BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 16, 2012

Saya Di Facebook Dengan Saya Di Blog, Sama Ke Tak?

Sakit perut.

Tu je yang mampu saya gitau.

Gggrrr... Takkan tu pun nak masuk dalam blog? Haiyaaa... Dah lah kat FB pun orang tak bagi letak status cikai cam tu, inikan pulak kat entri blog. Eh, sukatilah! Ni blog aku, ikut suka aku la nak letak entri ape pun! Ops! Merepek sudah.

Itu hanya intro yang tak bermakna apa-apa.

Hari tu ada baca status Hilal (tak panggil adik dah, kang Jiji jeles) kat FB. Banyak kali dia ulang benda ni. Kalau nak kenal dia, jangan nilai dari status FB dia. Status FB dia tak menggambarkan siapa dia. Kalau nak kenal dia, gi baca buku-buku dia.

Hooo~ Ada betulnya! Tak semua orang yang kita kenal kat FB tu, macam tu kat dunia realiti. Setuju? Saya pasti, ramai yang setuju. Saya ulang di sini, TAK SEMUA (maka, ada jugak yang sama di FB dan di dunia luar). So, kalau kita yang takde buku ni, nak kenal macam mana? Dari blog mungkin. Itu pun kalau ada blog. Kalau takde blog, mungkin boleh tengok twitter atau tumblr. Eh! Itu cadangan semata-mata. Hahaha~

Hari ni, saya banyak berjalan kat blog kawan-kawan blogger lama. Baca entri-entri lama diorang. Rasa rindu sangat-sangat dengan mereka yang dulu-dulu. Sekarang semua da slow kan? Saya suka baca entri-entri lama diorang, sebab entri-entri lama tu la yang banyak menggambarkan diri diorang. Yang saya rindu sangat.

Tapi ada jugak yang kat dalam blog berbeza sangat-sangat dengan kat dunia realiti. So, macam mana nak kenal orang ni sebenarnya? Hailaaaa~~~ Kenal je la macam tu, macam tu je. Kalau Allah izinkan kamu jumpa dengan mereka face to face, alhamdulillah. Dapat la kenal macam mana orangnye yang sebenar.

Eh, apa yang saya taip ni?

Saya rasa macam nak backspace je semua yang da ditaip kat atas ni. Tapi kamu semua da baca sampai habis kan?

So, biarkan je la.


27 comments:

Nur Zulaikha said...

hehehe..50 50..kdg2 serupe tp tak same..masing2 lah kan...

Iffah Afeefah said...

so ai cmne?

beza kan?

btw

susa nk knl org

even 10 taun kawen blom tntu knl bebetol

sheeraY said...

alam maya tak sama dengan real =D

THE LEKAT LEKIT STORY said...

mungkin x gambarkan 100% perangai dia tp dr situ org menilai kematangan dia.. sebab apa yg di tulis selalunya apa yg di fikir.. apa yg kita fikir, mcm mana kita fikir & cara kita fikir dr situ org menilai kematangan kita. kalau gaduh dgn pakwe pun nak bgtau, nak berak pun nak cerita... hurmmm.. kekekeke

Terbang Bersamaku said...

sy di dunai realiti seorang yg agak pendiam...hehehe..;)

ayen =D said...

buku, blog, adalah hasil tulisan seseorang.. kenapa kat FB tak dikategorikan sebagai hasil tulisan seseorang tu jugak utk kita kenal seseorang tu? haaa.. faham tak? hahaha.. kenapa.. kenapa? kat mana2 pun orang tu tulis, tetap tindakan peribadi dia.. tetap dipersoalkan nanti.. ye tak? lain lah kalau dikatakan, jgn nilai seseorang tu daripada status FB, nilailah daripada, percakapan live ke.. bleh ke orang kt status FB tu lain dengan buku dan blog dia? hohoho..

kalau aku nak cuba faham maksud hilal.. maybe sbb FB byk ditulis dan dipublish dengan pantas.. maka mungkin tak fikir panjang dan emosional.. kalau buku, ada semakan berkali-kali.. emosional menurun dan lebih rasional.. gitu? padahal, realiti, emosional memang main peranan besar what dalam peribadi seseorang.. hehehe entah.. abaikan kalau malas nak layan ye sunah.. kau kan suka abaikan aku hahaha

saya setuju yang status FB tak menggambarkan SEPENUHNYA tentang seseorang, tapi saya kurang yakin kenapa ianya dibezakan dengan buku dan blog.. sebab saya nampak semua tu tetap tulisan seseorang =D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tingin nak jumpa sunah face to face..

