BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 26, 2012

Aku Buat Silap, Kau Tengok Aje, Ok?

Kawan Senja by ~Bl4ckNinj4 on deviantART

Ape guna berkawan kalau memasing buat hal sendiri?

Kau, kau. Aku, aku. Aku buat silap, kau tengok aje, ok? Hurmm... Sekarang ni, susah nak carik kawan yang boleh tegur kita kalau kita buat silap. Lebih ramai yang nak kita terus buat benda yang Allah tak suka sebab diorang pun buat jugak. Kurang sorang yang buat dosa, buat diorang rasa tak best. Kang kurang penghuni neraka, terlebih-lebih pulak penghuni syurga.

Hoh??? Betul ke macam tu??

Haishhh. Sebab tu la korang berkawan kay? Sebab kalau dia buat silap, korang tarik tangan dia balik ke jalan yang betul. Kalau korang lak buat silap, dia tarik tangan korang lak. Kalau dua-dua buat silap? Orang luar yang tengok dan cuba tarik tangan korang...tapi kadang-kadang benda tu tak berhasil sebab dua-dua da terrrrkuat sangat dengan perbuatan mungkar. Tak nampak da benda tu tak elok. Masa ni, moga-moga Allah bukakan pintu hidayah untuk korang.

Tapi kan, mustahil takde terfikir langsung dalam akal dan hati dua orang kawan tu yang benda yang diorang buat tu tak patut diorang buat. Mustahil takde timbul langsung persoalan tentang benda tu berdosa ke tak. Sebab pe? Sebab da banyak sangat da ilmu leh dapat kat sana-sini. Dalam internet pun dari sebasic-basic pergaulan lelaki perempuan sampailah ke bunuh-membunuh, banyak je disebut kat sana-sini.

Cuma, letaknya kat manusia yang punya hati je lagi nak start bila n kat mana...

Berat tu tanggungjawab seorang kawan!


P/S: Bersyukurlah bila terfikir walaupun sedikit, itu maknanya hati kamu masih belum mati. Tapi ingat! Setakat terfikir sahaja, belum cukup!


12 comments:

hafiz hafizol said...

urm.. Susah la nak cai kawan cani..

maszull said...

assalamualaikum sunah...suka kalau ada kawan yg suka tegur kesalahan kita tapi ramai skg yg buat x tahu je masih x mahu ambil tahu masalah kawan..:)

mynameismy said...

betul tu.
tapi kalau dpt kwn2 y tak boleh terima teguran ssh gak. ditegur melenting.. makan dlm.. pastu tanak kawan dah.. sob sob...

moralnya, tayah berkawan ngn sape2 la hahaha...

Anum said...

berat sama dipikul, ringan sama dijinjin

FasiHaH SupiaN said...

usrah~

Sis-Lin said...

Ermm mmg betul tu Sunah, sebagai kawan ada masanya kita ni jd serba salah dan jd orang tengah, ke kiri salah, ke kenan pun jd salah..ermm

Yg pentingnya, jika dr awal perkenalan kita berkawan, tidak mendtgkan masaalah dan mesra berkawan juga terima seadanya kita ebagai kawan dia..Insya'allah bende remeh pun 'kawan' masih boleh terima..

Tapi kalau jenis kawan tu mmg suka hanya memecah belahkan kawan sama kawan, dan tidak mudah melafaz MAAF..tu bukan KAWAN namanya..

Susah nak faham hati 'orang' sebenarnya..

Noraim said...

Salam kak sunah.

Dan macam mane cara paling baik nak tegur kawan tentang hal dia buat tu salah?

Bila nak tegur rasa serba salah. Takut dia terasa hati dan bermasam muka nnti.

kiera'sakura said...

kawan/sahabat yg baik, mereka yg sudi menegur kelalaian kita :)

Rozuan Ismail said...

kena saling tegur menegur.marah itu syg.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

main tarik tarik..

ilmu tak baik kedekut kan.. bila zuan dah masuk dunia mengajar suatu masa dlu, bru paham yang ilmu tu tak boleh kedekut :)

Iffah Afeefah said...

Erm tataula kan

kdg xsmpai hti nk tgor

kdg ade org xley dtgor

mas saari said...

sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menasihati rakannya jika mereka sudah terpesong jauh..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.