BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, February 29, 2012

"Jaga Jarak!"

Lokasi: Kem Pembentukan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

"Ok, kamu semua boleh mula berbincang dalam kumpulan sekarang." Komandan kem memberi arahan kepada para peserta.

Kami bergerak membentuk kumpulan masing-masing. Semua duduk dalam bulatan kumpulan yang telah dibahagikan daripada awal. Dalam asyik berbincang, kadang-kadang mata terlepas pandang.

"Dik, jaga jarak ye..." Salah seorang kakak fasi menyentuh bahu dan menyampaikan pesan.

Saya menoleh ke belakang. Subhanallah, istighfar kemudian mengiringi. Dekatnya belakang saya dengan seorang peserta lelaki dari kumpulan sebelah. Masing-masing sibuk berbincang hingga terabai akan peraturan yang satu. Saya mengengsot ke hadapan sedikit.

Menjarakkan diri.

*****

Lokasi: Perjumpaan Mahasiswa/i Sabah Sarawak di Masjid Ar-Rahman

Hanya Amirul seorang muslimin yang duduk di kalangan sahabat muslimat yang lain ketika itu. Dia nampak biasa saja. Muslimat yang lain juga nampak biasa saja. Berbual dan berbincang hingga mengawang-awang tangan.

Resah di hati saya dapat dibaca oleh seorang kakak sekampus. Wajah saya masam mencuka melihat apa yang berlaku di hadapan mata sendiri. Muslimin tidak begitu menjaga batas pergaulan. Duduk terlalu rapat dengan muslimat lain. Namun masing-masing seperti tidak merasakan perkara itu salah.

Hinggalah sampai saat hendak memilih keputusan...

"So, kita nak buat bengkel ke tour ni???" tanya Jamilah.

"JAP! Jarak sikit please..."

Saya sudah tidak mampu bertahan.

*****

Lokasi: Mesyuarat Jabatan Majlis Perwakilan Mahasiswa

Ketika kami sedang menanti kata putus ketua jabatan, salah seorang kakak Majlis Tertinggi datang menghampiri kumpulan kami. Mendengar seketika perbincangan kami.

Tiba-tiba, kakak itu bersuara...

"Eh, kenapa jauh sangat korang ni?"

Kami hanya tersenyum...

*****

Lokasi: Padang, Hari Sukan Kolej

"Hei, you dah jumpa Abu?" Lim mendekat.

Saya menggeleng. Kawan sebelah turut menggeleng.

"Aiyaaak...kenapa tak jumpa lagi??" Lim sudah berada di hadapan kami.

"Opsss...dekatnya Lim..." pintas kawan sebelah apabila merasakan Lim terlalu hampir.

"Ops, sorry, sorry..." Lim menjauh sedikit, membina jarak yang lebih selesa.

"Abu tengah rekodkan nama peserta tadi, lepas ni la jumpa dia."

*****

Membelek balik gambar-gambar ketika Minggu Ketiga Akademi Nasyid di Sri Pentas. Gambar-gambar bersama Hafiz Hamidun.

Ada beza sedikit dengan gambar-gambar orang lain yang turut bergambar dengan Hafiz.

Kumpulan yang ini menjaga jarak dengan bukan mahramnya.

*****

Rindu ayat itu... "Jaga jarak!"


P/S: Kerana itu, moga yang mengenali faham kenapa sesetengah perkara itu tidak sama dengan yang lain.


Wordless Wednesday #50: Wordy Actually


and

please admit that you don't really know me


Monday, February 27, 2012

Kamu Yang Aku Tinggalkan...

Cherry Blossom by ~TheGroundIStandOn on deviantART

Wahai kamu...

Aku akui aku tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan. Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.

Hari ini...

Malam ini...

Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.

Kamu...

Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian. Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari teman-teman.

Kamu yang aku tinggalkan...

Hari ini aku panggil kamu kembali...

Kembalilah...

Wahai diriku yang dulu...


Sunday, February 26, 2012

Nak Perfect Iman?



"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


P/S I: So touching... T_T

P/S II: Ini antara aspek-aspek kesempurnaan iman, ada lagi yang lain untuk kamu teroka...


Saturday, February 25, 2012

Pilihan Luar Biasa Dari Yang Luar Biasa

Picture by trybeingme on tumblr

Kadang-kadang, bukan kita yang menolak.

Kita sudah terlalu banyak kali mencuba. Namun semuanya tidak seperti yang kita harapkan. Akan tetapi, tidaklah kita menyalahi takdir yang menentukan kegagalan. Kerana Allah Maha Tahu mana yang lebih baik untuk sekalian hambaNya.

Maka apabila ditanya kenapa tidak memilih yang biasa orang lain pilih, jawapannya hanya yang satu itu. Kerana Allah telah mentakdirkan begitu setelah berusaha selama ini. Bukan lah maksudnya usaha selama ini dirasakan sudah cukup lalu berhenti memilih yang biasa orang lain pilih.

Tapi kerana sekarang ini juga kita sedang berusaha untuk menjadikan yang luar biasa ini lebih luar dari kebiasaannya. Pandanglah dengan mata hati, setiap jalan dalam kehidupan seorang hamba itu adalah dalam tangan Penciptanya. Maka setelah Dia berikan jalan untuk dipilih, haruskan langkah kaki menjadi lemah longlai apabila dilanda badai?

Tiada daya dan upaya juga melainkan dengan kekuatan dari Allah.

Kalau diselusuri jalan yang berliku ini, pasti akan terpacul dari dalam hatimu, oh, seperti kisah yang satu itu.

Nah, kisah ini bukan lah terlalu luar biasa.


Video Main Ekor



Tajuk macam semacam aje kan... Gulpppp!

Video ni sebenarnya terlambat publish.

Tapi takpe, publish jugak lah... Sebab Cici rindukan Tinny. Bagi dia tengok video ni untuk lepaskan rindu dendam.


P/S: Cici ke tuan Cici yang rindu??? <--- Jangan tanya soklan ni... Hahaha~


Friday, February 24, 2012

Save As Draft Aje La

Picture by marina220990 on tumblr~

Entah nape mood menulis sekarang ni da berkurangan.

Cemburu jugak tengok kawan-kawan lain menulis dan berblogwalking. Kadang-kadang da taip hampir separuh jalan. Bila tinggal kejap untuk buat benda lain, datang balik nak sambung, terus takde mood da. Da hilang semangat nak taip panjang-panjang. Last-last, save as draft aje la. Macam entri Eh, Ustazah! tadi. =.=

Cane ye nak dapat semangat menulis macam dulu balik? Nak sangat-sangat menulis macam dulu. Setiap masa ada je benda nak ditulis, ade je yang tercetus kat fikiran tu isu-isu yang nak dimasukkan ke dalam blog. Sampai kena perli dengan kawan-kawan...

