu yang dijamu, da banyak da yang banyak sepanjang 36 tahun ni~

Dan pada tahun ke 35 yang lalu, saya baru ditakdirkan kenal Atok Gebu. Belum sampai setahun lagi, tapi rasanya da kenal lama sangat. Banyak sangat yang Atok Gebu kongsi dengan saya dan kawan-kawan tentang hidup terutamanya, dan tak ketinggalan juga tentang dunia blog. Cuma Tentang Dhia je yang tak pernah kongsi. Mana pernah saya tengok kan? Ekeke...

Erm... Buat Atok Gebu yang saya sayammmm bersama-sama dengan kawan-kawan lain, selamat hari ulang tahun ke 36~ Moga lebih banyak yang boleh dimanfaatkan dengan sisa usia Atok Gebu yang tinggal kat dunia ni untuk semua orang di sekeliling atok. Moga rezeki menjadi lebih murah dan dipertemukan jodoh pada tahun ini. Ameen....

Erk!

Larikkkkkkkkkkk!


P/S: Maaf PCM, sepatutnya ini entry autopost, tapi entah kenapa dah jadi draft... Menyesal telan ubat batuk!


Saturday, January 7, 2012

Update Ringkas

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya.

Saya sudah semakin sihat, alhamdulillah.

Demam da kebah, cuma ada batuk sikit-sikit yang kadang-kadang menghadirkan rasa bisa di bawah perut sebelah kiri. Jangan tanya saya apa ada kat situ, sebab saya pun tak pasti. Cumanya, saya terpaksa telan semula ubat pecah batu karang yang doktor bagi mula-mula dulu dengan ubat tahan sakit.

Kalau tak hilang jugak rasa yang begitu tajam tu, hari Isnin ni insya'Allah saya gi buat x-ray pulak.

Moga dia pecah sendiri...


Thursday, January 5, 2012

Sebenarnya Saya...


Terkena jangkitan...

Ia bermula Jumaat lepas, 30 Disember 2011. Masa tu, kalau dikira kitaran haid yang normal, saya tak sepatutnya uzur lagi. Tapi saya syak, saya kencing berdarah. Antara tanda-tanda jangkitan pundi kencing. Petang tu saya ke klinik, dan doktor bagi ubat tahan sakit, ubat pecah batu karang, ubat sakit perut (saya tak faham kenapa dia bagi ubat ni), dan antibiotik.

Esok malamnya, saya demam panas. Suhu badan 38.5 'C. Pembantu perubatan yang rekodkan data saya ke dalam buku cakap, kalau saya makan antibiotik yang diberi tu, tak mungkin saya demam. Ya, saya makan. Tapi saya demam. Dia minta saya datang semula esok pagi untuk jumpa doktor, tak kira demam atau tak.

Esok pagi (Ahad), saya ke klinik UTM semula. Saya bagitahu saya demam dan tentang jangkitan pundi kencing. Tentang darah yang masih keluar. Dia semak database, kemudian suruh habiskan dulu antibiotik. Dia bagi ubat batuk, ubat selsema dan paracetamol. Hurmmm...

Isnin, saya makan ubat macam biasa dan petang tu demam panas datang balik. Sebelah malamnya pulak, saya rasa sejuk sampai menggigil macam dalam ais. Selasa, darah dah tak keluar. Alhamdulillah. Maksudnya pundi kencing da bersih dari bakteria. Tapi malamnya saya demam panas semula. Dalam jam 12.35 pagi, saya ke poliklinik dengan kawan.

Doktor tanya ubat-ubat yang saya ambil. Saya cerita satu-satu. Dan saya gitau tentang darah yang dah takde. Tapi batuk saya sangat teruk. Makin teruk hari ke hari. Doktor amek lampu picit, suh saya bukak mulut. Ada jangkitan pada tonsil saya pulak. Doktor tulis notis untuk doktor UTM supaya bagi antibiotik Augmentin yang boleh cover semua sekali, tak macam antibiotik sebelum ni yang hanya cover pundi kencing sahaja.

Malam tu jugak, pertama kali saya masuk air dalam badan. Dan dari situ, saya dapat tahu, saya perlukan jarum hijau kalau nak cucuk vein sebab urat saya sangat halus dan bengkak-bengkok (doktor cakap, susah nak bersalin ni nanti T_T). 4 kali cucuk jarum biru (hanya itu yang paling kecil kat poliklinik tu), yang keempat baru masuk pada vein tangan kiri. 2 jam kami tunggu air habis. Doktor pun ada bagitau, salah satu lagi yang dia risau adalah jangkitan demam denggi. Bayangkan apa yang saya rasa masa tu.

Esoknya, saya ke klinik UTM lagi. Iaitu semalam, Rabu, 4 Januari 2012 (see, kan setahun saya demam). Macam biasa, doktor akan persoalkan kenapa gi klinik luar, tak gi klinik UTM dulu. Jenuh nak jawab, kalau gi klinik UTM malam-malam gi Kecemasan, siyes takde doktor. Buat ape? Rasanya tak dapat nak tahan da kot kalau nak kene tunggu esoknya pulak.

