BLOG ENCIK SUAMI

Friday, February 3, 2012

Eh, Ustazah! Special Edition : Romantis


Hari ni, ustaz Fakhrul balik lewat. Ustaz rasa penat sangat lepas seharian bekerja. Ustaz bagi salam kat depan pintu rumah, tapi takde sape yang menyahut. Mungkin isteri ustaz tengah tidur. Jadi ustaz pun baring kat depan pintu rumah. Sambil-sambil merenung dada langit yang kelam dihiasi bintang-bintang malap, ustaz berzikir memuji kebesaran Allah.

Dinihari tu, isteri ustaz terbangun awal. Terkejut tengok kat sebelah dia, ustaz takde.

Fasihah: Eh, mana suamiku? Belum balik lagi ke?

Fasihah bangun dari tempat tidur, dan menjenguk ke luar rumah.

Fasihah: Subhanallah!

Segera Fasihah membuka pintu rumah apabila terpandang ustaz sedang memejam mata sambil berzikir.

Fasihah: Abang, maafkan Seha. Seha tak sedar abang da balik. Nape abang tak kejutkan Seha?

Ustaz Fakhrul menggeleng kepala dan tersenyum sambil memandang wajah isterinya yang sempurna. Rasa tenang di hatinya.

Ustaz Fakhrul: Abang tak sanggup kejutkan isteri abang. Kesian Seha da penat seharian uruskan rumah.

Fasihah: Lain kali jangan buat macam ni lagi tau, jom masuk. Seha hidangkan makanan.

Lengan Ustaz Fakhrul dipaut, dan mereka masuk ke dalam rumah bersama-sama. Fasihah menghidangkan makanan untuk suaminya. Rasa bangga di hatinya dapat menyediakan makanan buat suami yang bergerak kerja untuk Islam. Baginya, suaminya pejuang agama. Moga ada pahala yang Allah kurniakan untuknya.

Fasihah: Abang makanlah, Seha temankan abang makan.

Ustaz Fakhrul: Seha tak makan sekali?

Fasihah: Takpe, Seha rasa bahagia temankan abang. Memandang abang tak buat Seha rasa jemu.

Fasihah mula menyuapkan makanan ke mulut Ustaz Fakhrul. Dia sendiri tak nak makan selagi mana suaminya belum kenyang. Ustaz Fakhrul terharu dilayan bagaikan raja oleh isterinya. Ustaz terus mengunyah dan tersenyum. Seolah-olah itulah makanan paling lazat di dunia.

Ustaz Fakhrul: Seha sayang, boleh abang suapkan sikit makanan ni untuk Seha?

Fasihah malu-malu, tapi menjamah juga makanan yang disuapkan oleh suaminya setelah membaca bismillah.

Fasihah: Masya Allah! Abang, maafkan Seha. Seha tak sedar makanan ni terlalu masin. Seha lupa nak rasa dulu sebelum hidangkan kat abang. Maafkan Seha.

Ustaz Fakhrul: Air tangan isteri abanglah yang paling lazat kat dunia ni walau ape pun rasanya.

Ustaz Fakhrul terus senyum dan mengunyah makanan. Fasihah kesal dengan kelalaiannya. Lebih dikesalkan, suaminya tak pernah marah padanya, membuatkan dia malu dan rasa amat bersalah.

Ustaz Fakhrul: Nape monyok ni? Abang ikut sunnah Rasulullah s.aw, Seha tak gembira?


Fasihah: Subhanallah, abang. Tentulah Seha gembira, tapi Seha rasa bersalah sangat pada abang.

Ustaz Fakhrul: Dah, dah. Jangan rasa bersalah dah, sape nak cucikan tangan abang kalau Seha duk monyok sampai Subuh? Kita nak romantik-romantik dengan Allah lak lepas ni~

Fasihah: Ehe...mari sini Seha bersihkan.

Selepas makan yang dikira sahur itu, mereka solat Subuh berjemaah.


