TERBAIK DARI ADY BUDIKA

Tuesday, January 10, 2012

Menyebarkan Virus Kat Lab


Cherry blossoms by ~OaTnAiKmUe on deviantART

Hari ni saya ada kat lab.

Sudah sihatkah? Belum lagi. Masih batuk-batuk. Tapi insya'Allah rasanya da boleh duduk kat lab daripada bosan terperap kat rumah. Cadangnya tadi pagi nak gi klinik, tapi da sampai fakulti baru teringat. So, takpe lah... Tengahari nanti baru gi lepas lunch.

Tentang entri semalam, tak perlulah meneka-neka lagi untuk siapa entri tu ye. Cukuplah setakat tu saje. Dan jangan risau, ia tak melibatkan perkara-perkara yang begitu besar. Sebenarnya tu hasil perasaan kecewa dari banyak perkara yang mengecewakan, antaranya ada disebut dalam ruangan "P/S". Lagipun, ia hanya perasaan kecewa pada tindakan, bukan pada yang bertindak. Tidak ada perasaan marah di situ. Dan tidak ada istilah putus silaturrahim.

Semalam jugak ada sorang rakan blogger meluahkan pada saya untuk kali ke berapa entah, dunia blog sudah pudar serinya. Blogger-blogger lama yang dulu ada entri-entri berkualiti da semakin kurang mengupdate entri dan semakin menyepi. Dia naik bosan dah dengan dunia blog katanya sebab da tak semeriah dulu.

Hurmmm...

Mungkin sampai satu masa, setiap manusia tu akan berubah, ikut pengaruh persekitaran dia. Mungkin sebab komitmen da semakin bertambah bila usia bertambah, maka lebih banyak benda lain yang perlu dia fokuskan berbanding blog. So, kita tak boleh buat apa la kan. Itu pilihan mereka. Kalau yang jenis memang idea da kering tu pun (macam saya la kan), kita tak boleh buat apa jugak. Boleh support dari jauh aje la.

Kepada yang masih berblog dari dulu sampai sekarang tu, tahniah la ye. Teruskan berblog sampai da takde hati da pada blog.


P/S: Dari blog, saya kenal kamu semua. Maka sebab itulah ada sentimental value tersendiri pada setiap blog yang saya baca. Dan kerana itu, itulah.


Terima kasih sebab Like~ ^_^


TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~

17 317 Pautan Rasa:

Iffah Afeefah said... Reply This

Ps kedua mengganggu mate ai

btw btol kte die
xmriah

Anum said... Reply This

take care ok

LelakiSemalam said... Reply This

masa merubah semua rasa...

mas saari said... Reply This

akak akan terus berblog selagi mampu tapi kadang2 terasa jugak yang blog semakin hambar!

aDisH.sHidA said... Reply This

setuju sangat2....

jangan lupa makan ubat ye sunah...semoga cpt sembuh

Tea said... Reply This

bila kita masih mampu bercerita tentangnya , maka ia memang nyata kamu tidak lupa... dek amarah yg masih ada... bertabahlah

maszull said... Reply This

assalamualaikum sunah...semoga semua blogger tetap dpt meneruskan apa jua yg dirancangkn dgn baik skali n masa jualah yg akan merubah segala2nya...:)

Sunah Sakura said... Reply This

@Tea

saya sudah lama tidak bercerita tentangnya...tetapi dia yang rasa saya bercerita tentangnya sedangkan saya bercerita tentang orang lain...maka yang nyata dia yang tidak dapat melupakan...

ijA said... Reply This

dri blog kenal kak sunah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply This

moga cpt sembuh dik, mmg dunia blog makin hilang seri.sukar nak cr entri yg best kalau blogwalking skrg ni. ramai yg liat nak update blog termasuk akak juga.so tak blh akak nak rasa kecewa sbb mereka mungkin busy mcm akak juga

Rozuan Ismail said... Reply This

saya taw PCM yang cakap duia blog sekarang sudah pudar serinya

Syafiq Ahadin said... Reply This

huhu!!! sedih....... (saya ke yg cakap tu?)

Syafiq Ahadin said... Reply This

dari blog juga saya kenal kak sunah! :)

Cik Pulau said... Reply This

betul..dari blog kita kenal..
walaupun belum bertemu 4 mata..
suatu hari nt, kita pasti jumpa..
kan?? ^^,

aimie amalina said... Reply This

huuuu
saya juga merasakannye kak
tap pura2 x rasa

huu

akak cepat sembuh sepenuhnya ye :))

dari belog jugak sy kenal kak sunah lbh dlm, kat u dulu cm x sempat kite kenal2 lbh
hehehee

eiela said... Reply This

maybe sekarang dah banyak komitmen tuh yang dah semakin hilang seri berblog nih agaknya.

Diana @ bilakukatacinta said... Reply This

betul tu sunah..seperti akak jugak..blog ni medium utk akka berkongsi cerita dan rasa...namun adakalanya cerita hisup kita terlalu padat, sehingga tiada ruang untuk dicerita ke alam maya...

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.