"semua benda nak masuk blog"

"hati-hati bercakap weh, kang masuk blog kang"

"ko tak nak masukkan dalam blog pasal ni?"

"haa...ni ko leh masukkan dalam blog"

"cool blog satu?"

=.=

Rindu semangat yang da hilang. Seriously, bila rasa nak aje, baru jenguk blog. Bila mood tu datang, baru nak baca entri kawan-kawan. Kalau tak, tengok tajuk je la kat sidebar tu. Malah, jari jemari dah malas nak mengomen. Just baca dan klik like. Kalau takde button like, baca entri dan kemudian pangkah. Maaf sebab tak komen. Huhuhu.

Cane ni? Cane ni???

Da banyak kali saya tulis entri macam ni kan?

Bosan tak, bosan tak?

Gggrrr...


P/S: Ape? Tumblr? Pun da senyap... Err...


Thursday, February 23, 2012

Yang Tidak Pernah Peduli

"Zawir! Zawir!"

Namanya dipanggil dua kali. Zawir yang sedang mengetuai halaqah bersama muslimin yang lain di ruangan terbuka hadapan masjid itu mengangkat wajah. Pengisian jiwa terhenti seketika.

"Assalamualaikum..." ucap lelaki yang memanggil namanya sebentar tadi apabila tiba di hadapan halaqah.

"Wa'alaikumussalam Mijwad. Dari mana ni?" tanya Zawir, mewakili wajah-wajah muslimin lain yang sedang tertanya-tanya.

"Zawir... Aku dari kampung sebelah. Puak Yakee dah mula buat onar!"

"Apa??? Dah sampai kampung sebelah? Cepatnya!" Salah seorang ahli halaqah terkejut. Kata-katanya disambut oleh ahli halaqah yang lain. Hingar seketika ruang hadapan masjid.

"Macam mana boleh begitu cepat?" Dahi Zawir berkerut, namun wajahnya masih nampak tenang.

"Masuj! Masuj khianat!" balas Mijwad ringkas. Seraya kedengaran lafaz istighfar bergema di ruang hadapan surau.

Puak Masuj yang baru berhijrah ke kampung sebelah tiga bulan yang lalu rupa-rupanya ada agenda lain. Atau mungkin juga puak Yakee yang mencucuk jarum tanpa sedar. Selama ini puak Masuj bersungguh-sungguh mahu duduk bersama penduduk kampung sebelah. Beria benar mahu turut membantu membina pusat didikan anak-anak penduduk kampung. Tidak mengharapkan bayaran apa-apa, asalkan dibenarkan tinggal di situ. Pembelot bertopengkan kebaikan. Mungkin itu gelaran paling sesuai.

"Bagaimana keadaan sekarang?" tanya Zawir kepada Mijwad.

"Dah banyak rumah orang kampung musnah dibakar! Ramai dah terbunuh!"

"Mana pemuda?"

"Sebahagiannya sedang menentang, sebahagian lagi sedang bergerak ke sini."

***

Wajah penghulu kampung sebelah direnung lama. Permintaannya sebentar tadi sedang diterjemah di dalam minda. Berita terkini yang diperoleh, pusat didikan anak-anak penduduk yang terletak di hujung kampung telah menjadi kubu puak Yakee dan Masuj.

"Tok mahu saya ketuai operasi tu?"

"Iya, Zawir. Kalau kau mahukan bayaran untuk tu, aku akan usahakan. Asalkan kau bantu kami bina tembok pemisah." Tok Jasir mengharap. Cukuplah dia melihat kemusnahan yang dilakukan oleh dua puak musuh itu. Tidak mahu lagi dia membiarkan penduduk kampungya dibunuh kejam.

"Sesungguhnya ganjaran Allah itu lebih baik dari bayaran yang tok maksudkan. Beginilah, tok kerahkan pemuda untuk kumpulkan segala jenis besi, kita bina tembok tu bersama-sama."

Tok Jasir mengucap syukur. Zawir sedia membantu. Anak sahabat baiknya, arwah Falah, banyak menuruti sifat ayahnya, bekas penghulu kampung juga.

***

Qasim mendengus marah. Kasar sekali rengusannya. Sakit telinganya mendengar laporan dari Hulwan, malah lebih sakit hatinya apabila mendapat tahu Zawir yang dibencinya itu akan datang untuk menentangnya.

"Jahanam, Zawir!!! Siapa yang minta bantuan dia???" Qasim membaling kerusi. Bergegar kelas pusat didikan anak-anak yang kosong.

"Tok Jasir. Dengan beberapa orang pemuda." Hulwan membalas, biar perutnya kecut dengan tindakan ketua puak Yakee itu sebentar tadi.

"Bodoh!!!! Orang tua kutuk!!! Jaga lah kau nanti! Kau ingat aku takut???" Gertakan Qasim itu hanya kedengaran antara dia dan Hulwan.

"Tapi Qasim... Aku tengok tadi, tembok da tinggi..."

"Tembok???"

***

Sebahagian pemuda mengumpul kayu-kayu api, disusun elok sepanjang kaki tembok. Tembok dari longgokan besi-besi terbuang. Sebahagian lagi masih berusaha menambah ketinggian tembok. Semakin lama semakin tinggi. Hampir menyamai ketinggian dua puncak gunung yang menjadi kayu ukur.

"Zawir bangsat!!!"

Tiba-tiba sahaja kedengaran suara garau dari sebelah sana longgokan besi. Zawir yang sedang menyusun kayu api menoleh.

'Qasim...kau rupanya...' Ayat itu hanya disuarakan dalam hati apabila ternampak kelibat Qasim di sebalik longgokan besi.

"Akan aku robohkan semua ni!!!" Qasim mengugut. Di belakangnya para pengikutnya menyusul ketua mereka beramai-ramai. Semakin lama semakin hampir.

"Dengan nama Allah, bakar kayu api..." arah Zawir kepada para pemuda. Mereka menurut perintah.

"Hahaha! Kau nak bakar besi-besi ni, Zawir??? Bodoh! Mana mungkin!" Qasim mengejek. Sengaja dinyaringkan suaranya, biar para pengikutnya tidak lemah semangat.

"Dengan kehendak Allah, segalanya mungkin..." Zawir menjawab tenang.

