TERBAIK DARI ADY BUDIKA

Monday, February 27, 2012

Kamu Yang Aku Tinggalkan...


Cherry Blossom by ~TheGroundIStandOn on deviantART

Wahai kamu...

Aku akui aku tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan. Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.

Hari ini...

Malam ini...

Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.

Kamu...

Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian. Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari teman-teman.

Kamu yang aku tinggalkan...

Hari ini aku panggil kamu kembali...

Kembalilah...

Wahai diriku yang dulu...


Terima kasih sebab Like~ ^_^


TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~

17 317 Pautan Rasa:

fRaMe+LenSeS said... Reply This

nk pgl juga diriku yang entah dah ilang ke mana. T.T

EYQASARA said... Reply This

dah lama trasa hilang diri sendiri selepas puas terluka.. *i need my self back.. =.=

sea_lavender said... Reply This

NICE SGT TNTG KAMU =)

erm doakn tntg kamu..
diri ini juga trut mrasakn prginya kamu...
namun bisikan doa buat kamu tdk prnah tglkn..Insya-Allah..segslanya krn Allah..

Syafiq Ahadin said... Reply This

wahai kamu! hehe! suwitt!!

Suhaili Sarif said... Reply This

T____T
jom jalan sama2 seiring sejalan kembali
minta maaf ala kulli hal
terima kasih utk ingatan

Ckin Kembaq said... Reply This

kena ikat tu.. ^_^

aDisH.sHidA said... Reply This

penuh dengan pengharapan.....

Hafizin Jamil said... Reply This

sudah tiba masa dia untuk pergi kot..

Cik Bambam said... Reply This

kekadang diri kita dulu kena pergi sbb nak jadi diri kita yang sekarang yang lebih baik dari dulu..

kiera'sakura said... Reply This

itulah ada masanya diri sendiri pun terasa mcm layang2...

mas saari said... Reply This

kadang2 diri kita hilang mengikut keadaan dan peredaran masa... tapi jangan biarkan ia hilang selamanya!

kura said... Reply This

tak pernah tahu akan diri sendiri. ehh.

Wallahua'lam said... Reply This

as salam..
diri berubah mengikut peredaran masa.yang penting, kita perlu pastikan langkah apa yang akan kita ambil demi masa yang akan datang. kerana disebaliknya, adalah amalan..

kalau ni entri perihal hati, kurangkan bersedih ok. sedih, lebih kepada mengundang padah. kentalkan hati seperti seorang srikandi Islam

biar sukar, agat bahagia. mau?

:)

FasiHaH SupiaN said... Reply This

hmm mungkin yg sekarang lebih baik?

azila said... Reply This

muhasabah diri yang bagus..sbb manusia mmg mudah alpa..(peringatan utk diri sendiri)

Solihin Zubir said... Reply This

kemana menghilang dirimu yg dulu?

smoga dia kembali.. =)

Iffah Afeefah said... Reply This

bg ai sme je

yu dlu n kini

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.