Ok, lepas tu doktor suh buat urine test, blood test dengan masuk air dua botol. Sekali lagi, guna jarum biru sebab tu je yang paling kecik kat klinik UTM. Dan sekali lagi saya dicucuk di sana-sini sebab tak jumpa urat (oh, susahnya saya ni!). Dan semalam, cucukkan yang kelima baru la jadi oleh seorang abang yang baik tu. Yang sebelum tu semua tak jadi oleh seorang kakak yang baik jugak tu.

Masa tu, sepatutnya amek darah sekali untuk blood test, tapi darah tak keluar pulak. So kena cucuk kat belah lain lak untuk amek darah. So jumlah semuanya adalah 10 'love bites' kat dua lengan saya. Fuhhh! Lepas ni takmo sakit dah!!! Bila da boleh masuk air, kakak yang baik tu cucuk syringe antibiotik dengan ubat tahan muntah. Masa cucuk ubat tahan muntah tu saya tak boleh bukak mata langsung. Denyutan nadi jadi sangat-sangat laju. Tanda saya alergi dengan ubat tu. Tak lama lepas tu baru ok balik.

4 jam juga kami tunggu dua botol air habis dimasukkan ke dalam badan. Nak tido memang tak berdaya sebab batuk sepanjang masa. Dah habis tu, jumpa doktor balik. Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur masa dengar doktor cakap takde denggi, semua ok, cuma virus biasa saje. Balik tu, mak kol dan saya menangis kat luar klinik UTM tu jugak sebab mak marah tak gitau dia malam tadi gi poliklinik dan kena masuk air. T_T

Balik rumah. Makan ubat, tido lagi. Bangun petang, rasa segar je. Mandi, solat, online Facebook kejap, update blog entri WW semalam, then tunggu jam 12 untuk makan ubat lagi. Sebelum makan, kena telan satu ubat tu. Then lepas makan, telan ubat lain pulak. Da siap nak baring, tiba-tiba jantung berdegup laju lagi. Saya rasa sesak nafas. Tak selesa dan lemah sangat. Saya muntah-muntah dan cirit-birit. Perut kembung.

Gi klinik UTM lagi. Masa pembantu perubatan tu periksa blood pressure dengan denyutan jantung, sah memang laju sangat. B/P: 103/70. Pulse 120. Kemudian dia tanya ubat ape yang saya makan, saya cakap saya makan panadol dengan lozenge tu je. Dia tanya lagi ubat ape yang doktor bagi petang tadi. Saya bukak beg dan bagi kat dia ubat-ubat saya. Masa tu la, saya baru ternampak ubat yang nama dia sama dengan ubat yang buat saya gelap mata sekejap petang tadi. Ubat tahan muntah (tapi muntah juga sebab stress).

Sah lah saya alergi dengan ubat tu, dia suh saya berhenti ambil ubat tu dulu. Kalau muntah lagi, jumpa doktor dan gitau yang ubat tu tak serasi dengan saya. Balik rumah, dan tunggu kesan ubat tu redha. Dah 2.30 pagi, saya tak tahu nak tido macam mana. Tapi last-last saya tertido juga.

Alhamdulillah. Sebenarnya Allah banyak sangat mempermudahkan saya sepanjang tak sihat ni. Allah bagi saya kawan-kawan di sekeliling saya yang sanggup bawak saya gi klinik hampir setiap hari tak kira waktu. Allah bagi saya kawan-kawan juga untuk mendoakan kesihatan saya agar cepat sembuh. Allah tentukan saya tak perlu dicucuk untuk kali ke 11 dan 12 bagi ubat antibiotik dan tahan muntah (tapi lalu saluran air, cucuk guna syringe). Dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Terima kasih semuanya. Kamu-kamu semua pun, kena jaga kesihatan elok-elok ye~ Yang wanita, kita memang sangat-sangat mudah kena jangkitan pundi kencing, jadi berhati-hatilah. :)


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday #44 : Doakan Saya



Monday, January 2, 2012

Kuat dan Sabar...

Adore by *sugarcoat on deviantART

Rasulullah s.a.w kata, sakit itu penghapus dosa. Kalau kita sakit, tu tandanya Allah tengah hukum dosa-dosa kita kat dunia. Bila sakit, kita mesti rasa sangat lemah kan. Sangat tak mampu dan lesu. Rasa tak berdaya nak buat apa-apa.

Kalau kena sakit yang pelik sikit, mungkin ada yang tinggal solat dan amal ibadah. Terlupa yang saat-saat macam ni la sangat perlu untuk bergantung harap pada Allah. Kena ingat selalu, tiada daya dan upaya bagi seorang manusia itu melainkan dengan kekuatan yang Allah berikan untuk dia menghadapi musibah dengan penuh kesabaran.

Ada dua point kat situ, kuat dan sabar.

Dan jangan lupa, sakit itu juga makhluk Allah...


P/S: Terima kasih untuk mesej pada malam ambang tahun baru yang buat saya lupa sekejap bahawa saya tengah sakit.


Sunday, January 1, 2012

Entri 1 Januari 2012

Cherry blossoms by ~MataHari7 on deviantART

Dah setahun saya demam.

Doakan saya.


#Err...ni lawak tahun baru yang tak berapa nak lawak...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.