"Allah, Allah, Allah! Itu saja yang kau sebut dari dulu!" Qasim tidak puas.

Zawir beristighfar. Sempat dia berbisik sesuatu kepada salah seorang pemuda. Pemuda itu mengangguk kemudian beredar. Qasim tercuit dengan perlakuan itu. Terlalu sibuk hendak menyerang mental musuhnya sejak kecil, hingga tidak sedar longgokan besi sudah membara kemerahan.

"Apa sajalah yang kau harapkan dengan Tuhan kau! Tengok sekeliling kau, aku dah musnahkan kampung ni sampai lumat! Mana Tuhan kau???" Qasim terkekek-kekek ketawa. Kemudian dia berhenti. Isyarat diberikan kepada para pengikutnya supaya bergerak ke depan, meruntuhkan longgokan besi.

"Tapi tuan..." ada di kalangan pengikutnya yang mula gundah.

"Pergi aku kata!!!" Sergahan Qasim segera dituruti. Mereka berlari ke arah longgokan besi yang membara. Namun tidak sampai beberapa meter, ramai yang rebah kepanasan. Keyakinan Qasim terganggu sedikit.

"Qasim... Bantuan Allah itu selalu dekat..." Zawir masih tenang menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. Ketika itu, dia sedang berdiri di sebelah alat besar dan pelik yang tidak pernah Qasim lihat selama ini.

"Arghhhh! Persetankan semua tu!!! Cepat robohkan tembok ni!" Qasim terus mengarah para pengikutnya. Mereka terpaksa menurut, takut mati dibunuh Qasim.

Dan ketika para pengikutnya semakin mendekat pada tembok besi, ketika itu jugalah cairan tembaga panas mencurah dari atas longgokan besi. Ada yang memercik dan membakar sebahagian puak Yakee dan Masuj. Mereka meraung-raung kesakitan.

Qasim tercengang-cengang.

"Apa yang..." soalannya terhenti di situ.

"Qasim yang tidak pernah percaya, itu beza kau dan aku! Janji Allah itu sentiasa benar, namun untuk orang-orang seperti kau, Qasim...yang membutakan mata dan memekakkan telinga atas segala firmanNya, hari ini membuktikan janji Allah itu haq! Allahuakbar!" Takbir Zawir disahut para pemuda muslimin.

Qasim terduduk.

Terduduk kerana dia sedar dia antara yang tewas. Terduduk kerana dia rasa seperti pernah berada dalam ketewasannya sekarang. Terduduk kerana dia tahu kata-kata Zawir itu benar.

Terduduk kerana dia pernah membaca semua itu dalam kitab akhir zaman.

Namun, dia tidak pernah peduli.

-------------------------------------

Mereka berkata: "Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"

Zulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,

berilah aku potongan-potongan besi!" Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu".

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya.

Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".

Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.

[al-Kahfi: 94-99]



P/S: Maafkan saya, cuba mengisahkan ayat Allah dalam bentuk cerita, namun saya tahu saya tidak mampu menggambarkan masa depan itu dengan kata-kata yang mudah.


Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #48 : Tinny Dalam Memori

Tinny mucuk

Nape Tinny dalam memori? Baca SINI untuk kisah selanjutnya...


Monday, February 20, 2012

Jodoh Saya Bukan Dengan Dia

Dia gegirl...

Nama dia Gegirl.

Tuan dia letak nama tu. Antara 13 ekor tu, bulu dia paling kembang dan paling cantik. Tapi masa kecik ni, tuan dia tak nampak lagi perbezaan dia dengan adik-beradik yang lain. So harga dia dengan Tinny sama je. Hehehe.

Hari tu, masa saya ke Batu Pahat amek Tinny, Gegirl pun ade. Dia da jadi sangat-sangat kembang. Jalan pun terkedek-kedek sebab kaki pendek. Hahaha~ Actually bukan kaki pendek, tapi nampak pendek sebab bulu da kembang satu badan. =.=

Gegirl yang dekat pintu, cer cari mana satu Tinny~ :p

Gegirl yang dekat pintu tu. Yang macam hantu. Err... Hari tu tuan baru dia tak amek dia lagi. Tapi hari ni nampak tuan baru kunun tu komen kat gambar dia, tanya Gegirl ni da tolak kat sape. Hoh??? Dia tak jadi amek ke??? Then owner kucing-kucing ni gitau, Gegirl da dibeli orang lain sebab yang nak beli hari tu tu tak datang amek. Lorhhh... Kalo saya tau, baik saya amek terus hari tu. =.=

Gegirl tido

Dan hari ni bila saya belek-belek balik album diorang, harga Gegirl da dinaikkan. Hehe, mungkin owner dia fikir balik ape yang saya dan housemate gitau dia masa datang ke rumahnya hari tu. Ye lah, Gegirl terlalu cantik. Bila harga dia da dinaikkan, saya rasa cukup berbaloi (walaupun saya rasa patut naik lebih lagi).

Takpe lah... Bukan jodoh saya dengan Gegirl ituuu.


Jodoh saya dengan Tinny saje kan.


Sunday, February 19, 2012

Yang Datang dan Tidak Pernah Pergi...

Picture by lovequotesrus on tumblr

Tentang sahabat lagi?

Yup, insya'Allah tidak akan pernah jemu saya kongsikan dengan kamu-kamu semua tentang persahabatan di blog ini. Kerana persahabatan itu adalah apa yang ada di sekeliling kita setiap hari. Orang yang mengatakan dirinya tiada sahabat juga belum tentu tiada sahabat, kerana dirinya sendiri adalah sahabat kepada dirinya, malah kucing kesayangan juga boleh menjadi sahabat terbaik biar ia hanya berlagak mendengar tanpa membalas apa-apa.

Pengalaman memberi kita buah fikir untuk dinilai. Apa yang berlaku di sekeliling kita boleh saja diterjemah walau pengertiannya hanya sedikit cuma. Kerana ada sesetengah perkara yang tidak kita fahami, mungkin sahaja tidak perlu kita fahami sampai bila-bila. Itu kata seorang papa yang baik.

Saya melihat dunia ini seperti kata-kata dalam gambar tumblr di atas. Kita punya ramai sahabat, sangat ramai sejak dari pertama kali kita melihat dunia. Dan ia terus bertambah dari hari ke hari biarpun kadang-kadang ia hanyalah sekadar atas senarai Friends di Facebook yang tidak pernah menegur kita sejak proses friend-request-approved-accepted.

