BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 29, 2012

Kucing Bukan Manusia

Tinny & Tammy- Model Tilam Cemerlang

Membela kucing mendidik kesabaran.

Saya percaya ramai yang setuju. Tidak mudah membela kucing apatah lagi kalau kucing itu kucing jalanan yang dipungut dan dijadikan haiwan peliharaan. Kerana ketidakbiasaan mereka mengikut 'peraturan' manusia, boleh saja membela kucing menyebabkan penyakit darah tinggi mahupun sakit jantung, malah menambahkan berat "DOSA" pada penimbang amal.

Kucing bukan seperti manusia. Mereka tidak punya akal yang membolehkan mereka belajar dengan secepat mungkin. Mereka tidak tahu menilai di mana tempat untuk membuang najis yang sepatutnya. Sedangkan kucing yang dah pandai buang najis kat luar rumah pun mengambil masa jugak untuk belajar mengorek dan menimbus najis dalam tanah.

Kucing jugak tak tahu mengemas rumah. Jadi janganlah hairan dan terlampau terkejut sambil menjerit nyaring lalu mencarut bila melihat keadaan rumah bersepah selepas mereka bermain kejar-kejar dan cakar-mencakar. Walau banyak kali pun kamu meminta mereka mengemas semula, mereka tidak akan mengemasnya kerana ditambah lagi satu fakta, kucing tak faham bahasa manusia.

Kucing tak pandai memberitahu apabila dia rasa sakit. Kerana kucing bukan manusia yang boleh menceritakan apa yang dia rasa sebagaimana bercerita kepada doktor ketika diserang demam selesema. Bak kata Juui Dolittle, dengarilah dengan teliti akan suara haiwan melalui hati, baru kamu tahu apa yang mereka inginkan. Kerana itu, bila kucing hanya diam membisu biarpun dipukul dipalu disepak-terajangkan, bukan bermakna dia buat dek saje dengan kemarahan kita.

Salah seorang manusia yang paling penyabar pernah saya kenali dalam membela kucing adalah bapak saya sendiri. Dia tidak pernah marah mahupun mencaci-maki kucing-kucing di rumah kami. Apabila ada yang membuang merata-rata, dia hanya akan ketawa dan tersengih, kemudian membersihkan najis yang dibuang itu. Dan saya dapat lihat bagaimana kucing-kucing di rumah kami "menyayangi" bapak dengan cara yang berbeza berbanding dengan kami semua. Mungkin kerana mereka tahu hati bapak itu sangatlah baik.

Kucing haiwan syurga. Itu kata salah seorang teman saya. Kucing juga haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w dan Abu Hurairah r.a. Maka sesiapa yang membela kucing dengan penuh kesabaran, insya'Allah kamu mengikut sunnah baginda s.a.w. Dan kucing itu juga akan mendoakan kamu di sana kelak. Ajarlah ia dengan penuh kesabaran kalau kamu mahukan pahala berbanding dosa.

Kalau tidak mampu, lepaskan ia pergi.

Dan itu bermakna, kamu masih belum mampu mendidik diri menjadi penyabar, lalu mendedahkan kucing itu kepada dunia "pelarian" di luar sana.


Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #52 : Dear Lazy People

creativeisnumber1

I don’t read either.. :p

But, you're not too lazy to click HERE rite? :D


Tuesday, March 27, 2012

Terima Kasih PTS Untuk Baucar RM50

Masa tengah tunggu Ayam Goreng ala Pattaya kat dapur, jenguk-jenguk Facebook kejap. Ade komen dari Nrsyikin Tahir pada salah satu link kat wall Facebook. Klik lelaju sebab nampak ayat "tahniah Sunnah Mohammad sebab menang baucer RM50..."

Hoh?? Menang ke? Tak dapat pun sms atau email dari pihak PTS seperti yang dikata. Lepas tu gi web PTS, carik kot-kot ada berita terkini tentang Hebah dan Menang tu. Ha, nampak satu berita tajuk camni --> Keputusan ‘Hebah & Menang PBAKL 2012’ Minggu Pertama 19 – 25 Mac 2012. Klik lelaju link tersebut. Nampak la ayat macam kat bawah ni...

Kempen 'Hebah & Menang' sudah pun bermula 19 Mac yang lalu. Kempen ini bertujuan bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 --- OK, SKIP...scroll bawah-bawah...

Seperti yang dijanjikan berikut adalah senarai penerima baucar berjumlah RM50.

Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
Sunah Mohammad (IC: 87xxxx-xx-xx16)
Najwan Shaharum (IC: 92xxxx-xx-xx59)
Khairi Omar (IC: 90xxxx-xx-xx57)
Nur Sakinah (IC: 90xxxx-xx-xx94)
Mohd Shafeq Feq (IC: 91xxxx-xx-xx31)
Najieha Taufik (IC: 93xxxx-xx-xx42)
Hazwan Mujahid (IC: 89xxxx-xx-xx11)
Azrinah Al-Fateh (IC:91xxxx-xx-xx20)
Naim Mahadi (IC: 92xxxx-xx-xx49)

Gulpp! Macam tak percaya pulak. Alhamdulillah... Terima kasih PTS untuk baucar RM50 ni. Tahniah gak kat pemenang yang lain, terutama adik Lyssa Faizureen yang amat dikenali sebagai rakan blogger...haha~ Terima kasih jugak Papa Ben dengan Pak Cik Mat yang tolong share link saya kat page FB dan entri blog. Terima kasih gak kepada empunya-empunya wall FB yang saya spam dengan link saya...=.=

Terima kasih semua yang sudi klik link Hebah & Menang PTS.

Yang lain, tak nak join ke? Ade banyak minggu lagiii~

Meh la join! Klik SINI untuk join kayyy~


Membeli Sambil Menderma, Ikhlas Dapat Pahala


Anjuran: 
Persatuan Pustakawan Malaysia Kawasan Selatan (PPMKS)
Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)

Tarikh: 30 MAC 2012 (JUMAAT)
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Foyer PSZ, UTM JB
Hubungi: Puan Zafarina @ 07-5530131

Semua warga UTM dan sesiapa sahaja dijemput datang memeriahkan aktiviti sambil menderma.

"Membeli Sambil Menderma, Ikhlas Dapat Pahala"


Monday, March 26, 2012

Tadi Tanya Dr. Nurul Sesuatu...

picture by They make house calls...

"Tarik nafas... Lepas..."

"Tarik nafas... Lepas..."

Lama doktor mendengar bunyi degupan jantung dan memeriksa paru-paru menggunakan stetoskop di belakang badan. Tak pernah doktor memeriksa saya selama doktor ini memeriksa saya. Siap minta buka kot labuh yang saya pakai sebelum dia menyambung memeriksa lagi. Mungkin melihat pada rekod saya tiga bulan lepas, dia jadi begitu prihatin.