=)

Cik Pulau said...

macam mana lah saya dalam dunia maya dengan realiti eks..
tertanya-tanya..
kat dalam macam cikgu.. kat luar macam hantu..
ke kat dalam macam hantu.. kat dalam macam cikgu..
ke dua2 macam hantu..
err..larikk....

FasiHaH SupiaN said...

di fb, di rumah, di blog, mungkin x sama, adakah hipokrit begitu? mungkin x..kerana tempoh masa, environment tu kdg2 influence kita punya behavior..

K O R I E said...

kak sunah ni mcm mana yea agaknyer ?
tringin nak tengok muka akak .. ;)

Brilliant Marjan said...

Salam..for me, sama je.. Blog dan facebook hanya tempat untuk saya berkongsi manfaat. Sedikit sentuhan peribadi kerana saya masih tidak gemar untk dikenali. Jika kenal personal pun, sama juga rasanya..Namun jika Sunah nak kenal saya, bagi alamat email, nanti sampailah kad jemputan... Sunah orang mana? Klau Selangor wajib datang ye.. ^_^

Rozuan Ismail said...

saya pon sgt berbeza dari dunia realiti.duni blog hanyalah maya

aimie amalina said...

heheheh
entri akak ni, buat kekdg pikir gak
saya ni cm ne
hahaha
diri sendiri pon x dpt kenal diri sendiri..huhuhu

missina said...

ermm maybe certain2 status kt FB dan blog menggambarkan juga org tu mcm mana,,tapi bukan pd keseluruhannya,,so apa2 pun realiti lebih penting,,

maszull said...

assalamualaikum sunah...betul la selalu je komen kat fb n blog tapi kita x tahu mcm mana kat dunia realiti sebenarnyakan...:)

p/s kita dok berdekatan tapi susah mama nak jumpa sunah kan nak tengok gak orangnya mesti manis rupa wajahnya...:)

ijA said...

kita fb lain ..blog lain,..n twitter lain..

kiera'sakura said...

insyaAlah ade jodoh dgn akak nanti , nk jmpe akak... :)

aDisH.sHidA said...

akak sama x di fb, blog n real...hehehe...

tp ada jugak yang di FB bukan main dia rancak kan borak melawak sana sini..bila jumpa...seorang yang pendiam dan pemalu...

mas saari said...

betul tu! kadang2 penulisan tak mencerminkan keperibadian, mungkin sedikit adalah..

JIJI YU said...

ipah cakap aku sama je luar ngn dalam

Tea said...

Even baca buku dia pun tak semestinya itu diri dia...

Kekadang apa yg kita titipkan itu adalahsesuatu yg tidak terluah pada dunia nyata.. Mungkin menjaga hati.. Dan persepsi setiap individu terhadap kita juga berbeza..

Suami isteri pun kadang2 terkejut sekiranya berlaku sesuatu di luar jangka..

nsr said...

huhu..x sama la mama..;)

Eyda Syahida said...

eyda plak rase eyda same je.. tp taktaula.. hehehh :p

blog-tips-kurus said...

mesti ramai yg split identity ni... (",)

محمد رازيق said...

hehe.. sama tak?? jap konpius pulak kak.. hehe

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
hm..kalau bab yang ni, wallahua'lam..kita mungkin nampak diluarnya begitu2. tapi dalam hati, Dia yang tahu kan..
eh!! teringat syed. adoi!! tapi usop, pakcik tengok sama (^^,)

kalau pakcik..teringin nak jumpa setiap pembaca yang singgah dan sesiapa yang pakcik singgah. tapi bila fikir2..tak perlu lah sangat.. kawan realiti pun terabai.. ditambah lagi dengan kawan2 yang baru kenal.. makin terabai, makin terasa berat tanggungjawab kan..
apa2 pun, dah berkawan, jangan diabaikan.

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
hm..kalau bab yang ni, wallahua'lam..kita mungkin nampak diluarnya begitu2. tapi dalam hati, Dia yang tahu kan..
eh!! teringat syed. adoi!! tapi usop, pakcik tengok sama (^^,)

kalau pakcik..teringin nak jumpa setiap pembaca yang singgah dan sesiapa yang pakcik singgah. tapi bila fikir2..tak perlu lah sangat.. kawan realiti pun terabai.. ditambah lagi dengan kawan2 yang baru kenal.. makin terabai, makin terasa berat tanggungjawab kan..
apa2 pun, dah berkawan, jangan diabaikan.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.