Dan sepanjang hidup kita, ada sahabat yang pergi meninggalkan kita, ada sahabat yang terus bersama kita, ada sahabat yang telah lama kita kenal, ada sahabat yang baru sahaja kita kenali beberapa jam yang lepas. Mana-mana antara mereka pasti ada yang buat hati kita senang dan tenang dengannya. Yang kita mahu kekal sampai bila-bila biarpun kita berubah laku.

Kerana apabila kita berubah laku, tidak kiralah kepada yang lebih baik atau yang sebaliknya, sahabat yang masih kekal dengan kita itulah yang benar-benar ikhlas dan jujur dengan persahabatan. Kerana dialah yang akan membangunkan kita bila kita rebah, dan dialah yang akan menjadi tiang sokongan jika kita mahu membina kehidupan yang lebih baik.

Kita pula, sahabat yang bagaimana kepada sahabat-sahabat kita?


Saturday, February 18, 2012

Untuk Kamu Yang Mendoakan Saya

Forgotten Memories by *WiciaQ on deviantART

Hari ini...

Hati saya tergerak untuk mencari tentang kamu. Entah kenapa, saya tidak tahu. Namun saya terkejut bila mendapat tahu, kamu ada blog juga. Segera saya klik link itu. Blog kamu masih baru. Dan saya lihat blog kamu baru sahaja dibuka bulan Julai tahun lepas, dan kembali menyepi pada bulan September tahun yang sama atas urusan kerjaya.

Saya baca satu persatu entri yang kamu published. Saya dapat rasakan, kamu buat blog itu bersebab. Iya, entri-entri terawal itu tempohnya beberapa hari sahaja sebelum tarikh lahir saya. Dan semakin dekat dengan tarikh keramat itu, jantung saya semakin berdegup kencang.

Dan di situ...

Sehari sebelum tarikh lahir saya, ada satu entri dari kamu. Rupa-rupanya kamu mengikuti blog saya. Tapi itu tidak terlalu mengejutkan buat saya, kerana kamu pernah cuba menegur saya di Facebook yang menyebabkan saya terus meletakkan kamu dalam senarai Block List. Maafkan saya kerana terlalu takut pada kamu dan kenangan lama.

Ya, itu sejarah lama yang terlalu hitam.

Sejarah itu yang menjadikan saya dan kamu insan yang berdiri hari ini. Sejarah itu, biarlah terlipat saja dalam memori yang paling dalam. Tidak usah kita kenang lagi. Dan saya maafkan kamu untuk segalanya, seiring dengan itu, saya juga memohon kemaafan dari kamu atas segala yang telah berlaku dulu. Semoga kamu memaafkan saya, kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa saya yang membawa kamu bersama-sama ke kancah dosa tanpa kemaafan dari kamu.

Naudzubillahi min zalik.

Alhamdulillah, dari entri itu dan blog kamu, saya percaya kamu sudah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Semoga kamu terus berjaya dalam kehidupan kamu, di dunia juga di akhirat kelak. Teruskanlah langkah kaki kamu ke hadapan tanpa perlu berpaling lagi. Kini haluan kita berbeza. Moga Allah redha.

Syukur saya panjat ke hadrat Illahi atas apa yang saya temui hari ini. Semoga kamu istiqamah. Ameen...


P/S: Segala puji bagi Allah yang memberi kita segala rasa...


Entri Ini Perlu Dibaca Dua Kali

These cherry blossoms by =winona-heart on deviantART

Allah...

Ini ujian Mu bukan?

Dan aku kira, seeloknya aku menjauh dari semua itu untuk memelihara hati...agar aku tidak bersangka-sangka...dan yang lain-lain juga tidak bersangka-sangka denganku jika aku tersilap langkah dalam mata begitu ramai manusia melihat tindakanku...

Jika manusia sudah tidak sudi memandangku, hanya pandangan Mu yang aku harapkan...

Mohon petunjuk hanya dari Mu ya Allah...


P/S: Jika tadi kamu-kamu baca dari sudut pandangan saya, baca sekali lagi untuk diri sendiri pula... :')


Cerpen: Cinta dan Rindu Ini Pun Bersatu

Aku cintakan dia.

Sejak kenal dia di bangku sekolah rendah, aku selalu mencuri waktu untuk mengenali dia. Cinta dalam diam. Dia tidak pernah tahu. Orang kata, cinta dalam diam itu menyakitkan. Sakit kerana kita tidak pernah berani untuk meluahkan. Namun, aku tidak langsung merasa sakit itu. Entah kenapa, aku rasa bahagia walaupun dia tidak pernah tahu.

Di sekolah, kawan-kawan menjadi tempat untuk aku bertanya tentang dia. Hampir setiap hari, ada saja soalan tentang dia. Seolah-olah segalanya tentang dia tidak akan pernah habis aku risik. Semakin dalam aku kenal dia, semakin banyak pula benda baru yang aku tahu tentang dia. Semakin banyak yang menarik hati aku tentang dia.

Kadang-kadang ada cemburu dalam hatiku, bila ramai yang menyebut-nyebut namanya. Bukan aku seorang, ramai juga yang menaruh hati pada dia. Malah melihat mereka dan membandingkan diriku dengan mereka buat aku rasa rendah diri. Mungkinkah dia akan memilih aku yang tidak punya apa-apa?

Sampai lah aku ke menara gading, aku masih ada dia dalam hati. Aku tahu, bukan kebetulan, seolah-olah dia ditakdirkan Allah untuk sentiasa ada dekat denganku.

Dan di situlah segala-galanya bermula.

***

"Aku rasa, dia membuatkan aku semakin dekat dengan Allah dan Rasulullah..." suaraku satu malam kepada rakan sebilikku, Nawal. Ketika itu, kami sedang mengulangkaji pelajaran. Kertas terakhir untuk semester terakhir.

"Alhamdulillah...tapi kau senyapkan saja. Sampai bila?" Nawal seakan-akan tidak puas hati.

"Biarlah, sampai bila-bila. Sampai Allah tentukan masa yang sesuai," aku senyum segaris.

"Tapi Ulfah... Dah ramai sangat yang tanya ni, aku tak tau dah nak buat cerita. Tu Jasmir tu, dah banyak kali dah tanya-tanya tentang kau..." Nawal cuba memujuk.

"Kalau macam tu, cakap kat Jasmir aku dah berpunya. Hehehe..." aku tergelak kecil.

Nawal mengeluh.

"Tak baik mengeluh! Kau doakan la aku dan dia ada jodoh! Doa tu kan senjata mukmin..." aku masih dengan pendirianku.

"Tapi kau tak pernah bagitahu aku nama dia..."