Kemudian dia memeriksa suhu badan. Panas sedikit. Masa saya membetulkan pashmina yang dipakai, terdetik soalan di hati saya. Sesuatu yang buat saya tertanya-tanya sejak kebelakangan ini.

"Doktor...bulu kucing...berbahaya tak untuk manusia?"

"In case of ape tu? Semput?"

"Err...tak, tak! Boleh ke bulu kucing tu nanti membentuk gumpalan dalam badan manusia?"

"Eh, tak lah. Gumpalan macam mana pulak ni?"

"Err...saya ade tengok satu cerita tu. Dia buat pembedahan, lepas tu dia keluarkan satu benda ni, macam gumpalan ketumbuhan. Lepas tu sambil pegang benda tu, dia kata...'sebab ni la saya tak suh awek saya bela kucing'..."

"Cite ape yang awak tengok ni?"

"Dr. House...err..." Doktor wanita itu sengih sedikit mendengar jawapan saya.

"Sebenarnya, bulu kucing ni takde la berbahaya sampai macam tu sekali. Kalau semput pun, bulu dia setakat lintas kat hidung kita je. Lagipun, paru-paru kita ni ada ape nama tu...then, bila kita bla-bla-bla *hilang fokus*..."

"Ooo...just kes semput asma tu je la ye..."

"Aha...biasalah kalau Amerika selalunya akan ade penyakit pelik-pelik. Tapi kalau Malaysia ni, takde la penyakit camtu..."

"Ooo...ok ok..."

"Saya bagi awak ubat ni dulu ye. Setakat ni macam tak perlu antibiotik lagi bila dengar paru-paru awak tadi. Tapi kalau hari Khamis nanti tak elok lagi, datang balik ye."

"Ok, terima kasih doktor."

Bila tengah taip ni, baru teringat... Tadi lupa nak tanya doktor, kalau termakan bulu kucing banyak-banyak ape jadi ek?


Aku Buat Silap, Kau Tengok Aje, Ok?

Kawan Senja by ~Bl4ckNinj4 on deviantART

Ape guna berkawan kalau memasing buat hal sendiri?

Kau, kau. Aku, aku. Aku buat silap, kau tengok aje, ok? Hurmm... Sekarang ni, susah nak carik kawan yang boleh tegur kita kalau kita buat silap. Lebih ramai yang nak kita terus buat benda yang Allah tak suka sebab diorang pun buat jugak. Kurang sorang yang buat dosa, buat diorang rasa tak best. Kang kurang penghuni neraka, terlebih-lebih pulak penghuni syurga.

Hoh??? Betul ke macam tu??

Haishhh. Sebab tu la korang berkawan kay? Sebab kalau dia buat silap, korang tarik tangan dia balik ke jalan yang betul. Kalau korang lak buat silap, dia tarik tangan korang lak. Kalau dua-dua buat silap? Orang luar yang tengok dan cuba tarik tangan korang...tapi kadang-kadang benda tu tak berhasil sebab dua-dua da terrrrkuat sangat dengan perbuatan mungkar. Tak nampak da benda tu tak elok. Masa ni, moga-moga Allah bukakan pintu hidayah untuk korang.

Tapi kan, mustahil takde terfikir langsung dalam akal dan hati dua orang kawan tu yang benda yang diorang buat tu tak patut diorang buat. Mustahil takde timbul langsung persoalan tentang benda tu berdosa ke tak. Sebab pe? Sebab da banyak sangat da ilmu leh dapat kat sana-sini. Dalam internet pun dari sebasic-basic pergaulan lelaki perempuan sampailah ke bunuh-membunuh, banyak je disebut kat sana-sini.

Cuma, letaknya kat manusia yang punya hati je lagi nak start bila n kat mana...

Berat tu tanggungjawab seorang kawan!


P/S: Bersyukurlah bila terfikir walaupun sedikit, itu maknanya hati kamu masih belum mati. Tapi ingat! Setakat terfikir sahaja, belum cukup!


Dia Happy Hari Ni

Happy Frog by =FriendFrog on deviantART

Hari ni dia happy.

Mood dia happy.

Dia dapat parcel. Parcel dari luar negara. Sampai dekat ofis kolej. Dia bawak terus gi lab. Sampai lab, dia bukak parcel. Dia sangat happy. Sebab dia dapat jersi. Jersi Liverpool dengan Chelsea. Jersi Liverpool kaler merah. Jersi Chelsea kaler hitam. Jersi Chelsea tu cantik. Dia beli online.

Saya tanya dia, harga berapa?

Dia takmo gitau. Then saya cakap, mesti sebab dia takut saya membebel, then dia akan rasa menyesal beli benda tu, dan terfikir-fikir yang dia boleh beli benda lain dengan duit tu. Dia kata, cane tahu ni???

Lorhhh...hari tu kan dia cakap camtu gak bila saya tanya pasal headphone Beats yang dia beli tu. =.=

Dia sengih. "Ha'ah lah..."

Lepas tu kami gelak sama-sama.

Dia happy, saya pun rasa happy jugak. Walaupun sebenarnya saya jeles tengok jersi Chelsea yang cantik ittewww. Tapi dia tak bagi saya amek gambar jersi baru dia. =.=

K, tu saje untuk hari ni. Ni labmate saya yang suh tulis kat blog. Kbai.

Eh, dia perempuan kayy~


P/S: Menaip sambil kesat hidung berair. Ade yang nak tukar hidung dengan saya?


Saturday, March 24, 2012

Ini Yang Saya Risaukan

Kita sudah terbiasa dengan dosa.

Kerana setiap hari kita dihimpunkan dengan perkara yang mendatangkan dosa. Bukan sekadar di media massa - kaca TV, internet, radio, malah di depan mata kepala sendiri. Di sekeliling kita semuanya sudah nampak biasa. Perkara mungkar tidak mendatangkan rasa gentar kepada Allah. Sebaliknya, amalan baik dan lebih dituntut oleh Allah menjadi luar biasa dan nampak pelik. Hingga satu masa, mengikut syariat Allah itu lebih mengundang rasa malu berbanding melakukan sesuatu yang jelas nyata dimurkai Allah.

Ya, ini yang saya risaukan. Ini yang bakal anak-anak saya hadapi di masa hadapan kelak dalam proses mengenal kehidupan. Kerana kadang-kadang kita rasa telah berusaha dengan sebaiknya untuk anak-anak di rumah, namun di luar - di sekolah contohnya, anak-anak punya rakan sebaya yang bisa mempengaruhi mereka. Kalau sekarang ini pun saya boleh lihat anak-anak kecil begitu taksub dengan hiburan (secara berlebihan), apatah lagi anak-anak kecil di masa depan kelak, mungkin lebih dari itu. Siapa tahu?

