Tuesday, January 31, 2012

Mama, Mata Mama Cantik...

Ma, kite nak mata macam mama! ~picture by ohsopictures on tumblr

Bila pandang wajah ibu kita kala tiada perkara lain dilakukan, hati tentu rasa sesuatu. Biarpun wajah itu sudah berkedut dimamah usia, pada kita yang sudah semakin dewasa kala wajah itu nampak semakin tua, pasti akan timbul satu rasa dalam hati yang sukar digambarkan.

Tenang, sebak, terharu, sayang, berkumpul menjadi satu.

Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda yang meletakkan tempat ibu tinggi sedikit dari tempat ayah sebanyak tiga kali. Namun tetap keduanya wajib dihormati dan dihargai selayaknya. Kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, kemudian menyusukan dan membesarkan kita dengan pelbagai didikan hingga jadinya kita yang sekarang, begitu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ibu. Subhanallah.

Bila melihat ibu sendiri (yang berjaya menjadi ibu mithali), tentu dalam hati anak-anak gadis terdetik satu perasaan ingin menjadi seperti ibu. Malah terdetik juga persoalan sama ada mampu atau tidak menjadi seperti ibu yang begitu kuat dan tabah. Kalau sekarang ini masih belum nampak akan jadi seperti ibu, tetap juga ditanam dalam hati mahu jadi seperti ibu satu hari nanti.

Memandang wajah ibu bapa sahaja sudah menambah pahala, apatah lagi jika berbuat baik dengan mereka. Seboleh-bolehnya tidak mahu sekalipun hati dan rasa mereka terguris dengan apa-apa sahaja tindakan luar kawalan akibat jiwa yang dikuasai nafsu mahupun amarah. Jika itu berlaku, tanpa ada rasa untuk memohon keampunan, tunggulah balasan dari Yang Maha Berkuasa.

Moga kita semua dijauhkan dari label anak derhaka oleh penghuni langit.


P/S: Kadang-kadang membaca kisah orang lain menghadirkan keinsafan dan mendidik diri muhasabah. Terima kasih "Noorah"...

18 comments:
Write Comments
  1. nuru ske pndang mte mama nuru..
    sbb ank mte die kaler coklat eheheheh..
    btol tu sys..sjuk mte memandang kalo nengok wjh parents ehhehe

    ReplyDelete
  2. Pandang mata dan wajah mak..hilang segala duka..rasa tenang sgt..wajah mulus dan sepasang mata kudus yg telah meng'insan'kan akan..=)

    ReplyDelete
  3. ada nampak gambar ni tadi.....hihi

    hmm, kan....masa parents ada ni lah kita kena selalu berbakti pada mereka...

    ReplyDelete
  4. erm suke pandng ibu ai

    sbb t nmpak ai mse tue hehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sunah...jadilah anak yg baik pada kedua2 ibu dan bapa sebab mereka tiada galang gantinya di dunia ini...:)

    ReplyDelete
  6. mak....

    banyaknya dosa yg aku buat padamu..
    belum lagi termasuk di blakangmu dahulu.. T_T

    ReplyDelete
  7. sayang kan ibu!!
    thanks post entry ni..
    salam perkenalan.1st time kat sini.

    do follow my blog ye~

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Entry SunahSakura harini, meruntun jiwa. Taatlah pada mak dan abah Sakura tatkala mereka masih bernyawa, tiada yang terbaik dan boleh menggantikan mereka. Pada aku, keduanya sudah tiada, hanya doa ibu bapa menjadi hadiah buat mereka "di sana". Al-Fatihah buat Mak dan Abah.

    ReplyDelete
  9. rasa sedih sebak rindu mama..

    selalu rasa x senang hati selagi x dengar kata maaf dari mama, rasa selalu x dpt puaskan hati mama

    ReplyDelete
  10. Bila baca entri ni tiba-tiba saya jadi rindu pada Ibu...

    ReplyDelete
  11. akak nak jadi ibu yang sempurna yang boleh didik anak2 akak hingga berjaya dan mereka tak lupa jasa dan pengorbanan akak..

    moga kita semua jadi ibu yang terbaik!

    ReplyDelete
  12. tibe2 rindu kat mak.. dah sebulan tak jumpa..

    tengak mata mak rasa tenang je.. hurmm

    ReplyDelete
  13. Bila mata bertantang mata.. I love u ibu

    ReplyDelete
  14. dengar sore mak pun dah cukup buat hati tenang wlpun duk jauh.. semoga dapat jadi anak yang solehah ^^
    insyaAllah~

    ReplyDelete
  15. as salam..
    alhamdulillah..
    hm...teringat semua yang berada dikejauhan..apakah khabar mereka..
    menjadi sebaik-baik seorang hamba-Nya..

    teringat kisah kehidupan keluarga Imam Syafie..berbekalkan didikan kedua ibu bapa yang patuh perintah-Nya.. lahirlah imam syafie di dunia..

    hm.. sunah, kadang-kadang.. jika tak kita sedar..

    kerana Dia, sentiasa tunjukkan kepada kita kebenaran-Nya..sandaran-Nya dimana-mana.cuma..kita perlu selalu menyedarinya..

    tiada jalan pintas untuk menyedarinya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com