***

Keputusan peperiksaan aku dan Nawal sama-sama cemerlang. Kami sama-sama menyambung pengajian di Asia tengah. Mengambil bidang yang sama juga, malah tinggal bersama lagi. Pernah terdetik dalam hatiku, mungkin Allah takdirkan aku dengan dia berkawan sampai mati.

"Ulfah..." Satu petang, Nawal memulakan bicara yang pernah kami bualkan satu masa dulu.

"Ye, sayangku..." Ya, aku sayang Nawal, sahabat terbaik yang pernah Allah anugerahkan padaku.

"Jasmir... Semalam dia tanya aku lagi."

Jasmir turut menyambung pengajian di sini. Malah ramai juga sahabat satu kampus dulu menyambung pengajian di sini. Mendengarkan kata-kata Nawal itu, membuatkan aku terdiam seketika. Jasmir masih menunggu rupanya.

"Dia tahu kau tak terikat lagi dengan sesiapa..." Nawal seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Nawal... Aku bakal diikat tak lama lagi, insya'Allah. Sampaikan pada Jasmir macam tu, ok?" pintaku sambil mencapai tangan Nawal. Tangan itu aku genggam erat. Penuh harapan.

"Betul?" Nawal merenung jauh ke dalam mataku.

Aku mengangguk sambil tersenyum bahagia.

"Alhamdulillah... Dengan dia?" Nawal bertanya lagi.

Melihat senyumanku, Nawal turut tersenyum bahagia.

***

"Maafkan aku Jasmir. Ulfah tak mungkin terima kau, dia bakal jadi milik orang lain." Nawal berjumpa Jasmir pada hujung minggu, ditemani seorang kakak senior.

"Siapa orang tu, yang bakal menjadi suami Ulfah? Aku teringin nak tahu..."

"Dia tak akan bagitahu. Aku dah puas bertanya sejak lama dulu lagi. Dia kata tunggu dah nak dekat majlis."

"Beruntungya lelaki tu... Bila dia akan bernikah?"

***

Gegar gempita di luar bangunan itu dapat dirasai hingga ke tempat mereka berkumpul. Bingit sekali bunyi muntahan peluru dan mortar antara dua pihak yang sedang bertelagah. Tiada siapa menyangka, Tanah Ratu akan menjadi sasaran pihak sebelah sana. Telah begitu banyak nyawa yang terkorban sejak perang bermula seminggu lalu. Dan hari ini, pihak sebelah sana semakin galak meluaskan kawasan serangan.

"Jasmir! Jasmir!" Nawal melaung nyaring apabila ternampak kelibat Jasmir dalam kumpulan orang ramai. Lelaki itu menoleh. Bersusah-payah dia membolosi orang ramai untuk menghampiri Nawal.

"Kau nampak Ulfah kat mana-mana?" tanya Nawal apabila Jasmir berada di hadapannya. Dahi Jasmir berkerut.

"Kenapa Ulfah? Dia tak ikut bersama kau tadi?"

"Tak, aku dari perpustakaan terus ke sini."

"Ulfah kat mana masa tu?"

Nawal menggeleng dan mengangkat bahu. Seketika suasana bingit apabila kedengaran bom meletup kuat. Sekali lagi bangunan itu bergegar. Lebih kuat gegarannya dari sebelum ini. Riuh rendah suara orang ramai menduga-duga itu angkara pengebom berani mati kerana bangunan yang meletup adalah kubu pihak sebelah sana yang letaknya tidak jauh dari sini.

"Jasmir!!! Nawal!!" Suara garau seorang lelaki menjerit memanggil nama mereka berjaya mengalahkan suasana riuh-rendah di sekeliling. Seraya mereka berdua menoleh ke arah pemilik suara. Saifullah kelihatan cemas. Bajunya hilang warna disaluti debu pasir. Keringat di wajah menunjukkan Saifullah bergegas ke sini entah dari mana-mana.

"Jasmir, Nawal... Ulfah... Ulfah..." Saifullah tercungap-cungap.

Nawal membuntang biji mata. Entah kenapa hatinya rasa tidak senang. Seolah-olah sesuatu yang buruk telah menimpa sahabat baiknya itu.

"Kenapa Ulfah, Saifullah???"

***

Nama dia Syahid...
Aku cinta dan rindu Syahid, ya Allah...
Pertemukan aku dengannya...

Tulisan terakhir dalam diari Ulfah yang ditemui di sebalik runtuhan bangunan itu terasa bagai mencarik-carik hati Nawal yang membacanya. Jasmir terduduk di situ juga.

Ulfah telah pergi beberapa hari lepas.

Cinta dan rindu pada mati syahid di jalan Allah selama ini akhirnya termeterai sudah.



P/S I: Dah lama tak menulis cerpen. Maaf kalau ia bukan kisah cinta romantis.

P/S II: Dan aku tidak meminta kamu menjadi orang lain...cukuplah kamu menjadi hamba Allah yang patuh...


Friday, February 17, 2012

Syoknya Kahwin... Hewhew!



Video ini ingin memaparkan bahawa ISLAM tidak melarang hubungan intim antara lelaki & perempuan bukan muhrim dengan syarat mesti diikat dengan tali pernikahan yang penuh dengan BARAKAH & REDHA ALLAH S.W.T. Moga video ini tidak salah tafrsirkan ianya bertujuan untuk berdakwah & mencari Redha Allah S.W.T semata.. Selamat menonton, semoga terhibur...


P/S:
Jalan cerita agak kaku, namun satu percubaan yang baik... Keep it up!


Thursday, February 16, 2012

Perli Spontan #17

Aku tau la nkoo da bergeli-geli dengan nurse lawa


Walaupun Begitu, Aku Tetap Doakan...

Picture by stupid-bottle on tumblr

Ya, itu hak kamu...

Mungkin kamu segan kerana umur kita akhirnya sama untuk beberapa bulan, malah tidak mungkin pula kamu tidak mahu doa daripada semua pada hari yang istimewa buat kamu.

Itu tetap hak kamu...

Untuk apa pula aku berkecil hati, itu tetap hak kamu...

Maka untuk itu, walau bagaimana pun yang berlaku, aku tetap mendoakan kamu. Biar bukan hari istimewa buat kamu, hari-hari yang terus berlalu dan hari-hari yang mendatang, insya'Allah doaku tetap ada buat kamu.

Untuk kamu sahabatku...

Moga semuanya dipermudahkan di dunia dan juga di akhirat oleh Dia yang menjadikan kamu lahir ke dunia pada tarikh itu, dan segala kebaikan itu untuk kamu.