Negatifkah mentaliti saya kalau berfikir seperti ini?

Maafkan saya, namun saya benar-benar risau. Seorang kakak berkata, jihad saya sebagai seorang wanita di rumah adalah untuk ibu bapa, suami, anak-anak dan pembantu saya jika ada. Tetapi tanggungjawab paling besar terletak dalam mendidik anak-anak sejak sedari belum lahir lagi - lebih spesifik, sejak sebelum nikah lagi, hinggalah selepas anak-anak lahir. Nyata begitu berat amanah dan tanggungjawab yang bakal saya pikul di masa hadapan. Dan saya sedari masa hadapan itu tidaklah terlalu jauh untuk menjengah.

Adakah saya sudah bersedia?


P/S: Mohon klik SINI. Terima kasih.


Nak Baucar Buku RM 5,300???

PTS di PBAKL 2012

Saya pasti, da ramai yang kenal penerbit PTS melalui buku-buku yang diorang terbitkan, kan? PTS akan buka booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 April hingga 6 Mei 2012~

Untuk PBAKL kali ni, PTS ade buat satu program Hebah dan Menang, di mana hadiah yang diberikan kepada pemenang adalah baucar buku berjumlah RM5,300!!! Banyak tuuu yang boleh dibeli~~~

Berminat? Ape lagi, klik SINI untuk maklumat lanjut macam mana nak menang~~~

Mana yang da habis baucar buku 1 Malaysia mahupun yang tak dapat baucar tu, jom hebah ramai-ramai~


Friday, March 23, 2012

Susahnya Jadi Doktor

Gambar dari SINI

Jadi doktor tu susah.

Sebab nanti kena bertarung dengan nyawa manusia. Tambah-tambah kalau doktor bedah. Sekali silap dalam operasi leh bawak maut. Uhuhu. Sebab tu kena plan strategi betul-betul sebelum start ape-ape pembedahan. In case kalau jadi ape-ape dalam masa pembedahan berjalan, doktor dah bersedia untuk tangani.

Bukan tu je, jadi doktor pun kena main dengan perasaan banyak manusia. Orang-orang yang mengharapkan kita untuk sembuhkan orang-orang kesayangan diorang. Kadang-kadang kita menggembirakan hati diorang dengan berita pembedahan yang berjaya, kadang-kadang kita jugak yang kena tenangkan diorang bila berlaku musibah dalam pembedahan tu.

Tapi...lagi susah bila jadi doktor kepada orang-orang yang kita sayang. Bila mana orang yang kita sayang tu sakit, dan kita pulak jadi doktor yang handle kes dia. Mesti main dengan macam-macam perasaan, kali ni termasuk perasaan kita sendiri pulak. Dan bila kita 'gagal' dalam kes saudara sendiri, perasaan bersalah mengiringi sampai bila-bila. Sebab tu lah ada hospital yang tak bagi doktor amek kes pesakit yang ada pertalian saudara dengan diorang. Hurmmm...

Susah kan jadi doktor?

Saya salute sama doktor kat luar sana yang da banyak selamatkan nyawa manusia. Saya kagum dengan doktor yang walaupun gagal dalam pembedahan, tetap terus berusaha untuk tak ulang kesilapan yang sama ke atas pesakit lain. Malah, lebih respek kepada doktor-doktor yang mampu buat manusia lain berfikir di sebalik setiap kejadian - kematian, kesakitan, kesembuhan dan sebagainya - yang berlaku.

Kerana kadang-kadang musibah itu bisa membuka mata hati manusia.


Thursday, March 22, 2012

Biarpun Kita Pejuang...


Tidak bermakna kita tidak punya masa untuk kehidupan.

Ya, menjadi pejuang Islam dan pendakwah itu memerlukan banyak masa di luar daripada di rumah sendiri. Banyak tenaga digunakan untuk gerak kerja dakwah kepada masyarakat. Kesibukan itu mungkin saja hampir menyamai kesibukan Perdana Menteri, siapa tahu? Hinggakan masa tidur dan masa bekerja tertukar tanpa disedari.

Kerana pejuang Islam itu tidak mengenal erti lelah dan penat. Apa yang dirisaukan adalah matlamat akhir dakwah itu berbanding kesusahan yang dihadapi sekarang ini. Kerana lelah dan penat itu tidaklah terbandingkan dengan lelah dan penat Rasulullah s.a.w serta para sahabat pada zaman kegemilangan Islam dahulu.

Malah As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata kepada para pejuang Islam, tanggungjawab yang ada itu melebih masa yang ada. 24 jam sehari seolah-olah tidak cukup untuk menyelesaikan segala amanah dan tanggungjawab di pundak bahu seorang pendakwah. Kerana pendakwah itu juga manusia biasa. Yang punya amanah lain juga selain berdakwah, sebagai seorang anak, isteri, suami, ibu, bapa, dan pelajar mungkin.

Menyedari hakikat itu, seorang pejuang sepatutnya bijak menyusun masa sendiri. Kerana tahu akan kesibukan diri di luar, sepatutnya amanah lain itu juga terjaga dengan baik. Bukan hanya hebat di luar tetapi amanah lain terabai. Bukan hanya hebat dalam gerak kerja dakwah, tetapi hancur dalam gerak kerja rumahtangga. Bukan hanya hebat dalam merancang sentuhan hati, tetapi pinggan mangkuk seminggu terkumpul di sinki. Kononnya mantap berkata-kata dan berotak geliga, tetapi rumah sendiri bagaikan tongkang pecah!

Tidak sama sekali!

Pejuang Islam yang hebat itu hendaknya cemerlang dalam kedua-duanya. Kalau mampu buat kedua-duanya dengan baik, alhamdulillah...


P/S: Sekadar coretan peringatan untuk diri sendiri juga.


Wednesday, March 21, 2012

Pet Loss Syndrome

Chiko - perhiasan semata-mata

Ape kebendanya ni? Macam nama penyakit lak kan?

Sindrom-sindrom bagai, tapi ada perkataan "pet". Sindrom ape yang berkaitan dengan haiwan peliharaan lak ni? Hohoho~

Ade sorang pakcik ni, masa dia balik dari kerja satu malam tu, hujan lebat sangat. Dalam perjalanan ke rumah, dia terdengar bunyi kucing. Bila carik-carik, jumpa la sekor kucing kecik kaler oren belang-belang dalam kotak tak jauh dari situ. Comel sangat kucing tu. Pakcik tu rasa kesian tengok kucing tu basah. So, dia bawak balik rumah.

