Dilarang Batuk

January 20, 2012

Sejak tak berapa nak sihat ni, awal pagi adalah masa paling kritikal bagi saya.

Awal-awal pagi bangun dari tidur, tekak berada dalam kondisi paling kering. Bila kering, maksudnya kebarangkalian untuk batuk akan bertambah. Sedikit sahaja udara yang tak berapa nak selesa masuk ke dalam relung dada, mesti rasa nak batuk.

Alhamdulillah akhir-akhir ni, batuk da semakin kurang. Malam tadi pun ex-housemate datang bawak Pro-Polis. 5 titis Pro-Polis dicampurkan ke dalam air kosong untuk diminum bukanlah sesuatu yang enak bila sampai ke anak tekak. Kandungan minyak dalam Pro-Polis melebihi rasa manis madunya. Sangat tak sedap.

Ubat mana yang sedap Jeneral SSS oi? (Adaaaaa... Strepsils dan Vitamin C!)

Batuk-batuk tu boleh terima lagi. Tapi kesan batuk tu yang kalau boleh tak nak rasa langsung. Setiap kali batuk, akan timbul rasa sakit yang teramat sangat kat bahagian pinggang kiri dan kanan. Kalau tak batuk pun, masa rukuk dan sujud, memang akan rasa macam ada benda kat pinggang (da macam orang mengandung lak). Masa baring pun, akan rasa sakit yang perlu ditahan-tahan. Kalau tak tahan, kena ubah posisi baring. Sebab tu kalau boleh, taknak langsung batuk.

Nak batuk je tahan.

Nak batuk je tahan.

Kalau terbatuk jugak, bersedialah untuk menghadapi rasa nak tercabut pinggang. (Hahaha~)

Ini yang buat PCM membebel sebab saya masih boleh buat lawak dan ketawa lagi sebab rasa sakit ni.

Tapi, nak buat macam mana kan? Tak kan nak menangis sepanjang masa? Cukup-cukuplah menangis masa nak telan ubat tahan sakit dengan masa menahan sakit setiap malam bila nak tidur. Ubat tahan sakit pun da habis. So dengan itu, no more tears, ok?

Harapnya, batuk cepat-cepat sembuh. Supaya tak perlu lagi rasa sakit ni. Doakan saya ok?


P/S: Da takde lagi gambar dari DeviantART kan? Sebenarnya nak cakap pasal tu, tapi da terpanjang lak entri.

You Might Also Like

13 Comments

  1. assalamualaikum sunah...sabar je ye sunah itu semua dugaan dr Allah dan kita harus menerimanya dgn hati yg terbuka moga sunah cpt2 sembuh ye Amin...:)

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh batuknya!

    kenapa dengan gambar deviantArt tu??

    ReplyDelete
  3. akak lak batuk berkahak.. tiap2 pagi bgn..mesti muntah kahak duluuu.. huhuhu.. berair mata tahan muntah.. =.=

    ReplyDelete
  4. sunnah..aku cemburu dgn engko ni

    ReplyDelete
  5. aiyo nnti jangkit ngn ai plak kikiki

    ReplyDelete
  6. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  7. akak ni, jge kesihatan la... nk kena abg ady ni...!!!

    ReplyDelete
  8. batuk buat tekak ni geli2.. errr..

    moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  9. Try air asam jawa yunk.. Asam jawa extra tu.. Campur air suam letak garam secubit, buat pekat2...then alirkan kat kerongkong tu sampai dia betul2 lalu.. Bukan telan sekali arung camtu.. Akan rasa pedih sebab kena luka.. Tapi InsyaAllah.. Paling mujarab..

    ReplyDelete
  10. koff.. koff.. upsss.. sori.. tumpang batuk sini.. heheh..

    ReplyDelete
  11. salam,

    mg cepat sembuh sunah, amiin...

    ReplyDelete
  12. doa kan u mudah2 Allah sembuhkan penyakit u

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com