Ameen...


Wednesday, February 15, 2012

Bukan Wordless Lagi... Tapi Speechless...

Sumber: Ida Sumie di FB

"Mohon jasa baik sahabat2 semua untuk tolong sebarkan.. He's been missing for 3 days. Keluarganya dah macam saudara saya sendiri. Mohon doakan keselamatan beliau dan agar segera ditemui. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu." - Ida Sumie

Moga encik Rusman bin Karnadi dijumpai semula oleh keluarganya...


P/S: Tak dapat nak komen kat FB, hanya mampu Like sebab akaun kene limit.


Wordless Wednesday #48 : Cinta Itu...

Picture by khazinatulasrar on tumblr


P/S: Selamat menunaikan solat...

Wordless Wednesday #47 : Saya Jatuh Cinta

LangitIlahi.com


Tuesday, February 14, 2012

Kempen Itu... Setahun Yang Dulu...

Kempen Kami Tak Sambut Hari Valentine~

Klik SINI untuk naik mesin masa, kembali ke setahun yang lalu...


P/S: Sekadar mengimbau kenangan...dan segala yang dihadapi sepanjang berkempen...

Monday, February 13, 2012

Antara Perkara Yang Saya Benci...

Tumblr

Dosa-dosa hitam tidak terperi...
Memberati pundak bahuku ini...
Hanya istighfar yang selalu menemani...
Semakin hari ia semakin menghantui...
Dan air mata tidak pernah mahu berhenti...
Dengan persoalan jauh di dasar hati...
Adakah keampunan buatku dari Illahi?


Friday, February 10, 2012

Terkejut Dapat Bungkusan Dari Kedah

Tengahari tadi...

Masa tengah nak update pasal Cici dan Tinny tu, tiba-tiba dengar bunyi motor menderum masuk perkarangan rumah. Dalam hati dah dapat mengagak, tu mesti abang posmen. Terus capai tudung dengan kot labuh. Posmen tu mendekat ke depan pintu rumah *dekatnye lahhh =.=*.

"Ye?" sepatah perkataan yang lebih kurang membawa maksud "Ade ape-ape bungkusan ke?"

Abang posmen menunjukkan satu bungkusan sampul surat besar.

"Betul tak nama ni?"

Saya membaca nama pada sampul surat. Eh???

"Aha, betul..." seraya menyambut huluran sampul surat. "Terima kasih."

Bila abang posmen da berlalu pergi, saya kunci semula pintu pagar dan menutup pintu. Jeling-jeling setem, nampak cop Pusat Mel Alor Setar, Kedah, Malaysia. Dalam hati meneka-neka, sape la pengirim bungkusan ni. Takkan t-shirt KBU da siap kot???

Then, saya buka sampul surat tu. Nampak t-shirt labuh muslimah kaler pink. Comel sangat. Tapi saya mana ade tempah t-shirt online. =.=

Saya keluarkan t-shirt, then nampak pulak keychain tu. Keychain Sunah Sakura handmade. Ok, da boleh agak sape bagi. Da hilang rasa blurr dan terkejut. Hee~~~

Pinkishnyewww~~~

Terima kasih awak yang bermurah hati mengirimkan semua ni~ Sayang awak~~~ :)


Cici Merajuk Sebab Dia...


Semalam ke Batu Pahat, amek dak cumil kat dalam video tu.

Salah seorang sepupu ada bagi link untuk tempah Persian Kittens kat area Batu Pahat dalam 3 minggu yang lepas. Belek satu-satu gambar (ade 13 ekor baby cats dari 3 ekor mak kuceng), terjatuh hati kat dia ni pada pandangan pertama. Terus PM owner dia. Masa tu owner dia suggest yang lagi sekor, yang mulut bising sikit katanya. Kaler yang tu dia kata terang sikit. Masa tu da konfius, nak pilih dia ke yang lagi satu tu. Last-last, amek dia jugak. ^_^

Cane tak jatuh hati beb... Muke cam merayu-rayu mintak orang pilih dia... =.= (dia yang dalam bowl)

Jauh jugak perjalanan, singgah UTHM dalam sejam, temankan housemate buat kerja dia. Then ke Parit Besar. Rumah owner dia betul-betul dekat papan tanda Parit Besar tu. Hahaha~ Sampai je terus tengok kucing-kucing. Da besar-besar semua. Dari 13 ekor tinggal 6 ekor je lagi. Yang lain sume owner baru da amek.

Kul 1 pagi baru sampai rumah balik. Sampai umah, Cici menderam. Masa tu dak cumil ni duk atas bahu housemate. Saya amek Cici bawak jumpa dia.

"Cici jangan marah tau, ni kawan baru."

Cici menderam.

"Ala Cici... Nanti kawan la..."

Cici menderam lagi sekali.

=.=


Ok, pagi ni tak tahu Cici da pergi mana, merajuk bawak diri lettewww.


Wednesday, February 8, 2012

Ada Sape-sape Nak Hosting Blog Percuma???


Salah seorang kawan saya tengah buat contest ni.

Dia buat sempena nak sambut birthday dia pada 21 Februari ni. Tak lama lagi tu kan~ Kalau ada yang berminat nak dapatkan hosting percuma untuk blog masing-masing, boleh lah join kan?

Laman web dia, www.pengendaliblog.com buat peraduan "Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog" ni bermula pada 7/2/2012 sehingga 20/2/2012. Pemenang pulak akan diumumkan pada 21/2/2012 nanti.

Hadiah yang ditawarkan adalah sebuah hosting yang ditaja oleh www.elfbytes.com selama dua tahun, bernilai RM 200!!! Hohoho~

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang hadiah dan cara-cara nak join, boleh klik banner kat atas tu, ok~


Tuesday, February 7, 2012

Saat Macam Ni, Sejuk Hati Tengok Header Dia...

http://applehijaulife.blogspot.com

Stress. Rimas. Bosan dengan keadaan.

Lalu digerakkan tetikus menghampiri barisan bookmarks.

Bukak dashboard blog, ada komen dari dia. Dari situ, saya menjenguk blog empunya komen. Subhanallah. Rasa diri sendiri kena tegur oleh Tuhan. Tajuk blog dia yang keluar bila klik button 'Join This Site' saja da buat hati tersentuh.

Indah kan cara Allah tegur kita?

Alhamdulillah...

Jenguk-jenguk la blog comel adik ni kat SANA.

Moga semua orang turut rasa bahagia.