Sejak bawak balik rumah tu, hidup pakcik jadi ceria. Selama ni dia kan hidup sorang diri aje. Kerja pun macam tak berapa ok sangat. Tapi bila da bawak kucing tu balik rumah, ada la jugak teman dia bermain. Balik kerja pun ada orang sambut. Jadi setiap hari dia sangat gembira. Bila gembira, maka potensi kerja pun bertambah baik. Makin bertambah sayanglah pakcik tu kat Bengal - nama kucing tu yang dia bagi, rasa macam Bengal bawak tuah dalam hidup dia.

Tapi malangnya satu hari tu, masa dia bawak Bengal keluar jalan-jalan tengok ikan dolphin, pakcik tu nak ikat tali kasut dia. Entah nape la, masa tengah ikat tu, tali yang sambung ke leher Bengal terlepas dari tangan dia. Bengal lari ke jalan raya, terus kena langgar lori. Huhuhu. Mati la Bengal kat situ.

Bila da mati, hidup pakcik tu jadi terumbang-ambing. Kerja pun da tak ok, asyik kena marah dengan bos. Dia jadi murung dan bermuram durja. Semua tak terurus.

Pet Loss Syndrome - tu la yang berlaku kat pakcik tu. Sindrom bila seseorang tu hilang haiwan kesayangan yang sangat-sangat penting dalam hidup dia. Tak kisah la pasal ape hilang tu, mati ke, kena culik ke, hilang tanpa sebab ke. Akan bagi kesan pada hidup dia sedikit sebanyak sampai la dia jumpa haiwan baru yang boleh jadi pengganti.

Haaa...semua tu dalam cerita Juui Dolittle. Cerita veterinar Dolittle, drama bersiri Jepun yang baru je episod dua saya tengok. Hewhew~ Pernah gak alami sindrom kemurungan ni bila mak pisahkan kami adik-beradik dengan Sitem satu ketika dulu. Kejap je la sebab lepas tu ade kucing lain lak. :D

Erm..ape pun, dalam hidup kita ni, janganlah kita salah bergantung kepada benda lain selain Allah. Hanya Dia punca rezeki kita, hanya Dia jugak yang Maha Berkuasa menentukan kehidupan kita macam mana, bukanlah terletak pada seekor kucing peliharaan~

Itu hanya medium untuk menguji kita sebagai hamba...okay? ;)


Wordless Wednesday #51: Rasanya, Ke Mana Patut Dia Melangkah?



Tuesday, March 20, 2012

Beruntunglah Kiranya Kamu Memperolehinya...

picture by be you not them on tumblr~


Monday, March 19, 2012

Bahkan Baru Hidup 25 Tahun Pun...

Big old tree by ~oriontrail on deviantART

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

- Sepohon Kayu - Saujana -


Selamat Hari Isnin! Mari bekerja sambil beramal!


P/S: Kadang-kadang lagu-lagu lama dan simple macam ni pun mampu buat hati kita gementar.


Friday, March 16, 2012

Kaya La Camniiiiiiiiiiiii.... Nak Jadi Amah Gak!!!

Terkezuttttt bila baca paper pagi ni.

Kaya la amah kalo gaji minimum pun dah RM700 hanya untuk satu tugas khusus aje.

Start bulan depan, kalo orang Malaysia nak amek amah, kena amek banyak-banyak sebab diorang da buat pengkhususan kerja. Kalo tugas dia cuci pinggan aje, maka cuci pinggan aje sampai bila-bila. Kalo mengasuh bayi, mengasuh bayi aje sampai bila-bila. Kalo memasak, memasak je sampai bila-bila. Kalo membasuh baju, basuh baju aje la jugak sampai bila-bila ponnn.

Bila bayangkan, rasa macam dah gaya orang-orang kaya punya pembantu rumah lak. Kan selalu dalam movie-movie, drama-drama Korea, pembantu rumah diorang sampai berpuluh-puluh orang, rupanya mungkin atas sebab yang sama macam dalam berita tu, tugas dikhususkan. Hohoho~

Tapi setakat ni, ada empat bidang je yang dikhususkan. Memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua, dan mengemas rumah.

Tukang update blog takde kayyyy...

Kalo amah tu kaya dengan gaji minimum tu, yang amek dia kerja pun lagi kaya la kan. Erk!


P/S: Kang jangan ada kes majikan lari dari rumah lak kang. =.=


Wednesday, March 14, 2012

Mohon Klik LIKE Boleh?

Mohon bantuan sahabat-sahabat untuk LIKE status sahabat kita ni boleh?

Klik LIKE aje untuk bantu dia menang Kamus Besta bernilai RM598~~~


Then klik button LIKE...

Tak payah register ape-ape pun... Hehe...

Terima kasih untuk yang tolong LIKE...

Moga rahmat Allah bersama kamu kerana membantu sahabat dalam usaha menyebarkan ilmu... :)



P/S: Ramai gak blogger yang join contest ni rupanya... All the best untuk semua...


Dia Menulis Tentang Memasak Yang Didorong

Apam polkadot saya yang tak comel

Kiera yang menulis kat SINI.

Dan saya setuju juga tentang beberapa point dalam entri dia. Kalau nak diikutkan, saya masa muda remaja dulu tak pandai memasak. Malah, saya tak mahu belajar untuk memasak. Sebab ada mak, yang boleh memasak macam-macam makanan yang sedap, buat apa saya nak belajar memasak?

Bahkan, masa muda remaja dulu, mak tak pernah ajak masak ke dapur. Jarang sekali meminta kami membantu di dapur. Mak lebih suka kami belajar dan menghadap buku sekolah. Sampai arwah nenek pernah bising sebab mak tak ajar kami memasak.

Tapi semua tu mula berubah sedikit demi sedikit bila zaman muda remaja menginjak ke zaman tua remaja. Zaman tua remaja maksudnya, zaman akhir remaja. Belum dewasa lagi. Mak sudah mula membanding-bandingkan kami dengan sepupu yang lebih tua dari kami. Dia boleh memasak dan membantu ibunya di dapur. Tetapi masih juga, kami jarang memasak di dapur. Hanya sebagai pencuci pinggan yang setia.

Tapi berakhirnya zaman matrix memperlihatkan perubahan sedikit demi sedikit lagi kepada aktiviti di dapur kami. Mak mula mengajar cara-cara memasak sayur dan menggoreng ikan. Maka, dah bertambahlah skill memasak selain menjerang air dan memasak mee segera. Mula berjinak-jinak mencampur macam-macam dalam telur goreng juga.