Masya Allah, romantiknya Rasulullah, pemimpin ummat dengan isteri-isteri baginda s.a.w. Kisah di atas adalah antara salah satu kisah rumahtangga Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a. yang diceritakan dalam banyak versi. Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian kita. Menjelang Maulidur Rasul yang bakal tiba, moga semakin banyak selawat yang meniti di bibir kita dalam hari-hari yang akan datang.


P/S: Bagi yang baru mengikuti Eh, Ustazah!, ustaz Fakhrul adalah sahabat sekerja ustazah dalam slot ni. Kali ni, dia jadi watak utama untuk disesuaikan dengan topik. Moga ada manfaat. Salam Maulidur Rasul.


25 comments:

Salim Harmanain said...

tak salah untuk romantis....tapi pastikan halal dulu... :)

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaahhhh, akak baru 60% dari kelomentikan itu kot...nak kena lebih2 lg ke...aawww xnak laaah, nnt kena cakar, seraaamm....ahaaksss!! Tq tag akak ya Sunah comeyy, suka pulak baca....hahahaa (*smbil menghitung dan muhasabah diri seorang isteri dan ibu ini...huhu)

cik AngguR said...

best nya dpt jd romantik mcm nie ....

Rozuan Ismail said...

sweetnya.sanggup tak nak kejut isteri tidur

najwa's said...

hehe best! berkasih sayang secara halal dapat tambah pahala. :)

FasiHaH SupiaN said...

huk3 kekok sikit bila baca dan sebut nama sendiri.huhuhu

Sis-Lin said...

Bertuahnyaaa la kan, biarpun masin tapi tetap di puji...
Jauh bebeno dgn skrg, jgn kata masin, tak masak aje siap2 makan tangan *bru dengar cite dr kawan tu..huhuhu

Alhamdulilah..bt ms ni msh dokategorikan lomantis jgk le en Sabar tu..hehehe
'Sabar itu Indah' heheheh

P/S: REblog!

Sari Yusa Ibrahim said...

;-))

Cik Pulau said...

pernah dengar kisah ni dekat forum hari tu.. hehehe..

romantik kan.. nak tegur pun berhemah je..

kalau sesetegah orang.. men sedap cakap je kata masin. huhuhuhu

Adylia Qarissa said...

romantik kene dengan tempatnya :)

Tea said...

Sunah dah kawen kerr? Untung ustaz..

maszull said...

assalamualaikum sunah...bahagia rasanya rumahtangga itu jika kita sentiasa dpt membahagiakan pasangan kita ke jln yg diredhai oleh Allah...:)

hyazz said...

sejuk hati sejuk mata sejuk telinga hamba...Ya Allah begitu mulia nya hati Ya Rasulullah...mengajar ilmu dan sunnah yang secantek itu...

semoga semua suami...berhati seperti Ustaz Fakhrul ni..dapat menjadikan Rasulullah sebagai idola memasing...beruntung nya Seha

fRaMe+LenSeS said...

Nk ngs bc kisah ni. Huu T.T

mujahidah muslehah said...

Allohumma solli a'la Muhammad..
Romantiknya Rasulullah.. :)

Suhaili Sarif said...

sama2 kita hidupkan sunnah nabi muhammad saw walaupun dengan suami isteri

entry ni macam terlebih gula.akak suka sebab baik untuk kesihatan :)

Iffah Afeefah said...

stuju komen salim

waaa npe bini die fasihah npe tak ai?

nmpak sngt suh seha cpt2 kawen kikiki

Sunah Sakura said...

Boss rasa yang sama bila baca dari kisah asal dalam buku..setiap kali..subhanallah..

Miss Butterfly said...

teringin nak ada bakal suami yang macam ni.. bahagia je kan? huhuhu

mas saari said...

romantiknya...suka!

[sutera kasih] said...

romantis & sweet :))

xila riston said...

comel! slm maulidur rasul~

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
alhamdulillah..
comel + bahagia

(^^,)

teruskan berkarya..

p?s: nadh nak nangis..?wahh...

ir prof dr alia rosli said...

:)

kiera'sakura said...

suwit sgt kan.... terharu bila baca romantisnye Rasulullah

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.