Monday, February 6, 2012

Semua Nak Yang Baik-baik Aje

peaceful ending by *arbebuk on deviantART

Kita selalu baca doa tu selepas solat.

Malah dalam event dan majlis-majlis tertentu pun, doa tu mesti jadi penutup dalam himpunan doa-doa yang dibaca. Tak boleh tak, doa tu tak boleh miss. Kalau termiss rasa macam pelik aje doa yang dibaca. Rasa macam tak lengkap.


"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka."
[al-Baqarah: 201]

Kebaikan di akhirat tentulah mahu meraih syurga Allah, manakala azab neraka itu adalah segala bentuk hukuman Allah dalam neraka yang semahu-mahunya kita jauhi. Kebaikan di dunia tu pulak macam mana???

Ini perkongsian dari salah seorang kakak yang join usrah Purple Circle hari Rabu minggu lepas tentang 7 kebaikan di dunia yang semahu-mahunya kita perolehi:

Hati yang sentiasa bersyukur

Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi, tak kiralah Allah bagi banyak atau sikit. Kerana setiap hamba Allah itu ada rezeki masing-masing dalam pengetahuan Allah.

Pasangan yang soleh dan solehah

Isteri dan suami yang taat pada Allah dan Rasul, lebih mencintai kedua-duanya berbanding perkara lain di dunia. Jika isteri kamu lebih mencintai Rasulullah s.a.w, sebagai lelaki, cemburukah kamu wahai suami? Jika ya, kamu sungguh suwwitt!

Anak yang soleh dan solehah

Dari perkahwinan yang diredhai Allah, kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah hasil didikan kamu akan membantu kamu di akhirat kelak. Insya'Allah doa-doa anak soleh dan solehah untuk ibu dan ayah yang telah dijemput Illahi adalah antara tinggalan dunia yang paling berharga.

Harta yang halal

Dari kerja yang halal dan diredhai Allah. Setiap langkah dan tindakan dalam usaha mendapatkan harta itu, jika diniatkan kerana Allah dan bukan dari perkara-perkara yang mengundang dosa, insya'Allah ada keberkatan di dalamnya.

Persekitaran yang baik

Sahabat-sahabat, jiran-jiran, tempat belajar, tempat kerja, masyarakat sekeliling yang baik-baik, insya'Allah akan membentuk diri kamu berkeperibadian baik juga. Negara yang aman damai dan rakyatnya yang takut pada Allah kerana taqwa, siapa tak nak?

Kefahaman dalam agama

Tafaqquh fid din. Kefahaman dalam agama sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian. Kamu yang faham agama akan membantu memberi kefahaman kepada orang-orang di sekeliling kamu pula. Hanya yang benar-benar faham agama akan patuh pada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Umur yang berkat

Berapa umur kamu sekarang? Ke manakah umur yang sebanyak itu telah kamu gunakan? Umur yang sebanyak itu tidak dapat diputar balik ke jumlah yang lebih sedikit. Ia akan semakin bertambah, tetapi usia kamu di dunia akan semakin berkurang. Maka, ke mana sepatutnya sisa umur yang tinggal itu kamu bawa?

Selama ni kita baca aje kan, tanpa menghayati sedalam-dalamnya maksud doa tu. Insya'Allah lepas ni tanamkan niat untuk mendapatkan segala kebaikan kat atas tadi. Moga Allah Yang Maha Pemurah bermurah hati untuk memberikan kita segala kebaikan yang diinginkan manusia.


P/S: Kita tak tahu bila kita akan mati.


Ramai Yang Baik-baik...

Kita ada ramai kawan.

Kawan-kawan kita ada macam-macam perangai dan sifat. Semuanya berbeza-beza. Ada yang suka buat lawak, ada yang suka mengambil berat, ada yang jenis pendiam, ada yang jenis kecoh, pendek kata macam-macam lah kan.

Kadang-kadang ada yang sangat-sangat indah budi pekertinya. Sangat baik hatinya. Sangat elok akhlaknya. Setiap tingkah dan tutur katanya menyejukkan hati kita. Rasa bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebegitu oleh Yang Maha Pemurah.

Buat kita rasa nak jadi macam mereka.

Sampai kadang-kadang timbul rasa gusar dalam hati.

Mampukah kita jadi sahabat terbaik untuk sahabat kita?


P/S: Rasulullah s.a.w tentunya sahabat terbaik kepada sahabat-sahabat baginda.

Friday, February 3, 2012

Eh, Ustazah! Special Edition : Romantis


Hari ni, ustaz Fakhrul balik lewat. Ustaz rasa penat sangat lepas seharian bekerja. Ustaz bagi salam kat depan pintu rumah, tapi takde sape yang menyahut. Mungkin isteri ustaz tengah tidur. Jadi ustaz pun baring kat depan pintu rumah. Sambil-sambil merenung dada langit yang kelam dihiasi bintang-bintang malap, ustaz berzikir memuji kebesaran Allah.

Dinihari tu, isteri ustaz terbangun awal. Terkejut tengok kat sebelah dia, ustaz takde.

Fasihah: Eh, mana suamiku? Belum balik lagi ke?

Fasihah bangun dari tempat tidur, dan menjenguk ke luar rumah.

Fasihah: Subhanallah!

Segera Fasihah membuka pintu rumah apabila terpandang ustaz sedang memejam mata sambil berzikir.

Fasihah: Abang, maafkan Seha. Seha tak sedar abang da balik. Nape abang tak kejutkan Seha?

Ustaz Fakhrul menggeleng kepala dan tersenyum sambil memandang wajah isterinya yang sempurna. Rasa tenang di hatinya.

Ustaz Fakhrul: Abang tak sanggup kejutkan isteri abang. Kesian Seha da penat seharian uruskan rumah.

Fasihah: Lain kali jangan buat macam ni lagi tau, jom masuk. Seha hidangkan makanan.

Lengan Ustaz Fakhrul dipaut, dan mereka masuk ke dalam rumah bersama-sama. Fasihah menghidangkan makanan untuk suaminya. Rasa bangga di hatinya dapat menyediakan makanan buat suami yang bergerak kerja untuk Islam. Baginya, suaminya pejuang agama. Moga ada pahala yang Allah kurniakan untuknya.

Fasihah: Abang makanlah, Seha temankan abang makan.

Ustaz Fakhrul: Seha tak makan sekali?

Fasihah: Takpe, Seha rasa bahagia temankan abang. Memandang abang tak buat Seha rasa jemu.