Semasa saya belajar degree, mak mula berniaga kuih-muih 3 seringgit. Sebabnya bapak dah habis kontrak kerja. Maka, pendapatan dan belanja keluarga dominannya dari jualan kuih-muih 3 seringgit. Bila cuti semester, nak tak nak, kena memasak untuk family sebab mak sibuk menyiapkan kuih-muih. Mula memasak macam-macam jenis lauk sambil bertanya kepada mak apa yang perlu dicampak ke dalam kuali selepas satu-satu ramuan.

Kegilaan semakin menjadi apabila selalu menonton rancangan Chef at Home, Sugar, Nigella Feast, dan macam-macam lagi di saluran Asean Food Channel Asttro. Tangan pun menggatal nak buat kek dan dessert. Sangat best untuk adik-adik sebab hari-hari makan kek. Bila da nak balik kampus sebab cuti da berakhir, semua buat muka monyok sebab takde sape nak masak sedap-sedap dah.

"Tak payah la balik, ye?"

Ayat yang selalu mak guna untuk mengumpan. Tapi seperti biasa, ayat tu tak pernah menjadi. =.=

Saya tak kisah untuk memasak. Saya lebih kisah kalau orang tak terisi perut sebab takde makanan. Sebab tu, saya tak kisah memasak hari-hari dengan penuh bersungguh-sungguh. Tapi bak kata Kiera, memang sedih kalau kita memasak, tetapi takde sape yang nak makan. Atau, makanan tak dihabiskan bila da masak dengan bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang.

Bukan kerana makanan tak sedap, tapi sebab takde mood nak makan atau takde selera makan atau dah kenyang awal sangat. Erm...bukan la tak ikhlas memasak, tapi sedih kalau makanan dibazirkan. Oleh itu, yang memasak tu la kena menghabiskan makanan yang dimasak sebab tak nak makanan tu menangis. Eh!

So, lepas ni kalau nak masak, kena tanya dulu. Nak makan ke tak? Eh, perut rasa lapar pulak cakap pasal makan ni. =.=


Tuesday, March 13, 2012

Pada Dia, Segalanya Mungkin

Cherry blossoms by ~wistine on deviantART

Mungkin Allah mahu menunjukkan sesuatu yang tersirat
Mungkin Allah mahu kamu mengenali banyak perkara
Mungkin Allah mahu kamu belajar dari kelalaian
Mungkin Allah mahu kamu menikmati rasa takut
Mungkin Allah mahu kamu menduga hati sahabat-sahabat
Mungkin Allah mahu kamu merasa tempat ibadah yang asing
Mungkin Allah mahu kamu tahu ada orang yang begitu prihatin
Mungkin Allah mahu kamu menjalin ukhuwah dengan lebih rapat
Mungkin Allah mahu memelihara kamu daripada sesuatu
Mungkin Allah mahu kamu berfikir positif dan terus positif
Mungkin Allah mahu kamu hanya bergantung kepadaNya
Kerana Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu kejadian...


P/S: Alhamdulillah, ada hikmahnya akan segala yang berlaku pada hari ini... Selamat tiba di rumah di Skudai... Terima kasih awak untuk hari ini... :)


Monday, March 12, 2012

Hari Terakhir di Kampung Halaman

Indah...

Da sampai hari terakhir kat kampung.

Da tiba masa nak balik semula ke pangkal jalan. =.=

Esok nak balik Johor dah. Huhuhu.

Sedihnya. Sedih sangat-sangat. T_T

Sedihhhhhhhhhh sebab tak bukak langsung journal dengan paper yang berkaitan dengan research selama kat rumah ni. Apa nak jadi lahhhh. Memang la orang cakap, kalo balik rumah takdenye nak bukak buku. Hadoiiii!!!

Tapi tapi tapi, saya ada jugak buat sikit-sikit tauuu. Saya gi mintak tolong labmate forward email pasal research. Err...tapi kannn...dia tak forward sampai hari ni walaupun da tanya banyak kali. =.= So, saya tak bersalah kayyy~ Eh! Hahaha~ *Alasan! Huh!*

Dekat-dekat nak balik Johor ni, mak siap pesan awal-awal, nanti masa musim mengundi, ko takyah balik rumah lah eh. Mesti tiket mahal masa tu. Kalau diorang tak taja tambang flite, takyah la balik mengundi.

Hoh??? Takkan tak balik mak???

=.=


P/S: Awak, awak, awak dan awak semua... Hari ni da setahun kan gathering pertama tu? :)


Saturday, March 10, 2012

Puisi Aku Rindu


Sukmaku bersuara,
rinduku padamu berbicara,
kadang lepas di hati sayu,
kadang di dalam jiwa rasa pilu,
bertanya mengapa kita tidak saja bersatu.

Kadang tidak tertahan,
kadang rasa mahu dilepaskan,
tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan,
tinggal aku rindu,
sungguh aku memerlukan belas dan kasihan.

Kadangkala air mata seperti mahu mengalir,
rasa tidak lagi mampu bertahan.
Takut nanti tersungkur dalam dugaan,
sungguh aku memerlukan kekuatan.

Wahai kasihku, apakah engkau punya jawapan?

--------------------------------

Oh cintaku,
Janganlah engkau dipeluk kelemahan,

Rindulah aku dalam doamu,
dalam langkah ketaatanmu kepadaNya,
biar Dia yang mengawal rindu ini,
agar kekal dalam batasanNya.

Aku tidak akan lari,
di sini aku sedia menanti,
engkau turun dari mempersiapkan diri,
menjemputku pada hari yang sama kita nanti.

Datanglah dengan pakaian Ilahi yang kau sedang sulami,
sabar agar tiada cacat celanya nanti,
luahlah rindumu dengan pelbagai amalan kebaikan,
agar Tuhan kita mencurahkan keberkatan.

Sibukkan dirimu wahai saktiku,
agar nanti engkau tidak lemah kala memimpinku.

1940
090312
Irbid,
Jordan


Friday, March 9, 2012

Nama Dia Opie

Suatu ketika dulu.

"Pie, jom ikut ayah gi tempat kerja hari ni!" Dia mengajak adik lelakinya. Opie sengih sambil mengangguk. Kedengaran sahaja pintu bilik ibu dan ayah dibuka, mereka meluru dan merengek-rengek nak ikut.

"Mana boleh ikut ayah. Hari ni ayah tak boleh bawak," si ibu menegah, tidak mahu anak-anak kecil itu mengganggu ayah mereka yang mahu bertolak ke tempat kerja.

"Alaaaaa...nak ikut ayah, nak ikut ayah!!!" Si kakak tetap mahu ikut. Opie turut merengek-rengek.

"Tak boleh!!!" Ibu melarang, malas mahu peduli. Adik-beradik itu mula memberontak. Menangis kuat dan menghentak-hentak kaki apabila si ayah sudah keluar rumah. Tangisan kuat itu tidak mampu ditahan oleh ayah.

"Tak pe lah, biar diorang ikut. Nanti abang bawak dua-dua sekali." Ibu akur dengan keputusan si ayah. Anak-anak kecil itu berhenti menangis. Gembira kerana dapat mengikut ayah mereka ke tempat kerja biarpun terpaksa naik motorsikal bertiga.

*****

"Kakak nak beg ni!" Si kakak merengek meminta ibu membelikan beg Mashimaro biru gelap di hadapannya.

"Nak yang ni ke?" Ibu bertanya meminta kepastian. Kakak mengangguk. Opie di sebelah merenung beg itu lama.

"Opie nak jugak???" Kakak bertanya.

"Nakkk... Nak yang hitam!"

Ibu membelikan dua beg yang sama, dengan warna berbeza.

Dua beradik itu gembira.

*****

"Ni kucing saya," Opie menunjukkan kucing yang dia bawa entah dari mana. Kucing berbulu kuning, bermata oren. Cantik dan comel.

"Siapa nama dia?" tanya si kakak. Lama Opie diam.

"Mimi."

"Mimi~~~" Adik perempuan yang bongsu memanggil-manggil kucing tersebut.

Mimi kucing pertama yang dibela di rumah mereka sejak kucing arwah atok mati bertahun-tahun yang dulu.

*****

"Kak, ni kan, kalo tambah lagi pedas, mesti lagi sedap." Opie mula mengkritik makanan yang dihidangkan. Si kakak memasak untuk keluarga hari ini.

"Hurmmm...ye ke?"

"Iye, yang ni pun, kalo kita letak kentang sikit, mesti sedap lagi." Opie masih bercakap sambil mengunyah makanan.

"Hurmmm...ye laaaa... Lenkali masak la sendiri!"

"Eik, marah pulak. Bukan orang cakap tak sedap pun!"

Mereka semakin menginjak dewasa.

*****

"Kenapa buat adik macam tu???" Marah si kakak.

"Eeee... Benci lah! Dia tu yang buat dulu! Asyik-asyik salahkan aku aje!"

Panggg!!! Satu tamparan hinggap di pipi Opie. Opie terkejut seraya menyentuh pipi kiri. Menjeling tajam ke arah kakak yang turut terkejut dengan tindakan luar kawalan. Opie merengus marah, kemudian berlalu pergi.

*****

"Kak, nanti kita buat rumah sama-sama ek. Kumpul duit sama-sama masa da kerja nanti. Hee~~~" Opie bersuara semasa mereka adik-beradik menonton televisyen di ruang tamu.

"Waaaa~ Kita buat rumah macam orang Jepun nak? Hee~"

"Ala...rumah biasa-biasa sudah lah~"

*****

"Opie dah gi sana." Mak memberitahu semasa berbual di telefon. Si kakak terkejut kerana tidak tahu. Malah adiknya tidak berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum memilih untuk ke sana, namun tidak hairan dengan keputusan itu. Opie mahu mencari pengalaman bekerja di tempat orang katanya, namun kakak tahu ada banyak lagi sebab lain Opie mahu bekerja di sana.

*****

"Salam kak...online tak ni? Nak bagi alamat, nak mintak tolong kirim kalkulator..."

Mesej di FB itu baru dibaca.

*****

Entah kenapa, malam ini hati si kakak terlalu rindu.

Adik kecil tempat berkongsi suka duka suatu ketika dulu kini sudah dewasa.

Dan jauh...

Hanya doa yang dikirimkan dari kejauhan.

Air mata menitis.


Thursday, March 8, 2012

Spontan Dari Sarawak #19

Light Blueberry Cheesecake

Saya dan baking tak dapat dipisahkan. T_T


Pernah Jadi Atlet Sukan?

Track - Free desktop wallpapers download

Semalam cousin saya datang menjenguk saya.

Cousin yang sekarang ni berumur 11 tahun. Anak bongsu mak ngah yang duk sebelah rumah. Dia sekolah sama dengan sekolah rendah saya dulu. Ikutkan, dalam ahli keluarga besar, saya orang pertama sekolah kat situ, then adik-adik sepupu lain pun menyusul. Sekarang, tinggal cousin saya tu je la lagi yang belum 'grad' sebab tahun depan baru nak UPSR.

Semalam, dia datang sebab macam nak bagitau sesuatu. Saya pulak buat dek aje. Bila dia da nak balik rumah semula, saya tiba-tiba bertanya, "Kak Ya darjah berapa?"

Kami memanggilnya Kak Ya walaupun nyata dia paling bongsu antara semua. Dia berhenti dan menoleh ke arah saya. "Darjah 4."

Ok, saya da tanya untuk kali kedua sebenarnya. Saja nak panggil dia semula. Then, dia pun mula buka cerita.

"Kak Ya lompat tinggi kat sekolah tadi."

Gulppp. Lompat tinggi tuuu~ Saya ni yang lagi tinggi dan kurus daripada dia pun tak pernah buat lompat tinggi. Tengok orang buat dan tolong pasang palang yang jatuh ade la. Hahaha~ Kak Ya akan mewakili rumah sukan dia untuk lompat tinggi pada hari sukan sekolah nanti. Bila ditanya, apa lagi yang dia join, dia kata lari 200 meter. Waaa~ Kecik-kecik cili padi budak ni.

Bila bercerita dengan dia tu, teringat lak zaman-zaman sekolah saya dulu.

Atlet 50, 100, 4 x 50, 4 x 100 m

Ni masa sekolah rendah sama macam Kak Ya. Dapat la jugak pingat kat situ. Jaguh olahraga ni tauuuu! Masa tu semangat dengan kawan-kawan sekolah nak jadi juara sukan sekolah. Paling seronok bila rumah sukan dapat markah paling banyak antara semua.