Fasihah mula menyuapkan makanan ke mulut Ustaz Fakhrul. Dia sendiri tak nak makan selagi mana suaminya belum kenyang. Ustaz Fakhrul terharu dilayan bagaikan raja oleh isterinya. Ustaz terus mengunyah dan tersenyum. Seolah-olah itulah makanan paling lazat di dunia.

Ustaz Fakhrul: Seha sayang, boleh abang suapkan sikit makanan ni untuk Seha?

Fasihah malu-malu, tapi menjamah juga makanan yang disuapkan oleh suaminya setelah membaca bismillah.

Fasihah: Masya Allah! Abang, maafkan Seha. Seha tak sedar makanan ni terlalu masin. Seha lupa nak rasa dulu sebelum hidangkan kat abang. Maafkan Seha.

Ustaz Fakhrul: Air tangan isteri abanglah yang paling lazat kat dunia ni walau ape pun rasanya.

Ustaz Fakhrul terus senyum dan mengunyah makanan. Fasihah kesal dengan kelalaiannya. Lebih dikesalkan, suaminya tak pernah marah padanya, membuatkan dia malu dan rasa amat bersalah.

Ustaz Fakhrul: Nape monyok ni? Abang ikut sunnah Rasulullah s.aw, Seha tak gembira?


Fasihah: Subhanallah, abang. Tentulah Seha gembira, tapi Seha rasa bersalah sangat pada abang.

Ustaz Fakhrul: Dah, dah. Jangan rasa bersalah dah, sape nak cucikan tangan abang kalau Seha duk monyok sampai Subuh? Kita nak romantik-romantik dengan Allah lak lepas ni~

Fasihah: Ehe...mari sini Seha bersihkan.

Selepas makan yang dikira sahur itu, mereka solat Subuh berjemaah.


Masya Allah, romantiknya Rasulullah, pemimpin ummat dengan isteri-isteri baginda s.a.w. Kisah di atas adalah antara salah satu kisah rumahtangga Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a. yang diceritakan dalam banyak versi. Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian kita. Menjelang Maulidur Rasul yang bakal tiba, moga semakin banyak selawat yang meniti di bibir kita dalam hari-hari yang akan datang.


P/S: Bagi yang baru mengikuti Eh, Ustazah!, ustaz Fakhrul adalah sahabat sekerja ustazah dalam slot ni. Kali ni, dia jadi watak utama untuk disesuaikan dengan topik. Moga ada manfaat. Salam Maulidur Rasul.


Bila Kamu Sorang-sorang...

Picture by From here, the fight will be your own. on tumblr

Tanya diri sendiri, kamu ada jawapannya...


Thursday, February 2, 2012

10 Referral Tertinggi Sepanjang Berblog

Tadi jenguk-jenguk statistik blog.

Saja nak tengok referral yang paling banyak menyumbang pageview ke blog ni. Tanpa diorang ni mungkin blog ni tak ke mana-mana sangat. Sebab kamu-kamu yang datang ke sini pun ada yang jenguk dari mereka-mereka ini juga kan. Selain dari FB dan dashboard blogger. Hee~~

Moh tengok sape mereka~



Dua link teratas tu blog Pak Cik Mat Gebu. Thanks~ Dia banyak juga backlink ke entri-entri saya. Dan dia letakkan blog saya kat bloglist Blogger Ehem Ehem. Apekah??? Ahaha~ Hanya saya dan dia tahu ape maksud bloglist ituu~ Tu dulu la, sekarang da tak sama da maksud dia. Ahaha~ Eh!


Papa Ben. Thanks, thanks~ Dulu masa muda remaja, selalu join segmen Papa Ben, sampai banyak sangat da Papa Ben linkkan dalam entri bila dia listkan senarai peserta. Papa Ben pun ade letak link kat bloglist dia lepas join segmen dia satu masa dulu. Hee~ Thanks sekali lagi~ Banyak yang Papa Ben bagi nasihat dalam blogging ni sebenarnya. :)


Kak Ummi Zaihadi ni cawangan DTS Kuantan. Eh!!! Hahaha~ Kak Ummi ade buh link saya kat bloglist dia. Jadi kalo orang lain belek-belek resepi kat blog kak Ummi, dan masa tu saya update entri gak, kalo diorang berminat, diorang akan klik untuk baca. Thanks ye kak Ummi cayunkkk~ Bila la nak pi Kuantan cuci pinggan ni~~~


Ni jiran sepagar blog ni sejak hampir setahun sudah. Banyak juga dulu backlink ke blog saya, pernah gak review blog saya satu masa dulu. Then, dari feed kat atas blog dia tu, orang lain yang datang jenguk blog dia akan klik link saya kalo ade tajuk yang menarik perhatian diorang. Thanks, thanks~


Atok Google pun banyak tolong. Tolong orang yang mencarik maklumat sampai la diorang datang ke blog ni. Macam-macam yang diorang cari kat Google tu termasuklah paling popular sekali adalah apa-apa carian melibatkan "gay". =.= Nak thanks ke tak ek???


Papa Ben jugak pernah review blog ni satu masa dulu. Tu pestime dia review blog macam tu dan seterusnya dia buat untuk blog-blog lain pulak beberapa kali lepas tu. Masa ni memang "teruk" kena kritik sampai online users mencanak-canak. Ada sebab dia wat camtu masa tu. Dan macam mana jadi entri tu pun ada kisahnya. Hehehe~ Thanks papa Ben~ :)


Kak Ros~ Thanks kak Ros sebab letak feed blog saya juga kat blog dia. Ramai gak yang datang dari situ bila kak Ros update blog dia. Tapi sekarang ni kak Ros macam bizi sikit. Da lama dia tak update blog. Saya pun da kurang update sekarang kan? Err...


Errr... Papa Ben mengamuk masa ni. Tak percaya, pi tengok link tu!


Ujang. Hee~ Thanks Ujang sebab dulu dia ade letak blog ni dalam senarai musuh dia kat bloglist. Ahaha~ Dulu masa awal-awal blogging selalu gaduh ngan dia. Geng dengan Qaseh & kak Shida gi carik gaduh. Sekarang dia da kawen, dia da kurang bergaduh. Ahaha~


Dan yang lain-lain juga~ Thanks ye semua~

Sebenarnya dari entri ni, untuk yang baru start blogging tu, boleh la amek tips macam mana nak tingkatkan bilangan pembaca ke blog masing-masing. Sama ada kamu bertukar-tukar feed dan link dengan rakan blogger atau join mana-mana segmen blog dengan saksama. Saksama ok, faham kan?

*Saksama tu ape ek? Err...*


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.