Atlet 200, 4 x 200, 400, 1200 m

Ok, ni zaman sekolah menengah. Taring da kurang da. Mula amek jarak jauh, tapi tak pernah dapat pingat pun. Wakaka~ Sebab da makin ramai atlet yang lebih hebat. Kita masuk just nak isi kekosongan aje. Kira atlet tangkap muat la ni. Wahaha~ Pernah gak join yang lari berpagar, pengalaman tu yang best~ :)

Atlet lompat jauh

Ni masa sekolah rendah dengan menengah, dua-dua pernah join. Tapi tak pernah gak dapat pingat. Hahaha~ Tapi seronok woo main lompat-lompat ni. Seronok sebab lompat dia ada style. Lepas tu leh challenge kawan-kawan, sape lompat lagi jauh. Wahaha~ Dan paling tak best bila da habis jauh, tettttttt naik bendera merah. Rupanya batal sebab terlebih pijak garis putih. =.=

Atlet rejam lembing

Hoh? Ade gak eh? Tak ingat sangat la. Tapi rasa pernah gak main lembing masa sekolah dulu-dulu. Cuma tak sampai jadi atlet kot. Uiyooo, takut la nak rejam-rejam ni. =.=

Atlet bola jaring

Haaa~ Ni memang kegemaran. Masa sekolah rendah dengan sekolah menengah, aktif jugak main bola jaring ni. Masa sekolah menengah, siap ada group sendiri. Uptown Girl nama dia. Sempena kegemilangan Westlife masa tu, katanyaaaa~ Masa ni, coach kitorang lelaki, kawan sekelas gak. Selalu berlatih petang-petang. Saya? GS - Goal Shooter. Dapat la piala Perak sebab masa final kalah dengan group kakak-kakak senior. Pernah gak jadi C - Center, WA - Wing Attacker, GA - Goal Attacker, yang mana akhirnya saya semput sendiri. Hahaha~

Atlet renang

Ha??? Mana ada. Saya tak pandai berenang lah!!!

Sukan paling tak disukai

Bola tampar - sebab nanti tangan sakit sampai merah-merah. =.=


Ekeke~ Saja kenang balik zaman sekolah dulu. Sekarang ni, memang da tak dapat la nak main semua tu. Da jarang sangat bersukan. Da cepat semput dah. Kalau main bola jaring (paling last masa degree) pun da terkial-kial sebab da lama tinggal. Huhuhu~

Tak pe lah, da tiba masa untuk orang lain pulak kan? Hukum alam silih berganti, sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah. Nikmat Allah yang tidak terhingga untuk kita bila kita punya kelebihan lebih dari orang lain. Tinggal kita je nak manfaatkan nikmat tu kat mana~ Bukan setakat bab stamina dan sukan-sukan ni je, malah semua nikmat yang Allah bagi dalam kehidupan kita, manfaatkan la sebaiknya. :)


P/S: Blueberry Cheesecake hias dengan krim ok tak ek?


Monday, March 5, 2012

Dusun Arwah Atok

Semalam, mak ajak gi dusun arwah atok. Dusun yang da diwariskan kepada tiga orang anak arwah atok, iaitu mak saya, pak ngah dan mak usu.

Bertolak seawal 6.30 pagi, sempat sediakan sarapan pagi lempeng cicah dengan baki kuah ayam masak lemak cili padi. Pergi berkonvoi sekali dengan family mak usu. Dua kereta je pun. :p Saya, mak, bapak, mak usu, pak usu dengan cucu mak usu merangkap anak buah nakal saya, Aiman.

Perjalanan dalam lebih kurang setengah jam je. Sampai kat Batu 10, kereta kena park dekat luar. Jalan tanah merah tak sesuai untuk diredah kereta bapak dan pak usu. Kalo de hilux takpe la jugak. Hoho~ So, sampai-sampai tu kena mendaki sejauh entah berapa kilometer.

Mula mendaki

Behenti rehat sekejap sambil tunggu yang lain sampai. Aiman tengok gaung kat bawah.

Kabus waktu pagi di kawasan bukit

Kat bawah bukit tu...lembah ke orang sebut? Ade dusun/kebun orang lain juga~ Ade sungai cantik... T_T

Sampai dusun/kebun arwah atok

Tak sampai setengah jam jugak lah, akhirnya sampai ke dusun yang ade papan tanda bernama arwah atok dengan nama pak ngah. Ini first time saya gi, sebelum ni tak pernah diorang ajak sebab hutan tebal lagi masa tu. Sekarang da nampak terang sikit berbanding dulu, katanya. Kalau dulu, berpeluang jugak lah adik bongsu saya berjumpa dengan ular daun. Hohoho~

Ape yang ade kat dusun kami?

Nampak tak pokok durian otak udang/durian landak yang baru nak tumbuh?

Takde buah-buahan. Hahaha~ Sebab semua baru nak tanam balik. Pokok cempedak da tak berbuah. Bukan musim, mak kata. Pokok durian banyak da kena tebang. Jadi, kena tanam semula. Yang banyak tumbuh kat dusun ni, pokok pucuk ubi. Macam-macam jenis ade. Lepas tu, ada yang da ber'ubi kayu'. Banyak jugak bawak balik rumah semalam.


Si Aiman, banyak betul cakapnya. Dia nak sangat bawak saya tengok air terjun katanya. Tapi semalam air tak deras. Tak terjun sangat pun air tu. Merajuk jugak Aiman sebab kami tak bagi dia mandi air terjun kesayangan dia tu. Kadang-kadang mulut dia keluar perkataan-perkataan yang tak berapa enak dijamah telinga. Penat membebel, last-last petik cili yang da berbuah, gi ugut dia kalau sebut lagi perkataan tak elok, kang cili molot tu. Sekejap je dia diam, lepas tu mula balik. =.=

Semalam, lepas Zohor, hujan. Semua tanaman yang baru dibaja, dibasahi air hujan. Sejuk mata tengok tumbuh-tumbuhan ni menghijau segar lepas hujan. Rasa macam nak ayah buat rumah kat sini pun ade gak. Boleh la bermalam kat sini lain kali. Hahaha~

Balik rumah kul 4 petang, menapak balik ke parking kereta. Masa tu la kaki da mula sakit sebab pakai kasut ketat dan tak sesuai untuk aktiviti mendaki. Ye la, mana bawak balik kasut sport pun paling kurang, pakai kasut hitam masa degree dulu je. Sampai rumah, mandi, solat, terus pengsan.

Sempat jugak mimpi kat dusun lagi.


Sunday, March 4, 2012

Perempuan Yang Diuji

in my secret garden by *teresa-lynn on deviantART

Menyoroti awan putih itu
Dalam perut langit yang membiru
Tika hati aku merintih hiba
Dan air mata tidak mampu lagi untuk aku tahan
Tiada yang lain bermain dalam fikiranku

Tuhanku...

Aku redha jika Kau turunkan kepadaku
Pelbagai ujian dalam urusan hidupku
Ujilah aku dengan segalanya
Sekehendak Mu ya Allah

Biar kadang-kadang
Aku rasa begitu sakit
Akan Maha Dahsyatnya ujian
Yang Kau turunkan

Asalkan Kau tidak tinggalkan aku sendiri
 Menempuhi semua dugaan itu

Kerana aku tidak mampu
Aku lemah dan tidak kuat
Melainkan dengan kekuatan
Hanya dari Mu ya Rabb...

Maka dengan itu aku pohon
Berikan aku kekuatan dan kesabaran
Jadikan aku hamba yang tabah
Yang hanya bergantung harap kepadaMu
Insya'Allah dengan CINTA itu
Sepanjang hayatku
Redha menjadi al-Mumtahanah...


P/S: [al-Qur'an: 60]


Friday, March 2, 2012

Dah Sampai...

Alhamdulillah...

Da sampai ke destinasi yang dituju. Kampung halaman tercinta. Keluar dari arrival hall, nampak orang pakai baju kurung ijau. Mula-mula ingatkan tu mak, tengok sebelah dia tak jauh sikit, eh...mak pakai baju kurung biru tu. Rupa-rupanya adik bongsu saya da membesar dengan cemerlang sekali. =.=

Hantar adik gi tempat kerja dia, Ratu's Collection, sebelum gi beli barang dapur. Macam biasa lah tu. Setiap kali balik, mesti mak bawak keluar beli barang dulu, tak kiralah nkoo ngantok ke lapar ke penat. Hahaha~ Mak dengan bapak carik beras, tapi saya pulak merengek nak aiskrim. Semalaman tak jamah ape-ape, cuaca pulak panas, so tekak ni rasa nak makan aiskrim. Huhuhu.

Tengah nak belek-belek aiskrim kat kedai, mak panggil.

"Tu, nek usu~ Gi la jumpa dia." Mak menunjuk ke arah gerai kuih tak jauh dari mini market tu. Saya ternampak nek usu dengan cucu dia, Nazrul comel.

Menapak ke gerai kuih tu, ingat nak main cak-cak, tapi nek usu da nampak dulu.

"Ehhhhh, bila sampai?" tanya nek usu.

"Baru tadi..." saya bersalaman dan mencium pipi nek usu, kemudian bersalaman pulak dengan kawan-kawan nek usu kat situ.

"Bawak ape balik?" Sudahhhh... Start dahhh soklan cepu emas nek usu. =.=

"Takde papeeee~~~"

"Takde pape ke? Ingatkan ada bawak ape-ape berita gembira~"

"Takdeeee~~~"

Berbual-bual kejap, then sambung balik cari aiskrim. Sampai rumah, terkejot tengok Cumel da gemokkkk. Besar giler kuceng sekor tu. Tu la kesan bila da kena sunat. =.=

Disebabkan terlalu lapar, terus cedok aiskrim, sambil makan roti coklat. Telan karipap gak. Telan tapai dengan bingka ubi yang mak buat gak. Dah lama tak rasa semua tu. :')

Sekadar mengisi perut, sekarang nak qada' tido setelah 29 jam tak tido *tolak tido berapa minit yang terjaga sebab disangkanya dunia bergegar, rupanya henset yang vibrate...=.=*


P/S: Pagi-pagi dapat mesej dari dua orang yang minta maaf sebab terlelap malam tadi. Saya bahagia.


Sedih



Thursday, March 1, 2012

Spontan Mengundi #18


Maaf, hari ini saya bukan duta SPR...
Tapi saya rasa perlu untuk menyeru semua menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih!







P/S: Maaf kerana saya tak mampu ikut kamu gelak dengan segala lawak tentang perihal mengundi.


Tak Masuk Neraka Kalau Tak Mengundi

Dirty Politics by HindiWeb.net

Saya tahu, ramai yang tak suka isu politik.

Dengan alasan, politik Malaysia itu kotor. Malah, ada yang sudah cukup umur, tapi belum mendaftar pun sebagai pemilih. Dan tanpa rasa bersalah, mengatakan "takpelah, saya tak nak mengundi..."

Ya, memang politik Malaysia agak kotor. Saya akui itu. Dengan macam-macam kontroversi dari kedua-dua jenis parti, rakyat marhaen pun pasti rasa jelik dengan suapan berita setiap hari di media massa. Apatah lagi lidah perdana yang nyata menyebelahi parti pemerintah. Sampai naik bosan dan muak dengan berita-berita di kaca TV dan dada akhbar.

Entah lah...

Bila disuruh mengundi, macam-macam pulak alasannya. Tak mengundi, tak masuk neraka. Ya, memang tak masuk neraka pun kalau tak mengundi, tapi ingat, tak dijamin masuk syurga pun kalau langsung tak ambil peduli untuk memilih siapa pemimpin kamu.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." [an-Nisa: 58]

Aha, zaman Rasulullah s.a.w dulu tak perlu pun undi-undi ni. Rasulullah s.a.w terus bangunkan masyarakat Arab dengan baginda sendiri menjadi pemimpin. Subhanallah... Alhamdulillah ada Rasulullah s.a.w yang menjadi utusan pilihan Allah untuk memimpin manusia di zaman tersebut.

Zaman kita, ada pemimpin maksum dari dosa macam Rasulullah s.a.w?

"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah." [al-Qasas: 26]

Hurmmm...

Memang sukar memilih pemimpin yang amanah. Namun lebih berat bebannya apabila tidak menunaikan amanah. Memilih pemimpin yang kuat lagi amanah itu adalah amanah Allah buat kita. Biar amanah kita selesai dengan Allah dahulu, amanah pemimpin itu setelah kita memilih dia pula tanggungjawab dia dengan Tuhannya.

Dan Allah Maha Mengetahui.


P/S: Sebab tu orang cakap, jadi pemimpin ni, sebelah kaki da masuk neraka.


Mengundi Wajib???

Apakah hukum mengundi?

Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.

Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?

Jika perlu ia boleh menjadi fardhu ‘ain atau wajib. Seperti adanya arahan dari pihak Pemerintah sendiri.

Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi?

Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanya satu keperluan bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?

Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?

Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.

Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir, bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi memilih pemimpin?

Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dengan wanita Islam, siapakah yang sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?

Wanita Islam.


Menurut Kaedah Fiqh, "Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib."

Contohnya, solat yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan wudhuk, maka wudhuk itu menjadi wajib untuk mendirikan solat.

Dalam aspek memilih pemimpin dan pemerintah pula, adalah wajib untuk kita yang Muslim menegakkan pemerintahan Islam, maka dengan itu memilih pemimpin dengan cara mengundi itu wajib.

Sama seperti gerak kerja dakwah untuk mendirikan daulah Islamiyyah (negara Islam), selagi mana daulah Islamiyyah itu belum tertegak dengan sempurna, selagi itulah dakwah itu wajib untuk semua.

Wallahua'lam.


Rujukan lain:
Minda Tajdid » Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?
TranungKite Online v7.0 - Fatwa Ulama Saudi Mengenai Hukum Mengundi


P/S: So, yang dah lebih 21 tahun tu, da daftar mengundi belum?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.